Friday 28 February 2014

Hadi Mula Gentar...Imej PAS Semakin Tercalar


Ehh…ehh tahu takut juga Tok Guru ni dengan mahkamah.

Ingatkan dia merasa dirinya ‘above the law’ sebagai Presiden PAS, Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang.

Kelmarin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Ahad lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selePAS gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.

 Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam keadaan dia sudah tercemar kerana MEMFITNAH dan ‘merasakan dirinya tidak akan terikat dengan undang-undang dan mahkamah negara ini’ tiba-tiba Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta mahkamah mengetepikan perintah penghakiman ingkar.

Hadi bimbang kerana 'lidahnya yang tidak dapat dikawal itu' akan mencemarkan imej PAS.

In the first place, kenapa sebelum ini dia berani ingkar dan kini takut pula?

Apakah dia takut kerana RM2 juta atau melihat peribadi dirinya semakin dipersoalkan? Apakah dia bimbang PAS akan turut terpalit kerana lidahnya? Bagaimana kalau rayuannya ditolak dan Mohd Shamsul tidak mahu mengalah?

Tidakkah ini akan menjejaskan PAS dengan teruk?

Anggota Parlimen Marang itu dilihat terpaksa menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di Kuala Terengganu untuk membersihkan dirinya, selain mengelak membayar denda.

Anihnya selain PKR, ada pemimpin PAS turut menawarkan diri menjadi orang tengah.

Difahamkan, keluarga Mohd Shamsul tidak mahu beralah dan biar Hadi tahu betapa seksanya keluarga berkenaan menanggung malu kerana ‘kata-kata Hadi itu’.

Yang nyata kes ini bukan sekadar pertelingkahan dua insan untuk tujuan politik atau pertandingan dalam pilihan raya.

Namun tindakan Hadi yang membuat fitnah dan kemudian ingkar perintah mahkamah itu dilihat sebagai sesuatu yang tidak patut dilakukan pemimpin parti yang kononnya berjuang demi Islam.

Memfitnah dan menjatuhkan maruah orang lain di depan khalayak ramai adalah perbuatan yang memang tidak boleh dimaafkan, apalagi daripada mulut seseorang yang bernama ‘Tok Guru’.

Hadi sewajarnya tidak membuat tuduhan melulu dan kerana ittu ada sebab kenapa keluaga Mohd Shamsul tidak mahu memaafkan Hadi.

Mahkamah sudah menetapkan 30 Mac depan sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.

"Saya akan hantar salinan permohonan itu kepada peguam plaintif dalam masa terdekat, sementara itu jika ada apa-apa hujah mereka boleh failkan kalau ada peluang kita jawab terhadap dokumen yang mereka failkan. Sebenarnya kita baru ketahui kehadiran perintah ini Ahad lalu (23 Feb) walaupun perintah itu masuk pada Isnin (17 Feb) kerana plaintif tidak berkomunikasi dengan kami," katanya kelmarin.

Dalam pernyataan tuntutan Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Apa yang menarik, pada ketika Hadi memfailkan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar berkenaan, di luar mahkamah, PAS dan PKR nampaknya sedang berusaha untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.

Pelbagai pihak, hingga kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya turut berminat dengan kes ini kerana ia akan menjadi salah satu isu menarik pada kempen pilihan raya kecil DUN Kajang.

Parti itu dikatakan sedang berusaha untuk menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut disebalik pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menyatakan pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.


"Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi. Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata Anwar akan mengumumkan kata sepakat yang dicapai PKR Terengganu berhubung isu saman yang diambil bekas calon PKR, Mohd Shamsul terhadap Hadi.

Menurut Azam, beliau telah pun mencapai satu keputusan yang disifatkan positif dalam mesyuarat parti itu semalam, tetapi enggan mendedahkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan dalam masa terdekat.

Azan menjelaskan bahawa kata sepakat itu menjamin kebaikan bersama antara PAS dan PKR selain mengambil kira pandangan Mohd Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu.

“Setelah perbincangan dibuat dan melihat kepada semua aspek kepentingan kedudukan PR baik di peringkat Pusat dan negeri terutamanya yang melibatkan kerjasama dan ukhuwah antara PKR Terengganu serta PAS Terengganu dan demi mengukuhkan kedudukan PR di peringkat Pusat, kami telah mencapai kata sepakat atas kedudukan isu ini dan kita akan sampaikan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan dalam masa terdekat sekembalinya beliau daripada tugasan di luar negeri, insya-ALLAH,” katanya.

Pada sidang media khas di Pejabat Perhubungan PKR Terengganu, di Kuala Terengganu, kelmarin, Azam turut ditanya kenapa baru sekarang PKR Terengganu mengambil inisiatif mencapai kata sepakat berhubung isu saman terhadap Hadi.

Katanya, baik di peringkat negeri atau Pusat, PKR melihat perkara tersebut sebagai tindakan peribadi dan tiada kena mengena dengan parti.

Tanpa campur tangan parti katanya, PKR turut membuktikan bahawa parti itu tidak mengamalkan autokrasi dalam pengurusan parti, sebaliknya menghormati pandangan pendirian peribadi ahli dalam isu mahkamah tersebut.

Tidak menolak bahawa PKR Terengganu patut mengambil tindakan lebih awal, Azan bagaimanapun percaya pengumuman tersebut kelak akan memperkuatkan pengukuhan kerjasama dalam PR di setiap peringkat terutama Terengganu.

“Kedua-dua pihak juga (PAS dan PKR) menganggap kedudukan ini sama (berlandaskan peribadi) maka setelah berlakunya pengisytiharan (penghakiman ingkar terhadap Abdul Hadi) beberapa hari lepas kita merasakan perkara ini patut kita uruskan dari awal,” katanya.

Sementara itu, Azan turut melihat isu tersebut tidak akan sesekali memberi kesan kepada PRK Dun Kajang ataupun mempengaruhi kedudukan calon PKR di kerusi N25 itu

TI Global Food Belanja RM25 Juta Beli Kepentingan Dalam Chickeen Cottage

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd Datuk Wan Ahamad Wan Muda (dua kanan) bertukar dokumen dengan Pengerusi Chicken Cottage Mohammed Khalid sambil disaksikan oleh Ahmad (tengah) di Majlis Pengambilalihan Chicken Cottage Limited (UK) oleh TI Global Food Holdings Ltd.

TI Global Food Holdings Ltd, anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memperuntukkan RM25 juta untuk membeli 70 peratus kepentingan dalam syarikat makanan segera yang berpangkalan di United Kingdom, Chicken Cottage Ltd.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pengambilalihan itu merupakan pelaburan negeri dalam industri makanan halal selain menjana pendapatan negeri untuk masa depan.

“Ini kerana Chicken Cottage adalah satu nama yang agak besar dalam industri restoran makanan segera dengan mempunyai 151 francais di United Kingdom serta di Pakistan, Algeria, Perancis, Dubai, Slovakia, Afrika Selatan, Libya, Sweden, Itali dan Iraq.

"Pelaburan ini dilihat mempunyai potensi besar untuk berkembang di serata dunia berdasarkan kepada kejayaannya di United Kingdom dan permintaan tinggi daripada bakal franchisee terutamanya dari India dan Australia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pengambilalihan Chicken Cottage oleh TI Global Food Holding Ltd di Hotel Hilton Kuala Lumpur, petang kelmarin (27 Februari 2014).

