Wednesday, 8 January 2014

Biro Penerangan Umno Terengganu Mantapkan Tugas Penerangan


"Isu yang baik kita akan war-war dan dedahkan supaya rakyat faham akan faedah menyokong kerajaan.... isu-isu yang tidak baik yang cuba menjatuhkan kedudukan atau usaha murni kerajaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kita akan menangkisnya." 
- Datuk Abdul Rahman Bakar 

Biro Penerangan Umno negeri Terengganu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai agensi penerangan dengan lebih berkesan.

Pengerusinya Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, jawatankuasa yang baru ditubuhkan itu terdiri daripada pelbagai golongan seperti Exco, Anggota Dewan Undangan Negeri pengerusi-pengerusi penerangan di setiap bahagian, pemimpin masyarakat dan pihak yang condong kepada Umno/Barisan Nasional (BN). 

Menurutnya jawatankuasa ini akan mendedahkan tentang rancangan-rancangan baik parti dan kerajaan BN sama ada kerajaan pusat atau negeri mengenai faedah pemerintahan di bawah BN kepada rakyat.

"Di samping itu kita juga akan menjelaskan isu semasa sama ada menyokong atau isu yang menentang kerajaan. Isu yang baik kita akan war-war dan dedahkan supaya rakyat faham akan faedah menyokong kerajaan.

"Tetapi isu-isu yang tidak baik yang cuba menjatuhkan kedudukan atau usaha murni kerajaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kita akan menangkisnya," katanya pada sidang media di Kuala Terengganu, kelmarin (Selasa).

Abdul Rahman berkata, Biro Penerangan juga akan mengadakan satu seminar bagi membincangkan mengenai bajet 2014, ekonomi bangsa Melayu, GST dan isu semasa yang menyentuh aspek politik, pelajaran, ekonomi, agama dan sebagainya.

Katanya seminar yang akan diadakan pada 18 Jan bertempat di Wisma Darul Iman itu melibatkan kira-kira 3,000 peserta terdiri daripada pemimpin parti, ketua jabatan, belia, pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, badan-badan tertentu dan pemimpin masyarakat.

Seminar akan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Kita juga akan mengadakan satu lagi perjumpaan pada 15 Feb ini, bagi memantapkan jentera parti melibatkan peserta seramai 2,000 orang," katanya.

No comments:

Post a Comment