Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Saturday, 18 November 2017

Amphibia ‘Tak Sampai’ – Polis Dah Siasat Atau Belum?

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa pernah membuat laporan polis mengenai ‘kehilangan kapal dua alam – Amphibia’ pada

Apa jadi dengan laporan itu? Polis mengatakan pihaknya menerima laporan dan apakah sudah dilakukan penyiasatan?

Jika sudah apa keputusannya?

JIka belum kenapa tidak siasat? Tidak cukup bukti?

Kenyataan Dr Syed Azman pada 16 November lalu memaklumkan bahawa pada 2hb Mac 2017 beliau  telah membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Kuala Terengganu mengenai 'kehilangan' bas dua alam itu.

Katanya, tujuan laporan itu dibuat ialah:

1.    Memohon untuk dijalankan siasatan dimanakah hilangnya bas amfibia yang telah ditempah oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2014 sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Besar dan Datuk Mohd Jidin Mohd Shafie, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan & Pelancongan Negeri Terengganu ketika itu.

2.    Memohon siasatan dijalankan bagi mengetahui berapakah jumlah sebenar yang telah dibayar oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk membeli bas amfibia buatan Malta itu?

       Adakah RM6 Juta atau RM3 Juta? Selain itu, siasatan juga perlu dilakukan bagi membuat pengesahan sama ada bas tersebut telah dibuat bayaran tempahan atau belum dibuat bayaran kerana sudah 3 tahun kedua-dua buah bas amfibia ini tidak kelihatan dan menjadi tanda tanda rakyat Negeri Terengganu.

3.    Memohon siasatan dijalankan bagi mendapat pengesahan adakah terdapat unsur-unsur pecah amanah di dalam urusan pembelian dan tempahan bas amfibia ini.

Dr Syed Azman menyebut, mungkin jumlah ini di anggap kecil oleh sebahagian pentadbir kerajaan, namun kita belum lagi bicarakan soal kepincangan dan ketirisan yang sedang berlaku di negeri Darul Iman.

Isu amhibia ini jika dikaitkan dengan beberapa isu lain, ia menjadi begitu penting seperti  ke mana kesudahan Kawasan Bebas Cukai di Kenyir bernilai lebih RM500 juta?

Menurut Syed Azman, rata-rata rakyat Terengganu kini terpaksa bergelut dengan bebanan kehidupan harian yang amat memeritkan.

“Hal ini di tambah dengan *bebanan GST*   yang mengakibatkan kos barangan harian melambung naik. Anak-anak muda Terengganu pula walaupun berijazah, terpaksa menjadi ‘penggangur terhormat’* kerana peluang pekerjaan yang amat terhad di negeri sendiri dan ‘bebanan hutang PTPTN’ yang tak terbayar,” tegasnya.

Tambahnya, “apakah  inilah nasib rakyat Terengganu yang terpaksa menanggung beban ketirisan yang ditinggalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?”


Blog teganuku melaporkan Syed Azman amat terkejut membaca kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 12 November 2017 yang telah memberi kata dua kepada pembekal bas Amphibia itu  untuk membuat penghantaraan kenderaan berkenaan selewat-lewatnya hujung bulan ini (November) atau berdepan dengan tindakan saman daripada Kerajaan Negeri Terengganu.

Lantas mengemukakan persoalan kepada Ahmad Razif, “kenapa baru sekarang (November 2017) hendak memberi kata dua kepada pihak pembekal bas amphicoach tersebut sedangkan kerajaan negeri telah berkali-kali  ‘menjanjikan’  kepada rakyat Terengganu bahawa bas ‘dua alam’ ini akan tiba sejak dari tahun 2015 lagi?

“Malahan Menteri Besar sendiri telah membuat kenyataan terbuka pada March 2017 bahawa bas tersebut akan tiba pada Jun 2017.

Apakah hal ini sesuatu yang boleh dianggap remeh walhal kos pembelian setiap buah bas tersebut mencecah 3 Juta ringgit sebuah yang mana kos tersebut melibatkan penggunaan wang rakyat?” tanya beliau.

Pembelian Bas ‘Dua alam’ amphicoach ini diilhamkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu bas ini digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu.


Ketika musim tengkujuh, bas amphicoach boleh digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir di kawasan yang tidak berarus deras ke tempat yang lebih selamat. Kenderaan tersebut adalah buatan Malta yang dapat digunakan di darat dan di air. Kenderaan berbentuk seperti bas itu mampu memuatkan 50 orang penumpang pada satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.

Ahmad Razif dalam satu kenyataan pada 28hb Disember 2014 berkata, pihak kerajaan negeri menjangkakan bas Amphicoach yang telah ditempah itu akan dapat beroperasi pada tahun 2015.


Beliau berkata kerajaan negeri menjangkakan bas itu hanya boleh digunakan pada tahun 2015 memandangkan kilang pengeluar di Malta memerlukan lapan bulan untuk membinanya mengikut rekaan dan spesifikasi yang dikehendaki.

