Thursday 30 December 2010

Pelantikan Ahmad Said – Pemimpin UMNO Terengganu Tidak Gembira?

Walaupun dikatakan banyak pihak yang mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru, tiada kenyataan pemimpin UMNO Terengganu mengalu-alukannya.

Hanya kenyataan Setiusaha Perhubungan UMNO, Datuk Tengku Putera Tengku Awang sahaja yang boleh ditatap - sementara yang lain membisu.

Menurut Tengku Putera, pelantikan semula Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan memberi nafas baru kepada UMNO dan negeri ini. Ia membuktikan pucuk pimpinan tertinggi negara yakin dengan kemampuan pemimpin negeri menerajui parti dan memenuhi harapan rakyat.

Beliau menyifatkan pelantikan itu turut melenyapkan pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO negeri seterusnya menjadi permulaan baru untuk parti menyusun dan menggerakkan agenda menghadapi pilihan raya. “Saya rasa pengumuman ini amat dinantikan oleh semua. Menteri Besar sendiri akan mengetuai UMNO negeri dibantu oleh Timbalannya, Yahya Khatib Mohamad.

Mereka merupakan orang yang paling layak untuk menjadi perantaraan antara kepimpinan dan rakyat. Pelantikan ini tentunya ditimbangkan bukan dalam sehari dua dan saya yakin penyerahan kembali jawatan ini amat bermakna dalam perkembangan politik di negeri ini,” katanya.

Kita tidak tahu apa reaksi Ketua-Ketua Bahagian UMNO Terengganu, kecuali Ketua UMNO Bahagian Marang, Yahya Khatib Mohamad yang kebetulan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Negeri.

Menurutnya, walaupun menyedari tanggungjawabnya kini semakin besar, namun dia akan bekerja seperti biasa dan melipatgandakan usaha untuk menyatukan UMNO Terengganu.

Beliau mengakui tidak akan mampu untuk bergerak seorang diri dan memerlukan sokongan di semua peringkat, terutamanya di peringkat bahagian dan semua wakil rak-yat yang telah diberi amanah.

“Kalau dulu, tumpuan saya adalah memperkemaskan UMNO Bahagian Marang, tapi apabila diberi tanggungjawab baru ini, saya perlu memikirkan dan melipatgandakan usaha kerana dalam konteks negeri, ia lebih meluas. Walaupun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang mempercayai dan memberikan saya amanah ini, saya berjanji akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin demi UMNO Terengganu dan juga parti,” katanya.
Ketika ditanya gandingannya iaitu Datuk Seri Ahmad Said yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Yahya berkata, dia akan memberikan sokongan sebaik mungkin kepada Menteri Besar Terengganu itu. “Saya sudah biasa bekerja dengannya dan saya tiada masalah untuk bersamanya memperkasakan UMNO, terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Kita akan laksanakannya sebaik mungkin, selaras de-ngan kehendak parti dan juga rakyat,” katanya

Bagaimana pula dengan Exco Kerajaan Negeri yang kebanyakan mereka juga mempunyai jawatan dalam parti di bahagian-bahagian, kalaupun tidak sebagai Ketua Bahagian.

Apa sikap pemimpin UMNO Kemaman sendiri, umpamanya ADUN Cukai, Datuk Mohd Awang Tera?

Juga cuba diintai pendirian pemimpin seperti Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Puteri UMNO mengenai pelantikan itu tetapi ternyata mereka berdiam diri.

Persoalannya apakah pemimpin UMNO negeri Terengganu membisu sebagai tanda setuju seperti ‘anak dara di zaman 50an dan 60an’ yang berdiam diri tanda setuju apabila ada yang masuk meminang?

Kenapakah pemimpin UMNO negeri bersikap membisu seribu bahasa mengenai pelantikan ini kecuali beberapa blog yang mengalu-alukan pelantikan Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkuatkuasa mulai esok (1 Januari 2011).

Kita boleh faham jika puak yang ‘kurang berahi’ dengan Ahmad Said menyepi. Orang seperti Datuk Din Adam (ADUN Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat) , Zakaria Abdullah (Paka), Halim Jusoh (Permaisuri) dan beberapa yang main mungkin tengah telan Panadol. Sebabnya? Demam Tak Kebah!

Mereka tentunya berasa kalah dalam usaha mengetepikan Ahmad Said apabila Presiden UMNO tetap membuat keputusan menggembalikan Ahmad Said ke tempat sepatutnya.

Tentunya mereka ketika ini bagaikan laying-layang yang putus talinya apabila tempat bergantung mereka – Hishamuddin – tidak lagi boleh diharapkan.

Beberapa blog pemimpin Terengganu seperti blog Datuk Rosol Wahid , Ramli Nuh, Datuk Nasir Ibrahim Fikri serta Ahmad Razif langsung tidak menyentuh soal ini.

Walaupun blog Rosol, Nasir dan Razif diupdate, kecuali blog Ramli Noh yang tidak dikemaskini sejak Ogios, tiada langsung komen dan ucapan tahniah terhadap bos mereka.

Razif dan Nasir hanya memperkatakan aktiviti mereka sementara blog Rosol yang mengulas mengenai ‘Tahun baru 2011,Syukur dan Sawit ‘ hanya mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia yang menang Piala Suzuki.

Pada blognya bertarikh hari ini 31 Disember 2011, Rosol mengatakan blognya tidak dikemaskinikan kerana ketiadaan masa yang sesuai ditambah pula ketiadaan isu atau perkara yang boleh dibangkitkan.

Rosol bersyukur kerana harga sawit dan getah melambung tinggi. “Anak buah saya di Felda Bukit Bading, Felda Mengkawang, Felda Tersat dan Felda Jerangau Barat serta pekebun kecil getah dan sawit hari ini beritahu (royat) kepada saya bahawa mereka tidak pernah mengimpikan harga komoditi setinggi hari ini.”

Akhir sekali Rosol memetik kata hukamak berbunyi: 'Jadilah orang yang banyak memberi manfaat bukan mereka yang banyak membawa mudarat'.


Kepada dirinya atau kepada siapa beliau berpesan tak siapa yang tahu.

Dalam konteks UMNO Terengganu sekarang, kata-kata yang dipetik Rosol ini menarik kerana baki 10 Budak Hitam sepatutnya mengorak langkah segera untuk meninggalkan peranan mereka selama ini sebagai ‘mereka yang banyak bawa mudarat’ dan kembali ke pangkal jalan.

Kepada pemimpin mereka, Datuk Seri idris Jusoh, sudah-sudahlah. Kalaupun ada dendam kesumat, jangan dilemparkan kepada Ahmad Said kerana yang penting pencapaian UMNO.

Kerja ini kerja berpasukan. Jika Ahmad Said pernah membantu Idris – termasuk sanggup bergaduh pada persidangan DUN ketika menjadi Exco – Idris pula jangan main ‘lempar batu sembunyi tangan’.

Jangan hanya kerana tidak dapat menjadi Menteri Besar, UMNO Terengganu mahu dikorbankan dan ingatlah kata petikan oleh Rosol agar menjadi ‘orang yang banyak memberi manfaat’.

Tuesday 28 December 2010

Ahmad Said Kembali, Khabar Duka Buat Idris?


Oleh Dr Azman Ibrahim (Tajuk Asal, Ahmad Said Kembali, Apa Petandanya?)
Harakahdaily Online

Setiausaha Agung Umno mengumumkan rombakan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno negeri bagi tiga negeri; Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah. Sekadar catatan, selain Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah, dua lagi negeri iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan juga bukan dipengerusikan oleh anak tempatan negeri.

Menariknya kerana sebelum ini Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri yang dirombak tersebut disandang oleh 3 orang Naib Presiden, Hishammuddin, Zahid Hamidi dan Shafie Afdal sementara Selangor dan Wilayah Persekutuan dipengerusikan sendiri oleh Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Apakah misi ketiga-tiga Naib Presiden ini untuk memulihkan masalah yang melanda Umno di negeri-negeri tersebut telah berjaya (mission accomplished) lalu melayakkan ianya dikembalikan semula kepada anak negeri untuk memimpin atau hakikat sebaliknya, mereka gagal sehingga Najib terpaksa akur kepada desakan supaya mereka bertiga digantikan?

