Wednesday 11 April 2012

Isu 23 Peserta Tanah Pertanian di Rusila - Mana 'Tok Guru' Hadi, Mana 'Satipu' Bahari?

"Saya dimaklumkan pegawai daerah, (A Rahman Che Ali) ada satu permohonan lama, tahun 70-an. Ada tanah 11 hektar di Kampung Bukit (Anak) Ring. Daripada 23 peserta di peringkat awal dulu, 11 orang telah pun meninggal dunia...Saya berharap ketua kelompok  dilantik dapat angkat permohonan baru. Apa yang saya harapkan, jangan tanah itu milik orang, jika masih tanah kerajaan kita boleh buat,”  - Ahmad Said

Cakap pasal tanah berdegar-degar. Kononnya UMNO zalim dan rampas tanah.

Hakikatnya, pada ketika PAS menuduh kerajaan negeri mengamalkan tindakan mermpas tanah rakyat dan bertindak zalim, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang sebaliknya!

Sekali gus tuduhan PAS yang  dicipta itu semata-mata untuk memburukkan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dan menggambarkan seolah-olah UMNO zalim.


PAS mengatakan BN sejak 2004 memulakan era kezaliman dan rampasan tanah rakyat  melibatkan tanah lot perumahan, pertanian bahkan masjid maupun madrasah.

Namun satu hal yang PAS lupa dan masalah rakyat berlaku di depan mata dan di bawah dagu Presiden mereka, Datuk Seri Andul Hadi Awang adalah isu pemilikan tanah di Rusila yang tidak selesai sejak sekian lama. 
PAS melihat ‘kuman di hujung dunia’ tetapi 'masalah rakyat sebesar gajah' di hadapan mereka dibuat-buat tidak nampak, khususnya di kalangan penduduk di kawasan Rusila yang terkenal dengan kubu PAS. 

TIDAK MAMPU SELESAIKAN ATAU MEMANG PAS TIDAK CAKNA RAKYAT?

Difahamkan penduduk sekitar Rusila meneroka tanah pertanian seluas lebih 11 hektar itu sejak 1976 lagi.

Bagaimanapun mereka gagal mendapatkan geran hak milik kerana permohonan yang diketengahkan sebelum ini tidak aktif.

Amat jelas, ketika PAS memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004, masalah ini sudah wujud tetapi PAS ‘pejam mata sahaja’ kepada 23 peserta tanah berkenaan.

Akhirnya siapakah yang menyelesaikannya?UMNO dan Barisan Nasional… 
Pemimpin yang turun padang dan mendekati rakyat di Marang menyelesaikan masalah bukan ‘Tok Guru Haji Hadi’ tetapi Ahmad Said (Datuk Seri) yang sering dituduh bertindak zalim dan membelakangkan kepentingan rakyat. 

Malam kelmarin, Ahmad Said meminta agar 23 peserta terlibat dalam penerokaan tanah pertanian di Kampung Bukit Anak Ring yang sudah lebih 40 tahun menanti untuk mendapatkan geran hak milik.

Malah, Menteri Besar berjanji Kerajaan Negeri akan bertindak menyelesaikan masalah penduduk Rusila itu.

Sehubungan itu, Menteri Besar, meminta mereka segera membuat permohonan baru bagi menyelesaikan masalah itu, manakala pihak berkuasa tempatan diarahkan membuat semakan semula status tanah berkenaan.

"Saya dimaklumkan pegawai daerah, (A Rahman Che Ali) ada satu permohonan lama, tahun 70-an. Ada tanah 11 hektar di Kampung Bukit (Anak) Ring. Daripada 23 peserta di peringkat awal dulu, 11 orang telah pun meninggal dunia.

“Saya berharap ketua kelompok dilantik dapat angkat permohonan baru. Apa yang saya harapkan, jangan tanah itu milik orang, jika masih tanah kerajaan kita boleh buat,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Rusila di Medan Jaya, Marang, kelmarin.

Ahmad Said sudah menegaskan, pihaknya akan meminta pegawai daerah untuk memeriksa status tanah berkenaan dalam tempoh terdekat untuk diselesaikan termasuk pihak berkuasa lain untuk memeriksa pelan tapak bekas tanah pertanian tersebut.

Menurutnya, jika tiada masalah yang timbul, status tanah pertanian tersebut akan dijadikan sebagai lot kediaman untuk diagihkan kepada kesemua peserta terlibat membabitkan sebanyak 184 lot kediaman untuk didiami pada masa akan datang.
Dalam pada itu, kesemua peserta juga diminta untuk merujuk mengenai perkara itu kepada pihak Pusat Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang melalui pegawainya, Nik Dir Nik Wan Ku bagi memudahkan proses permohonan semula dibuat.

Jadi siapa sebenarnya yang membantu rakyat mendapatkan tanah?

Pemimpin PAS termasuk Presidennya sendiri atau pemimpin UMNO?

Jawapannya mudah, pemimpin PAS hanya tahu timbulkan masalah dan mengajak rakyat membantah kerana tanah tetapi masalah penduduk di Rusila yang tidak sebenar mana diabaikan.

Mana jagoan PAS -  Satiful Bahari Mamat atau dikenali dengan 'Satipu' - dalam isu 23 peserta tanah pertanian di Rusila ini?

No comments:

Post a Comment