Memang betullah...
Kalau dah tak ada keburukan yang boleh diperkatakan, maka keburukan perlu dicipta dan kemudian, keburukan tersebut perlu digambarkan seolah-olah ianya adalah sebuah kebenaran.
Dan ianya bukanlah sesuatu yang sukar sekiranya, memang terdapat para penyokong yang akan percaya dengan apa-apa sahaja sebarang cerita keburukan meskipun cerita-cerita berkenaan langsung tidak masuk akal.
Beberapa minggu lepas, Mat Said, Menteri Besar Terengganu telah dituduh menyamun dua lori roti milik Gardenia dan kemudian memberi makan kepada orang ramai yang terkandas selama berjam-jam dalam sebatang jalan yang terkepung air banjir di Pahang.
Para pecacai dan penentang Mat Said segera mengeluarkan pelbagai dalil dan nas yang menunjukkan perbuatan Mat Said itu adalah satu perbuatan yang sangat jahat sehinggakan ada pula cerita kononnya Mat Said telah mengugut akan memukul empat orang petugas kedua-dua lori roti tersebut.
Kemudian apabila keluar cerita sebenar, lain pula dalih mereka.
Kononnya pula, Mat Said telah membayar keempat-empat pemandu lori tersebut agar buat cerita-cerita yang baik tentangnya.
Bayaran yang diberikan pula amat lumayan.
Bila Gardenia mengesahkan bahawa Pejabat Menteri Besar Terengganu mahu membuat bayaran ke atas roti-roti yang diambil di tengah-tengah jalan, tetapi syarikat roti tersebut menganggap roti-roti tersebut telah didermakan kepada mangsa-mangsa banjir di jalan itu, keluar lagi cerita tentang kononnya Mat Said dah tumbuk rusuk pengurusan Gardenia agar bikin cerita seperti itu.
Yang paling menarik ialah apabila puak-puak itu bukan main kembang hidung dan busung dada menceritakan bagaimana mereka memberikan bantuan tanpa tidur, tanpa berkejip biji mata pun kepada mangsa-mangsa banjir.
Manakala Mat Said pula digambarkan sebagai Menteri Besar yang sekadar melawat tapi tidak memberikan apa-apa bantuan pun kepada mangsa-mangsa banjir.
Mat Said digambarkan seperti seorang pelawat yang sedang melawat haiwan di dalam zoo!!!
Itu ler mentaliti dan daya pemikiran yang mampu dihasilkan daripada sokongan kepada Pakatan Rakyat!
Beberapa keping gambar menunjukkan Menteri Besar Terengganu itu bersama-sama DYMM Sultan Terengganu, memberikan mereka modal baru.
Cerita baru telah dikarang dan sekarang ini sudah siap disiarkan. Para penyokong seronok kerana mereka sudah ada buah untuk membalun Menteri Besar Terengganu.
Menurut cerita mereka, DYMM Sultan Terengganu telah memberikan bantuan peribadinya kepada Mat Said untuk mangsa-mangsa banjir.
Baca seterusnya....
Bagaimanapun, hasil siasatan yang dibuat oleh adinda DYMM Sultan Terengganu (Tengku Panglima), bantuan tersebut tidak disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir, sebaliknya Mat Said telah menyonglap keseluruhan wang tersebut untuk kepentingan dirinya.
Yang tidak tahu cerita, pasti akan seronok dan bertepuk sorak. Malangnya, fakta sebenar jauh daripada sangkaan mereka.
Mustahil TIADA YANG TIDAK MENGENALI TENGKU PANGLIMA yang mempunyai wajah sepesen dengan DYMM Sultan Terengganu iaitu kekandanya?
Dan fakta yang lebih menarik lagi ialah, derma serta bantuan yang diberikan oleh DYMM Sultan Terengganu tidak disalurkan kepada mana-mana orang atau agensi, sebaliknya tuanku sendiri yang menyampaikannya kepada mangsa-mangsa banjir di tempat-tempat yang baginda mencemar duli melihat kesusahan rakyat pada musim banjir lepas.
Ahmad Said berada di Turki dalam urusan membawa masuk pelabur-pelabur baru apabila banjir melanda Terengganu pada Disember lepas.
Sebaik-baik mengetahui banjir berlaku, Mat Said terus terbang pulang dan dia yang sepatutnya menghadiri Persidangan Agung UMNO, langsung tidak menjejakkan kaki ke PWTC.
Banjir besar yang melanda Terengganu tidak diduga.
Walaupun persediaan telah dibuat, tetapi keadaan banjir yang lebih luar biasa dan jumlah penduduk yang terjejas berkali-kali gandanya, menyebabkan bekalan makanan sedia ada, tidak mencukupi.
Agensi-agensi kebangsaan terutama sekali MKN bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses ini.
Manakala Kerajaan Negeri pula, membantu agensi-agensi kebangsaan termasuklah PDRM dan tentera yang mengeluarkan serta menyampaikan atau mengedarkan bekalan makanan di kawasan-kawasan terjejas.
Derma yang dimaksudkan oleh pecacai Pakatan itu, sebenarnya hanya mainan fikiran gilanya semata-mata.
DYMM Sultan Terengganu bukanlah sebodoh yang disangkakan oleh pecacai Pakatan Rakyat.
Mustahil baginda tidak tahu, kawasan terlibat banjir seperti Kemaman, menghadapi masalah bekalan makanan kerana terputus hubungan manakala premis-premis yang menjual bekalan makanan pula di kawasan berkenaan juga, terpaksa menghentikan aktiviti ekonomi mereka.
Masakan tuanku, tidak terfikir langsung tentang perkara berkenaan?
Sudah tentulah, bantuan yang diberikan oleh baginda, akan disampaikannya sendiri kepada mangsa-mangsa banjir memandangkan itu merupakan adat resam raja-raja Melayu apabila mereka mencemarkan duli melawat rakyat.
Sungguh tidak masuk akal, tuanku memberikan wang derma kepada Mat Said, Mat Said pula songlap duit itu. Dan itulah sebabnya dalam gambar, DYMM Sultan Terengganu kelihatan murka!!!
Lawak sungguh budak-budak Pakatan Rakyat ini. Bila dah tak tahu nak cari kelemahan, mereka mencipta pembohongan dan kemudian memaksa orang lain percaya dengan pembohongan mereka itu!!!
The Flying Kick
No comments:
Post a Comment