Saturday 28 April 2012

PAS Kena Sahut Cabaran Menteri Besar Terengganu


 “Saya cabar Pas membiayai pengajian pelajar ini sebab Pas menjadi punca kepada mereka terlibat dalam demontrasi. Saya lihat Pas hanya kutip derma dekat dengan pilihan raya. Sekarang, ambillah tanggungjawab membiayai pengajian pelajar yang tertangguh itu. Bahagi-bahagilah (pembiayaan). Pas berapa orang (pelajar). Parti Keadilan Rakyat pula berapa orang. Tanggunglah,”  - Ahmad Said

 Oleh Zainal Yusof (Jumaat, 20 April 2012)

Bagi saya, satu keuntungan besar rakyat Negeri Terengganu Darul Iman ialah mempunyai seorang Menteri Besar bernama Datuk Seri Ahmad Said. Dulu, kemunculannya disangsikan.

Dulu, kebolehannya dipertikaikan. Dulu, kehadirannya dikutuk dan dihina. Hari ini, seluruh rakyat Terengganu terasa, memang beliau seorang Menteri Besar yang cukup layak dan berkebolehan. Hari ini, bila saya baca akhbar Utusan Malaysia, saya terpandang berita bertajuk ‘Pas dicabar biayai pengajian 9 pelajar ditarik pinjaman di Mesir’.

 Terus berdetik perasaan saya, betul! Kalau saya boleh bersuara di dalam parti Pas, saya juga akan mendesak Pas supaya mengambil tanggungjawab ini. Duit yang Pas kutip setiap masa ketika menganjurkan ceramah, banyak. Gunakanlah untuk pelajaran anak-anak yang mereka hasut ini.

Terima kasih Datuk Seri Ahmad Said. Datuk Seri adalah seorang pahlawan di abad ini. FAM dulu dikenali sebagai persatuan paling kebal pun boleh Datuk Seri gegar. Inikan pula Pas yang sudah Datuk Seri kata sebagai parti ajaran sesat. Apalah sangat kos pelajaran bagi 9 pelajar yang ditarik balik pinjaman ini jika dibandingkan dengan wang yang Pas kutip selama ini dari penyokong-penyokongnya

Sahutlah cabaran tersebut. Kalau tidak mampu, Pas tidak payahlah berpolitik lagi. Bubarkan sahajalah parti yang sudah digelar dengan pelbagai gelaran tersebut. Mana orang-orang kaya dalam PKR?

Keluarkanlah duit untuk membantu pelajar ini. Dulu, mereka inilah yang beria-ia menghasut pelajar-pelajar ini supaya melibatkan diri dalam demontrasi Bersih 2.0. Lepas tu, mereka buat tidak kisah dengan kesan dan akibat dari hasutan mereka itu.

Para pelajar semua, tidak kisahlah yang berada di Mesir atau di mana-mana sahaja, kalau nak buat sesuatu, fikirlah dulu. Fikir panjang-panjang. Saya tertawa (bukan ketawa) membaca kenyataan MB Terengganu yang menasihatkan pelajar supaya tidak mengadaikan masa depan dengan terpengaruh hasutan pembangkang kerana belum sampai masanya untuk mereka berpolitik.

Sebab apa saya tertawa, sebab “belum sampai masanya untuk mereka berpolitik” itu memberi maksud, “kamu semua ni budak-budak lagi. Kalau masih budak-budak, belajarlah dulu. Belajar mengejar diploma dan ijazah”. Kalau malas belajar, akhirnya akan jadi manusia yang “separuh masak”.

Menteri Besar Terengganu tidak berkata demikian. Saya yang mentafsirkan ikut selera saya.

Mungin tafsiran saya ini silap dan mungkin juga tafsiran saya ini betul. Yang rugi ialah mereka yang menghantar kamu ke luar negara, iaitu kedua ibu bapa kamu. Kedua ibu bapa ketika mendapat tahu anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sama ada dalam atau luar negara, tentulah berbangga.

Malangnya, kebanggaan kedua ibu bapa itu tidak dihormati oleh para pelajar biadap ini. Saya petik laporan Utusan Malaysia; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mencabar pemimpin Pas membiayai pengajian sembilan pelajar di Mesir yang ditarik balik pinjaman kewangan mereka oleh Yayasan Terengganu.