Ahmad Said berkata, anggaran pulangan atas pelaburan RM25 juta itu dijangka diperoleh dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

“Sejumlah 1.5 juta pound (1 pound =RM5.459) lagi akan dibelanjakan untuk menambah baik sistem pusat jualan (POS) sekarang kepada sistem yang boleh merekodkan hasil jualan.

“Jika sebelum ini bayaran francais dibuat pada asas tahunan, namun menerusi sistem baru itu, kita boleh memperoleh tambahan tiga peratus daripada hasil jualan,” katanya.

Bercakap pada media selepas majlis pengambilalihan Chicken Cottage oleh TI Global Food Holdings, itu Ahmad Said  berkata, anak syarikat Terengganu Inc itu masih dalam proses mengenal pasti wakil francaisi induk di luar negara.

“Kami mahu melebarkan sayap ke India, Australia dan China,” kata Ahmad Said  yang juga Pengerusi Terengganu Inc.

Chicken Cottage turut dimiliki oleh Global Food Brands dengan pegangan saham sebanyak 30 peratus.

Ahmad Said berkata, pengambilalihan itu dijangka menyediakan platform kukuh meraih satu lagi sumber pendapatan stabil kepada Terengganu Inc, sekali gus terus dapat memberikan pulangan berdaya saing kepada pendepositnya.

“Istimewanya, produk makanan Chicken Cottage adalah produk halal, sekali gus memudahkannya untuk berkembang kerana boleh dinikmati hampir setiap masyarakat dunia tanpa mengira kaum atau agama.

"Selain membuka cawangan di Malaysia khususnya Terengganu, produk itu akan dikembangkan ke pasaran China dan negara-negara Timur Tengah," katanya.

Ahmad Said menegaskan, syarikat terbabit akan menumpukan kepada pasaran antarabangsa terlebih dulu sebelum jenama makanan segera halal itu memasuki pasaran tempatan akhir tahun ini.

Beliau berkata, cadangan pengambilalihan itu juga sebahagian daripada strategi syarikat seperti terkandung dalam Pelan Strategik TISB 2014 hingga 2018.

Menerusi pelan lima tahun itu, syarikat mengunjurkan memperoleh nilai aset bersih kepada RM2 bilion selain mengekalkan pendapatan terkumpul sekurang-kurangnya sebanyak RM100 juta menjelang 2018.

Nilai aset bersih syarikat itu kini hampir RM1 bilion.

Hadir sama, Yang Dipertua DUN, Mohd. Zubir Embong; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Datuk Wan Ahamad Wan Muda dan Pengarah Global Food Brands Inc., Datuk Mohamed Shaheen Mohd Sidek.

Sunday 23 February 2014

‘Sori, Ambe Tengah Fenin…’ - Daripada Presiden PAS!

Laporan Teganuku pada 22 April 2013

Ehhh, Ehhh…pemimpin Islam pun boleh main fitnah-fitnah orang ke?

Boleh ke dengan senang-senang pemimpin itu mengatakan seorang bakal calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri Bukit Besi ' terlibat dalam kegiatan jenayah menjual pil kuda"? (lihat sini, sini, sini).

Perbuatan itu tidak boleh bukan sahaja dilarang dalam konteks sesame manusia tapi Allah s.w.t. melarangnya sama sekali.

Ketua Angkatan Muda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin mendakwa beliau telah difitnah oleh pemimpin Pas – Presiden PAS itu - semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April tahun lalu.

Hadi pada satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu dikatakan telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasi Mohd Shamsul sebagai calon dan ahli perniagaan.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Apa kata Hadi sehingga begitu sekali calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, merasa dirinya difitnah?

Dahlah kalah pilihanraya, Mohd Shamsul sememangnya ‘bengang’ difitnah sedemikian.


Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu, semalam mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.

Prosiding berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Apakah yang berlaku di mahkamah?


Bekas ccalonPKRMohd. Shamsul memfailkan saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa telah memfitnahnya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.

Tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Abdul Hadi membuat tuduhan tersebut sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon-calon Pas di tempat-tempat yang ditandingi oleh calon PKR sehingga mengakibatkan berlaku pertindihan calon dalam pakatan pembangkang.

"Kawasan pilihan raya DUN Bukit Besi tempat saya berdaftar untuk bertanding juga merupakan satu tempat calon Pas telah diletakkan untuk bertanding.

"Maka tuduhan dan kata-kata Abdul Hadi yang berunsur fitnah tersebut merujuk secara langsung kepada plaintif dan membawa maksud plaintif yang merupakan calon PKR terlibat dalam kegiatan jenayah menjual pil kuda," dakwa plaintif.

Dakwanya lagi, tuduhan Abdul Hadi yang dinamakan sebagai defendan telah tersebar luas dalam semua media utama manakala rakaman ceramah dimuat naik di internet yang boleh dibaca dan didengar oleh masyarakat Malaysia secara meluas.

Perkara itu, dakwa beliau, memberi gambaran plaintif adalah seorang yang tidak bermoral, tidak berpegang teguh kepada kepimpinan parti, bergiat dalam jenayah dan tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan penduduk."

Berikutan itu, plaintif telah membuat laporan polis pada 22 Julai lalu bagi menyelamatkan reputasi dan nama baiknya.

Selain ganti rugi, plaintif menuntut perintah injunksi terhadap defendan daripada membuat sebarang kenyataan, pengucapan atau penulisan yang berunsur fitnah terhadapnya.

Dalam PRU-13 yang menyaksikan persaingan tiga penjuru itu, Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi melalui Roslee Daud dengan memperoleh 6,966 undi manakala calon Pas, Roslan Ismail (4,408) dan Mohd. Shamsul cuma memperoleh 52 undi.

Menurut wakil peguam plaintif, V. Saravanan semalam, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan pada 16 Januari lalu.

Sehubungan itu katanya, plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian dan perakuan ketidakhadiran defendan ke mahkamah sehari kemudian yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari yang sama. 

“Sekiranya defendan ingin membantah atau menentang penghakiman itu, maka, dia kena failkan permohonan kepada mahkamah. Itu terpulang kepada peguam dia.

Jika tidak ada maklum balas daripada defendan, kami akan hantar salinan termeterai penghakiman yang meminta pembayaran saman plaintif iaitu sebanyak RM2 juta bersama faedahnya sekali.

“Sekiranya masih tidak ada apa-apa jawapan, kami akan teruskan dengan pelaksanaan saman. Kami akan failkan penghakiman ini secepat mungkin dan sebaik sahaja mahkamah telah keluarkan salinan termeterai, kami akan serahkan kepada defendan untuk tuntut jumlah penghakiman,” katanya ketika ditemui.

Plaintif melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A &aCo., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Oh..oh...padanlah Hadi fenin...apalagi melalui kes ini jelas PAS bermuka-muka dengan PKR apabila memerlukan sokongan mereka.

Apabila berdepan sebagai musuh - pertandingan melibatkan calon PAS dan PKR, selain UMNO - PAS akan berkata buruk terhadap calon sekutu mereka daripada PKR.

Lebih memalukan ia daripada mulut seorang yang menganggap dirinya 'ulama' dan Tok Guru'.

Tuesday 18 February 2014

Apabila Pembohong Bersiri Mahu Meneruskan Siri Pembohongannya…


Pada 17 Februari 2014 (semalam) pada jam 3.55 petang,  ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmadmembuat tuduhan dan fitnah kepada Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia dengan twitter menyatakan Kapal Terbang AK5110 dari Kota Kinabali ke Kuala Lumpur milik Air Asia terhempas di KLIA.

Ternyata ia fitnah. Kita serahkan kepada Airasia untuk mengambil tindakan.