Saya berpendapat faktor kegagalan mereka lebih menjadi penyebab utama kepada perubahan ini. Persoalan yang mungkin timbul, apakah Najib sendiri dan Muhyiddin berjaya dalam misi mereka untuk memulihkan Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan sehingga mereka masih kekal sebagai Pengerusi Perhubungan bagi dua negeri berkenaan.

Kenapa Jawatan Pengerusi Perhubungan bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan tidak turut dikembalikan kepada anak negeri sama seperti Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang?

Mustahil tidak ada di kalangan pemimpin negeri yang bermimpi dan bercita-cita cuma mereka belum berani untuk mengisytiharkan secara terbuka sebagaimana beraninya Mukhriz.

Berbanding dengan Umno Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan yang dilihat lemah dan bermasalah setelah negeri mereka dikuasai Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 12 lalu, senario di Terengganu agak unik dengan negeri kekal dikuasai Umno BN tetapi krisis perebutan jawatan Menteri Besar membawa perpecahan parah dalam Umno negeri.

Ahmad Said yang disokong oleh minoriti Adun Umno negeri tetapi dengan sokongan dan dokongan istana membolehkan beliau menduduki kerusi Menteri Besar mengatasi kemahuan Pak Lah yang masih inginkan Idris Jusoh menerajui negeri.

Episod panjang perbalahan kekal berterusan sekalipun kerajaan negeri berjaya juga akhirnya dibentuk sehingga sengketa yang tidak mampu lagi dirungkai mengundang campur tangan Umno Pusat dengan perlantikan Panglima Keris Panca Delima sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.

Perlantikan ini dilihat sebagai kompromi jalan tengah walaupun ianya terlalu jauh untuk menuju titik penyelesaian. Apatah lagi bila pihak yang bertelingkah sebenarnya bukan mengambil kira agenda rakyat tetapi lebih memikirkan kepentingan puak, bukan untuk mencari damai tetapi untuk membuktikan siapa lebih handal dan jaguh dalam permainan ini.

Berulang-alik lah Hishammuddin ke Terengganu kononnya untuk menyusun semula barisan. Kadang-kadang Muhyiddin pun campur tangan sekali walaupun kerap program mereka diboikot begitu sahaja. Setiap kali berkunjung ke negeri angkatnya, Hishammuddin mencanangkan segala masalah telah berlalu dan Umno sedang diperkuatkan semula. Tetapi realiti yang dilihat berlaku amat berbeza.

Senario 10 budak hitam yang bisu di sidang Dun masih berterusan, kemudiannya berkurangan kepada 4 budak hitam sahaja. Mungkin 6 budak hitam lagi yang mula bersuara melihat mereka perlu bersuara walaupun bercakap dengan nada menghentam kerajaan sendiri, lebih teruk dari pembangkang.

Kehadiran Muhyiddin merasmikan Persidangan Agung Umno Bahagian Setiu tahun ini diboikot dengan ketidakhadiran kesemua empat Adun dari Parlimen Setiu. Isu agihan kontrak dan projek yang mementingkan kroni dan puak menjadikan kudis lebih bernanah. Idris Jusoh tentu sama sekali tidak akan mengalah. Puak-puak sekelilingnya yang sanggup membujur lalu melintang patah mempertahankannya walaupun sehingga Sultan yang bersemayan digelar ‘natang’ (gambar kanan).

Majlis perdamaian demi perdamaian diatur tetapi lebih kepada simbolik dan retorik. Kita berdamai di dalam majlis, di luar nanti cerita lain. Kamu puak kamu, aku puak aku!

Dengan kedudukan Ahmad Said sebelum 1 Januari 2011 hanya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri tentu ianya akan mencetus dilema bagi seorang Menteri Besar yang tidak menerajui kepimpinan parti di negeri sendiri dalam rangka menghadapi PRU 13 nanti. Tentu sekali percaturan susun atur calon-calon tidak berada di tangannya apatah lagi dengan kedudukan Idris Jusoh sebagai Pengarah Pilihanraya Umno Malaysia.

Hubungan rapat Idris dengan orang yang berkuasa di Putrajaya boleh menggugat peluang orang-orang Ahmad Said. Apatah lagi kepimpinan Ahmad Said dilihat tidak begitu dihirau dan dihormati oleh kerajaan pusat. Timbul juga cakap-cakap politik, apakah penggal ini, penggal pertama dan terakhir Ahmad Said menduduki kerusi Menteri Besar.

Mungkin atas senario ini beberapa orang Adun Umno dilihat berani menjadi pembangkang kepada kerajaan sendiri tanpa mereka bimbang dengan peluang mereka untuk dicalonkan semula nanti. Pernah terdengar mereka berkata, “Apa kita nak takut dengan Mad Said, dia bukan Pengerusi Perhubungan. Kita lok (biar) dia duduk situ penggal ni saja, lepas ini kita bubuh (letak) dia dalam Zoo Kijal.” Begitulah optimisnya mereka tentang singkatnya hayat politik Ahmad Said.

Itu pun belum diambil kira peluang Umno BN untuk kembali memerintah Terengganu selepas PRU 13 nanti.

Ketika perwakilan Umno Kedah mendesak di dalam Persidangan Agung Umno supaya dikembalikan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri kepada pemimpin dari negeri jelapang padi tersebut, perwakilan Terengganu nyata membisu.

Apakah betul bagai dikata, perwakilan Terengganu sendiri tidak menghendaki Ahmad Said dikembalikan jawatan tersebut? Kalau bukan Menteri Besar, maka siapa lagi yang layak dilantik ke jawatan ini. Idris Jusoh, Nasir Ibrahim Fikri, Ahmad Razif Abdul Rahman atau siapa lagi...?

Mampukah pengumuman Tengku Adnan Mansor semalam (Isnin, 27 Disember 2010) memberikan nafas baru kepada hayat politik Ahmad Said? Mungkinkah ini khabar duka untuk Idris Jusoh dan penyokong setianya? Episodnya masih terlalu panjang...

Ahmad Said Perlu Bersihkan 'Kerosakan' Diakibatkan Idris, Hishamuddin

Oleh Izzul Farhan Rafiqin

Erti Pengerusi Perhubungan UMNO bagi pemimpin UMNO Terengganu berbeza-beza.

Kebanyakan pemimpin UMNO Terengganu kurang melihat fungsi sebenar Pengerusi Perhubungan UMNO yang bertanggungjawab membawa kemenangan dalam pilihan raya dan melicinkan pentadbiran UMNO negeri adalah orang yang menentukan siapa layak dan tidak layak menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

Ini mungkin kerana pengalaman dan mereka mengasaskan penglihatan kepada peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO sebelum pilihan raya umum 2008.

Apakah Ahmad Said jenis yang suka meniru cara kepimpinan Idris yang ‘pengecut’ itu?

Kenapa saya katakan pengecut?

Ini kerana Idris mengalih kerusi yang patut dipertandingkan oleh beberapa pemimpin bahagian UMNO atau menggugurkan nama sebahagian lagi bimbang akan menjadi saingan untuk beliau meneruskan karier politiknya sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua.

Tentunya ramai masih ingat bagaimana Idris menghantar Datuk Mohd Jidin Shafie (Ketua Bahagian Setiu dari DUN bertanding ke Parlimen) dan begitu juga Datuk Nasir Ibrahim Fikri (Ketua Bahagian Kuala Nerus dari DUN ke Parlimen Kuala Nerus).

Sementara yang digugurkan terus ialah Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Ketua Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Rahman Bakar dan juga Datuk Ahmad Said (Ketua UMNO Kemaman).

Daripada kumpulan yang digugurkan ini hanya Ahmad Said yang berjaya ‘melawan arus’ apabila berjaya mendapatkan semua kerusi DUN Kijal yang kemudian membolehkannya dilantik menjadi Menteri Besar.