Katanya, Pas perlu mengambil alih tanggungjawab itu kerana menghasut pelajar bertindak mengingkari perjanjian apabila membabitkan diri dengan kegiatan negatif yang menjejaskan kepentingan negara serta Institut Pengajian Tinggi (IPT).

 “Saya cabar Pas membiayai pengajian pelajar ini sebab Pas menjadi punca kepada mereka terlibat dalam demontrasi. “Saya lihat Pas hanya kutip derma dekat dengan pilihan raya. Sekarang, ambillah tanggungjawab membiayai pengajian pelajar yang tertangguh itu. “Bahagi-bahagilah (pembiayaan). Pas berapa orang (pelajar). Parti Keadilan Rakyat pula berapa orang. Tanggunglah,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman, semalam.

Satu hal lagi yang saya nak tergelak ialah ada satu demontrasi diadakan di depan bangunan Yayasan Terengganu dan Wisma Darul Iman, kerana tidak berpuashati dengan tindakan Yayasan Terengganu memberhentikan pinjaman kepada pelajar-pelajar ini.

Maknanya, demontrasi Bersih 2.0 yang pelajar-pelajar di Mesir itu disambut pula dengan demontrasi di bangunan Yayasan Terengganu untuk meminta Yayasan Terengganu membantu pelajar yang sudah kurang ajar ini. Lepas ni, semua hal akan diselesaikan dengan demontrasi dan demontrasi. Budaya ini adalah budaya bodoh zaman ini.

Yang tidak tahu apa-apa, terikut-ikut. Gunakanlah wakil-wakil rakyat yang mereka ada untuk bercakap di Sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Di situlah suara pembangkang didengari oleh kerajaan. Bukan bertempik dengan sepanduk murahan, kononnya menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut. Saya juga kagum dengan kata-kata MB Terengganu, sesetengah mahasiswa ini tidak pernah mengundi pun.

“Jadi, bagaimana mereka boleh mendakwa pilihan raya umum atau proses mengundi di negara ini tidak bersih,” kata Datuk Seri Ahmad Said.

Jadi, kalau ada mana-mana pihak terfikir bahawa mahasiswa universiti ini pandai menyebabkan mereka masuk universiti, ia adalah silap.

Mereka hanya pandai belajar kerana mereka menghafal untuk menjawab soalan. Mereka sebenarnya naif dan bodoh hingga tidak tahu langsung adap dan beradap dalam kehidupan.

Mereka kena belajar untuk hidup dan mereka kena belajar untuk menjadi manusia yang beradap dan tahu adap.

Semasa Terkini

Tuesday 24 April 2012

ADUN PAS Terengganu Selamba Jer Rembat Bini Orang

Inikah ADUN PAS yang dikatakan 'curi isteri orang'?
Cerita pemimpin PAS sondol bini orang yang diperkatakan hebat di Kelantan kini merebak ke Terengganu.

Kalaulah kejadian ini berlaku kepada ADUN UMNO habislah Datuk Seri Ahmad Said.

Pasti akan bertalu-talu soalan dihadapkan kepadanya. Ceritanya begini.

Ahli Dewan Undangan Negeri PAS dalam Parlimen Kuala Terengganu berusia 62 tahub ini kematian isteri.

Beliau sering dipersenda rakan-rakan ADUN dari Barisan Nasional khususnya kerana sudah lebih dua tahun tidak menunjukkan ‘minat kepada wanita’.

Bekas penjawat awam kanan yang kemudian menceburi politik ini memang nampak baik dan alim walaupun tidak mengenakan pakaian seperti pemimpin PAS yang sering berjubah dan berkopiah.

ADUN ini mengenakan pakaian biasa, malah ketika menghadiri sidang DUN pun memakai sut atau baju Melayu.

Dijadikan cerita, tup…tup dengarnya beliau tiba-tiba berkahwin.

Menurut sumber, selepas kematian isterinya, beliau rapat dengan seorang wanita – isteri orang - juga bekas rakan isterinya.

Wanita itu sering dibawa keluar oleh pemimpin PAS berkenaan dan perhubungan mereka kemudian dihidu suami wanita berkenaan.