Menteri Besar, Datuk Sri Ahmad Said menggelarnya PEMBOHONG BERSIRI…

Siapa ‘Pembohong Bersiri’ itu?

Dia itidak lain dan tidak bukan Dr Syed Azman Syed Ahmad, ADUN Batu Burok!

Semalam, dalam kenyataan melalui portal rasmi PAS, Syed Azman berkata PAS Terengganu akan dedah penyelewengan terbesar di negeri ini, Jumaat ini.

Wahhh…ini cerita menarik dan pastinya Ahmad Said akan sekali ini bingkas menyangkal semua tuduhan berkenaan.


Kes mahkamah Syed Azman dengan Kerajaan Terengganu dan Ahmad Said di mahkamah belum selesai, apakah akan ada kes baru selepas ini?

Ahmad Said akan sekali lagi membuktikan bahawa ADUN Batu Burok ini menjadi pembohong bersiri ke (entah ke berapa daaa…banyak sangat).

Menurut Dr Syed Azman yan g membuat kenyataan di Kuala Lumpur, beliau bakal mendedahkan empat penyelewengan terbesar di Terengganu dalam pertemuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jumaat ini.

Katanya, pihaknya telah menerima surat balasan yang menyatakan persetujuan daripada SPRM yang bertarikh 10 Februari lalu.

“Saya telah menerima surat daripada SPRM yang bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan temu janji dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. “...untuk bincang soal rasuah di Terengganu, Jumaat ini pada jam 3 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, semalam.

Menurut beliau, empat isu penyelewengan di Terengganu yang bakal disentuh adalah pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir dan pembinaan Pasar Payang.

“Terengganu negeri yang cukup kaya tapi banyak penyelewengan. Kita dapat lihat kemiskinan dialami rakyat. “Bajet Terengganu tertinggi di Semenanjung iaitu RM 2.3 bilion tapi rakyat hidup daif,” katanya. 

Syed Azman yang juga AJK Pas Pusat bakal ke Ibu Pejabat SPRM bersama beberapa ahli politik Terengganu yang lain.

Sebelum ini beberapa siri pembohongan Syed Azman termasuk pada sidang DUN Terengganu termasuk isu pakaian sekolah, isu parking bertingkat, isu Ladang Gemilang, isu keruntuhan Stsdium Sultan Mizan, isu Pasar Payang dan banyak lagi.
   
 

Juga menarik ialah isu MPK Beli Binatang apabila disebut dalam satu risalah kononnya perberbelanjaan jutaan jutaan ringgit dikeluarkan MPK untuk membeli pelbagai jenis haiwan.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada 4.25 petang di Balai Polis Chukai, 12 September lalu terhadap kandungan fakta dalam risalah kononnya.


Dr Syed Azman yang sering kali digelar pembohong bersiri oleh Menteri Besar  setiap kali mengemukakan isu dalam sidang Dun,  dalam satu kenyataannya menegaskan  akan terus memperjuangkan isu-isu pembangunan dan rakyat.

Beliau yang merupakan salah seorang Adun yang lantang bersuara dalam sidang Dun hanya berserah kepada rakyat untuk menilai tuduhan yang dibuat ke atasnya.

Beliau turut berkata, dakwaan sebagai pembohong bersiri itu dianggap perkara remeh kerana beliau sering bercakap berdasarkan fakta berhubung sesuatu perkara yang dikemukakan.

“Sebab itu, saya dari dulu tidak layan benda-benda begini sebab setiap pendedahan yang kita buat berdokumen, bukan hanya cakap hatta isu kecurian yang berlaku di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya.

Friday 14 February 2014

Hukum Melabur Dalam ASB, ASN 'Harus' - Majlis Fatwa


"Status melabur dalam ASN dan ASB yang juga dibangkitkan oleh beberapa penceramah di laman-laman sosial, turut menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam. Isu pelaburan ini merupakan perkara ijtihad, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum."
- Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada Jumaat menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'. 

Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Abd Shukor, Jawatankuasa Fatwa amat kesal kerana terdapat pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan dengan memuat naik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menyatakan skim tersebut sebagai tidak patuh Syariah.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tuntutan Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai hukum melabur dalam ASB dan AS Nyang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.

Tahun lepas, Comango menghantar laporan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia di Malaysia untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland.

Antara tuntutan lain ialah menuntut hak kebebasan beragama, pengiktirafan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Status melabur dalam ASN dan ASB yang juga dibangkitkan oleh beberapa penceramah di laman-laman sosial, turut menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam.

"Isu pelaburan ini merupakan perkara ijtihad, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum.

"Sewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang telah dibuat, telah menimbulkan keresahan yang meruncing dalam kalangan umat Islam," katanya.

Abd Shukor menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan umat Islam sendiri.

Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan supaya provokasi yang melibatkan hukum hakam dihentikan supaya tidak mengundang kekeliruan.

Tuesday 11 February 2014

Muhd Irfan Jawab Pelawaan Ahmad Said Dengan Bersumpah Di Johor Bahru…



Bekas pemain T-Team, Muhd Irfan Abdul Ghani sudah menjawab pelawaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin yang mahu membiayai tiket kapal terbangnya untuk datang ke Terengganu.


Jawapan Muhd Irfan semalam ialah mengangkat sumpah bahawa kenyataannya berhubung kekecohan membabitkan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Larkin minggu lepas, adalah benar.

"Saya bersumpah bahawa apa yang diperkatakan oleh saya adalah benar," kata anak jati Johor itu yang bermain dalam barisan pertahanan pasukan kelab dari Terengganu tersebut.

Irfan yang menghantar surat peletakan jawatan sebagai pemain T-Team pada 4 Februari lepas berbuat demikian dalam satu sidang media di sebuah restoran di Johor bahru.

Tindakannya itu menyusuli upacara bersumpah menggunakan al-Quran yang dibuat oleh seorang pemain dan penolong jurulatih T-Team di Kuala Terengganu, malam kelmarin, berhubung insiden sama.

Sambil tangannya memegang kitab suci al-Quran, bekas pemain T-Team Irfan Abdul Ghani semalam bersumpah bahawa kenyataannya berhubung kekecohan membabitkan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Larkin minggu lepas adalah benar.

Kelmarin Menteri Besar Terengganu mencabar pemain T-Team, Muhd Irfan agar tampil mengangkat sumpah di hadapannya sekiranya dia di pihak yang benar.

"Saya sanggup bagi tiket kapal terbang ke sini (Kuala Terengganu) kepada dia untuk tampil bersumpah. Jangan lakukan pembohongan kepada rakyat Terengganu. Angkat sumpah ini bukan permainan semata-mata. Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan," kata Ahmad Said selepas majlis bersumpah dengan Al-Quran di hadapan beliau.

Muhd Irfan sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Johor tanpa pengetahuan majikannya, mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan dan ini bercanggah dengan pendirian pasukan T-Team yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi.

Perbuatannya itu melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan. Beliau telah menghilangkan diri dengan mengemas barangan dari rumah sewanya di Gong Badak, sepertimana yang diberitahu oleh Khairan Izuan yang merupakan rakan serumahnya.

Muhd Irfan tidak melaporkan diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah pada 3 Februari lalu.

Majlis bersumpah itu diadakan sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.di Hotel Tabung Haji (TH) &Convention Center di Gong Badak pada kira-kira 10 malam kelmarin.

Mengulas kejadian, Irfan, 25, berkata beliau terdengar kekecohan di dalam terowong pemain semasa tamat separuh masa pertama perlawanan, namun tidak nampak apa yang berlaku.