Sunday, 7 August 2016

Provokasi - Polis Terengganu ‘Overacting’ Atau Bernama Yang Berlebih-Lebih?


“...pesanan Perdana Menteri itu sudah disampaikan kepada Ahmad Said dan bekas Menteri Besar itu sangat ‘faham’ dengan pesanan demikian...juga tidak benar kononnya enam ADUN UMNO akan memboikot sidang DUN esok.”

Apakah akan berlaku kekecohan di Kuala Terengganu esok?

Pelik juga apabila Polis Terengganu membuat kenyataan berupa amaran dengan mengatakan “Jangan timbulkan provokasi pada sidang DUN Terengganu.”

Malah, Polis Terengganu mengingatkan orang ramai agar tidak menimbulkan provokasi dan kekecohan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 yang akan berlangsung esok.

Siapa yang akan BUAT KECOH?

Ada sesiapa membuat laporan akan ada kekecohan atau provokasi?

Atau Polis Terengganu pakai sumber ‘hearsay’ dan ramalan-ramalan berupaya khayalan yang dibuat oleh orang tertentu yang takut dengan bayang-bayang?

Kita hormati kerja polis untuk jaga ketenteraman awam tetapi dengan mengeluarkan amaran, ia seolah sesuatu yang buruk akan berlaku.

Semalam pada pertemuan di Putrajaya, Perdana Menteri sudah meminta semua ADUN BN membuat jaminan jangan ada apa-apa provokasi dan membiarkan sidang berjalan dengan tenteram dan teratur.


Pesanan Perdana Menteri itu sudah disampaikan kepada semua ADUN BN seramai 16 orang itu, walaupun Ahmad Razif Abdul Rahman TIDAK DIJEMPUT ke pertemuan itu.

Difahamkan juga pesanan Perdana Menteri itu sudah disampaikan kepada Ahmad Said dan bekas Menteri Besar itu sangat ‘faham’ dengan pesanan demikian.

Juga tidak benar kononnya enam (6) ADUN UMNO akan memboikot sidang DUN esok. Kenyataan itu sengaja diada-adakan untuk memburukkan keadaan politik Terengganu oleh pihak tertentu yang bimbang dengan kedudukan Menteri Besar ketika ini.
  
Jadi apabila Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas ke atas sesiapa yang didapati dengan sengaja menimbulkan kekecohan atau huru hara semasa persidangan itu, ia tidak lagi relevan.

Kenyataanya yang dipetik Bernama supaya "Jangan cemari persidangan DUN dengan insiden yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan huru hara kepada mana-mana pihak, “ hanya layak direkodkan sebagai bahan berita semata-mata.

Dengan mengatakan, "Sekali lagi saya mengingatkan orang ramai agar tidak membuat kecoh pada persidangan itu berlangsung...biar ia berlansung dengan aman tanpa apa-apa (insiden)," hanyalah kenyataan dasar polis semata.

Mungkin Polis Terengganu tidak berniat melakukan apa-apa kenyataan tetapi apabila soalan ‘provoksi’ Bernama yang menghubungi beliau di Kuala Terengganu semalam, Ketua Polis Terengganu itu ‘terdorong untuk membuat kenyataan sedemikian.

Soalnya apakah kenyataan seperti ini membantu meredakan suasana politik Terengganu ketika ini?

Apakah ada seseorang buat repot mengatakan akan berlaku kekecohan atau provokasi?

Apakah ia akan diakibatkan oleh ‘Geng’ atau penyokong Datuk Seri Ahmad Said?

Mana Ahmad Said ada geng? Dia loneranger, malah tidak terdengar pun dia akan membuat kacau pada persidangan itu.

Polis sewajarnya minta pendapat orang politik Terengganu yang neutral, bukan daripada kumpulan yang ‘tertekan’ ketika ini.

Kita berterima kasih kepada Polis Terengganu kerana berjaya mengesan satu gerakan bergelar 'Gelombang Kuning' yang dipercayai cuba mengaitkan pihak Istana Terengganu dalam memprotes kepimpinan kerajaan negeri.


Walaupun Polis Terengganu tidak menolak kemungkinan gerakan yang sama akan cuba membuat provokasi pada sidang DUN esok yang boleh menggugat ketenteraman awam, ia bukankah sesuatu yang perlu dikeluarkan amaran seolah-olah berlaku kejadian tidak diingini.

Sebelum ini PAS tunjuk perasaan di luar pagar Wisma Darul Iman pada 22 April 2012 tidak ada pun kejadian tidak diingini berlaku.

Malah, kemelut yang berlaku ketika ini tidaklah sehebat kejadian ‘goncag pintu pagar istana’ membantah penolakan pelantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar pada 2008.

Atau juga ‘kekecohan politik sekarang’ tidaklah membawa keadaan ADUN Barisan Nasional (BN) berkumpul di sebuah hotel memboikot sidang DUN yang menunjukkan protes kepada Ahmad Said ketika menjadi Menteri Besar.