Kerana itu apabila heboh diperkatakan bahawa Terengganu akan mendapat pengerusi perhubungan UMNO yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Hihamuddin baru-baru ini, pemimpin UMNO Terengganu khususnya yang bimbang dengan kedudukan mereka seboleh-bolehnya tidak mahu Hishamuddin digantikan.

Malah, Hishamuddin pula jelas nampak tidak mahu melepaskan Terengganu kerana menjaga kepentingan ‘orang-orangnya’ selain untuk kedudukan strategik menghadapi pemilihan parti yang sedang ditunda sehingga selepas pilihan raya umum nanti.

Siapa orang-orang Hishamuddin? Kebanyakan mereka adalah yang menentang atau ‘tidak gemar’ dengan Ahmad Said.

Nombor wahid ialah Datuk Din Adam (bekas Exco pada era Idris Jusoh dan masih ADUN Bukit Besi); Ahmad Sabree Alwi (bekas Ketua Pemuda UMNO Terengganu kini Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu) yang bercita-cita menjadi calon; Alias Abdullah (peguam dan ADUN Alor Limbat yang sering mempertikaikan dasar dan keputusan Ahmad Said), selain mereka yang menyokong Idris, termasuk beberapa orang yang kini sudah ‘mendekati Ahmad Said’ dari kumpulan 10 budak hitam.

Dengan jelas, kedatangan Hishamuddin tidak menjernihkan politik Terengganu tetapi pada bahagian tertentu, ia semakin mengeruhkan suasana!

Kita lihat sendiri bagaimana peristiwa beberapa pemimpin Hulu Terengganu tidak menghormati kedatangan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Hulu Terengganu dan Setiu.

Ada sebilangan pemimpin UMNO Hulu Terengganu dan Setiu yang memboikot Muhyiddin yang menjadi episod UMNO Terengganu yang memalukan. Siapa mereka? Mereka adalah pengikut dan pemimpin yang setia dengan Idris Jusoh!

Sementara Hishamuddin pula kerana kesibukannya pada politik nasional tidak mengadakan mesyuarat secara teratur, malah pernah terbabas sehingga lebih tiga bulan. Jika mengikut KPI, tidakkah ini kegagalan Hishamuddin menerajui Terengganu?

Jadi apabila Ahmad Said yang baru dilantik semula ke jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang diumumkan semalam 27 Disember 2010 dan akan berkuatkuasa 1 Januari 2011, beliau perlu memperbaiki banyak perkara yang dirosakkan oleh Idris dan Hishamuddin sebelum ini.

1. Menenuhi hasrat Presiden UMNO iaitu menstabilkan semula UMNO dengan kerap mengadakan mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri;

2. Melapor dan membuat cadangan-cadangan kepada Presiden UMNO sekerap mungkin sebagai salah satu KPI Pengerusi Perhubungan UMNO menjelang pilihan raya umum;

3. Mentadbir dengan cara bukan ‘pecah dan perintah’ dengan membuka ruang kepada semua pihak menyertai politik negeri secara berpasukan;

4. Merapatkan semula hubungan dengan yang ‘renggang’ kerana dasar di atas dengan memperkukuhkan lagi hubungan antara ketua-ketua bahagian yang sudah terjalin sebelum ini;

5. Melantik baru atau mengekalkan Setiausaha, Bendahari, jawatankuasa lama yang mampu menyumbang kepada memperkukuhkan UMNO Negeri;

6. Melantik Ketua Penerangan yang mampu memberikan sepenuh tumpuan kepada memperkukuh UMNO dan tidak sibuk dengan kerja di peringkat nasional;

7. Mendekatkan penyokong Idris atau dalam kata lain tidak menjadikan mereka merasa terpinggir; dan;
8. Penentuan soal siapa menjadi calon atau tidak akan hanya dibuat apabila tiba masanya nanti iaitu ketika hampir pilihan raya.

Ini hanya sekadar beberapa tugas yang perlu dilakukan Ahmad Said dan pastinya beliau mempunyai caranya sendiri kerana sebagai pemimpin politik berpengalaman, Ahmad Said tahu apa yang akan dilakukan oleh beliau.

UMNO Terengganu memerlukan pemimpin yang tegas tetapi bertindak dengan cara ‘ibarat menarik benang dalam tepung’.

Persoalannya, apakah perlantikan Yahya Khatib Mohamad (gambar kanan) akan mendatangkan kebaikan kepada Ahmad Said atau sebaliknya?

Yahya dikatakan ‘proksi’ kepada kumpulan Idris dan bagaimana Ahmad Said ‘mencairkan’ Yahya juga satu peranan sukar tetapi penting untuk Ahmad Said lakukan.

Ini antara cabaran penting Ahmad Said dan Yahya walaupun menjadi harapan penting kepada penyokong Idris perlu bijak meletakkan dirinya sebagai orang yang menyokong dan membantu Ahmad Said kerana perkiraan dan penilaian terakhir ialah bukan kepada Idris tetapi kepada Najib dan kepimpinan tinggi UMNO.


Jika banyak pihak mengatakan pemimpin tertinggi UMNO menilai Ahmad Said, Yahya juga tidak terlepas. Jika beliau silap perhitungan dengan meletakkan kepentingan ‘orang Idris’ daripada UMNO Terengganu, beliau juga wajar diganti!

Berakhirnya segala spekulasi

''Ahmad adalah pemimpin yang baik dan layak menduduki jawatan itu, cuma kita berharap beliau akan berusaha merapatkan barisan serta memulihkan hubungan dengan mereka yang dilihat 'tidak sebulu' dengan beliau. ''Kita percaya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh akan berjiwa besar menerima pelantikan Ahmad dan akan bersama-sama memperkukuhkan UMNO Terengganu.''  - pemimpin UMNO Terengganu

Oleh Zulkiflee Bakar  mailto:pengarang@utusan.com.my)

APABILA Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan secara rasmi keputusan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai siapa yang dipilih sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi UMNO di negeri-negeri, maka berakhirlah segala teka-teki dan spekulasi. Pengumuman yang dibuat semalam seharusnya diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak kerana UMNO perlu memulakan tirai 2011 dengan melaksanakan segala agenda bagi memantapkan parti untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sudah pasti apa yang akan menjadi perhatian ialah bagaimana tiga pengerusi di tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu mengemudi UMNO kerana sebelum ini, di ketiga-tiga negeri tersebut jawatan pengerusi perhubungan disandang sementara oleh tiga naib presiden iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pulau Pinang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Terengganu) dan Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah).

Kini, jawatan berkenaan sudah diserahkan sepenuhnya kepada anak jati negeri masing-masing iaitu Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Kedah), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu) dan Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang).

Mereka akan dibantu oleh timbalan masing-masing iaitu Datuk Mukhriz Mahathir (Kedah), Yahya Khatib Mohamad (Terengganu) dan Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang).

Perlis sedikit menarik perhatian apabila Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Mohd.Isa Sabu yang mengekalkan jawatan akan bekerjasama dengan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bagi negeri-negeri lain, tidak ada perubahan termasuk Selangor dan Wilayah Persekutuan yang masing-masing kekal dipegang oleh Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun apa pun keadaannya, masa untuk membuat spekulasi dan andaian sudah berakhir. Apa yang lebih mustahak sekarang ialah kesemua pengerusi yang baru dipilih atau dikekalkan harus mengorak langkah mengatur strategi bagi memantapkan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri masing-masing.

Seorang pemimpin kanan UMNO memberitahu penulis, Najib amat berhati-hati di dalam penentuan pengerusi perhubungan terutamanya di Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Ini bagi memastikan pelantikan tersebut apabila diumumkan akan diterima secara terbuka oleh semua pihak. ''Atas sebab itulah sepanjang proses pelantikan hendak dilakukan, pertemuan demi pertemuan diadakan bagi mendapat akujanji pemimpin-pemimpin terlibat,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Sememangnya, Najib menaruh harapan besar kepada perubahan yang dilakukan kerana matlamat utama ialah memperkukuhkan UMNO dan BN. Justeru adalah wajar jika pemimpin-pemimpin yang dilantik memahami tanggungjawab dan amanah besar yang diberikan kepada mereka.