Katanya semasa berada di dalam bilik persalinan kemudian, beliau mendengar pemain import T-Team, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impligazzo mendakwa dipukul ketika di dalam terowong itu.

"Daripada pemerhatian saya sendiri semasa di dalam bilik persalinan tersebut, saya lihat tiada sebarang tanda bahawa Evaldo dan Stefano telah dipukul," katanya.

Susulan kejadian itu juga Irfan membuat keputusan 'menggantung but' dan bersara daripada arena bola sepak buat sementara waktu. Katanya langkah itu juga bagi membolehkan beliau menjaga ibunya yang sedang sakit.

"Saya akan cuba mencari pekerjaan lain memandangkan saya telah bersara daripada bermain bola sepak," katanya

Semalam, pemain T-Team Khairan Ezuan Razali dan penolong jurulatih Azlan Johar bersumpah di hadapan al-Quran bagi membuktikan kenyataan mereka bahawa Evaldo ditumbuk ketika di dalam terowong itu adalah benar.

Upacara itu disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini meminta pemain dan pegawai T-Team yang beragama Islam bersumpah menggunakan al-Quran bagi membuktikan kebenaran.

Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah Al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lepas.

Ia bertujuan membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lepas. Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sudah menerima surat peletakan Mohd Irfan.

Presidennya Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata pihaknya akan meneliti surat itu dan mempertimbang tindakan susulan berasaskan kontrak pemain berkenaan dan juga peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Saya tidak pasti bila surat itu dihantar," katanya dalam sidang media, di Kuala Terengganu, semalam.

Wan Ahmad Nizam juga mengakui beliau sudah dimaklumkan oleh T-Team mengenai hasrat Mohd Irfan mahu meninggalkan pasukan kelab yang berpangkalan di sini itu.

Pemain yang berasal dari Johor itu dilapor "hilang" selama beberapa hari selain gagal dihubungi selepas membuat kenyataan bercanggah dengan T-Team berhubung dakwaan pergaduhan membabitkan pemain import T-Team dan pegawai pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ketika pertemuan di Stadium Larkin, Johor Baharu minggu lepas.

Sementara itu, Wan Ahmad Nizam menyifatkan pemain berusia 25 tahun berkenaan sebagai "pengecut" kerana menghilangkan diri begitu sahaja.

"Selepas dia membuat kenyataan di Johor tu, kita dah cek (periksa)... pakaian dia pun tak ada (rumah sewanya di sini telah dikosongkan). "Maknanya dia sudah bersedia untuk melarikan diri dan saya rasa ini adalah satu perkara yang tidak bagus," katanya.

Dalam pada itu Wan Ahmad Nizam menyerahkan kepada Evaldo Rodrigues, pemain import T-Team yang terbabit dalam insiden berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut termasuk membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Pemain import ni ada undang-undang sendiri. Dia ada ejen dan sebagainya. Sebab itulah saya kata terserah kepada mereka. Dari segi PBSNT membawa perkara ini kepada FIFA mungkin sedikit terbatas kerana undang-undang FAM terlalu ketat.

"Bagaimanapun kita akan bawa kedua-dua perkara ini dalam mesyuarat T-Team selepas ini," katanya.

Mengulas majlis sumpah al-Quran itu Ahmad Said berkata beliau terharu kerana sebagai orang Islam kedua-dua mereka tahu risiko bersumpah dengan al-Quran jika mereka berbohong.

"Soal itu (siapa pelaku) tidak penting kerana apa yang penting ialah kejadian tumbuk itu benar-benar berlaku. Itu yang penting," katanya.

Monday 10 February 2014

Ahmad Said Sanggup Beli Tiket Kapal Terbang Untuk Muhd Irfan

Kelihatan Azlan Johor melafazkan sumpah al-Quran di hadapan Menteri Besar.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said  mencabar pemain T-Team, Muhd Irfan Abdul Ghani agar tampil mengangkat sumpah di hadapannya sekiranya dia di pihak yang benar.

"Saya sanggup bagi tiket kapal terbang ke sini kepada dia untuk tampil bersumpah. Jangan lakukan pembohongan kepada rakyat Terengganu.

Angkat sumpah ini bukan permainan semata-mata.

Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan," katanya  selepas majlis bersumpah dengan Al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu.

Majlis bersumpah itu diadakan sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.di Hotel Tabung Haji (TH) &Convention Center di Gong Badak pada kira-kira 10 malam semalam.

Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah Al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lepas.

Ia bertujuan membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lepas.
 
Bagaimanapun kelibat pemain pertahanan T-Team, Irfan Abd Ghani yang merupakan bekas pemain JDT yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar "mengejut" dengan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong tidak kelihatan sepanjang majlis perjumpaan itu.

 Muhd Irfan sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Johor tanpa pengetahuan majikannya, mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan dan ini bercanggah dengan pendirian pasukan T-Team yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi.

Perbuatannya itu melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan.

Beliau telah menghilangkan diri dengan mengemas barangan dari rumah sewanya di Gong Badak, sepertimana yang diberitahu oleh Khairan Izuan yang merupakan rakan serumahnya.

Muhd Irfan tidak melaporkan diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah pada 3 Feb.

Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam tadi bersumpah dengan Al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lepas.


Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Ahmad Said dalam ucapannya berkata majlis mengangkat sumpah itu bagi membuktikan kebenaran insiden tersebut dan meminta para pemain dan pegawai yang menyaksikan kejadian tempoh hari itu agar tidak berbohong.

Menteri Besar Terengganu nyata berbangga dengan kedua-dua individu itu yang tampil bersumpah kerana menurutnya ini jelas membuktikan mereka jujur.

Sunday 9 February 2014

Terengganu Digambarkan Tidak Selamat Oleh Pemain T-Team…


Jika sebelum ini dua pemain T-Team - Evaldo Rodrigues Goncalves Cardoso dan Fabio Flor - bimbang keselamatan sambil merasakan mereka tidak selamat berada di Terengganu sehingga mahu melaporkan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kini Muhd Irfan Abdul Ghani bagaikan merasakan perkara sama.

Bezanya pada ketika dua pemain import T-team itu terus berada di Terengganu, Muhd Irfan pula menghilangkan diri apabila turut mengambil semua barang-barangnya dari kediamannya di Gong Badak.

Dia tidak melapor diri kepada pasukan T-Team sehingga semalam dan ‘drama lesap’ yang dicetuskan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini dijangka memasuki fasa baharu dalam isu kekecohan JDT-T-Team.


Kekecohan berlaku pada saingan Piala FA pusingan kedua dalam terowong menuju bilik persalinan pemain pada waktu rehat di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu, Sabtu lalu apabila pemain T-Team dikatakan dikasari.

Berikutan kejadian itu, T-Team membuat keputusan menarik diri daripada aksi separuh masa kedua atas faktor keselamatan

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab. Rasid Jusoh berkata, pemain itu didapati bersalah kerana masih gagal dikesan dan tidak melapor diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah, Isnin lalu.

Di mana dan ke mana Muhd Irfan sehingga hari ini "masih belum menjelma di bumi Terengganu"? Pemain berkenaan sehingga kini masih belum turun untuk mengikuti latihan dan panggilan yang dibuat kepadanya tidak dijawab.

‘Drama Muhd Irfan’ meletus apabila membuat sidang akhbar tanpa kebenaran majikannya yang dianggap melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan sebelum ini.
Sidang akhbar ‘mengejut’ tanpa pengetahuan majikannya mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos minggu lepas.

