Saturday 10 September 2011

Jangan Jadi Pengkhianat Negara – MB

Pelajar Terengganu di luar negara yang terbabit dalam politik pembangkang serta demonstrasi menentang kerajaan boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.

Sepatutnya pelajar berkenaan menyedari serta mengenang jasa kerajaan yang menyediakan bantuan bagi membolehkan mereka menyambung pengajian di luar negara.

Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM30 juta setahun untuk membangunkan bidang pendidikan di Terengganu termasuk membiayai pengajian pelajar ke luar negara.

Kerajaan telah mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos pengajian mereka di luar negara.

Seperti majlis yang diadakan Khamis lalu, kerajaan Terengganu berbelanja kira-kira RM4 juta sebagai wang pendahuluan untuk 96 orang pelajar Terengganu ke luar negara.

“Malangnya ada pelajar yang menyertai pembangkang menentang kerajaan di sana. Mereka ini pengkhianat negara dan tiada maaf bagi mereka. Kalau mereka tak mahu belajar, kita agihkan saja pada pelajar lain,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau menyatakan perkara itu berucap pada majlis meraikan 96 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke luar negara dan penyerahan wang pendahuluan diri tajaan Yayasan Terengganu (YT) di Seri Iman, Khamis lalu.

Justeru, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberi amaran tegas ke atas mereka agar jangan sekali-kali terbabit dengan kegiatan seumpama itu bagi mengelak dikenakan tindakan.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit termasuk menyertai perhimpunan anjuran pembangkang di Mesir pada 9 Julai lalu.

Ahmad Said kesal dengan pembabitan pelajar seperti itu kerana mereka sepatutnya menyedari serta mengenang jasa kerajaan yang menyediakan bantuan bagi membolehkan mereka menyambung pengajian di luar negara.

Tuesday 6 September 2011

SMS Ugut Bunuh - Dr Ramzi Bersalah Terhadap Semua 8 Pertuduhan

Tuduhan atau dakwaan berkaitan perkara lain tidak penting.

Walaupun dakwaan membabitkan ‘mengancam kematian’, itu adalah terhadap ‘rakan-rakannya’.

Yang penting ialah dakwaan fitnah oleh bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu (Dato’ Seri Idris Jusoh), Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir terhadap bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Wan Ahamad Wan Muda, yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) kononnya menghantar SMS ugutan itu melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad sendiri.

Dakwaan ini sangat serius kerana seperti laporan-laporan sebelum ini bahawa ia mendatangkan kesan besar.
 
Pertama, tuduhan atau dakwaan itu ada kaitan dengan pemulauan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh sebilangan besar ADUN Barisan Nasional;

Kedua, dakwaan itu mengatakan keadaan keselamatan ADUN BN ‘tidak selamat’ seolah-olah ada pihak tertentu di Terengganu pada ketika itu sedang mengancam nyawa ADUN-ADUN BN;

Ketiga, dakwaan itu ada kesan terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kerana ketika tuduhan dibuat, Wan Ahmad ialah Setiausaha Sulit Kanan;

Keempat, dakwaan itu berat kerana akibat SMS itu, ADUN BN memulaukan sidang DUN di sebuah negeri yang diperintah oleh BN bukan pembangkang sehingga berlaku ‘campur tangan Putrajaya’;

Kelima dakwaan terhadap Wan Ahamad itu ada unsur penentangan politik oleh penentang Ahmad Said ketika kejadian berkenaan;

Keenam, akibat tuduhan SMS kononnya daripada telefon bimbit Wan Ahmad, BN dan kerajaan BN pimpinan Ahmad Said jadi ‘bahan ketawa’ pembangkang dan ini memalukan BN;

Ketujuh, perbuatan menghantar SMS ini menganggu-gugat pentadbiran Ahmad Said beberapa bulan, malah Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN terpaksa mengarahkan ADUN BN masuk persidangan DUN berkenaan; dan

Kelapan, persekongkolan sesetengah ADUN BN yang kononnya mereka tidak selamat serta memulaukan sidang DUN menggambarkan tindakan ‘boikot’ sesama BN adalah cubaan memalu dan menggugat pentadbiran pimpinan Ahmad Said.

Pihak pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam berjaya membuktikan terdapat `prima facie’ berhubung kes `ugutan bunuh melalui SMS’ yang membabitkan bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu (Dato’ Seri Idris Jusoh), Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir itu.

Dengan bahasa yang mudah, Dr Ramzi didapati bersalah dalam semua lapan pertuduhan kes ‘SMS Ugut Bunuh’ berkenaan.

Sehubungan itu, tertuduh Dr Ramzi diarahkan membela diri pada tarikh yang ditetapkan Hakim M Bakri Abd Majid pada 10 hingga 13 Oktober dan 24 hingga 27 Oktober 2011.

M Bakri berkata, segala keterangan terhadap tertuduh Dr Ramzi sebelum ini berjaya membuktikan terdapat `prima facie’ dan beliau diarahkan membela diri pada tarikh 10 hingga 13 Oktober dan 24 hingga 27 Oktober 2011.

Tertuduh, Datuk Dr Ahmad Ramzi didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April 2009 lalu, di E 726 Kampung Kubang Parit., Kuala Terengganu.

Datuk Dr Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi Adun, Abd Halim Jusoh (Adun Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) antara pukul 11.21 dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ahmad Ramzi mengancam untuk mendatangkan kematian kepada ketiga-tiga Adun berkenaan.

Dia turut didakwa memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan, dengan menghantar SMS ugutan itu melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Dato’ Wan Ahamad.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kini kebenaran kepada Wan Ahamad dan Ahmad Said semakin menyerlah.

Kita tunggu apa akan jadi kepada Dr Ramzi dan mentornya, Datuk Seri Idris Jusoh.

Selain itu apakah ‘rakan-rakan’ yang berkomplot denganya masih melihat Dr Ramzi sebagai orang penting untuk politik mereka?

Apakah mereka akan terus mengelilingi Idris?