Pada mulanya wanita berkenaan adalah tukang urut kepada isteri ADUN berkenaan sehinggalah isteri ADUN berkenaan meninggal dunia. 

Mereka agak mengenali antara satu sama lain dan hubungan cinta yang berputik sekian lama diteruskan selepas isteri ADUN berkenaan meninggal dunia. 

Perhubungan mereka dikatakan menimbulkan rasa tidak senang suami wanita berkenaan namun tidak mampu menghalangnya.

Tidak tahan dengan gelagat mereka, lelaki tukang urut berkenaan mengambil langkah menceraikan isterinya itu. ADUN berkenaan yang disifatkan berperawakan menarik dan berada, dua bulan yang lalu menikahi wanita berkenaan selepas diceraikan suaminya.

Kini tukang urut wanita yang berasal dari Bukit Kecil itu telah menjadi isteri yang sah kepada ADUN berkenaan.

 Hakikatnya tidak ramai orang Terengganu sendiri yang mengetahui bahawa ADUN pembangkang itu sebenarnya ‘mencuri’ isteri orang untuk dijadikan isterinya.

Pemimpin PAS lain, termasuk ADUN lain di negeri ini bijak menyimpan rahsia bimbang ia diketahui umum.

Namun, bangkai gajah mana boleh ditutup dan perbuatan ADUN itu bagaikan ‘menconteng arang ke muka PAS’ tetapi seperti biasalah pemimpin PAS Terengganu boleh buat ‘lembu kenyang’ sahaja.

Friday 20 April 2012

Tidak Ada Kerja Lain, Hanya Mahu Memburuk-Burukkan Ahmad Said!

http://teganuku.blogspot.com/


Oleh Hambali Abdul Latiff

Tidak adil mempersoal dan menuduh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebagai tidak menepati janji.
"Saya tidak tahu...saya tidak dimaklum.."
Lagi pun, siapa yang kononnya mengatur pertemuan abang kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali itu dengan Menteri Besar Terengganu di Pejabat Umno Negeri Terengganu di Jalan Sultan Ismail, kira-kira jam 2 petang Rabu lalu.

Cikgu Zakaria @ Supar Ali (Cikgu Ya) menyatakan beliau merasa sangat kecewa terhadap Umno dan Menteri Besar Terengganu  yang seolah-olah mengelak dan tidak mahu bertemu dengannya.

Malah beliau dilaporkan oleh laman web PAS bahawa beliau tidak diberitahu terlebih dahulu, tentang temujanjinya yang dibatalkan.sambil menyifatkan Ahmad Said membatalkan perjumpaan tanpa sebarang pemberitahuan.

Untuk berlaku adil kepada Ahmad Said, saya sebenarnya bertanya Menteri Besar itu sebaik habis Mesyuarat Exco Rabu lalu apakah beliau tahu mengenai pertemuan dengan Cik gu Ya ini?
Saya juga bertanya siapa yang mengaturnya?
Menteri Besar mengatakan tidak tahu akan pertemuan itu dan tidak tahupun Cik gu Ya mahu berjumpanya. “Cik gu Ya mana?” tanya Ahmad Said, “Abang Mustafa Ali...” kata saya.
“Apa hal?” tanya beliau dan tidak tahu pun tujuan sebenar Cik gu Ya mahu berjumpa beliau. 
Apalagi selepas Mesyuarat Exco berkenaan, Ahmad Said mengadakan siding media dan ditemuramah oleh TV3 mengenai program Boat On The Road. 

Ahmad Said yang ‘batuk’ sejak beberapa hari sebelum itu sebenarnya mempunyai temu janji dengan pakar mengenai batuk yang dialaminya itu. Ini bermakna bahawa pihak yang kononnya mahu diadakan pertemuan Cik Gu Ya dan Ahmad Said tidak pun membuat sebarang temu janji.

Persoalannya siapa pemimpin UMNO yang mengatur pertemuan mereka?

Cik Gu Ya juga tidak adil untuk marah-marah kepada ‘receptionist’ (penyambut tetamu) di pejabat Umno...” dan patut sekali beliau dibawa keluar sambil memintanya bertenang.

