Thursday 16 November 2017

PH Ada Sokongan Dua Peratus, Pertembungan Sebenar Antara PAS-UMNO


Benarkah kajian mengatakan bahawa penyokong Pakatan Harapan (PH) jamya dua peratus sahaja di Terengganu?

Dan kerana itu, sudah tentu rakyat hari ini sedang menumpulam  sama ada kepada UMNO-BN akan terus memerintah atau pun perlu diserahkan tampuk pemerintahan kepada kepada PAS.

Berikutan itu, PAS amat yakin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 (PRU14) akan datang tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap perjuangan PAS.

Malah, bagi PAS, walaupun pertandingan tiga, empat atau lima penjuru sekali pun ia akan tetap berpihak kepada PAS.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah mendakwa rakyat dan pengundi di negeri ini sedar pertembungan sebenar hanya antara parti UMNO dan PAS.

Pada PRU14 rakyat akan membuat pilihan sama ada mengekalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau menyerahkan pemerintahan negeri kepada PAS.

“Saya menganggap bahawa pertandingan tiga penjuru, empat penjuru, lima penjuru itu tidak menjejaskan perkembangan dan perjuangan PAS dalam pilihan raya kali ini.

“Ini kerana, kita melihat bahawa kewujudan pertandingan tiga penjuru itu bukan sahaja hasil dari perpecahan PAS tetapi parti Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) juga merupakan dari perpecahan UMNO.

“Kajian dibuat bahawa penyokong Pakatan Harapan (PH) dua peratus sahaja. Maka, sudah tentu rakyat hari ini sedang menumpu sama ada UMNO-BN akan terus memerintah atau pun perlu diserahkan tampuk pemerintahan ini kepada kepada PAS,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengistiharan Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) di Madrasah Darul Taqwa (MDT), Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, semalam.

Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung menegaskan jika rakyat mahukan perubahan kerajaan mesti menyokong PAS pada PRU14 akan datang.

“Maka, tiada jalan lain untuk rakyat membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang ini, mesti sokong PAS kerana PH hanya mendapatkan sokongan sekitar dua peratus sahaja.

“Jadi, jika rakyat mahu melihat perubahan dalam negeri (Terengganu) ini, rakyat mesti bersatu dengan memberi sokongan kepada PAS.

“Bagi saya, apa yang dikemukakan oleh pimpinan PH Terengganu itu tidak memberikan apa-apa halangan, cabaran kepada kita (PAS),” ujarnya.

Beliau memberi reaksi balas itu terhadap kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah yang membayangkan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14, di seluruh negeri Terengganu.


No comments:

Post a Comment