Friday 20 April 2012

Tidak Ada Kerja Lain, Hanya Mahu Memburuk-Burukkan Ahmad Said!

http://teganuku.blogspot.com/


Oleh Hambali Abdul Latiff

Tidak adil mempersoal dan menuduh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebagai tidak menepati janji.
"Saya tidak tahu...saya tidak dimaklum.."
Lagi pun, siapa yang kononnya mengatur pertemuan abang kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali itu dengan Menteri Besar Terengganu di Pejabat Umno Negeri Terengganu di Jalan Sultan Ismail, kira-kira jam 2 petang Rabu lalu.

Cikgu Zakaria @ Supar Ali (Cikgu Ya) menyatakan beliau merasa sangat kecewa terhadap Umno dan Menteri Besar Terengganu  yang seolah-olah mengelak dan tidak mahu bertemu dengannya.

Malah beliau dilaporkan oleh laman web PAS bahawa beliau tidak diberitahu terlebih dahulu, tentang temujanjinya yang dibatalkan.sambil menyifatkan Ahmad Said membatalkan perjumpaan tanpa sebarang pemberitahuan.

Untuk berlaku adil kepada Ahmad Said, saya sebenarnya bertanya Menteri Besar itu sebaik habis Mesyuarat Exco Rabu lalu apakah beliau tahu mengenai pertemuan dengan Cik gu Ya ini?
Saya juga bertanya siapa yang mengaturnya?
Menteri Besar mengatakan tidak tahu akan pertemuan itu dan tidak tahupun Cik gu Ya mahu berjumpanya. “Cik gu Ya mana?” tanya Ahmad Said, “Abang Mustafa Ali...” kata saya.
“Apa hal?” tanya beliau dan tidak tahu pun tujuan sebenar Cik gu Ya mahu berjumpa beliau. 
Apalagi selepas Mesyuarat Exco berkenaan, Ahmad Said mengadakan siding media dan ditemuramah oleh TV3 mengenai program Boat On The Road. 

Ahmad Said yang ‘batuk’ sejak beberapa hari sebelum itu sebenarnya mempunyai temu janji dengan pakar mengenai batuk yang dialaminya itu. Ini bermakna bahawa pihak yang kononnya mahu diadakan pertemuan Cik Gu Ya dan Ahmad Said tidak pun membuat sebarang temu janji.

Persoalannya siapa pemimpin UMNO yang mengatur pertemuan mereka?

Cik Gu Ya juga tidak adil untuk marah-marah kepada ‘receptionist’ (penyambut tetamu) di pejabat Umno...” dan patut sekali beliau dibawa keluar sambil memintanya bertenang.

Laporan media PAS menyebut, abang kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali itu dijanjikan berpeluang bertemu dengan Ahmad Said pada hari Rabu (18 April 2012) sekitar jam 2.30 petang.

Tujuan beliau mahu berjumpa dengan Ahmad Said adalah untuk menggesa agar Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu segera mengambil tindakan melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah Islam termasuk hudud.

Cikgu Ya mahu menyatakan pendiriannya selama ini bahawa pelaksanaan hukum tersebut akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah ‘penyakit’ masyarakat sekarang.

Pertemuan beliau dengan Ahmad Said dilaporkan oleh media PAS kononnya diatur pimpinan Umno pada pertemuannya dengan pegawai kakitangan pejabat Umno negeri beberapa hari lalu.

Pada tahun 2007, pertemuan Cik gu Ya dengan matan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan dimanupulasikan oleh pihak tertentu dan dijadikan bahan kempen Umno untuk pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.

Setelah gagal bertemu dengan Ahmad Said semalam, menurut laman web PAS, Cik Gu Ya melihat bahawa tidak ada kejujuran kepada pemimpin Umno Terengganu dan kerana itu akan berdoa dan bermunajat agar PAS menang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang, memerintah negeri dan melaksanakan hudud.

“Cikgu Ya kesal dan berkata beliau akan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar PAS menang dalam pilihanraya umum akan datang,”kata pengiringnya kepada laman web PAS berkenaan.

APAKAH ADIL untuk menuduh seseorang yang tidak tahu dan tidak dimaklumkan dengan kata-kata "mengelak untuk berjumpa" dan TIDAK ADA KEJUJURAN?

No comments:

Post a Comment