Ahmad Said tidak akan ‘gila’ untuk melakukan perbuatan provokasi seperti yang dilakukan oleh ’10 Budak Hitam’ itu.

Juga tidak akan ada perbuatan ‘SMS Ugut Bunuh’ seperti yang berlaku pada April 2009 yang terbukti lebih serius daripada keadaan ketika ini.


Jadi janganlah ‘over acting’ di pihak Polis Terengganu kalaupun ada laporan dibuat pihak tertentu tentang kemungkinan provoksi.

Memanglah, dengan memberi amaran ia akan meredakan keadaan tetapi lihatlah keadaan sebenar, apakah akan ada gerakan di pihak yang ‘membantah’ Menteri Besar.

Seruan supaya Ahmad Razif meletakkan jawatan tidak akan sampai ada tunjuk perasaan atau bantahan jalanan.

Harap Polis Terengganu boleh faham suasana politik Terengganu dan jangan dengar sebelah pihak.

Jangan takutkan orang ramai dengan amaran-amaran yang boleh yebabkan orang ramai rasa gusar dan rimas.

Juga jangan tunjukkan Polis Terengganu berpihak kepada seseorang atau kepada pihak tertentu sahaja.

Hakikatnya tidak ada pun nampak kesan kononnya wujud ‘Gelombang Kuning’  dan kalau ada kita menyokong Polis Terengganu ambil tindakan kerana  menyalahi di bawah Akta Hasutan.

Malah kita wajar beri pujian kepada polis kerana bijak kes ini jika benar ia suatu gerakan yang tersebar di negeri ini.


Polis boleh memberi amaran "Dan jangan mempercayai terdapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu dan jangan cuba mengaibkan Istana di dalam gerakan ini, sebaliknya tidak nampak atau rasa pun kesan ‘Gelombang Kuning’ berkenaan,” namun dengan tiada tangkapan, ia suatu kes yang tidak boleh disahkan.

Monday, 18 July 2016

Rasuah - Dapat RM1,000 Didenda RM20,000, Penjara Enam Bulan

Mohd Nawi dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM20,000 semalam.
Gara-gara  menerima wang RM1,000 sebagai dorongan mengubah keputusan air kencing milik daripada seorang lelaki  yang dikatakan positif dadah, seorang anggota polis dihukum penjara dan denda.

Polis berkenaan yang  berpangkat sarjan dihukum enam bulan penjara dan dikenakan denda RM20,000 selepas mengaku meminta dan menerima suapan sebanyak RM1,000, tiga tahun lalu, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Nawi Daud, 53, yang bertugas di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, berdepan hukuman penjara sebulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mohd Nawi mengaku salah meminta suapan RM1,000 daripada Muhammad Ameer Izzuddin Samsol, 23, di sebuah rumah di Taman Mulia Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, kira-kira jam 8 malam, pada 12 Januari 2013.

Mohd Nawi mengaku meminta wang itu sebagai dorongan mengubah keputusan air kencing milik Muhammad Ameer Izzuddin yang dikatakan positif dadah.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Sejurus pengakuan salah Mohd Nawi direkodkan, Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM10,000 atau dua minggu penjara sekiranya gagal membayar denda.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Mohd Nawi mengaku salah menerima suapan daripada Muhammad Ameer Izzuddin sebanyak RM1,000 di hadapan sebuah bank di Jalan Baru Pak Katak, Dungun, kira-kira jam 6 petang, pada 14 Januari 2013.

Dengan itu, Mohd Nawi mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Bagi kesalahan itu, jika disabit kesalahan dia boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Susulan pengakuan salah bagi kesalahan itu, Asmadi menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau dua minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Bagaimanapun, Asmadi mengarahkan hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan berjalan secara serentak bermula semalam.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh, manakala Mohd Nawi diwakili peguam bela, Hasif Hasan.

Tuesday, 12 July 2016

Polis Gali Semula Kubur Bayi Yang Dilahirkan Dalam Tandas Di Jerteh

Polis menggali semula kubur seorang bayi yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, semalam berikutan pengebumiannya di sebuah tanah perkuburan Islam di Jerteh Besut Ahad lepas, tidak mendapat permit.

Difahamkan, jenazah bayi itu dikebumikan abang kepada ibu bayi berkenaan yang telah melahirkannya di rumah keluarganya dekat Jerteh, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi (kanan) berkata, ibu bayi itu yang berumur 21 tahun, belum berkahwin dan masih menuntut di sebuah kolej swasta di negeri ini.

Mohd Zamri berkata polis menggali semula kubur bayi berkenaan selepas kejadian itu disedari seorang doktor yang merawat wanita berkenaan ketika beliau dihantar ke unit kecemasan Hospital Daerah Besut pada kira-kira pukul 11 malam, Ahad lalu.

Katanya, pihak hospital diberitahu wanita berkenaan telah melahirkan bayinya di dalam tandas rumah keluarganya tetapi bayi itu meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

"Susulan kejadian itu wanita berkenaan telah dibawa keluarganya mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut pada malam yang sama," katanya kepada pemberita di Besut hari ini.

