Tuesday 28 November 2017

PPBM Terengganu Tidak Menggugat - Silap Bacaan Cik Gu Razif Tu....


Maka berkatalah si ‘Pahlawan Bugis Terengganu’ bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mampu menggugat kekuatan UMNO di negeri itu.

Katanya, walau parti baharu itu meletakkan calon di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta lapan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang, ia tidak akan menjejaskan UMNO.

Hebat kata-kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Kenapa hebat?

Kerana UMNO hanya ada 17 kerusi sahaja di Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi mengatakan PPBM boleh meletakkan 32 calon.

Besar cabaran Ahmad Razif kepada PPBM yang baru setahun jagong berbanding dengan UMNO yang sudah bertanding di Terengganu sejak 1959.

Sebenarnya, bagi pihak siapa Ahmad Razif bercakap?

Bagi pihak Barisan Nasional (BN) Terengganu atau UMNO Terengganu, atau juga bagi pihaknya yang semakin terhimpit?

Apakah Ahmad Razif juga bercakap bagi pihak PAS yang kini mempunyai 14 kerusi DUN? Satu lagi kerusi dimenangi oleh PKR – di DUN Bandar.

Di kerusi DUN Seberang Takir di tempat Ahmad Razif bertanding, sokongan kepada beliau pun semakin terhakis.


Aabila beliau mengarahkan supaya jenteranya bersiapsiaga di DUN Seberang Takir yang sebelum ini dibantu ole hundi askar, Ahmad Razif jangan salah perkiraan.

Apa lagi ketika ini dengan berbagai isu membabitkan dirinya seperti salah guna kuasa, unsur rasuah, isu mahligainya, pembaziran dan perebutan kuasa di kalangan pemimpin UMNO untuk menjadi Menteri Besar pun sudah menjadi ‘known secret’ ketika ini.

Cabar Ahmad Razif cabar.

Elok juga sesekali Menteri Besar bersuara selepas sebelum ini pernah menyebut PPBM tidak akan ke mana-mana.

Lagipun 'panglima Bugis' kena tunjuk kepada pemimpin UMNO di Terengganu beliau kuat dan mampu menerajui pilihan raya kali ini.

Namun kini jelas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu sudah menerima hakikat bahawa PPBM memang kuat walaupun disebut beliau ada krisis dalaman.

Dan untuk menyembunyikan kebimbangan dan menyedapkan hati sendiri, Ahmad Razif mengatakan PPBM tidak mampu menggugat kekuatan UMNO di negeri itu.

Jika benar tidak menggugat, buat apa mengambil tahu dan bersiapsiaga sedemikian rupa?

Ahmad Razif salah perkiraan jika mengambil kira PPBM Bahagian Dungun sebagai contoh.

PPBM yang baru bergerak secara rasmi kira-kira enam bulan kini lengkap jenteranya di bahagian-bahagian dan kerusi tumpuannya.


Kepimpinan Datuk Razali Idris berkesan khususnya di bahagian yang menjadi tumpuan, malah kesediaan pemimpin utama PPBM seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kerap turun ke Terengganu membuktikan pengiktirafan mereka terhadap kekuatan PPBM negeri.

Selain itu Ahmad Razif menyebut ada pembubaran bahagian.

Mana ada pembubaran? PPBM Bahagian Dungun tetap wujud. Ia kini ditadbirkan oleh Pemangku Ketua Bahagian yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Bahagian.

Ahli jawatankuasanya tetap menjalankan tugas, malah ia lebih baik daripada sebelum Ketua Bahagian Penaja lama yang membuat keputusan masuk UMNO.

Selain itu PPBM bahagian itu menumpukan gerak kerjanya di Bukit Besi sahaja memandangkan pembahagian kerusi belum dimuktamadkan dan PPBM hanya berminat di Bukit Besi.

Kerusi Parlimen Dungun kini milik PAS dan begitu juga tiga kerusi DUN yang lain dan ia masih dibincangkan pembahagiannya di kalangan PKR dan AMANAH..

Apakah Ahmad Razif melihat PPBM sebagai parti yang mahu membolot semua kerusi seperti UMNO? Silap tu Cik Gu Razif oiii....

Tohmahan bahawa wujudnya “pembubaran beberapa bahagian PPBM terutama di Dungun yang jelas membuktikan parti tersebut gagal mempengaruhi pengundi di Terengganu” adalah pandangan yang bersifat kesilapan besar.