Laporan media PAS menyebut, abang kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali itu dijanjikan berpeluang bertemu dengan Ahmad Said pada hari Rabu (18 April 2012) sekitar jam 2.30 petang.

Tujuan beliau mahu berjumpa dengan Ahmad Said adalah untuk menggesa agar Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu segera mengambil tindakan melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah Islam termasuk hudud.

Cikgu Ya mahu menyatakan pendiriannya selama ini bahawa pelaksanaan hukum tersebut akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah ‘penyakit’ masyarakat sekarang.

Pertemuan beliau dengan Ahmad Said dilaporkan oleh media PAS kononnya diatur pimpinan Umno pada pertemuannya dengan pegawai kakitangan pejabat Umno negeri beberapa hari lalu.

Pada tahun 2007, pertemuan Cik gu Ya dengan matan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan dimanupulasikan oleh pihak tertentu dan dijadikan bahan kempen Umno untuk pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

Setelah gagal bertemu dengan Ahmad Said semalam, menurut laman web PAS, Cik Gu Ya melihat bahawa tidak ada kejujuran kepada pemimpin Umno Terengganu dan kerana itu akan berdoa dan bermunajat agar PAS menang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang, memerintah negeri dan melaksanakan hudud.

“Cikgu Ya kesal dan berkata beliau akan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar PAS menang dalam pilihanraya umum akan datang,”kata pengiringnya kepada laman web PAS berkenaan.

APAKAH ADIL untuk menuduh seseorang yang tidak tahu dan tidak dimaklumkan dengan kata-kata "mengelak untuk berjumpa" dan TIDAK ADA KEJUJURAN?

Terengganu Kukuh Sebagai Hub Penerbangan Umrah, Haji


Terengganu terus mengukuhkan kedudukan sebagai hub penerbangan umrah dan haji di Pantai Timur apabila menjalankan kerjasama strategik dengan syarikat penerbangan `Saudi Arabian Airlines’ bagi memudahkan pengurusan ibadat itu bermula tahun ini.

Usahasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Kerajaan Terengganu dengan syarikat penerbangan itu turut membantu mempromosikan industri pelancongan negeri.

 Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata penerbangan sulung yang bakal membawa 450 setiap penerbangan dijadualkan pada 25 Mei dan 19 Julai ini dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu secara terus ke Jeddah dan Madinah.

“Kerjasama dengan syarikat Saudi Arabia Airlines ini dilaksanakan berikutan syarikat itu yang kebetulan masih mempunyai hub pendaratan di Malaysia bagi membawa penumpang mengerjakan Haji memberi kesempatan kepada kerajaan negeri untuk membawa syarikat penerbangan ini ke Terengganu.

“Sebagaimana dipersetujui dua penerbangan pada 25 Mei dan 19 Julai. Insya-Allah saya akan menulis surat kepada Tabung Haji dan Menteri Agama (Jabatan Perdana Menteri) supaya pada tahun ini diberikan kepada Terengganu sebagai laluan menunaikan haji sebanyak 12 penerbangan dari Terengganu – Jeddah dan Terengganu-Madinah,” katanya ketika sidang akhbar selepas menandatangani MoU itu, di Riyaz Heritage, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, kelmarin (19 April).

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abdul Razak Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said; Pengurus Besar Jualan dan Hasil Pengurusan Umrah dan Haji, Sameer A Khayatt. Menteri Besar berkata, kerjasama ini memberi kemudahan kepada jemaah dari Terengganu dan Pantai Timur amnya sekaligus meletakkan negeri ini sebagai hub umrah dan Haji Pantai Timur.

Sebelum ini, katanya Kerajaan Terengganu melaksanakan penerbangan umrah dan Haji sepanjang empat tahun dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), bagaimanapun usaha itu gagal diteruskan kemungkinan akibat daripada masalah rombakan organisasi MAS atau kekurangan pesawat.

“Oleh itu, kerajaan negeri dengan nasihat Duta Malaysia di Arab Saudi, Datuk Syed Omar Al-Asagoff serta bantuan penasihat yang dilantik memulakan rundingan dengan penerbangan Arab Saudi sejak dua bulan lalu serta membuahkan hasil yang dimeterai secara rasmi hari ini.