Mohd Zamri berkata doktor mendapati ada luka yang besar pada alat sulit wanita berkenaan dan pada masa sama mendapati tiada sebarang rekod dibuat mengenai kelahiran bayi tersebut atau dirujuk kepada hospital sebelum itu.

"Pihak hospital kemudian dengan kebenaran daripada mahkamah dan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu telah mengali kubur bayi itu semalam untuk siasatan lanjut, katanya.

Beliau berkata buat masa ini tiada tangkapan dilakukan dan wanita berkenaan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Monday, 13 June 2016

Polis Terengganu Bantu Balu, Pesara Sepanjang Ramadan

Rosli (tengah) bersama pegawai dan anggota polis Terengganu.
Polis Terengganu merancang membantu meringankan beban golongan balu dan pesara anggota polis di pelbagai daerah sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata sebelum ini pihaknya memberi fokus kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak yatim namun setelah mengambil kira keadaan semasa, beliau berhasrat memperluaskannya kepada golongan lain.

"Setiap tahun kita akan menyampaikan bantuan dan meraikan mereka dalam majlis berbuka puasa...walaupun kami sibuk bertugas demi menjaga keselamatan namun kami tetap tidak lupa bagi membantu dan meringankan mereka yang memerlukan.

"Selain anak yatim dan OKU, kita juga akan membantu golongan pesara dan balu polis...ia sedikit sebanyak dapat membantu meringan beban yang ditanggung mereka," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan warga polis di Kuala Terengganu, malam semalam.

Rosli berkata bantuan yang dihulurkan adalah sumbangan daripada pegawai dan anggota polis di seluruh negeri ini.

Pada majlis berkenaan seramai 30 anak yatim dari dari Darul Akhyar, Batu Rakit dan 10 OKU yang terdiri daripada anak anggota diraikan pada majlis berbuka puasa bersama warga Polis Terengganu.


Menurut Rosli program sedemikian mampu mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat selari dengan konsep polis bersama masyarakat.

Thursday, 19 November 2015

Polis Siasat Kes Kematian Buruh Selepas Tahan Semula Tiga Suspek Tembak Adun



Polis membuka semula siasatan satu kes bunuh di Hulu Terengganu tahun lepas susulan penahanan semula tiga suspek kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat Alias Abdullah dan kes tembakan seorang lelaki di Pulau Kambing.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan reman selama seminggu mulai hari ini untuk siasatan lanjut kes bunuh itu.

"Bagi kes 27 Nov tahun lepas, polis telah dimaklumkan mengenai penemuan satu rangka manusia di dalam salur pembentung air di laluan Aring-Kenyir. Hasil siasatan awal kes itu mendapati tiada bukti ditemui daripada pekerja buruh berusia 29 tahun itu dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


"Dengan perkembangan terbaharu ini, kita mengklasifikasikan semula kes itu sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.

"Seorang daripada tiga suspek itu telah mendapat arahan tuduh mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971)," katanya.

Rosli berkata daripada 10 suspek yang ditahan sebelum ini, lima daripada mereka telah dibebaskan kelmarin.

Manakala dua lagi dibebaskan hari ini (semalam) termasuk seorang yang dibebaskan dengan jaminan polis.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan bagi menyelesaikan kes-kes berkenaan dan polis telah mengenal pasti beberapa individu lain yang dipercayai dapat membantu siasatan," katanya.

Pada 9 Okt lepas, Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Dalam kes 27 Ogos lepas, seorang lelaki berusia 28 tahun nyaris maut selepas terkena tembakan penjenayah yang dipercayai cuba melarikan kenderaan pacuan empat roda miliknya dalam kejadian di Jalan Hiliran Pulau Kambing.

Sunday, 16 March 2014

Anak Isteri Kapten Azaharie 'Hilang'..Polis Bercakap Dengan Siapa?

Putrajaya semalam berkata tindakan menggeledah rumah dua juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyiasat simulator penerbangan yang dibina di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah prosedur "normal".

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan semalam, Putrajaya mengesahkan polis ke rumah kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang semalam untuk melakukan siasatan.

"Pegawai sudah bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar kini sedang mengkaji simulator penerbangan. Semalam, polis juga menggeledah rumah juruterbang," kata kenyataan tersebut.

Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah bergambar di depan simulator penerbangan di rumahnya.
Persoalannya, dengan siapa polis bercakap? Apakah mereka menemui isteri kapten Zaharie?

Ini kerana ada laporan menyebut bahawa anak isteri dan kapten Zahari meninggalkan rumah sehari sebelum kejadian pesawat itu hilang.

Dengan kata lain, mereka melarikan diri beberapa jam sebelum Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembantu di rumah Zaharie berusia 38 tahun itu dalam keterangannya, memberitahu dia tidak tahu ke mana anak isteri Zaharie ‘hilang’.