Bagi Ahmad Razif, kedudukan PPBM akan terus goyah selain bakal memberi kelebihan kepada UMNO.


Tanpa Ahmad Razif sedari, PPBM mempunyai strategi dan tumpuannya sendiri dan dengar kerjasama erat di kalangan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sekarang, Ahmad Razif wajar menjaga hal ehwal dalaman partinya sebelum mahu  menjaga tepi kain orang.

Benarkah UMNO sudah menangani segala isu termasuk isu politik dan mampu mendapat mandat 2/3 majoriti dan sekali gus menjadi penyumbang besar kepada kerusi Parlimen di peringkat pusat pada pilihan raya umum akan datang.

Janji boleh dan cakap besar boleh. Kalau tidak dapat bagaimana Cikgu Razif?

UMNO tidak akan menang hanya berharapkan perpecahan parti pembangkang khususnya PPBM – itupun kalau ada.

UMNO juga perlu melihat ancaman PAS yang bukan mudah untuk ditewaskan.

Walaupun ad ara-ura PAS mahu bekerjasama dengan UMNO tetapi selagi tiada persefahaman mutlak, PAS juga bercita-cita untuk menerajui negeri ini.

Jadi, daripada menyusahkan diri memikirkan isu yang melanda PPBM baik Ahmad Razif fikir apa yang perlu diperbetulkan dalam UMNO.

Apakah Ahmad Razif begitu yakin pertandingan tiga penjuru akan memihak kepada BN?

Saturday 18 November 2017

Amphibia ‘Tak Sampai’ – Polis Dah Siasat Atau Belum?

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa pernah membuat laporan polis mengenai ‘kehilangan kapal dua alam – Amphibia’ pada

Apa jadi dengan laporan itu? Polis mengatakan pihaknya menerima laporan dan apakah sudah dilakukan penyiasatan?

Jika sudah apa keputusannya?

JIka belum kenapa tidak siasat? Tidak cukup bukti?

Kenyataan Dr Syed Azman pada 16 November lalu memaklumkan bahawa pada 2hb Mac 2017 beliau  telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Kuala Terengganu mengenai 'kehilangan' bas dua alam itu.

Katanya, tujuan laporan itu dibuat ialah:

1.    Memohon untuk dijalankan siasatan dimanakah hilangnya bas amfibia yang telah ditempah oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2014 sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Besar dan Datuk Mohd Jidin Mohd Shafie, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan & Pelancongan Negeri Terengganu ketika itu.

2.    Memohon siasatan dijalankan bagi mengetahui berapakah jumlah sebenar yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk membeli bas amfibia buatan Malta itu?

       Adakah RM6 Juta atau RM3 Juta? Selain itu, siasatan juga perlu dilakukan bagi membuat pengesahan sama ada bas tersebut telah dibuat bayaran tempahan atau belum dibuat bayaran kerana sudah 3 tahun kedua-dua buah bas amfibia ini tidak kelihatan dan menjadi tanda tanda rakyat Negeri Terengganu.

3.    Memohon siasatan dijalankan bagi mendapat pengesahan adakah terdapat unsur-unsur pecah amanah di dalam urusan pembelian dan tempahan bas amfibia ini.

Dr Syed Azman menyebut, mungkin jumlah ini di anggap kecil oleh sebahagian pentadbir kerajaan, namun kita belum lagi bicarakan soal kepincangan dan ketirisan yang sedang berlaku di negeri Darul Iman.

Isu amhibia ini jika dikaitkan dengan beberapa isu lain, ia menjadi begitu penting seperti  ke mana kesudahan Kawasan Bebas Cukai di Kenyir bernilai lebih RM500 juta?

Menurut Syed Azman, rata-rata rakyat Terengganu kini terpaksa bergelut dengan bebanan kehidupan harian yang amat memeritkan.

“Hal ini di tambah dengan *bebanan GST*   yang mengakibatkan kos barangan harian melambung naik. Anak-anak muda Terengganu pula walaupun berijazah, terpaksa menjadi ‘penggangur terhormat’* kerana peluang pekerjaan yang amat terhad di negeri sendiri dan ‘bebanan hutang PTPTN’ yang tak terbayar,” tegasnya.

Tambahnya, “apakah  inilah nasib rakyat Terengganu yang terpaksa menanggung beban ketirisan yang ditinggalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?”


Blog teganuku melaporkan Syed Azman amat terkejut membaca kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 12 November 2017 yang telah memberi kata dua kepada pembekal bas Amphibia itu  untuk membuat penghantaraan kenderaan berkenaan selewat-lewatnya hujung bulan ini (November) atau berdepan dengan tindakan saman daripada Kerajaan Negeri Terengganu.