Di Kedah, Terengganu dan Perlis umpamanya, semua orang tahu masalah politik yang berlaku di negeri-negeri tersebut.

Tetapi dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, seharusnya diari lama ditutup dan sekarang adalah masa untuk membuka diari baru.

Janganlah berpuak-puak dan bertelingkah sesama sendiri, Kedah sudah mendapat gandingan yang cukup mantap iaitu Ahmad Bashah yang penuh pengalaman dan Mukhriz yang mampu memperkukuhkan usaha menarik sokongan generasi muda. Semua ketua-ketua bahagian di negeri itu perlu bersatu memberi sokongan dan bukannya terus dengan permainan politik yang memualkan termasuklah membuat spekulasi kononnya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid perlu dilantik bersama Ahmad Bashah memandangkan Mukhriz bukan ketua bahagian.

Dalam masa yang sama, Ahmad Bashah pula perlu bersikap terbuka untuk berusaha merapatkan hubungan dengan semua pimpinan UMNO di Kedah.

''Saya percaya sebagai seorang politik yang berpengalaman, Ahmad Bashah akan mampu mengukuhkan kedudukan UMNO Kedah, apatah lagi dengan dibantu oleh Mukhriz dan ini menyaksikan gandingan orang lama dan orang muda,'' kata Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail.

Di Terengganu pula, pelantikan Ahmad Said bukanlah satu kejutan kerana beliau sememangnya berhak kembali menduduki jawatan itu.

Namun begitu menurut seorang pemimpin UMNO negeri berkenaan, Ahmad perlu lebih berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan mainan politik 'orang sekelilingnya'.

''Ahmad adalah pemimpin yang baik dan layak menduduki jawatan itu, cuma kita berharap beliau akan berusaha merapatkan barisan serta memulihkan hubungan dengan mereka yang dilihat 'tidak sebulu' dengan beliau.

''Kita percaya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh akan berjiwa besar menerima pelantikan Ahmad dan akan bersama-sama memperkukuhkan UMNO Terengganu,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Di Pulau Pinang pula, UMNO boleh dikatakan mendapat gandingan yang mantap berdasarkan kombinasi antara Zainal Abidin dan Musa. Kedua-dua mereka adalah 'pejuang' yang selama ini sentiasa mengetengahkan pelbagai isu melibatkan kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Gabungan mereka sudah pastilah akan membolehkan UMNO mengatur gerak kerja yang lebih jitu dengan kerjasama MCA, MIC dan Gerakan bagi merampas kembali negeri itu daripada pakatan pembangkang.

Di Perlis pula, janganlah terlalu ramai cuba menjadi 'pencucuk sate'. Mohd.Isa dan Shahidan harus diberi peluang untuk mewujudkan kerjasama erat bagi memantapkan UMNO negeri itu.

Kedua-dua mereka perlu faham sudah ada khabar bahawa pakatan pembangkang menjadikan Perlis sebagai sasaran mereka seterusnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Apa gunanya jika mereka bertelingkah sesama sendiri yang kesudahannya 'yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu'.

Namun ramai yang percaya, Mohd.Isa dan Shahidan adalah pemimpin UMNO tulen, demi kepentingan parti, mereka pasti boleh berjiwa besar untuk bersatu.

Bagi pengerusi dan timbalan pengerusi perhubungan di negeri-negeri lain pula, mereka janganlah berada dalam zon selesa. Cabaran tahun 2011 dalam memastikan kejayaan BN dalam pilihan raya cukup getir.

Atas sebab itulah kepercayaan yang diberikan oleh Najib dan Muhyiddin kepada mereka perlu dihargai serta dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Misi utama kesemua pengerusi perhubungan UMNO ialah memastikan BN terus meraih sokongan rakyat.

Semua itu hanya boleh dilakukan jika mereka menentukan UMNO pimpinan mereka berada dalam keadaan mantap dan segala proses transformasi yang dilakukan oleh kerajaan dan parti melalui kepimpinan Najib disampaikan serta difahami oleh rakyat dan ahli-ahli di akar umbi.

Berdasarkan hakikat itu, jadikanlah pengumuman barisan kepimpinan UMNO negeri ini sebagai pembuka tirai ke arah mengorak langkah untuk memastikan kejayaan parti itu dan BN, bukan semata-mata kerana kuasa tetapi demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Polimik Mengenai Apakah Wajar Idris Jusoh Dilupakan....

Sambungan kepada POLIMIK antara citrabangsa dan LokLak.
Polimik 2 -
Ya…Idris Jusoh Perjuang Melayu tetapi…

Oleh Ahmad Hj Ishak
Selasa, 2010 Disember 28

TERIMA KASIH. Inilah perkataan yang paling sesuai mahu ditujukan kepada pemberi komen kepada tulisan sebelum ini. Dengan menggunakan nama samaran LOK LAK, dia menulis yang akan saya perturunkan di bawah.

Semua yang didakwanya termasuk mengatakan pendapat saya sebagai dangkal, jumud dan taksub, saya terima dengan senang hati.

Tetapi saya percaya LOK LAK tidak menjawab dakwaan saya yang saya ulangi banyak kali.

LOK LAK mendakwa pendapat saya dangkal. Dalam Kamus Dewan, dangkal bererti tidak dalam. Bila saya bandingkan pendapatnya dengan hujahnya, dangkal ini bolehlah dipulangkan balik kepada pendapat dan komentarnya sendiri, terlalu dangkal.

Bila kemelut dan isu di Terengganu ini sudah selesai? Selesai lama? Bila selesainya? Perbicaraan dakwaan menghantar SMS yang bernada ugutan hingga ada tiga ADUN membuat laporan polis pun masih berlum selesai, yang selesainya apa?

Boleh membela Idris Jusoh atau Haji Idris yang dia fikirkan sebagai seorang yang terllau hebat melontar idea. Belalah. Tetapi tahukan dia bagaimana tersikasanya pegawai-pegawai kanan kerajaan yang disingkirkan oleh Idris selama dia menjadi Menteri Besar?

Ada pegawai kerajaan yang dibuang Idris, kini bekerja dengan Ketua Menteri Melaka –apakah orang seperti ini dapat memaafkan Idris atas perbuatannya?

Bukan seorang, bukan dua dan bukan tiga pegawai kanan kerajaan yang menjadi mangsa, tetapi ramai. Idris bolehlah menunjukkan wajah baiknya di depan orang lain, tetapi luka dan parut yang terkesan, masih ada.

Mendakwa pendapat saya sebagai jumud (baca: kolot) juga saya terima dengan dada dan fikiran terbuka kerana saya percaya pemberi komentar itu cukup kagum dengan Idris dan cuba menutup kesalahan yang Idris lakukan.

Baginya, rekod perjuangan Idris bersih. Lebih bersih dari sehelai kain putih. Rekod Idris ketika memimpin Pergerakan Pemuda Umno Terengganu menganjurkan program menghentam kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad sebelum kemudiannya dia melarikan diri ke Jordan (kalau tak silap saya) dengan alasan menyambung pelajaran menyebabkan ketua-ketua Pemuda bahagian-bahagian lain menjadi mangsa, mahu dibuang kepada?

Ingat, sejarah tidak mungkin dipadamkan.

Itu dulu. Mungkin boleh dianggap sudah selesai. Tetapi apakah luka yang sembuh tidak meninggalkan parut.

Memetik kata-kata Tan Sri Sanusi Junid…memaafkan tidak ada masalah tetapi melupakan tidak. Atau dengan lain perkataan, boleh dimaafkan, tetapi mana mungkin dilupakan!

Memboikot Persidangan DUN Terengganu mungkin bukan isu sebagaimana yang LOK LAK perkatakan. Tetapi, cuba bertanya dengan sesiapa sahaja, bagaimana kalau ahli-ahli Parlimen (BN) di Kuala Lumpur memboikot Persidangan Parlimen dan mensabotaj Perdana Menteri.