Dilaporkan sehari sebelum mereka menghilangkan diri, isteri dan tiga orang anak Kapten Zaharie bermalam di rumah kedua mereka di Subang.

Persoalannya, mengapa ‘persediaan’ untuk menyorokkan anak isterinya telah dibuat lebih awal sebelum MH370 dihilangkan?

Di mana isteri dan ketiga-tiga orang anak Zaharie sekarang?


Putrajaya sejauh ini meminta rakyat tidak terus melakukan andaian berhubung siasatan polis itu.

Awal kelmarin, akhbar Britain, Daily Mail melaporkan spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370, dikaitkan dengan teori kemungkinan pesawat tersebut dirampas juruterbang sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Semalam, polis mengeledah rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan.


Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.

Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan mengeledah rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.

 Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Polis mengeledah selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya yang antara lain berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.

Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu

Monday, 3 February 2014

T-Team Buat Laporan Polis, JDT Jadi Mangsa Konspirasi?


Isu pergaduhan dan kekecohan di Stadium Larkin Sabtu lalu amat sensitif.

Dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu, JDT sedang mendahului 2-1 pada separuh masa pertama apabila pasukan T-Team membuat keputusan enggan meneruskan permainan ekoran kekecohan yang berlaku di terowong ke bilik persalinan itu.

T-Team kemudian bertindak meninggalkan stadium untuk terus pulang ke Kuala Terengganu. Pegawai yang membuat laporan polis itu menjelaskan tujuannya hanyalah untuk menjaga keselamatan dan kepentingan pemain dan pasukan T-Team.

Pemain import T-Team, Rodrigues (kanan) buat laporan polis.
Berikutan itu, sebarang keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berat sebelah atau menyebabkan ada pihak terguris akan merosakkan semangat dan moral pasukan terbabit.

Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan bersidang Khamis ini untuk membincangkan insiden tersebut.

Namun di sebalik laporan polis serta laporan kepada FAM, ada suara-suara mengatakan tindakan badan induk bolasepak itu dijangka akan menyebelahi T-Team.

Ia gara-gara JDT tidak akan mendapat sokongan badan berkepentingan dalam industri sukan bola sepak tanah air iaitu FAM dan pihak media menyebabkan pasukan JDT berhadapan laluan sukar merealisasikan hasrat murni tersebut.

Menurut satu pendapat: “Cukup ketara FAM bersikap dingin ke atas pasukan JDT dan sering membuat keputusan tidak menyebelahi pasukan itu dengan insiden paling ketara pada perlawanan di Pahang tahun lalu yang menyaksikan penyokong JDT dicederakan dengan batu tetapi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor 2012 (PBNJ) pula dipersalahkan dan didenda.

Malah dikatakan pada musim ini, FAM dengan jelas enggan memastikan mutu pengadilan yang baik dan adil dalam setiap perlawanan membabitkan JDT - seolah-olah memberi `license' atau `green light' kepada setiap pasukan lawan untuk mengasari dan mencederakan pemain JDT.”

Selain itu, keputusan berat sebelah dan tidak profesional pengadil menyukarkan pemain JDT mempamerkan permainan gaya profesional dan moden sepanjang 90 minit perlawanan sedangkan corak permainan profesional mendambakan mutu pengadilan yang profesional.

(Untuk lebih jelas mengenai pendapat berkenaan sila baca artikel di bawah bertajuk Nasib JDT Jadi Mangsa Konspirasi)

Apapun kita wajar menunggu laporan dan keputusan FAM yang akan bermesyuarat lusa untuk membuktikan sejauh mana tuduhan itu berasas.

Dua pemain JDT tunggu perlawanan disambung.

Mengikut laporan polis yang dibuat, pegawai pasukan terbabit mendakwa kejadian berlaku pada pukul 9.40 semasa pemain sedang menuju ke bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

Menurut laporan polis itu, seorang pemain import T-Team, Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk di muka.

"Manakala seorang jurulatih kecergasan iaitu Stefano Impagliazzo telah disepak di kemaluannya

Akibat kejadian itu, Elvaldo mengalami pendarahan di hidung dan Stefano mengalami kesakitan di kemaluannya," dakwa pegawai yang membuat laporan polis itu.”

Sehingga kini Polis Terengganu menerima empat laporan daripada pasukan bola sepak T-Team berhubung insiden kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA itu.


Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu antara pukul 9 malam dan 12.30 tengah malam Sabtu.

"Kami akan menyiasat dan akan memanggil serta merakamkan percakapan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan," katanya.

Pada pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor serta Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa. T-Team, yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa, mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan.


Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dilaporkan telah merujuk kes tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Undang-Undang (D5) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan lanjut. Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan bersidang Khamis ini untuk membincangkan insiden tersebut.

Namun di sebalik laporan polis serta laporan kepada FAM, ada suara-suara mengatakan tindakan badan induk bolasepak itu dijangka akan menyebelahi T-Team.