“Bagi sektor pelancongan pula, penerbangan terus dari Jeddah dan Madinah ke Terengganu dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini sekaligus mampu memajukan sektor pelancongan negeri yang kaya dengan pulau dan pantai menarik serta Tasik Kenyir yang sedang dibangunkan sebagai eko-pelancongan serta pulau bebas cukai," katanya.

Teganukita

Friday 13 April 2012

PAS Pening Kepala Nak Lawan Mad Said?

Blogger House PK memuji Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan mengatakan, "dalam banyak-banyak MB, PAS paling pening kepala nak lawan dengan si Mat Said ni, sebab dia cukup kenal dengan perangai lahanat PAS ni.

Mana tidaknya, Ahmad Said boleh panggil PAS sebagai PARTI AJARAN SESAT dan juga juga Parti Tin Sekut (Tin Biskut - logo bulan PAS tu). House PK tabik sama MB Ganu ni!"

Melalui blognya dengan tajuk "CILI KASI TARUK! SAMPAI KE SUMPAH LAKNAT - PAS MENGAKU KALAH DENGAN AHMAD SAID" beliau memetik blog hambali abdul latiff yang mengulas mengenai sumpah laknat yang tiba-tiba ditimbulkan oleh pemimpin PAS Terengganu.

Menurut Hambali:
 
 “Tunggu dia buatlah, dulu....Berapa ramai orang yang dah termakan kata-kata mereka. Merekalah yang sepatutnya sumpah dulu, kenapa kita pula. Macam Anwar Ibrahim, apabila dia dimalukan (kes liwat), sepatutnya dia yang perlu bersumpah. Pas perlu menyuruh Anwar dulu sumpah laknat, tapi dia (Pas) tak buat pun,” - Ahmad Said

Mudah saja bagi Ahmad Said (Datuk Seri Ahmad Said) iaitu pemimpin PAS bersumpah laknat terlebih dahulu bahawa mereka bukan pemimpin yang menyesat dan PAS pula bukan Parti Ajaran Sesat.

Jangan suruh orang sumpah tetapi sendiri enggan bersumpah bahawa selama ini merekalah yang menyesatkan orang Islam, bukan sahaja di Terengganu tetapi juga di negeri-negeri lain hingga ke Johor dan Kedah/Perlis.

Dalam kes dengan beliau, Ahmad Said menegaskan PAS sanggup meminta bersumpah laknat tetapi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi idola mereka – PAS tidak pun menyuruh Anwar bersumpah mengenai pelbagai tuduhan termasuk biseksual.

Dengan menimbulkan isu sumpah laknat yang dikaitkan dengan Pas Ajaran Sesat ini nampak sangat PAS kini kehabisan modal untuk menentang UMNO, khususnya Ahmad Said.

Baca seterusnya disini..


HOUSE PK: Aku tengok dalam banyak-banyak MB, PAS paling pening kepala nak lawan dengan si Mat Said ni, sebab dia cukup kenal dengan perangai lahanat PAS ni. Mana tidaknya, Ahmad Said boleh panggil PAS sebagai PARTI AJARAN SESAT dan juga juga Parti Tin Sekut (Tin Biskut - logo bulan PAS tu).

House PK tabik sama MB Ganu ni!

Wednesday 11 April 2012

Isu 23 Peserta Tanah Pertanian di Rusila - Mana 'Tok Guru' Hadi, Mana 'Satipu' Bahari?

"Saya dimaklumkan pegawai daerah, (A Rahman Che Ali) ada satu permohonan lama, tahun 70-an. Ada tanah 11 hektar di Kampung Bukit (Anak) Ring. Daripada 23 peserta di peringkat awal dulu, 11 orang telah pun meninggal dunia...Saya berharap ketua kelompok  dilantik dapat angkat permohonan baru. Apa yang saya harapkan, jangan tanah itu milik orang, jika masih tanah kerajaan kita boleh buat,”  - Ahmad Said

Cakap pasal tanah berdegar-degar. Kononnya UMNO zalim dan rampas tanah.

Hakikatnya, pada ketika PAS menuduh kerajaan negeri mengamalkan tindakan mermpas tanah rakyat dan bertindak zalim, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang sebaliknya!

Sekali gus tuduhan PAS yang  dicipta itu semata-mata untuk memburukkan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dan menggambarkan seolah-olah UMNO zalim.


