Tuesday 14 December 2010

Royalti Minyak - Kerajaan Pusat Bayar Berperingkat


Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bahawa bayaran royalti petroleum akan dikembalikan semula kepada Negeri Terengganu sepenuhnya pada Mac 2011.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (BN-ADUN Kijal) berkata, seperti yang dijanjikan sebelum ini pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu kira-kira dua tahun lepas, Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan setelah perundingan dilaksanakan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-ADUN Rhu Rendang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kelmarin (13 Disember 2010) yang ingin memastikan tarikh sebenar kerana berkata, sudah banyak kali janji dibuat oleh kerajaan.

Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-ADUN Wakaf Mempelam) kemudian bangun mencelah dan mengemukakan soalan tambahan dan inginkan kepastian sama ada pembayaran akan diberikan jumlah yang sama iaitu dalam bentuk asal dan kewangan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan kementerian oleh negeri lain.

Ahmad Said kemudiannya menjawab, itu adalah sebahagian daripada perundingan yang dijalankan.

Katanya, Kerajaan Pusat bersetuju membayarnya secara berperingkat bermula Januari 2011 dan dijangka hampir RM200 juta akan dibayar setiap tahun kepada Kerajaan Negeri, dengan hampir RM2.2 bilion dalam tempoh 10 tahun setelah ditolak dengan semua perbincangan.

Ini semua pihak termasuk PAS berdoa agar janji Kerajaan Pusat akan ditunaikan dan tiada tanguh-tangguh lagi.

No comments:

Post a Comment