Ia gara-gara JDT tidak akan mendapat sokongan badan berkepentingan dalam industri sukan bola sepak tanah air iaitu FAM dan pihak media menyebabkan pasukan JDT berhadapan laluan sukar merealisasikan hasrat murni tersebut. Sementara itu, ada pihak mengatakan

Nasib JDT Jadi Mangsa Konspirasi




AHMAD ALBAB (3 Februari 2014)

Zaman kegemilangan sukan bola sepak tanah air pernah menyaksikan Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan Sukan Olimpik Moscow 1980. Begitu hebat Malaysia pada waktu itu hinggakan pasukan bola sepak berstatus seperti dunia Jepun dan Korea Selatan turut menggeruni pasukan ini di era tersebut.

Namun kemegahan itu tidak lama kerana selepas tiga abad berlalu, secara perlahan-lahan Jepun dan Korea Selatan meninggalkan Malaysia jauh ke belakang daripada segi kualiti, mutu dan gaya permainan.


Situasi itu kerana dua negara terbabit telah mengorak langkah menerapkan corak permainan moden dan profesional dalam liga masing-masing.


Liga Jepun dan Korea Selatan berubah daripada budaya permainan yang semata-mata bergantung kepada aspek fizikal pemain kepada permainan penuh taktikal serta strategi. Budaya Liga Malaysia pula kekal di takuk lama dengan mengamalkan budaya permainan kasar, bola melambung-lambung, menghantar terus bola bahagian atas untuk direbut beramai-ramai oleh pemain dengan harapan nasib menyebelahi.


Cukup menggelikan hati apabila pendokong bola sepak Malaysia yang mendakwa diri mereka pakar sukan bola sepak menyifatkan corak permainan `kuno' itu sebagai kelas dan hebat. Natijahnya, pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia seronok sendiri dalam liganya sendiri hingga tahun 2012 tanpa dunia mempedulikan. 


Selepas bertahun-tahun BUDAYA permainan hambar diamalkan dalam liga Malaysia, tiba-tiba liga ini kembali mendapat perhatian antarabangsa gara-gara kemunculan JDT hasil penjenamaan semula dilakukan Tengku Mahkota Johor ke atas pasukan itu sejak tahun lalu.



Pasukan bola sepak selatan tanah air dengan jolokan Harimau Selatan itu dilihat serius mahu membawa pembaharuan dalam liga Malaysia bagi mempertingkatkan martabat kekampungan liga Malaysia kepada martabat profesional dan moden.

Pelaburan jutaan ringit dibuat sejak tahun lalu untuk memastikan hasrat itu tercapai dengan mengubah infrastruktur Stadium Larkin supaya menjadi stadium pertama di Malaysia mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).


JDT turut menjadi pasukan pertama di Malaysia berjaya menarik pemain profesional bertaraf antarabangsa iaitu Pablo Aimar (kiri) dan Luciano Figueroa Pablo Aimar selain mengumpulkan pemain-pemain ternama tanah air dibawah satu bumbung pada musim ini. Pengurusan JDT yang diketuai Tengku Mahkota Johor pastinya berhasrat kemahiran dan corak permainan profesional Aimar dan Figueroa kelak mempengaruhi corak permainan pemain tempatan apabila mereka bermain bersama-sama dalam sebuah pasukan.


Bagaimanapun, akibat gara-gara tidak mendapat sokongan badan berkepentingan dalam industri sukan bola sepak tanah air iaitu FAM dan pihak media, pasukan JDT berhadapan laluan sukar merealisasikan hasrat murni tersebut.


Cukup ketara FAM bersikap dingin ke atas pasukan JDT dan sering membuat keputusan tidak menyebelahi pasukan itu dengan insiden paling ketara pada perlawanan di Pahang tahun lalu yang menyaksikan penyokong JDT dicederakan dengan batu tetapi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor 2012 (PBNJ) pula dipersalahkan dan didenda.


Lebih teruk pada musim ini, FAM dengan jelas enggan memastikan mutu pengadilan yang baik dan adil dalam setiap perlawanan membabitkan JDT - seolah-olah memberi `license' atau `green light' kepada setiap pasukan lawan untuk mengasari dan mencederakan pemain JDT.


Keputusan berat sebelah dan tidak profesional pengadil menyukarkan pemain JDT mempamerkan permainan gaya profesional dan moden sepanjang 90 minit perlawanan sedangkan corak permainan profesional mendambakan mutu pengadilan yang profesional.


Malah, pemain profesional dunia seperti Aimar turut mempersoalkan perkara itu hingga mendapat liputan meluas media luar negara - berdasarkan peraturan Fifa pengadil dikehendaki melindungi pemain bertaraf bintang kerana mereka golongan berisiko dianiaya atau dicederakan di atas padang. Itu tidak berlaku dalam liga Malaysia.



Semalam (Sabtu) sekali lagi menyaksikan pasukan JDT dianiaya apabila pasukan lawan dengan sengaja enggan meneruskan perlawanan di Stadium Larkin selepas menyedari penguasaan penuh JDT dalam perlawanan terbabit sewaktu JDT mendahului mereka 2-1.