Ini isu besar. Kalau Idris beranggapan ini isu kecil, itu pendapatnya. Tetapi mana pernah berlaku dalam sejarah DUN-DUN di Malaysia, ADUN parti pemerintah memboikot Persidangan DUN.

Apabila Idris dan kawan-kawannya yang digelar 10 Budak Hitam melaukannya, yang dianggap oleh budak-budak Idris sebagai ‘isu sudah selesai’ tetapi ia tetap tercatat dalam sejarah. Ingat, sejarah tidak boleh dipadamkan.

Baguslah kalau idris dapat menerima semua yang berlaku dengan tenang tetapi, janganlah apabila duduk dalam Persidangan DUN (yang terbaru 13-16 Disember 2010) mendiamkan diri, tidak bercakap dan ia tentunya mengundang pertanyaan.

Persidangan DUN bukan tertutup. Ia terbuka dan sesiapa sahaja boleh datang mendengar perbahasan kalau mendapat kebenaran.

Ambil contoh Persidangan DUN Perlis. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mengambil bahagian dalam perbahasan. Inilah sikap gentleman dan sporting dari seorang pemimpin yang berkarisme. Bukan mendiamkan diri, dengan mempamirkan ‘sikap dendam dan rasa tidak puashati’ yang tidak pernah kunjung padam.

Tahniahlah kepada Idris kerana mengembalikan Terengganu dari tangan PAS ke tangan Umno dan BN semula. Tetapi, percayalah, ia bukan kerja Idris seorang.Mana mungkin Idris mampu mengemudikan jentera BN seoranng diri tanpa kerjasama dari kawan-kawan dalam Umno dan BN di peringkat bahagian-bahagian.

Penyokong Idris yang taksub, jumud dan dangkal bolehlah mendakwa ini adalah kerja Idris seorang, hingga Terengganu yang diperintah PAS dapat ditawan semula. Monyet dan lutung di hutan pun akan ketawa kalau berita ini disampaikan kepada binatang-binatang ini.

Tapi, bolehkah Idris mengajak monyet dan lutung melupakan perbuatannya menyingkir dua ketua bahagian dari arena politik dalam tahun 2004, iaitu Datuk Abd Rashid Ngah (Kuala Nerus) dan Datuk Roslan Awang Chik (Kuala Terengganu) dilupakan begitu sahaja?

Kemudian, dalam tahun 2008, lupakan kita bagaimana dia menyingkirkan Datuk Rahman Bakar (Marang) yang ketika itu Timbalan Menteri di Kuala Lumpur dan seorang Ahli MT yang menang bertanding tanpa apa-apa perundingan?

Begitu juga dengan Datuk Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu) yang digugurkan tanpa apa-apa perbincangan? Mungkin Idris ada sebab mengapa menolak orang-orang ini, tetapi kenapa tidak diberitahu secara baik dan berhemah?

Ketua Umno Bahagian Setiu dan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus (Datuk Jidin dan Datuk Nasir) diletakkan bertanding di peringkat Parlimen juga merupakan strategi yang disusun begitu rupa supaya Idris tidak ada saingan untuk mengekalkan kerusi Menteri Besar.

Isu apa yang sudah selesai? Maafkan sahaja Idris kerana ia sudah dapat menerima semua ini? Terima apa? Tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu sepanjang Datuk Seri Ahmad Said menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu perbuatan mulia? Perbuatan orang yang boleh menerima hakikat?

Tengoklah pekung dan kurap di badan sendiri sebelum bercakap hal keburukan orang lain. Saudara boleh menganggap Idris sebagai perjuang Melayu tetapi….

Ini komentar asal yang perlu dibaca:

Saya rasa itu adalah pendapat sdr. yg dangkal dan jumud dan taksub terhadap kem tertentu yg saya rasa kemelut dan isu dah pun selesai lama. Daripada itu sya pikir kemelut dendam kesumat, sakit hati ,iri hati yg tiada kesudahan dengan ulasan yang berulang-ulang. Apa agenda tu?. Hj. Idris dah lamapun menerima apa yg berlaku, tetapi sdr. saudara berpersangka begitu buruk, sedangkan tiada apa yg pelik yg berlaku sebagaimana tuduhan jelek sdr. Saya pikir saudaralah yg sebenarnya memainkan isu yg sebenar tidak wujud pun. Ianya cuma bersarang di minda saudara semata-mata. Mungkin Hj. Idris bersalah besar kerana mengembalikan dan merampas Terengganu drp PAS, Bersalah besar juga kerana mempertahankan Terengganu dalam tsunami politik yg lalu. Kalau sdr. pun tidak mampu membuat justifikasi terhadap apa yg berlaku, saya rasa sdr sama sekali tidak layak untuk memperkatakan dan mempersoalkan kepimpinan peringkat negeri maupun pusat.

Pemimpin adalah seorang pemikir yang mampu melontarkan idea-idea utuk kesejahteraan rakyat (meminjam kata-kata Tun Mahathir). Apakah salah Hj. Idris membina IMTIAZ, Program Terengganu Bersih, Taman Tamaddun Islam, Monsson Cup, Khutbah Multimedia. Kalau itu semua boleh dipikirkan oleh semua orang, saya pikir sdr. pun layak jd MB (tp MB kerajaan PAS ajelah). Bukan utk mengangkat Hj. Idris, tp tak salah sebagai umat Islam mengenangkan kebaikan-kebaikan yg telah beliau lakukan.

Lihat pada masa PAS memerintah Terengganu, tiasa sesiapa pun sanggup menjadi Ketua perhubungan pada masa itu, kecuali Hj. Idris yang begitu Optimistik yg sanggup memikul dan menggalas bebanan ini sehinggalah membuahkan hasil dengan gerakan GELOMBANG BIRU. Jangalah hendaknya kita sebagai orang Islam, org bg bunga kita bg taik. Tapi itulah hakikatnya yg berlaku seperti pencacai-pencacai politik seperti sdr. yg menulis atas kapasiti penulisan bebas yg penuh dengan nafsu besar yg berselindung. Saya minta maaf kiranya coretan ini tak sehebat penulisan saudara yg penuh dengan tuduhan tidak berasas dan mainan persepsi semata-mata.

Posted by citra-bangsa at 09:22 3 comments:

loklak berkata...

Salam…

Terima kasih saya ucapkan kpd. Sdr di atas posting feedback sdr. Yg begitu pantas di atas ulasan ringkas saya itu. Baguslah sdr. Mencari kamus dewan di atas pkt saya gunakan, itupun sy ambik pkt yg biasa digunakan oleh pencacai2 politik. Berbalik dengan posting sdr. Bertajuk ”Ya…Idris Jusoh Perjuang Melayu tetapi…”, saya tidak menjangkakan sdr. Begitu melenting dengan ulasan ringkas saya yang ditaip sambil makan goreng pisang panas. Apalah sangat ulasan ringkas saya ini berbanding kejelekan posting-posting sdr. Yg lalu. Saya sbenarnya tak tgerak pun nk mengulas apa yg di tulis oleh sdr. Biarlah sdr. Dgn keseronokkan penulisan tersebut, yang penuh dengan kebencian dan dendam kesumat yang menghantui gerombolan Pakatan Rakyat.

Berbalik kepada persoalan-persoalan saudara utarakan, sya tak berminat untuk menjawabnya, biarlah empunya diri menjelaskan kiranya omongan-omongan dan komentar sdr. Ada kredibiliti dan kesahihan. Saya bukanlah pencacai-pencacai politik yg sntiasa menggunakan setiap kesempatan yg. boleh memberi mileage pd dirinya ataupun setidak-tidak dpt melampiaskan nafsu amarah agar hati nuraninya menemui ketenangan yang palsu.