Pada 6 Februari lalu, penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Muhd Irfan yang menyatakan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku pada perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team yang ditangguhkan Sabtu lalu.

Dakwa beliau, Muhd. Irfan tidak nampak kejadian sebenar yang berlaku di dalam terowong kerana ketika kejadian pemain itu berada di padang dan dia hanya masuk ke bilik persalinan selepas pihak pengurusan pasukan membuat keputusan untuk tidak menyambung permainan.

Pemain itu tidak nampak sebarang kecederaan yang berlaku ke atas Elvaldo Rodriguez kerana selepas kejadian pasukan perubatan T-Team sudah menjalankan rawatan ke atas pemain import itu.

T-Team mempunyai ramai saksi berhubung kejadian itu tetapi mengalu-alukan kehadiran saksi luar untuk membantu siasatan kes itu.

 "Dia tidak nampak kecederaan yang berlaku terhadap Elvaldo dan segala keputusan yang dibuat oleh kesebelasan utama pasukan dia tidak tahu kerana dia merupakan pemain simpanan.
 
"Pemain rasa tidak selamat selepas apa yang berlaku ke atas Elvaldo dan ketika perjalanan masuk ke bilik persalinan mereka dihalang, dicaci dan dimaki.

Sebagai ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), saya tahu apa yang patut dilakukan dan kami tiada niat jahat, kami tidak ambil gambar kejadian dan tidak merancang apa-apa pun ketika kejadian," katanya.

Kenyataan yang dibuat pemain itu dilihat bercanggah dengan pendirian pasukannya yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi.

“Dia (Irfan) minta balik (ke Johor) atas alasan masalah keluarga tetapi sebaliknya, dia telah membuat perkara di luar jangkaan (mengadakan sidang akhbar tanpa kebenaran majikan),” ujar Rasid.

Tambah beliau, semua pihak menanti kepulangan pemain itu ketika ini termasuklah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

“Menteri Besar Terengganu (Ahmad) menunggu kepulangan Irfan. Sama seperti pemain-pemain lain, dia (Irfan) juga perlu melakukan di hadapan sumpah al-Quran seperti yang diminta,” katanya.

T-Team kini hampir pasti akan membawa kes kehilangannya ke pengetahuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tindakan Muhad Irfan yang tidak pulang sejak memohon cuti mungkin menyebabkan dia menerima hukuman gantung tanpa gaji.

“Semuanya (keputusan yang akan dibuat) bergantung kepada kontrak yang sedia ada. Tindakan gantung (tanpa gaji) mungkin boleh dikenakan ke atasnya berdasarkan klausa kontrak yang sedia ada.



“Apapun, kami akan membawa perkara ini kepada Jawatankuasa Disipilin (T-Team) yang akan bermesyuarat terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan yang akan dikenakan terhadap pemain itu selain membawa perkara itu ke peringkat lebih tinggi (FAM),” kata Rasid seperti dilaporkan Utusan Malaysia.


Ab. Rasid menyifatkan ‘kehilangan’ Irfan yang sepatutnya kembali Selasa lalu sebagai kesalahan besar. Pengendali pasukan T-Team, Mohd Azrai Khor Abdullah lebih berminat kepada pemain yang turun menjalani latihan daripada berbicara mengenai Muhd Irfan, pemain yang menimbulkan kontroversi dalam insiden pahit di Larkin, Johor Bahru itu.

"Saya rasa tidak payah panggil, saya rasa sebagai pemain profesional dia tahu apa tanggungjawab dia dan apa dia perlu buat.

"Jadi, kita tunggu dan lihat, selebihnya saya tidak mahu komen, terserah kepada pihak pengurusan," katanya kepada pemberita.

Tanpa memberikan butiran, Mohd Azraai berkata beliau percaya pihak pengurusan sudah mempunyai sesuatu tindakan untuk pemain terbabit.

Satu Lagi PRK Jika Taib Mahmud Letak Jawatan


Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal diadakan tahun ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan sekiranya pemimpin paling lama di Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.

Taib yang menjadi Adun Balingan sejak 2001 perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat jika beliau bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu. Undang-undang Sarawak menyatakan mana-mana perletakan jawatan sebelum 20 Jun tahun ini, satu PRK perlu diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Sabtu lalu ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Taib mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri. MT PBB juga menyuarakan pendirian agar Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Sarawak menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Sebagai ketua negeri, seseorang itu tidak boleh terlibat dalam politik. Justeru Abdul Taib perlu melepaskan semua jawatanya eksekutifnya dalam Kabinet dan PBB.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sarawak, Datuk Takun Sunggah berkata berdasarkan undnag-undang negeri, sesuatu pilihan raya tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan kerusi berlaku dalam tempoh dua tahun sebelum penggal DUN berakhir.

"DUN Sarawak akan berakhir pada 20 Jun 2016. Jadi tempoh dua tahun penggal berkenaan akan bermula 21 Jun 2014 ini. "Jadi jika mana-mana individu meletak jawatan sebelum 20 Jun, maka satu pilihan raya perlu diadakan," katanya kepada The Star menerusi SMS. ketika penggal Abang Muhammad Salahuddin akan berakhir pada 28 Februari ini, Abdul Taib dijangka mengangkat sumpah sebagai TYT pada 1 Mac ini.

Di Kuching, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi berkata Abdul Taib akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri 'penghujung bulan ini'.

"Ya, anda akan menyaksikan perkara itu berlaku. Saya perlu lakukan persiapan mengenainya mengikut aturan," katanya ringkas.

Friday 7 February 2014

Ahmad Said - Pasukan T-Team Tidak Bodoh...


Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata pasukan T-Team bukanlah bodoh untuk menarik diri sesuka hati pada perlawanan dengan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan pusingan kedua Piala FA minggu lepas.

Berikutan itu beliau mempersoal tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang didakwa gagal mengambil kira isu keselamatan dalam insiden membabitkan pasukan T-Team.

Beliau mengulas tindakan FAM yang memberi kemenangan percuma 3-0 kepada JDT pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.


Menurutnya, FAM sepatutnya meneliti lebih mendalam perkara berkenaan, bukannya membuat keputusan berdasarkan laporan pengadil dan pegawai terbabit semata-mata.

"Kalau tidak kerana faktor keselamatan, kerana apa? Saya dimaklumkan pasukan Terengganu terpaksa diiringi keluar oleh polis, dan mereka diiring hingga ke sempadan Mersing serta diminta jangan pakai jersi. "Apakah itu bukan kerana soal keselamatan?," kata Ahmad Said kepada pemberita ketika melawat kawasan Dewan Undangan Negeri Telemong, Jumaat.

Beliau diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Telemong.

Ahmad Said mendakwa keputusan FAM itu tidak wajar kerana pengadil dan pegawai perlawanan tidak melihat apa yang berlaku dalam terowong sewaktu perlawanan berhenti rehat pada separuh masa pertama. 

"Ya, saya memang kecewa dengan sikap FAM, inilah sebenarnya yang menyebabkan bola sepak negara ini tidak ke mana berbanding Korea dan Jepun, yang menjadi saingan Malaysia suatu ketika dahulu.

"Korea dan Jepun kini sudah mara ke separuh akhir Piala Dunia tetapi Malaysia masih 'terkial-kial' kerana pengurusan yang tidak berwibawa, tidak bertanggungjawab dan tidak berkebolehan," katanya.

Beliau meminta pemain dan pegawai T-Team yang menyaksikan kejadian di terowong Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor baru-baru ini, termasuk pemain pertahanan pasukan itu, Mohd Irfan Abdul Ghani, bersumpah menggunakan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.

