Thursday 1 December 2011

Musuh Dalam Selimut UMNO Terengganu Ini Patut Digugurkan Daripada Bertanding Pilihan Raya

 Oleh Mad Sulong

Contohi Idrus Jusoh yang tawar diri tidak bertanding dalam PRU ke-13?

Nak tergelak ada, nak kata bodohnya pemimpin UMNO Pusat pun ada.

Nak ditabalkan MUSUH DALAM SELIMUT ni sebagai contoh kepada ahli dan pemimpin UMNO?

Tak kanlah orang sebijak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi boleh termakan dan mempercayai kata-kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh itu.

Menariknya, menurut Zahid, "Kami terima SMS daripada Datuk Seri Idris Jusoh yang menyatakan bahawa beliau bersedia untuk tidak menawarkan diri dalam PRU ke-13 nanti dan ini satu contoh yang baik.”

Sebut pasal sms ini, bulu tengkok Mad jadi meremang dan soalan yang timbul, “Apa pula akan berlaku selepas ini…”

Pemimpin UMNO Pusat macam tidak kenal dengan Idris yang licit dengan kegiatan jahatnya di UMNO Terengganu.

Mad nak Tanya: “Siapa Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir yang kena hukuman penjara setahun kerana menghantar SMS Ugut Bunuh dan memfitnah Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar?

Bukankah Dr Ramzi itu bekas Setiausaha Politik Idris ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu antara 2004 dan 2008?

Moral kepada episod SMS Ugutan Bunuh itu ialah, siapa di belakang Dr Ramzi?

Dr Ramzi itu gila ke? Kenapa dia sanggup menjadi kambing hitam dalam perebutan dan balas dendam Idris kepada perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu?

Orang boleh membaca cara Idris.

Hakikatnya dalam UMNO sama ada di Terengganu atau juga di seluruh negara, imej dan kedudukan Idris paling hina ketika ini apabila Mahkamah Sesyen mendapati Dr Ramzi bersalah di atas empat tuduhan itu.

Memanglah beliau boleh merayu tetapi hukuman penjara tetap akan dikenakan.

Kerana itu apabila tiga Naib Presiden UMNO meminta wakil rakyat parti itu mencontohi Idris yang menawarkan diri untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagi memberi laluan kepada calon boleh menang, ia CONTOH YANG SALAH.

Sama ada Zahid, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ketiga-tiga mereka ini nampaknya cetek mengenai politik Terengganu dan hanya berasaskan sms Idris bukan kedudukan Idris yang dilihat sebagai insan politik yang kotor, jahat dan pendendam.

Zahid tidak wajar menyebut “ jika tindakan itu dicontohi wakil rakyat lain, maka mudahlah untuk Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan dan mengelak lebih ramai yang berkecil hati….” Idris sewajarnya digugurkan!

Kita boleh kenang jasanya kerana kemenangan Terengganu kepada BN pada 2004 tetapi Idris selepas 2008 hingga kini adalah insan politik yang bercelaru, rosak moral dan penjahanam kepada UMNO Terengganu.

Idris, 56, adalah bekas Ahli Parlimen Besut yang dimenanginya pada PRU 1995, dan pada PRU 1999 beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kampung Raja namun tewas.

Pada PRU 2004 beliau bertanding di kerusi DUN Jerteh dan menang serta dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu ke-12. Beliau mengekalkan kerusi itu
pada PRU 2008.

Hakikatnya Idris adalah pengkhianat parti dan kerajaan BN Terengganu kerana menggunakan Dr Ramzi untuk menggugat kedudukan Menteri Besar, kerajaan BN serta kestabilan politik dan pentadbiran sejak beliau dipecat hingga kini.

Beliau sewajarnya digugurkan dan tiga Naib Presiden itu boleh fikir cara membayar balik jasa Idris sama ada menjadi duta atau jawatan penting dalam mana-mana syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan – GLC – kalau sayang sangat kepada beliau.