Sekadar terasa sentuhan dan mencoretkan jasa orang pernah berbakti kepada rakyat Terengganu merupakan satu fitrah manusia sebagai tanda terima kasih.. Itu bukanlah merupakan satu dosa. Menuduh, menfitnah dan membuat panggilan-panggilan jelek itu sebenarnya sejelek-jeleknya manusia. Saya bukanlah pemuja dan pendokong Hj. Idris sebagaimana anggapan sdr. Saya sekadar rakyat biasa yg memerhati dengan mata hati, tetapi bukan dengan buta hati. Tersentuh hati apabila, beribu-ribu budak2 kecil dpt hafaz al-quran, kanak2 TABIKA Qatam Al-quran, beratus-ratus ibu bapa hadir ke temuduga kemasukan ke IMTIAZ yg sekadar memperuntukkan seratus pelajar. Seronok dpt berjemaah bersama-sama di masjid-masjid melihat ketekunan mereka menghafaz Al-quran. Semua ini bukannya datang sendiri dengan memetik jari dan bukan semua idea ini dpt dilontarkan oleh semua pemimpin, alhamdulilah Hj. Idris diberi nur untuk melihat semua ini, alhamdulilah smua ini dpt diteruskan oleh YAB. MB yg baru. Mungkin sdr. Tidak dpt mlihat semua ini, mungkin sdr. Berfikir smua org dpt mlontarkan idea ini, segalanya mungkin bg sdr... Drp membuat omongan-omongan dan komentar-komentar yang semacam kita dah ada bukti sahih sebagaimana SB mendapat maklumat, lebih cerdik dan waras kiranya sdr dpt menggunakan kehebatan pengalaman penulisan sdr. Utk mendamaikan mereka yg bersengketa (kiranya benar) sebagaimana anggapan dlm posting saudara.

Saya pernah berada dlm satu majlis bersama YAB. MB. Dato Ahmad Said, (secara kebetulan dan tak sengaja dalam tahun ini) semasa sidang akhbar, beliau menjawab persoalan yang diutarakan oleh pemberita yg menanyakan hubungan dan karenah YB. Adun (sebagaimana omongan sdr), beliau menjelaskan sebenarnya tiada apa yg berlaku, hubungannya dengan matan MB sangat baik. Beliau kehairanan bagaimana spekulasi ini berlaku. Beliau menegaskan sememangnya ada manusia yg hasad yg ingin melihat kehancuran dan persengketaan akan berlaku dan berterusan. Katanya selisih faham itu dulu, sama-sama memahaminya. Tinggal lagi golongan-golongan sesetengah media dan blog yang tak cukup masak sentiasa menagguk di air yang keruh untuk melihat keporak-poradaan UMNO Terengganu, mungkin sdr. Sbhg drpnya. (maaf kiranya telahan saya ini tidak benar), tetapi berasaskan pd posting –posting sdr, telahan saya ini hampir menepati, wpun tidak 100% kepada gerombolan yang disebutkan tadi.

Saya juga berharap posting2 sdr. Pd masa akan datang lebih berwibawa, lebih berlapang dada dan minda, tidak dipengaruhi emosi dan mempunyai matlamat sebenar yg diingini.Setiap penulisan kita akan mencerminkan keperibadian kita, maklumat dan penyelidikan yang adil terhadap posting akan menyelamatkan diri kita drp dosa-dosa yang tidak diingini. Saya rasa saya tidak akan melanjutkan komentar kerana tidak berminat dengan omongan-omongan tidak sahih. Penulisan saya di blog saya inipun agak terlanjur.. Salam kemaafan saya pohon..


2010 Disember 28 15:08

Polimik Mengenai Apakah Wajar Idris Jusoh Dilupakan....

Teganukini tertarik dengan perbahasan atau lebih tepat POLIMIK antara penulis melalui blog citrabangsa dengan pengomen (menggelarkan dirinya LokLat) mengenai peranan Datuk Seri Idris Jusoh selepas beliau menjadi Menteri Besar.

Pada ketika penulis Ahmad Hj Ishak memperkatakan peranan Idris Jusoh selepas beliau tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar, orang yang membela Idris (Loklat) pula memperkatakan sumbangan Idris ketika menjadi Menteri Besar.

Apapun, semua orang tahu apa yang Idris buat dan cakap mengenai Ahmad Said sebalik mereka berpelukan.

Baca dan tatap sambil itu renung-renungkan polimik ini untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di Terengganu.

Polimik 1:
 
U. Malaysia : Idris diberi peranan penting di Pusat?
Oleh Ahmad Hj Ishak (Isnin, 2010 Disember 27)


RUANGAN Analisis Utusan Malaysia, Isnin 27 Disember 2010 bertajuk Siapa bakal menerajui Umno di lima negeri? Menarik perhatian.

Tanpa mengambil kira di empat buah negeri lain, apa yang perlu diulas ialah satu parageraf tulisan itu yang berbunyi; ‘Walaupun terdapat ura-ura bahawa Datuk Seri Idris Jusoh akan dipilih (baca: sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu) namun ia boleh dianggap sekadar spekulasi semata-mata memandangkan bekas Menteri Besar itu dikatakan akan diberikan tanggungjawab lebih besar di peringkat Pusat.’

Apa yang menarik dengan ayat tersebut? Menarik kerana spekulasi menyebut Idris akan diberikan tanggungjawab lebih besar di peringkat Pusat. Sebab apa mahu memberikan Idris tanggungjawab lebih besar?

Mungkin kerana jasa-jasa Idris memboikot persidangan DUN Terengganu setahun yang lalu dan baru-baru ini, dia berdiam diri sepanjang Sidang DUN Terengganu hingga ada blogger menyifatkannya sebagai dilanda sindrom bisu.

Apakah kerana perangai seorang bekas Menteri Besar yang begitu teruk, maka dia akan diberikan tanggungjawab yang lebih besar di peringkat Pusat?

Sepatutnya (baca: sewajarnya) Idris digugurkan dari menjadi calon dalam pilihan raya akan datang dan jika boleh, jawatan yang disandangnya sekarang, Pengerusi MARA bolehlah diserahkan kepada orang lain yang lebih bertanggungjawab dari Idris.

Apa salahnya jika Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menamakan Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis menggantikan Idris, juga dilihat lebih wajar.

Kesetiaan dan idea manrik Shahidan jarang diberi publisiti dan sokongan tetapi Shahidan diyakini mampu membawa MARA ke arah yang lebih menarik dari MARA di bawah Idris.

Jika Najib tidak berminat untuk melantik Shahidan, kenapa tidak cuba memberi peluang kepada Datuk Seri Mhdzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah? Apa kurangnya kehebatan Mhdzir jika dibandingkan dengan Idris.

Jika Idris yang terkenal sebagai orang Pak Lah boleh diberikan jawatan Pengerusi MARA, apa bezanya Shahidan dan Mhdzir. Mereka semua adalah orang Pak Lah yang setia, sama setianya dengan Idris.

Dari segi rekodnya, Shahidan tidak pernah memboikot persidangan DUN walaupun beliau dijatuhkan dari kerusi Menteri Besar secara tidak bermaruah.

Begitu juga Mhdzir. Beliau tidak pernah diserang sindrom bisu ketika berada di dalam Persidangan DUN Kedah.

Pemimpin seperti ini tidak pula diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan. Orang yang terlibat dengan memboikot Persidangan DUN Terengganu, tidak pernah menghadirkan diri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu ketika Datuk Seri Ahmad Said dilantik menjadi pengerusi dahulu, mahu diberikan tanggungjawab lebih besar di peringkat Pusat.

Apakah politik Umno dan BN mahu dijahanamkan dengan tindakan-tindakan seperti ini? Mesti membuat onar, mesti memboikot persidangan DUN dan mesti tidak menghadirkan diri setiap kali badan perhubungan Umno negeri bermesyuarat barulah diberikan jawatan penting di Pusat?

Tetapi, kalau berhemah, buat baik dan memberi sumbangan kepada rakyat seperti apa yang dilakukan oleh Shahidan, tiada siapa yang memperdulikannya.

Kalau jadi seperti Mhdzir, pun tidak ada sesiapa yang nampak kebolehannya – berbanding dengan Idris yang terlalu banyak melakukan perkara-perkara yang tidak menguntungkan Umno dan BN, maka ada tanggungjawab yang lebih besar hendak diberikan kepadanya di peringkat Pusat?