Ahmad Said berkata beliau tidak akan campur tangan dalam urusan bantahan kepada FAM.

"Itu terpulang kepada pengurusan bola sepak. Tapi yang pastinya, saya tahu pihak pengurusan tidak akan cakap banyak sebab bola sepak di Malaysia ini kalau cakap banyak, akan kena gantung.

"Malah sebab itu juga saya tidak mahu pegang Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) walaupun didesak ramai orang. Saya tahu kalau saya pegang jawatan Presiden, paling kuat enam bulan kot, lepas itu kena gantunglah," Ahmad Said menyindir.

Wednesday 5 February 2014

Irfan Bercakap Untuk Siapa Dan Pihak Mana?

Ketika pemain menuju ke bilik rehat, Irfan memanaskan badan dengan rakan-rakan.
"Wahai anak-anak Titans, hidup perlu jujur dan berakhlak mulia. Supaya selamat di dunia dan akhirat," demikian kata jurulatih T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah di laman Facebooknya.

Walaupun kata-kata itu agak ringkas namun mempunyai makna yang dalam.

Kepada siapakah dia tujukan nasihat sedemikian?

Apakah kepada pemain T-Team, Irfan Abd Ghani yang membuat kenyataan selepas membantu siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor semalam?

Bercakap kepada wartawan selepas memberikan kenyataan kepada polis, beberapa perkara disebut oleh pemain pertahanan T-Team yang berasal dari Johor itu  mengundang beberapa persoalan.

Dia bercakap bagi pihak siapa dan untuk siapa?

Perkara paling berat yang disebut Irfan ialah - ketika hampir semua pemain mahu meneruskan permainan tetapi pembantu jurulatih pasukan (T-Team) Azlan Johar membuat keputusan agar pemain menghentikan permainan dan balik.

Menurutnya Azlan berkata, jika mereka meneruskan permainan dan menang sekalipun, mereka tidak akan dapat balik ke Terengganu.

Irfan jelas mengaitkan Azlan dalam kes ini dan keputusan untuk tidak meneruskan permainan bukan dibuat ketua jurulatih Azraai Khor.

Kurang jelas kenapa Azlan mengeluarkan kenyataan‘jika teruskan permainan, pemain tidak boleh balik Terengganu’.Apakah kerana keselamatan tidak terjamin atau apa?

Atau Azlan tidak menyatakan apa-apa pun!

Azlan mungkin ada jawapan di sebalik membuat keputusan untuk tidak meneruskan permainan (jika mengikut kata Irfan).


Kata Irfan lagi pusingan kedua Piala FA 2014 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu lalu tidak sepatutnya dihentikan. Ini kerana tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Irfan berkata, sewaktu di bilik persalinan beliau tidak melihat sebarang kecederaan dialami pemain import Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari pegawai pengurusan tertinggi JDT.

Benarkah dia berada di bilik persalinan ketika waktu rehat.

Bukankah pemain simpanan selalunya memanaskan badan ketika kesebalasn utama berehat?

Difahamkan, Irfan pada malam Sabtu adalah pemain yang berada di bangku simpanan.

Menurutnya lagi, keselamatan pasukan itu tidak terjejas sedikit pun ketika itu, kata Irfan yang masih mempunyai kontrak bermain setahun bersama T Team.

Pemain pertahanan yang berasal dari Johor itu turut menafikan beliau membuat kenyataan itu kerana membuat perjanjian dengan JDT.

 "Tidak, saya tidak berjumpa dengan mana-mana pihak JDT. Saya lakukan ini kerana tidak mahu terlibat dalam pembohongan," katanya yang sanggup menerima apa jua tindakan termasuk dibuang daripada pasukan kerana menegakkan kebenaran.

Perlawanan antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin itu ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan.

Berikutan itu, T-Team menyatakan kesalnya dengan kenyataan Irfan yang jelas menyebelahi pasukan JDT.

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain berkata, tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi ia dibuat sebagai memihak pasukan lawan.

Katanya kenyataan Ifran itu menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu.

"Sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," katanya kepada pemberita semalam.

Menurut Syahrizan pemain yang berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team.

Katanya, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarakat khas berhubung insiden tersebut hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi keyakinan, siasatan berhubung insiden kekecohan perlawanan bola sepak di antara pasukan JDT dan T-Team akan dibuat secara profesional tanpa mengira individu yang berada di belakang kedua-dua pasukan berkenaan.

"Saya rasa tidak perlu ragu-ragu dan kita akan telus dalam siasatan berkenaan, tidak kiralah pasukan dari mana dan siapa pun di belakang pasukan itu. Jangan risau, saya sendiri beri jaminan yang siasatan dijalankan secara telus," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

Khalid berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan daripada kedua-kedua pasukan berhubung insiden itu. Beliau berkata, pihaknya juga sudah mula merakamkan percakapan kira-kira 15 orang bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.

"Pertengkaran biasa dalam sukan, ini bukan kali pertama pertembungan kuat dua kumpulan jadi saya menyeru kepada penyokong agar bersabar dan tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang.. biar kita jalankan siasatan terlebih dahulu.

"Serahkan kepada kita untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan, perlawanan piala liga perlu diteruskan dan kita tidak boleh mencacatkan pertandingan seterusnya," katanya.

Sabtu lalu perlawanan pusingan kedua Piala FA antara T-Team menentang JDT di Stadium Larkin tidak diteruskan pada separuh masa kedua apabila T-Team tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan. Pada masa itu, JDT mendahului 2-1.

Berikutan itu, Polis Terengganu turut menerima empat laporan polis daripada pasukan bola sepak T-Team malam Isnin lalu berhubung insiden itu. Ketua jurulatih JDT César Ferrando Jiménez turut membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Johor Baharu Selatansemalam berhubung kejadian itu.

Monday 3 February 2014

T-Team Buat Laporan Polis, JDT Jadi Mangsa Konspirasi?


Isu pergaduhan dan kekecohan di Stadium Larkin Sabtu lalu amat sensitif.

Dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu, JDT sedang mendahului 2-1 pada separuh masa pertama apabila pasukan T-Team membuat keputusan enggan meneruskan permainan ekoran kekecohan yang berlaku di terowong ke bilik persalinan itu.

T-Team kemudian bertindak meninggalkan stadium untuk terus pulang ke Kuala Terengganu. Pegawai yang membuat laporan polis itu menjelaskan tujuannya hanyalah untuk menjaga keselamatan dan kepentingan pemain dan pasukan T-Team.

Pemain import T-Team, Rodrigues (kanan) buat laporan polis.
Berikutan itu, sebarang keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berat sebelah atau menyebabkan ada pihak terguris akan merosakkan semangat dan moral pasukan terbabit.

Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan bersidang Khamis ini untuk membincangkan insiden tersebut.

Namun di sebalik laporan polis serta laporan kepada FAM, ada suara-suara mengatakan tindakan badan induk bolasepak itu dijangka akan menyebelahi T-Team.

Ia gara-gara JDT tidak akan mendapat sokongan badan berkepentingan dalam industri sukan bola sepak tanah air iaitu FAM dan pihak media menyebabkan pasukan JDT berhadapan laluan sukar merealisasikan hasrat murni tersebut.

Menurut satu pendapat: “Cukup ketara FAM bersikap dingin ke atas pasukan JDT dan sering membuat keputusan tidak menyebelahi pasukan itu dengan insiden paling ketara pada perlawanan di Pahang tahun lalu yang menyaksikan penyokong JDT dicederakan dengan batu tetapi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor 2012 (PBNJ) pula dipersalahkan dan didenda.

