Wednesday 15 June 2011

Manis FM – PAS Bimbang Rakyat Semakin Dekat Dengan UMNO, Kerajaan


Teganukini ada membaca komen dalam sebuah lawan pembangkang (PAS) menyebut mengenai cadangan Kerajaan Terengganu mewujudkan stesen radio sendiri.

Menurut laporan berkenaan, Kerajaan Terengganu membeli stesen Manis FM yang berpenkalan di Kota Bharu yang asalnya Radio KADA.

Secara sinis laman berkenaan mengatakan ‘Mad Said Bakal Jadi DJ Manis FM Selepas PRU ke 13’ kononnya dalam satu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu bulan lalu ‘Mat Said’ dikatakan telah membuat satu keputusan besar tanpa perbincangan dengan Ahli Exco-nya.

Menurut laporan laman itu: “Terdapat di kalangan Ahli Exco Kerajaan Terengganu sendiri yang “ANTI Mat Said”, yang “MELUAT” dengan perangai Mat Said terkejut “BERUK” apabila diberitahu yang kerajaan negeri telah “membeli” stesen radio Manis FM. Maklumat itu, dijelaskan sendiri oleh Exco Kerajaan Mat Said yang ‘terkilan’ apabila keputusan untuk membeli stesen radio berkenaan langsung tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang diadakan setiap hari RABU."

Mat Said sendiri memberitahu rakan-rakan Ahli Exconya ketika selesai mesyuarat bahawa, “Kita telah beli stesen radio Manis FM dengan harga RM7 juta dan kita telah bayar deposit RM4 juta”, ujarnya.
Kata laporan itu, “... ada pandangan nakal rakyat membuat andaian bahawa berkemungkinan besar Mat Said sedang mencari tapak dan peluang yang baik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Kata mereka, Mat Said juga bakal menjadi “DJ” untuk sebuah stesen radio Manis FM yang lahir di Kelantan, Darul Naim..??? Jika Mat Said menjadi “DJ Manis FM” sudah pasti kerja-kerja penerangan dan kerja ‘memfitnah’ menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.”

Persoalannya, benarkah dengan membeli Manis FM ini atau dengan keputusan itu Ahmad Said selaku MB itu membelakangkan rakyat susah dan masih banyak yang miskin, tiba-tiba boleh seorang yang bergelar Ketua Eksekutif Menteri Besar Terengganu sanggup “BERBELANJA LEBIH”?

Hakikatnya dalam keadaan sekarang, lesen untuk radio sudah tidak dikeluarkan lagi oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Kebanyakan lessen sudah dimiliki oleh pemilik ASTRO dan pembelian ini walau RM10 juta pun masih tidak rugi.

Difahamkan, lesen yang dibeli daripadaManis FM itu sudahpun diminta untuk dibeli oleh sebuah syarikat dengan harga RM15 juta, Ada kalangan industri penyiaran mengatakan lessen berkenaan akan menjadi RM20 juta selepas Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Bermakna Ahmad Said sudah membolehkan Kerajaan Terengganu untuk lebih RM5 juta melalui pembelian itu.

Kedua, pembangkang khususnya PAS dan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru, Wahid Endut banyak membuat bising mengenai Manis FM ini kerana bimbang melalui radio ini kerajaan akan dapat menjelaskan dasarnya dengan lebih mudah.

Malah, PAS bimbang dengan penerangan kerajaan negeri terhadap banyak ‘kebajikan’ yang dibuat oleh UMNO berbanding PAS yang hanya pandai bercakap dan bersyarat atau melalui ceramah sahaja.

Dengan adanya Manis FM ini, pembangkang merasakan semakin sukar untuk menabur fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Ketiga, PAS marah kerana apabila Manis FM dimiliki kerajaan Terengganu, tidak aka nada lagi ceramah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di radio berkenaan.

Dengan kata lain Nik Aziz sudah tidak boleh ceramah di radio. Mungkin selepas ini Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) pula yang bercramah. Lebih teruk kalau Ustaz Mohd Nor Deris. Habislah Naik Aziz. Mati akal!

Juga tidak ada lagi berita mengenai kononnya pentadbiran Kelantan cekap dan sebagainya. Rakyat akan mula disedarkan dengan kedudukan dan masalah sebernar di Kelantan.

Selama ini, walaupun Manis FM milik bekas orang kuat UMNO tetapi dipergunakan sepenuhnya oleh PAS untuk dakyahnya.

Jadi apabila hilang tempat melontarkan ‘cacian’, kritikan dan memburuk-buruk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional secara halus, PAS bagaikan hilang suara.

Inilah yang PAS bengang dan marah. Dan inilah juga sebabnya PAS menghentam Ahmad Said awal-awal sebagai perang psikologi supaya rakyat memencil atau menjauhi Manis FM.

Tetapi mampukah PAS menyekat kemaraan Manis FM jika programnya nanti memang dekat dengan rakyat dan yang jauh – termasuk penyokong PAS – menghampiri Manis FM.

Apakah PAS akan boikot Manis FM seperti boikot Utusan Malaysia?

Rakyat Terengganu, Kelantan dan Pahang akan menilai kelak sama ada Manis FM akan melakukan ‘kerja fitnah’ atau sebaliknya seperti yang mereka andaikan?