Dunia politik Umno sudah bercelaru barangkali. Bayangkan, kalaulah betul Idris dilantik semula menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (seperti yang spekulasikan Utusan Malaysia) bererti hayat politik Umno dan BN Terengganu sudah sampai ke penghujungnya.

Adalah lebih baik Najib menyingkap rekod dan catatan kelakuan Idris dengan Geng 10 Budak Hitam yang merosakan imej Kerajaan Negeri Terengganu, Umno dan BN.

Malahan, sehingga ke Persidangan DUN Terengganu yang terbaru dari 13-16 Disember 2010, Idris masih membisu bersama-sama penyokong setianya, Datuk Rosol Wahid (BN-Ajil), Datuk Din Adam (BN – Bukit Besi) dan Mohd Pehimi Yusof (BN- Kota Putera).

Mereka berempat, seperti berpakat. Mereka berempat seperti ada aku janji. Mereka berempat seperti ada masalah yang sama. Mereka berempat sanggup melihat pembangkang menyerang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Kerajaan Negeri, tanpa memainkan peranan sebagai ADUN dari BN.

Apakah berita ketidak wajaran sikap mereka berempat ini diketahui oleh Perdana Menteri? Jika tahu, Najib tidak sewajarnya memberikan tanggungjawab lebih besar kepada Idris di Pusat kerana memberi tanggungjawab di Pusat kepada Idris seolah-olah melayan ugutannya.

Umno memerlukan pemimpin yang ikhlas dan jujur. Bukan mereka yang menggugut untuk mendapatkan jawatan.

Tindak-tanduk Idris itu adalah tindak tanduk orang yang menggugut untuk mendapatkan sesuatu.

Ketika dia menjadi Menteri Besar, dia tidak pernah memperdulikan orang lain. Berapa kali Najib diundang ke Terengganu selama dia menjadi Menteri Besar? Sehingga ada cerita mengatakan, Idris cuba menghalang jika ada mana-mana bahagian yang bercadang mahu mengundang Najib datang ke Terengganu.

Sejauh mana kebenaran cerita itu, tiada siapa yang dapat membuktikannya, tetapi Najib boleh semak semula jadual dan kekerapannya berkunjung ke Terengganu dalam era kepimpinan Idris dahulu.

Ini semua dilakukan oleh Idris kerana dia mahu membuktikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, dialah penyokong nombor satu Pak Lah di Terengganu!

Lupakanlah Idris ini! Sudahlah melayan karenahnya. Jika perlu, tariklah semua jawatan yang disandangnya dan jangan melayan kehendaknya.


Posted by citra-bangsa at 10:42 1 comments:

loklak berkata...

Salam..

Saya rasa itu adalah pendapat sdr. yg dangkal dan jumud dan taksub terhadap kem tertentu yg saya rasa kemelut dan isu dah pun selesai lama. Daripada itu sya pikir kemelut dendam kesumat, sakit hati ,iri hati yg tiada kesudahan dengan ulasan yang berulang-ulang. Apa agenda tu?. Hj. Idris dah lamapun menerima apa yg berlaku, tetapi sdr. saudara berpersangka begitu buruk, sedangkan tiada apa yg pelik yg berlaku sebagaimana tuduhan jelek sdr. Saya pikir saudaralah yg sebenarnya memainkan isu yg sebenar tidak wujud pun. Ianya cuma bersarang di minda saudara semata-mata. Mungkin Hj. Idris bersalah besar kerana mengembalikan dan merampas Terengganu drp PAS, Bersalah besar juga kerana mempertahankan Terengganu dalam tsunami politik yg lalu. Kalau sdr. pun tidak mampu membuat justifikasi terhadap apa yg berlaku, saya rasa sdr sama sekali tidak layak untuk memperkatakan dan mempersoalkan kepimpinan peringkat negeri maupun pusat.
Pemimpin adalah seorang pemikir yang mampu melontarkan idea-idea utuk kesejahteraan rakyat (meminjam kata-kata Tun Mahathir). Apakah salah Hj. Idris membina IMTIAZ, Program Terengganu Bersih, Taman Tamaddun Islam, Monsson Cup, Khutbah Multimedia. Kalau itu semua boleh dipikirkan oleh semua orang, saya pikir sdr. pun layak jd MB (tp MB kerajaan PAS ajelah). Bukan utk mengangkat Hj. Idris, tp tak salah sebagai umat Islam mengenangkan kebaikan-kebaikan yg telah beliau lakukan.
Lihat pada masa PAS memerintah Terengganu, tiasa sesiapa pun sanggup menjadi Ketua perhubungan pada masa itu, kecuali Hj. Idris yang begitu Optimistik yg sanggup memikul dan menggalas bebanan ini sehinggalah membuahkan hasil dengan gerakan GELOMBANG BIRU. Jangalah hendaknya kita sebagai orang Islam, org bg bunga kita bg taik. Tapi itulah hakikatnya yg berlaku seperti pencacai-pencacai politik seperti sdr. yg menulis atas kapasiti penulisan bebas yg penuh dengan nafsu besar yg berselindung. Saya minta maaf kiranya coretan ini tak sehebat penulisan saudara yg penuh dengan tuduhan tidak berasas dan mainan persepsi semata-mata.


2010 Disember 27 19:35

lihat Bahagian Kedua.

Friday 24 December 2010

PAS Tidak Wajar Minta Pegawai Tadbir DiTukarkan

Premis McDonald yang dikatakan antara kontroversi yang ditimbulkan pada sidang DUN Terengganu baru-baru ini.

Amat tepat sekali jika Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah menyatakan kesalnya dengan 'serangan' seorang wakil rakyat pembangkang terhadap seorang pegawai tadbir yang dilakukan dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramli membuat kecaman terhadap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Hussin berkaitan beberapa keputusan yang didakwa dibuat oleh Zainal Abidin dikatakan tidak disenangi penduduk terutama dalam soal penyediaan premis perniagaan.

Berikutan itu, Wan Hassan berulang kali meminta Zainal Abidin ditukarkan.

Kebetulan, pada pegumuman Mazlan, Rabu lalu, Zainal Abidin terbabit dalam pertukaran membabitkan 15 pegawai tadbir berkuatkuasa 1 Januari depan.

"Beliau (Zainal Abidin) berpandukan syarat dan peraturan, ini mungkin tidak disenangi dan menjadi penyebab timbulnya tohmahan terhadapnya," katanya.

Beliau berkata, Zainal Abidin bersama 14 pegawai tadbir negeri akan bertukar berkuat kuasa mulai 1 Januari depan dan pertukaran itu tidak harus dicanang sebagai hukuman terhadapnya.

Zainal Abidin akan mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri yang baru menggantikan Rosdi Awang yang beralih ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha (Baitulmal) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Mazlan ditanya wartawan apakah pertukaran itu kerana desakan berkenaan, menafikan keputusan dibuat kerana isu yang ditimbulkan pada persidangan DUN berkenaan.

“Saya anggap dia pekerja yang baik kerana sudah memegang jawatan itu sejak majlis itu diwujudkan. Beliau membuktikan keupayaannya merancang dan mentadbir majlis berkenaan,” kata Mazlan.

Menurutnya, pegawai tadbir itu telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sepanjang menerajui pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu sejak dinaikkan status sebagai majlis perbandaran.

"Pertukaran itu adalah proses biasa, apabila ada pegawai yang bersara dan walaupun seorang, ia akan berangkai, melibatkan banyak pihak,” katanya.

Bagi Mazlan, serangan oleh ADUN PAS itu tidak adil kepada pegawai tadbir berkenaan.

Menurut Mazlan, dalam situasi itu, pegawai berkenaan tidak boleh

"Tidak elok wakil rakyat itu melakukan di dalam Dewan sedangkan beliau boleh merujuk kepada saya untuk dapatkan penjelasan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, Rabu lalu (21 Disember 2010) di Kuala Terengganu.

Mengenai kekosongan jawatan, Mazlan berkata secara keseluruhan masih terdapat kekosongan pegawai tadbir terutama di Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah dan lain-lain yang belum diisi dan kini dalam proses pengambilan.