Malah dikatakan pada musim ini, FAM dengan jelas enggan memastikan mutu pengadilan yang baik dan adil dalam setiap perlawanan membabitkan JDT - seolah-olah memberi `license' atau `green light' kepada setiap pasukan lawan untuk mengasari dan mencederakan pemain JDT.”

Selain itu, keputusan berat sebelah dan tidak profesional pengadil menyukarkan pemain JDT mempamerkan permainan gaya profesional dan moden sepanjang 90 minit perlawanan sedangkan corak permainan profesional mendambakan mutu pengadilan yang profesional.

(Untuk lebih jelas mengenai pendapat berkenaan sila baca artikel di bawah bertajuk Nasib JDT Jadi Mangsa Konspirasi)

Apapun kita wajar menunggu laporan dan keputusan FAM yang akan bermesyuarat lusa untuk membuktikan sejauh mana tuduhan itu berasas.

Dua pemain JDT tunggu perlawanan disambung.

Mengikut laporan polis yang dibuat, pegawai pasukan terbabit mendakwa kejadian berlaku pada pukul 9.40 semasa pemain sedang menuju ke bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

Menurut laporan polis itu, seorang pemain import T-Team, Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk di muka.

"Manakala seorang jurulatih kecergasan iaitu Stefano Impagliazzo telah disepak di kemaluannya

Akibat kejadian itu, Elvaldo mengalami pendarahan di hidung dan Stefano mengalami kesakitan di kemaluannya," dakwa pegawai yang membuat laporan polis itu.”

Sehingga kini Polis Terengganu menerima empat laporan daripada pasukan bola sepak T-Team berhubung insiden kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA itu.


Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu antara pukul 9 malam dan 12.30 tengah malam Sabtu.

"Kami akan menyiasat dan akan memanggil serta merakamkan percakapan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan," katanya.

Pada pertemuan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua selepas mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor serta Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa. T-Team, yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa, mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan.


Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dilaporkan telah merujuk kes tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Undang-Undang (D5) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan lanjut. Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan bersidang Khamis ini untuk membincangkan insiden tersebut.

Namun di sebalik laporan polis serta laporan kepada FAM, ada suara-suara mengatakan tindakan badan induk bolasepak itu dijangka akan menyebelahi T-Team.

Ia gara-gara JDT tidak akan mendapat sokongan badan berkepentingan dalam industri sukan bola sepak tanah air iaitu FAM dan pihak media menyebabkan pasukan JDT berhadapan laluan sukar merealisasikan hasrat murni tersebut. Sementara itu, ada pihak mengatakan

Nasib JDT Jadi Mangsa Konspirasi




AHMAD ALBAB (3 Februari 2014)

Zaman kegemilangan sukan bola sepak tanah air pernah menyaksikan Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan Sukan Olimpik Moscow 1980. Begitu hebat Malaysia pada waktu itu hinggakan pasukan bola sepak berstatus seperti dunia Jepun dan Korea Selatan turut menggeruni pasukan ini di era tersebut.

Namun kemegahan itu tidak lama kerana selepas tiga abad berlalu, secara perlahan-lahan Jepun dan Korea Selatan meninggalkan Malaysia jauh ke belakang daripada segi kualiti, mutu dan gaya permainan.


Situasi itu kerana dua negara terbabit telah mengorak langkah menerapkan corak permainan moden dan profesional dalam liga masing-masing.


Liga Jepun dan Korea Selatan berubah daripada budaya permainan yang semata-mata bergantung kepada aspek fizikal pemain kepada permainan penuh taktikal serta strategi. Budaya Liga Malaysia pula kekal di takuk lama dengan mengamalkan budaya permainan kasar, bola melambung-lambung, menghantar terus bola bahagian atas untuk direbut beramai-ramai oleh pemain dengan harapan nasib menyebelahi.


Cukup menggelikan hati apabila pendokong bola sepak Malaysia yang mendakwa diri mereka pakar sukan bola sepak menyifatkan corak permainan `kuno' itu sebagai kelas dan hebat. Natijahnya, pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia seronok sendiri dalam liganya sendiri hingga tahun 2012 tanpa dunia mempedulikan. 


Selepas bertahun-tahun BUDAYA permainan hambar diamalkan dalam liga Malaysia, tiba-tiba liga ini kembali mendapat perhatian antarabangsa gara-gara kemunculan JDT hasil penjenamaan semula dilakukan Tengku Mahkota Johor ke atas pasukan itu sejak tahun lalu.



Pasukan bola sepak selatan tanah air dengan jolokan Harimau Selatan itu dilihat serius mahu membawa pembaharuan dalam liga Malaysia bagi mempertingkatkan martabat kekampungan liga Malaysia kepada martabat profesional dan moden.

Pelaburan jutaan ringit dibuat sejak tahun lalu untuk memastikan hasrat itu tercapai dengan mengubah infrastruktur Stadium Larkin supaya menjadi stadium pertama di Malaysia mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).


JDT turut menjadi pasukan pertama di Malaysia berjaya menarik pemain profesional bertaraf antarabangsa iaitu Pablo Aimar (kiri) dan Luciano Figueroa Pablo Aimar selain mengumpulkan pemain-pemain ternama tanah air dibawah satu bumbung pada musim ini. Pengurusan JDT yang diketuai Tengku Mahkota Johor pastinya berhasrat kemahiran dan corak permainan profesional Aimar dan Figueroa kelak mempengaruhi corak permainan pemain tempatan apabila mereka bermain bersama-sama dalam sebuah pasukan.


Bagaimanapun, akibat gara-gara tidak mendapat sokongan badan berkepentingan dalam industri sukan bola sepak tanah air iaitu FAM dan pihak media, pasukan JDT berhadapan laluan sukar merealisasikan hasrat murni tersebut.


Cukup ketara FAM bersikap dingin ke atas pasukan JDT dan sering membuat keputusan tidak menyebelahi pasukan itu dengan insiden paling ketara pada perlawanan di Pahang tahun lalu yang menyaksikan penyokong JDT dicederakan dengan batu tetapi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor 2012 (PBNJ) pula dipersalahkan dan didenda.


Lebih teruk pada musim ini, FAM dengan jelas enggan memastikan mutu pengadilan yang baik dan adil dalam setiap perlawanan membabitkan JDT - seolah-olah memberi `license' atau `green light' kepada setiap pasukan lawan untuk mengasari dan mencederakan pemain JDT.


Keputusan berat sebelah dan tidak profesional pengadil menyukarkan pemain JDT mempamerkan permainan gaya profesional dan moden sepanjang 90 minit perlawanan sedangkan corak permainan profesional mendambakan mutu pengadilan yang profesional.


Malah, pemain profesional dunia seperti Aimar turut mempersoalkan perkara itu hingga mendapat liputan meluas media luar negara - berdasarkan peraturan Fifa pengadil dikehendaki melindungi pemain bertaraf bintang kerana mereka golongan berisiko dianiaya atau dicederakan di atas padang. Itu tidak berlaku dalam liga Malaysia.



Semalam (Sabtu) sekali lagi menyaksikan pasukan JDT dianiaya apabila pasukan lawan dengan sengaja enggan meneruskan perlawanan di Stadium Larkin selepas menyedari penguasaan penuh JDT dalam perlawanan terbabit sewaktu JDT mendahului mereka 2-1.