Dakwa pasukan lawan, berlaku pertelingkahan antara jurulatih dan mereka enggan meneruskan permainan disebabkan hal itu - cukup remeh alasan tersebut kerana pertelingkahan mulut antara jurulatih mahupun pemain sewaktu perlawanan lumrah dalam permainan bola sepak di seluruh dunia.


Berdasarkan peraturan Fifa, JDT perlu mendapat KEMENANGAN PERCUMA memandangkan pasukan lawan menarik diri semasa permainan berlangsung.


Malangnya, Komissioner Perlawanan, Zainal Mukri dengan bersahaja memaklumkan bahawa perlawanan itu cuma ditangguhkan. Jelas FAM mahu membantu mengelakkan pasukan lawan tumpas kepada JDT malam semalam.


Desas-desus mula tersebar tentang teori konspirasi untuk memastikan JDT kecundang teruk pada persaingan tahun ini bagi mengaibkan usaha TMJ berikutan bimbang dengan pemilihan pucuk kepimpinan FAM pada tahun ini.


Sudah tiba masa Menteri Belia dan Sukan memantau dan menangani perkembangan negatif ini kerana usaha JDT mewujudkan budaya permainan bertaraf antarabangsa dan moden di Malaysia pasti terhalang sekiranya isu iri hati dan hasad dengki ini tidak diatasi segera.


Penulis difahamkan kebanyakan wartawan sukan di Malaysia pula amat fanatik terhadap pasukan negeri masing-masing dan terlalu bimbang kemunculan JDT menggugat peluang pasukan kesayangan mereka menguasai Liga Malaysia.


Sikap tidak profesional wartawan sukan Malaysia terbukti melalui beberapa insiden berlebihan seperti kenyataan-kenyataan berbaur provokasi yang sering dilemparkan oleh pengulas sukan bagi memburuk-burukkan kredibiliti TMJ dan pasukan itu.


Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan peribadi ramai wartawan sukan melalui akaun Facebook mereka yang terus menerus memperlekehkan dan mempertikaikan TMJ dan sebarang perkara yang membabitkan pasukan itu.


Laporan akhbar pula memutar belit kenyataan pengurusan JDT dan menyiarkan artikel bagi niat memberi imej buruk kepada pasukan itu.


Kini semua pihak menunggu keputusan FAM berhubung tindakan pasukan lawan JDT menarik diri semasa perlawanan sedang berlangsung di Stadium Larkin semalam.


Namun, penulis yakin keputusan itu nanti sekali lagi tidak menyebelahi JDT - Nasib JDT kerana jadi mangsa konspirasi dan iri hati.

Monday, 13 January 2014

MIC Gesa Pemuda UMNO Tumbuk Kamalanathan Dikenakan Tindakan


Pemimpin MIC mahu tindakan diambil terhadap lelaki yang didakwa menyerang Timbalan Menteri Pelajaran P. Kamalanathan pada Ahad.

Setiausaha Agung MIC A.Prakash Rao berkata beliau kesal apabila seorang lelaki menunjukkan kemarahannya di khalayak ramai.

"Ini bukan cara untuk mendekati seorang timbalan menteri yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor," kata beliau ketika dihubungi.

Pada Ahad, Kamalanathan telah menghadiri program di bahagian ini dan beliau telah diserang oleh seorang lelaki, dipercayai anggota Pemuda Umno Hulu Selangor berhubung permintaannya mengenai pemindahan guru sekolah.

Ketua Penerangan MIC L.Sivasubramaniam berkata penyerang 'patut dihukum'.

Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel meneliti kes itu.

Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh berkata sayap itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Ia sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang lelaki menyerang seorang timbalan menteri yang merupakan Ahli Parlimen kawasan itu.

Perbuatan seperti itu memang salah dan tidak sepatutnya berlaku," katanya sambil menyeru jawatankuasa disiplin Umno untuk bertindak.

Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj A. berkata tindakan lelaki itu adalah memalukan seluruh pergerakan belia BN.

Kamalanathan semalam membuat laporan polis selepas mendakwa beliau ditumbuk oleh seorang lelaki di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor itu di Bandar Bukit Beruntung, Rawang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata Kamalanathan membuat laporan itu di Balai Polis Bukit Beruntung selepas mengalami kecederaan di bahagian leher dalam kejadian pukul 2.30 petang itu. 

"Selepas menerima rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Kubu Baharu, Kamalanathan seterusnya telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor untuk rakaman percakapan," kata Mohd Shukri semalam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan polis sedang mencari suspek tersebut.

Menurut laporan polis itu, sebelum kejadian, bapa suspek berkenaan dikatakan menemui Kamalanathan di pejabat itu untuk meminta bantuan timbalan menteri itu bagi urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di Johor ke Hulu Selangor.

Kamalanathan bagaimanapun menerangkan beliau hanya mampu memberikan sokongan kepada permohonan itu, sebelum bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki anggota Parlimen Hulu Selangor itu.