Lantas mengemukakan persoalan kepada Ahmad Razif, “kenapa baru sekarang (November 2017) hendak memberi kata dua kepada pihak pembekal bas amphicoach tersebut sedangkan kerajaan negeri telah berkali-kali  ‘menjanjikan’  kepada rakyat Terengganu bahawa bas ‘dua alam’ ini akan tiba sejak dari tahun 2015 lagi?

“Malahan Menteri Besar sendiri telah membuat kenyataan terbuka pada March 2017 bahawa bas tersebut akan tiba pada Jun 2017.

Apakah hal ini sesuatu yang boleh dianggap remeh walhal kos pembelian setiap buah bas tersebut mencecah 3 Juta ringgit sebuah yang mana kos tersebut melibatkan penggunaan wang rakyat?” tanya beliau.

Pembelian Bas ‘Dua alam’ amphicoach ini diilhamkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu bas ini digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu.


Ketika musim tengkujuh, bas amphicoach boleh digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir di kawasan yang tidak berarus deras ke tempat yang lebih selamat. Kenderaan tersebut adalah buatan Malta yang dapat digunakan di darat dan di air. Kenderaan berbentuk seperti bas itu mampu memuatkan 50 orang penumpang pada satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.

Ahmad Razif dalam satu kenyataan pada 28hb Disember 2014 berkata, pihak kerajaan negeri menjangkakan bas Amphicoach yang telah ditempah itu akan dapat beroperasi pada tahun 2015.


Beliau berkata kerajaan negeri menjangkakan bas itu hanya boleh digunakan pada tahun 2015 memandangkan kilang pengeluar di Malta memerlukan lapan bulan untuk membinanya mengikut rekaan dan spesifikasi yang dikehendaki.

Thursday 16 November 2017

PH Ada Sokongan Dua Peratus, Pertembungan Sebenar Antara PAS-UMNO


Benarkah kajian mengatakan bahawa penyokong Pakatan Harapan (PH) jamya dua peratus sahaja di Terengganu?

Dan kerana itu, sudah tentu rakyat hari ini sedang menumpulam  sama ada kepada UMNO-BN akan terus memerintah atau pun perlu diserahkan tampuk pemerintahan kepada kepada PAS.

Berikutan itu, PAS amat yakin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 (PRU14) akan datang tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap perjuangan PAS.

Malah, bagi PAS, walaupun pertandingan tiga, empat atau lima penjuru sekali pun ia akan tetap berpihak kepada PAS.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah mendakwa rakyat dan pengundi di negeri ini sedar pertembungan sebenar hanya antara parti UMNO dan PAS.

Pada PRU14 rakyat akan membuat pilihan sama ada mengekalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau menyerahkan pemerintahan negeri kepada PAS.

“Saya menganggap bahawa pertandingan tiga penjuru, empat penjuru, lima penjuru itu tidak menjejaskan perkembangan dan perjuangan PAS dalam pilihan raya kali ini.

“Ini kerana, kita melihat bahawa kewujudan pertandingan tiga penjuru itu bukan sahaja hasil dari perpecahan PAS tetapi parti Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) juga merupakan dari perpecahan UMNO.

“Kajian dibuat bahawa penyokong Pakatan Harapan (PH) dua peratus sahaja. Maka, sudah tentu rakyat hari ini sedang menumpu sama ada UMNO-BN akan terus memerintah atau pun perlu diserahkan tampuk pemerintahan ini kepada kepada PAS,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengistiharan Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) di Madrasah Darul Taqwa (MDT), Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, semalam.

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung menegaskan jika rakyat mahukan perubahan kerajaan mesti menyokong PAS pada PRU14 akan datang.

“Maka, tiada jalan lain untuk rakyat membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang ini, mesti sokong PAS kerana PH hanya mendapatkan sokongan sekitar dua peratus sahaja.

“Jadi, jika rakyat mahu melihat perubahan dalam negeri (Terengganu) ini, rakyat mesti bersatu dengan memberi sokongan kepada PAS.

“Bagi saya, apa yang dikemukakan oleh pimpinan PH Terengganu itu tidak memberikan apa-apa halangan, cabaran kepada kita (PAS),” ujarnya.

Beliau memberi reaksi balas itu terhadap kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah yang membayangkan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14, di seluruh negeri Terengganu.