Dakwa pasukan lawan, berlaku pertelingkahan antara jurulatih dan mereka enggan meneruskan permainan disebabkan hal itu - cukup remeh alasan tersebut kerana pertelingkahan mulut antara jurulatih mahupun pemain sewaktu perlawanan lumrah dalam permainan bola sepak di seluruh dunia.


Berdasarkan peraturan Fifa, JDT perlu mendapat KEMENANGAN PERCUMA memandangkan pasukan lawan menarik diri semasa permainan berlangsung.


Malangnya, Komissioner Perlawanan, Zainal Mukri dengan bersahaja memaklumkan bahawa perlawanan itu cuma ditangguhkan. Jelas FAM mahu membantu mengelakkan pasukan lawan tumpas kepada JDT malam semalam.


Desas-desus mula tersebar tentang teori konspirasi untuk memastikan JDT kecundang teruk pada persaingan tahun ini bagi mengaibkan usaha TMJ berikutan bimbang dengan pemilihan pucuk kepimpinan FAM pada tahun ini.


Sudah tiba masa Menteri Belia dan Sukan memantau dan menangani perkembangan negatif ini kerana usaha JDT mewujudkan budaya permainan bertaraf antarabangsa dan moden di Malaysia pasti terhalang sekiranya isu iri hati dan hasad dengki ini tidak diatasi segera.


Penulis difahamkan kebanyakan wartawan sukan di Malaysia pula amat fanatik terhadap pasukan negeri masing-masing dan terlalu bimbang kemunculan JDT menggugat peluang pasukan kesayangan mereka menguasai Liga Malaysia.


Sikap tidak profesional wartawan sukan Malaysia terbukti melalui beberapa insiden berlebihan seperti kenyataan-kenyataan berbaur provokasi yang sering dilemparkan oleh pengulas sukan bagi memburuk-burukkan kredibiliti TMJ dan pasukan itu.


Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan peribadi ramai wartawan sukan melalui akaun Facebook mereka yang terus menerus memperlekehkan dan mempertikaikan TMJ dan sebarang perkara yang membabitkan pasukan itu.


Laporan akhbar pula memutar belit kenyataan pengurusan JDT dan menyiarkan artikel bagi niat memberi imej buruk kepada pasukan itu.


Kini semua pihak menunggu keputusan FAM berhubung tindakan pasukan lawan JDT menarik diri semasa perlawanan sedang berlangsung di Stadium Larkin semalam.


Namun, penulis yakin keputusan itu nanti sekali lagi tidak menyebelahi JDT - Nasib JDT kerana jadi mangsa konspirasi dan iri hati.

Sunday 2 February 2014

Tindakan Tegas Terhadap Pegawai Yang Terbabit Dalam Pergaduhan Di Stadium Larkin


Mana-mana pegawai yang didapati bersalah dalam insiden pergaduhan di Stadium Larkin bakal berdepan dengan tindakan tegas

 "Jika ada pegawai atau pemain yang melanggari peraturan pertandingan akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan lanjut," kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Hamidin menjelaskan, pihaknya dijangka menerima laporan perlawanan itu selewat-lewatnya esok daripada komisioner perlawanan, Zainal Mukri sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

Beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah akan mengadakan mesyuarat khas, Khamis ini, bagi membincangkan insiden berkenaan.

"Kita akan turut memanggil komisioner dan pengadil perlawanan dalam mesyuarat berkenaan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

"Jadi, saya harap para media dapat bersabar sebelum keputusan muktamad diumumkan oleh FAM pada Khamis ini," kata Hamidin yang turut kesal dengan insiden tersebut.

Satu laporan menyebut seorang petugas media yang merakamkan insiden pergaduhan pegawai pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin Johor malam semalam, diugut sekiranya beliau tidak menghentikan rakamannya.

Pemain import T-Team dari Brazil, Elvado Rodrigues mendakwa dikasari dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain pada aksi pusingan kedua Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, The Titans mengambil keputusan untuk tidak meneruskan aksi separuh masa kedua ketika menentang JDT yang menyaksikan tuan rumah mendahului 2-1.


Keputusan tersebut dibuat atas faktor keselamatan kerana T-Team menganggap kawalan keselamatan mula tergugat selepas Rodrigues dan jurulatih kecergasan pasukan, Stefano Impagliazzo dikasari ketika menuju ke bilik persalinan.

Astro Arena malam semalam menyiarkan satu video yang mana seorang lelaki menjerit: “Pergi belakang! Pergi belakang! Kalau tak nak kamera pecah pergi belakang!".

Klip video berdurasi 65 saat yang dimuatnaikkan oleh pengguna maya di laman Facebook Media Soccer News menunjukkan ugutan itu dihamburkan selepas kamera menggerakkan lensa ke arah pergaduhan yang hanya berlaku beberapa saat.

Sebelum pergaduhan tercetus, kamera menunjukkan seorang lelaki berjambang berlari ke kiri dan keluar daripada bingkai lensa kamera.

Kamera itu kemudiannya turut menggerakkan ke kiri bagi merakam kekecohan dan pergaduhan itu tetapi tidak jelas siapa yang mengasari siapa.

Tiba-tiba kemudiannya lensa kamera bergerak ke kanan menunjukkan lelaki berjambang itu beredar dengan dikelilingi beberapa lelaki lain.


Sementara itu Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata Terengganu menyerahkan kepada FAM  untuk menyiasat insiden perlawanan pusingan kedua antara T-Team dan JDT berkenaan.

Katanya, FAM perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung punca pasukan T-Team enggan meneruskan perlawanan pada babak kedua.

"Sememangnya saya amat kesal dengan kejadian yang menimpa pasukan berstatus kelab ini sehinggakan pemain serta jurulatih kecergasan kami pun kena dipukul di tempat lawan," katanya ketika dihubungi semaslam.

Wan Ahmad Nizam meminta FAM menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu dengan segera.

Dalam laporan akhbar hari ini, perlawanan T-Team menentang JDT di Stadium Larkin malam kelmarin tidak diteruskan pada separuh masa kedua apabila T-Team dikatakan menarik diri.

Tindakan itu dipercayai akibat pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama. Pada masa itu, JDT mendahului 2-1 pada separuh masa.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Nizam berkata beliau telah mengarahkan pemain serta pengurusan T-Team untuk membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata pihaknya juga memohon bahagian pengurusan tertinggi T-Team mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian itu serta mengarahkan mangsa membuat pemeriksaan kesihatan.


Pengurus T-Team, Rozi Mamat  yang juga Exco Belia dan Sukan Terengganu memberitahu, pihaknya berhak untuk tidak meneruskan perlawanan tersebut atas faktor keselamatan.

"Sejujurnya, saya tidak berada di Larkin pada aksi semalam (kelmarin). Saya hanya dimaklumkan oleh pegawai T-Team bahawa berlaku kekecohan di sana (Larkin).

"Saya berpendapat, kami berhak untuk tidak meneruskan perlawanan separuh masa kedua itu atas faktor keselamatan pemain. Adalah wajar kami tidak menyambung aksi separuh masa kedua itu.

"Mengenai laporan polis, saya rasa tidak perlu kerana kami akan menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Cuma, saya sedikit kesal kerana kami sentiasa memberikan layanan dan keselamatan yang terbaik kepada pasukan pelawat ketika bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

"Selain FAM, kami turut menyerahkan perkara ini kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu memandangkan T-Team adalah di bawah naungan persatuan negeri.

"Sama ada ada tindakan susulan akan berlaku nanti, saya rasa adalah lebih baik soalan ini diajukan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selaku penasihat kedua-dua pasukan ini sebaik pulang dari Antartika pada Selasa ini," katanya.