Menurut laporan polis, Kamalanathan mendakwa suspek kemudian berjumpanya dengan sekumpulan pemuda lain di pejabatnya dan melepaskan satu tumbukan ke bahagian lehernya.

Monday, 8 November 2010

Sampai Bila Kerismudin Harus Diselamatkan Pandikar Amin Mulia?


politik baru. politik tak baru, yang baru cuma kaedah penambaikan sahaja dari lemah kepada yang lebih baik.

politik baru cara anwar hanya satu,menyelamatkan azmin ali sampai mati. ini janji politik baru yang statik, terlalu brokebackmountain dan melankolik.

budaya politik begini sudah ditolak oleh golongan rakyat, sebut pengundi muda. cina makin menyampah dengan pkr, pasal istilah 'rakyat' dimata anwar hanyalah azmin dan shamsidar.

fantasi politik anwar sudah ketinggalan zaman. politik anwar tidak pernah jujur. isu 16 september,satu dunia pernah kena tipu dengan anwar,yang kita masih nak percaya apahal.

politik baru adalah politik jujur. itu kehendak rakyat. transperan politik bukan bermakna isu dibawa ke ranjang katil lalu diliwat nya mangsa sebagaimana yang anwar telah lakukan. itu bukan transperan, itu meliwat.

jujur bagi rakyat adalah pemimpin harus berani bercakap benar dan wajib berani mengaku salah. ini jantan namanya.

lupakan anwar. aku nak cakap pasal hishamudin tun husein. naib presiden umno dan menteri KDN.

semalam gobind singh ahli parlimen puchong di gantung sehari dari menghadiri dewan kerana berlaga dengan tuan speaker, pandikar amin mulia.

sebelum aku pergi jauh, jangan anggap bilamana aku menyokong gobind maka dianggap aku bersetuju dengan dasar DAP.

kita boleh bersetuju atas satu isu, dan kita jugak boleh untuk tidak bersetuju atas isu yang lain.inilah kaedah politik baru.

seperti contoh, haron din dan taib azamudin pernah menyanggah tok garu mudadilul am pas dan kalid gereja dalam isu kalimah ALLAH.

semalam pandikar selamatkan kerismudin atau lebih dikenali dengan nama timangan kerismudin CKMM (cium keris mintak maap)

hisham selamat pasal di tak dapat nak jawap soalan lisan karpal dan gobind.

apa soalan mereka ?

karpal dan gobind cuma nak tanya, YA atau TIDAK siasatan telah dijalankan oleh polis/KDN dalam insiden hijack sultan kelantan pada mei dan kenyataan musa hasan bahawasanya KDN mencampuri urusan polis ?

2 soalan mudah. hisham kena jawap YA atau TIDAK.

ya mungkin bab teknikaliti cara soal jawap parlimen aku tak berapa arif. mungkin gobind tersalah tanya kerana pada waktu hisham bangun adalah semasa beliau membahas pembentangan bajet.

di situ hisham dan pandikar punyai kredit aatau kelebihan. namun bila aku tengok berita jam 8 malam tadi, betapa menggelabahnya wajah hisham nak jawap soalan gobind..aku rasa amat kecewa.

hisham memalukan kerajaan.

kenapa pandikar tak biarkan hisham checkmate sahaja gobind ?

kenapa perlu selamatkan bontot hisham ?

sampai bila ops selamat bontot hisham pandikar nak teruskan ?

sampai bila pandikar sanggup biarkan hisham berkelana dengan lena 'payungan tuan speaker' ?

soalan yang diberikan oleh karpal dan gobind itu tepat kerana ia adalah dibawah tanggungjawap hisham dan bukannya samy velu.

soalan tentang insiden hijack sultan kelantan itu mungkin agak sensitif. hisham boleh memberikan jawapan tergantung namun mesejnya rakyat tahu, ini isu keluarga.

namun soalan gobind tentang kekecewaan bekas ketua polis negara tentang campurtangan KDN dalam urusan polis wajib di jawap hisham secara spontan dalam parlimen semalam.

takkan nak jawap kat hotel five star atau twitter ? ini isu rakyat dan rakyat berhak tahu samada dakwaan musa hasan itu benar atau tidak.

hari ini gobind digantung sehari. esok konpem dia tanya lagi..jadi hisham tak perlu melarikan diri. kepada pandikar amin mulia tuan speaker, biarkan hisham menjawap sendiri bagi pihak kementeriannya.

hisham diminta jangan mencontohi perilaku anwar. tak dapat jawap, dia cuba taichi,cuba divert isu.

aku tak tuduh tapi ini hakikat. hisham tak dapat jawap dalam parlimen semalam tapi dok divert isu siap buat kenyataan pasal zaid ibrahim pulak..

come on la sham, sampai bila nak jadi forrest gump, asal ada masalah je lari..

stail taichi begini memualkan lah. jangan heret lawak slapstik senario dan raja lawak dalam politik la sham..getleman lah menteri KDN !