Wednesday 30 December 2009

Ujian Kesetiaan Saki Baki Budak Hitam Kepada Raja dan Penghormatan Kepada Pegawai Awam.

Ujian besar kepada saki baki budak hitam apabila masih tidak dapat menerima kisah Majlis Penasihat Pemangku Raja mengurniakan watikah perlantikan Menteri Besar kepada Dato’ Ahmad Said.

Bermula dengan perhimpunan membantah pihak Istana menggunakan peruntukan saki baki kuasa Raja yang ada, dengan kain rentang penggunaan perkataan yang hina ‘natang’.

Tidak puas dengan penggunaan kata ‘natang’ , tidak pernah berlaku sebelum ini satu memorandum bantahan perlantikan Menteri Besar dihantar melalui celah pagar istana.

Tidak puas dengan itu, bagi menghalalkan tindakan ponteng dewan Persidangan Undangan Negeri, Pegawai Awam dijadikan sasaran dituduh mengugut untuk membunuh mereka. Pihak Polis turut menerima tempias menjadi mangsa apabila keadaan negeri digambarkan tidak selamat. Nak elak ketidak cerdikan diberi alasan pegawai yang nak bunuh mereka menunggu di Dewan.

Tidak puas dengan itu tidak menghormati PM yang dengan jelas pada hari yang sama membuat penafian terhadap pegawai yang dituduh. Sepatutnya mereka akur dengan kenyataan PM. Ini membuktikan mereka juga tidak hormat PM, sepatutnya sudah tutup kes, kenyataan PM pada hari yang sama jelas menafikan penglibatan pegawai awam dalam isu ini.

Degil dan tidak akur dengan PM dan Polis yang menafikan penglibatan pegawai awam, mereka terus menabur fitnah kononnya pegawai terbabit telah membuat laporan bahawa telefon miliknya hilang pada siangnya setelah sms dihantar pada malamnya. Tidak puas dengan itu mengadakan ceramah diJertih pada 18 April 09 (http://ia341338.us.archive.org/3/items/SuaraSiapa_223/SuaraSiapa.wav) yang mengutuk pegawai awam, antara isinya menuduh pegawai yang hantar sms, meyakinkan PM bahawa pegawai berkenaan penghantar sms, mengulangi dan mempertikai pegawai membuat repot handphone hilang pada siangnya setelah hantar sms pada malamnya, mengancam tidak boleh membiarkan pegawai mengugut nyawa tiga Yang Berhormat, dan berulang-ulang menyebut nama pegawai yang dituduh.

Tidak kah terasa bimbang dalam hati saki baki budak hitam melakukan serangan kepada kerajaan yang seakan tidak berkesudahan. Dalam Dewan bertindak mengalah ketua pembangkang, menjadikan pegawai awam sebagai sasaran perjuangan. Menyinap blog Hambali1, lagi takut melihat tindakan yang telah mereka mereka ambil terhadap pegawai awam.

Pengajaran patut diambil oleh penjawat awam Tengganu terhadap pembelaan Datuk Ahmad Said kepada mereka. Mengekal apa kesistemewaan yang ada dan menambah lagi yang baru. Penyerapan kakitangan sementara kejawatan tetap, penempatan pegawai IT disemua sekolah dan sebagainya.

Sayang suasana hari ini di mana BN Terengganu menang dengan kelebihan majoriti tidak seperti kejatuhan BN di Negeri-negeri yang sebelum ini tak pernah sedikit pun pembangkang bermimpi untuk mentadbir seperti Selangor, dan BN hilangnya majoriti 2/3 di Parlimen dicemarkan dengan saki baki budak hitam dalam Dewan Undangan Negeri. Seperti amaran dalam blog jurucakap mereka 'Tanpa prejudis, sama ada hanya seorang atau dua orang atau beberapa orang yang ‘masih’ tidak berpuas hati itu, mereka tetap YB UMNO yang tidak berpuas hati. Larinya mereka walaupun seorang daripada landasan perjuangan UMNO, akan tercalarlah maruah dan kredibiliti UMNO seluruhnya. Akan padahlah UMNO dalam menghadapi perang kepentingan dan kekuasaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Itu wajar diinsafi dan disedari oleh semua terutamanya pimpinan UMNO pusat mahupun negeri.'


Jangan jadikan pegawai awam yang merupakan hamba Raja sebagai sasaran, bertempurlah sesama orang orang politik. Pegawai awam berkecuali dalam melaksanakan tugas.


Nota : Ini ujian kepada saki baki budak hitam terhadap kesetiaan kepada Raja dan penghormatan kepada pegawai awam.




Tuesday 29 December 2009

Sidang DUN Teganu - ADUN BN Terkejut Dari Tidur ?

Umpama ‘terkejut dari tidur’ mereka telah menamatkan kempen ‘protes senyap’ dan kembali bersuara dengan mengambil bahagian dalam sidang DUN kali ini. Begitulah indahnya nukilan Sdr. Hambali pemenang anugerah Kajai 1983 dan Anugerah Karya Bangsa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 1984 mengambarkan suasana keriangan dalam Sidang DUN Terengganu yang baru berlalu.

Bagaikan begitu lama di lamun mimpi, tiba-tiba teringat akan janji kepada rakyat untuk atasi yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong yang padanya masih belum dilaksanakan.

Tapi waktunya telah terlewat, sepatutnya dibangkitkan dalam sidang DUN April lalu lagi untuk pastikan perkara ini diambil kira dalam bajet yang dibentangkan hari ini. Tapi ‘pagi’ itu dia tak datang kerana katanya takut nak datang, ada ugutan nyawa (kata bos mereka ado ore kato nyawo politik) (http://ia341338.us.archive.org/3/items/SuaraSiapa_223/SuaraSiapa.wav)

Umpama ‘terkejut dari tidur’ (ulangan nukilan indah), tak dapat kawal perasaan, bagai berlatih menjadi ketua Pembangkang cuba menyerang Menteri Besar dengan membangkitkan “Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun. Saya selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.

Adun Alor Limbat, Alias Abdullah membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan didakwanya lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.

Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut. “Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.”tegas Ahmad Said.