PAS mengatakan BN sejak 2004 memulakan era kezaliman dan rampasan tanah rakyat  melibatkan tanah lot perumahan, pertanian bahkan masjid maupun madrasah.

Namun satu hal yang PAS lupa dan masalah rakyat berlaku di depan mata dan di bawah dagu Presiden mereka, Datuk Seri Andul Hadi Awang adalah isu pemilikan tanah di Rusila yang tidak selesai sejak sekian lama. 
PAS melihat ‘kuman di hujung dunia’ tetapi 'masalah rakyat sebesar gajah' di hadapan mereka dibuat-buat tidak nampak, khususnya di kalangan penduduk di kawasan Rusila yang terkenal dengan kubu PAS. 

TIDAK MAMPU SELESAIKAN ATAU MEMANG PAS TIDAK CAKNA RAKYAT?

Difahamkan penduduk sekitar Rusila meneroka tanah pertanian seluas lebih 11 hektar itu sejak 1976 lagi.

Bagaimanapun mereka gagal mendapatkan geran hak milik kerana permohonan yang diketengahkan sebelum ini tidak aktif.

Amat jelas, ketika PAS memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004, masalah ini sudah wujud tetapi PAS ‘pejam mata sahaja’ kepada 23 peserta tanah berkenaan.

Akhirnya siapakah yang menyelesaikannya?UMNO dan Barisan Nasional… 
Pemimpin yang turun padang dan mendekati rakyat di Marang menyelesaikan masalah bukan ‘Tok Guru Haji Hadi’ tetapi Ahmad Said (Datuk Seri) yang sering dituduh bertindak zalim dan membelakangkan kepentingan rakyat. 

Malam kelmarin, Ahmad Said meminta agar 23 peserta terlibat dalam penerokaan tanah pertanian di Kampung Bukit Anak Ring yang sudah lebih 40 tahun menanti untuk mendapatkan geran hak milik.

Malah, Menteri Besar berjanji Kerajaan Negeri akan bertindak menyelesaikan masalah penduduk Rusila itu.

Sehubungan itu, Menteri Besar, meminta mereka segera membuat permohonan baru bagi menyelesaikan masalah itu, manakala pihak berkuasa tempatan diarahkan membuat semakan semula status tanah berkenaan.

"Saya dimaklumkan pegawai daerah, (A Rahman Che Ali) ada satu permohonan lama, tahun 70-an. Ada tanah 11 hektar di Kampung Bukit (Anak) Ring. Daripada 23 peserta di peringkat awal dulu, 11 orang telah pun meninggal dunia.

“Saya berharap ketua kelompok dilantik dapat angkat permohonan baru. Apa yang saya harapkan, jangan tanah itu milik orang, jika masih tanah kerajaan kita boleh buat,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Rusila di Medan Jaya, Marang, kelmarin.

Ahmad Said sudah menegaskan, pihaknya akan meminta pegawai daerah untuk memeriksa status tanah berkenaan dalam tempoh terdekat untuk diselesaikan termasuk pihak berkuasa lain untuk memeriksa pelan tapak bekas tanah pertanian tersebut.

Menurutnya, jika tiada masalah yang timbul, status tanah pertanian tersebut akan dijadikan sebagai lot kediaman untuk diagihkan kepada kesemua peserta terlibat membabitkan sebanyak 184 lot kediaman untuk didiami pada masa akan datang.
Dalam pada itu, kesemua peserta juga diminta untuk merujuk mengenai perkara itu kepada pihak Pusat Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang melalui pegawainya, Nik Dir Nik Wan Ku bagi memudahkan proses permohonan semula dibuat.

Jadi siapa sebenarnya yang membantu rakyat mendapatkan tanah?

Pemimpin PAS termasuk Presidennya sendiri atau pemimpin UMNO?

Jawapannya mudah, pemimpin PAS hanya tahu timbulkan masalah dan mengajak rakyat membantah kerana tanah tetapi masalah penduduk di Rusila yang tidak sebenar mana diabaikan.

Mana jagoan PAS -  Satiful Bahari Mamat atau dikenali dengan 'Satipu' - dalam isu 23 peserta tanah pertanian di Rusila ini?