"Kini ada kira-kira 202 pegawai tadbir kerajaan negeri Terengganu dan ada 22 kekosongan. Kalau ada yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat, kita akan isi kelak,'' katanya.


teganuku

Sampai Bila Idris Jusoh Mahu Berdendam?

Oleh Wan Yusof Wan Ngah
Jumaat, 2010 Disember 24

RAMAI yang tertanya-tanya, sampai bilakah isu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mahu berdendam dengan pihak tertentu di negeri ini, bermula dengan isu mengoncang pintu pagar Istana, tidak pernah menghadirkan diri dalam mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri dan kini, membisu ketika Dewan Undangan Negeri Terengganu bersidang.

Walaupun bukan Idris yang mengoncang pintu pagar Istana, tetapi kejadian itu berpunca daripada namanya tidak diperkenankan menjadi Menteri Besar Terengganu selepas PTU 12, Mac 2008 yang lalu.

Selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar, beliau sendiri melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu. Jawatan itu akhirnya diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Malangnya, apabila Datuk Seri Ahmad Said mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Idris Jusoh tidak pernah sekali pun menghadirkan diri.

Sedangkan, ketika dia menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dikatakan antara ketua bahagian yang tidak pernah gagal untuk hadir mesyuarat tersebut.

Dia juga terlibat sama dengan Sembilan lagi ADUN yang memboikot persidangan DUN Terengganu, tetapi kemudiannya hadir atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bayangkan, sebagai seorang bekas Timbalan Menteri, bekas Menteri Besar dan kini seorang ADUN di kawasan Jerteh, Idris hanya menyertai persidangan atas arahan Perdana Menteri.

Agaknya, kalau PM tidak mengarahkannya untuk hadir, mungkin dia tidak hadir di persidangan DUN.

Sejak peristiwa itu, macam-macam lagi kejadian berlaku. Ketika Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hadir untuk merasmikan Persidangan Umno Bahagian Setiu, ada empat ADUN dalam kawasan tersebut turut memboikot Muhyiddin.

Pun tidak ada tindakan dikenakan terhadap ADUN-ADUN ini, sebagaimana tidak ada tindakan terhadap 10 Budak Hitam (10 ADUN yang memboikot) yang tidak menghadiri persidangan DUN Terengganu itu.

Apa yang Perdana Menteri takutkan kepada 10 Budak Hitam ini? Apa istimewa 10 Budak Hitam ini? Apa kelebihan 10 Budak Hitam ini? Adakah mereka kebal dan kalis dari sebarang hukuman?

Yang peliknya, ada pihak mendakwa, kalau orang lain dihadapkan ke mahkamah, jawatannya hilang (digantung) seperti apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tetapi ia tidak berlaku kepada AJK Umno Bahagian Marang, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohd Zuber yang masih boleh menjadi perwakilan Umno bahagian ke Perhimpunan Agung.

Kenapa begitu istimewa mereka ini? Apakah mereka sudah berjaya memperdayakan pucuk pimpinan di Kuala Lumpur hingga mereka dilihat bebas sebebas bebasnya melakukan apa sahaja yang mahu mereka lakukan.

Dalam buku Kemelut Politik Terengganu yang diterbitkan Penerbitan Ceria Kuala Lumpur, terdapat 89 artikel mengenai Kemelut Politik Terengganu, tetapi tidak langsung ada mana-mana pihak yang berani bertindak ke atas 10 Budak Hitam yang cuba memusnahkan Umno dan BN Terengganu.

Sehingga ada yang percaya, PM dan TPM sendiri sudah begitu yakin bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak mampu menjadi Menteri Besar dan tidak mampu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Padahal, yang membuat pelbagai karenah dan masalah ini ialah di kalangan mereka yang berdendam dengan kehendak Istana memperkenankan perlantikan Datuk Seri Ahmad Said menjadi Menteri Besar.

Bayangkan, Idris dan tiga lagi rakan-rakan kongsinya, sanggup membisu seribu bahasa, menjahit mulutnya dari berkata-kata, memekakkan telinganya dan menjadi kelu lidahnya daripada bangun untuk berbicara seketika bagi menyampaikan hasrat pengundi-pengundi mereka di DUN-DUN yang mereka wakili.

Idris juga terus berdiam diri, bersama-sama rakan kongsinya, Datuk Rosol Wahid, Datuk Din Adam dan Mohd Pehimi Yusof melihat bagaimana Syed Azman Syed Ahmad dan Mohd Abdul Wahid Endut menyerang Menteri Besar Terengganu.

Padahal, ketika Idris menjadi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmadlah yang bermati-matian mempertahankan dia sebagai Menteri Besar dan imej Kerajaan Negeri dari serangan pembangkang.

Apakah Idris tidak tahu? Apakah Idris mudah lupa atau Idris memang jenis Melayu haprak!

http://citra-bangsa.blogspot.com/

Wednesday 22 December 2010

Antara 3 Darjat - Si Gagap, Budak Hitam & Ahmad Said

Oleh Gadek Online (21 Dis 2010)


Episod 3 Darjat kembali lagi dalam UMNO Terengganu.

Belum pun, PM merangkap Presiden UMNO mengumumkan pertukaran Pengerusi Perhubungan Negeri bagi Negeri Terengganu, Panglima Budak Hitam (Deris Lusoh) telah memainkan peranannya dan mengistyiharkan perang ke atas Ahmad Said.

Saperti telah mengetahui nya, sebagai Penglima Budak Hitam, Deris Lusoh akan hilang dan mati karier politik nya sekiranya beliau tidak memegang jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri atau apa-apa jawatan Tertinggi dalam UMNO Terengganu. Maka, beliau mengarahkan hulubalang-hulubalang nya si Budak Hitam memukul canang, mencalonkan Deris Lusoh untuk jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Terengganu seandai nya Ahmad Said di kembalikan jawatan asal nya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

Strategi Deris Jusoh adalah, dengan berplatform kan jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri atau apa-apa jawatan Tertinggi Parti di peringkat negeri, maka Deris Jusoh akan kekal di senaraikan sebagai calon ADUN dalam PRU Ke 13 nanti. Maka ia nya akan terlepas dari siratul maut. Selagi Si Gagap di Putrajaya memegang Pengerusi Perhubungan Negeri, harapan Deris Jusoh untuk mengekalkan nya sebagai calon ADUN PRU Ke 13 adalah amat cerah sekali. Alangkan Sultan boleh di permainkan nya, nie kan Si Gagap pula.

Kepada Si Gagap,,,,,,,,,Putrajaya,
fikir le terlebih dahulu,
Panglima Budak Hitam ini,
Deris Lusoh telah hilang nama nya di bumi Terengganu.

Tuanku Al Sultan telah murka.
Rakyat pula telah marah dan membenci nya.
Banyak derita dari suka.
Bila tak berkuasa, semua rahsia terbuka.

Tuanku Al Sultan
dan segala hamba rakyat nya telah selesa,
Dengan cara dan gaya pemerintahan nya,
Ahmad Said berhemah dan berhati mulia,
Tidak memilih darjat atau pun bangsa,
Kedudukan atau pun ideologi nya,
Dengan sesiapa senang di tegur nya,
Mudah berjumpa pada bila-bila masa,

Maka Si Gagap di Putrajaya harus le gerakan kerjanya,
Bukan hanya sandiwara sahaja.
Jika tidak berupaya mengemudi bahtera,
Serahkan kembali jawatan pada empunya yang nyata.

Ketika dan saat ini, seluruh rakyat Terengganu memerhatikan nya,
Siapa yang patut menjadi kerajaan mereka,
PRU Ke 13 hampir nyata,
Untuk mereka hidup selesa.

Bukan Deris atau Si Gagap nya,
Untuk jadi Panglima gagah perkasa,
Ahmad Said pilihan nyata,
Rakyat Terengganu sedia kerjasama.

Biar ilang Deri Lusoh,
Biar ilang Si Gagap
Tp jangan ilang UMNO_BN sebagai pemerintah nya.