Tuesday 21 August 2012

Hadi Pentingkan Penyokong Jemaah PAS, Tidak Umat Islam Di Terengganu!!!


Analisis Hambali Abdul Latiff

Siapakah pemimpin Islam yang mengamalkan ajaran Islam yang mementingkan jemaah, kumpulan dan penyokongnya sahaja?

Jawapannya ialah Presiden PAS, Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhud Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Membandingkannya dengan perutusan Aidilfitri Pesuruhjaya PAS Terengganu, yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut, perutusan Hadi menggambarkan beliau seorang yang hanya mementingkan jemaah, penyokong dan mereka yang bersimpati dengan PAS semata-mata.

Sedangkan Wahid yang mewakili seluruh saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu DarulIman.

Kenapa saya katakan Hadi mementingkan penyokong PAS berbanding umat Islam yang lain?

1. Hadi lebih jelas mementingkan jemaah dan penyokong PAS sahaja apabila menyebut: Firman Allah Yang bermaksud Dan hendaklah kamu menyempurnakan masa dan hari-hari puasa itu dan kamu juga hendaklah bertakbir membesarkan Allah supaya kamu termasuk kalangan orrg yg menyatakan kesyukuran keatas nikmatnya kepada seluruh kaum muslim dan muslimat bagi pihak Parti Islam Semalaysia PAS, saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah S.W.T pada hari mulia ini dengan penuh gembira kerana diberi kesempatan mendapat fadilat Ramadan, sama ada mengerjakan ibadat puasa dan pengisian –pengisian yang lain.

2. Hadi menjuruskan perutusannya kepada penyokong PAS semata-mata apabila menyebut: “Adalah menjadi satu hikmat yg besar Allah taatlah memilih bulan Ramadan bulan ibadat, bulan Ramadan diturunkan al-Quran ,bulan Ramadan bulan perjuangan, kemenangan di badar dan pembukaan Mekah .Mekah...Mekah di merdekakan daripada jahiliah tanggungjwb kita selepas ini ialah menghayati tarbiyah yg dihasilkan dibulan Ramadan itu dgn kita meneruskan pembinaan peribadi didalam Parti Islam Semalaysia (PAS) ..

3. Presiden PAS secara khususnya dalam perutusannya mengatakan: “Sehingga kita menjadi satu parti yg kuat model kepada parti-parti yang lain, contoh teladan yang menarik bukan sahaja untuk mendapat penerimaan daripada Allah S.W.T serta pertolongNya dalam masa yang sama mendapat sokongan daripada rakyat sehingga membolehkan kita menegakkan Quran yang menjadi pertunjuk itu ke para adil seluruh manusia adil menjadi sifat wajib bagi Allah S.W.T yg diserlahkan melalui pertunjuk al-Quran karim tanggungjawab.

Saya ingin bertanya kepada umat Islam di Terengganu, belum lagi di Malaysia seluruhnya tidakkah kenyataan Presiden PAS itu berjuang untuk penyokong dan jemaah PAS sahaja?

Jika demikian, pemikiran dan visi Hadi untuk umat Islam di negara ini amat terbatas, malah pemikiran Hadi yang sempit ini perlu ditolak kerana ia tidak menyumbang kepada perpaduan umat Islam di Terengganu dan ummah seluruhnya!

Selain itu Hadi melalui perutusan Aidilfitrinya, hanya mengajak orang PAS supaya "...meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T mengikut segala perintah dan meninggakan segala larangnNya mejadi orang Islam yang patuh dan taat kepada Allah dengan ikhlas, secara memperhambakan diri dengan sesungguhnya. Hendaklah juga dilahirkan melalui kepercaya kita, yang disertakan dgn amalan daripada petunjuk Al-Quran yg diturunkan di bulan Ramadan dgn kita menhayati dan beramal bagi diri kita sendiri, keluarga dan jemaah kita parti islam semalaysia (PAS) dan seterusnya kita dpt menunaikan kewajipan berjuang dgn lebih ikhlas dan lebih bersungguh.”
 
Amatlah jelas kini dalam kepimpinan PAS yang bercelaru itu, Hadi hanya melihat kepada kepentingan PAS walaupun hakikatnya ramai juga pemimpin PAS yang melihat kepentingan umat Islam di negeri dan negara ini wajar diberikan perhatian utama.

Perbezaan pemikiran dan hala tuju perjuangan Hadi dan Wahid dalam mendoakan keberkatan umat Islam begitu terserlah.

Pandangan Hadi ini jauh tersasar jika kita bandingkan dengan perutusan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendoakan kesejahteraan seluruh umat Islam di Malaysia dan Terengganu amnya.

Sultan Mizan dalam perutusannya mahu umat Islam menjauhkan diri daripada persengketaan, perselisihan pendapat dan pandangan sesama sendiri. Ini kerana ia boleh menyebabkan terbuka ruang dan peluang bagi musuh-musuh Islam mencampuri urusan pentadbiran negara dan memecahbelahkan umat Islam.

Setiap perpecahan yang berlaku walaupun atas alasan perjuangan, tidak akan menguntungkan sesiapa, titah baginda dalam perutusan sempena Aidilfitri yang dikeluarkan di Kuala Terengganu, kelmarin.

Malah, titah baginda sejarah Islam telah menunjukkan perpecahan menjadi sebab kepada runtuhnya kekuatan umat Islam sebagaimana yang berlaku terhadap beberapa kerajaan Islam sebelum ini.

Baginda bertitah sejarah ini seolah-olah berulang kembali dan dapat disaksikan di beberapa negara Islam seperti Syria dan Mesir.

Berikutan itu, Sultan Mizan bertitah Islam telah meletakkan perpaduan umat sebagai asas terpenting yang perlu dipelihara dan diberi perhatian dalam menjaga dan mempertahankan keselamatan serta kemakmurah negeri dan negara.