Wednesday 8 January 2014

Ahmad Said Kecewa Dituduh Songlap Bantuan Banjir


Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kecewa apabila terus difitnah dan dituduh dengan tuduhan tidak berasas oleh pihak tertentu yang dilihat mahu menjatuhkan reputasinya.

Yang terbaharu, beliau didakwa telah menyeleweng bantuan pihak istana untuk mangsa banjir di Kemaman. 

Sebuah laman sosial 'Pakatan Rakyat Election News' mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook pada Isnin lalu dengan mendakwa bantuan tersebut tidak diagih sebaliknya disonglap oleh menteri besar sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam (Rabu), Ahmad Said menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak munasabah.

"Saya tidak tahu apa motif mereka. Sedangkan ketika itu saya ada bersama Tuanku semasa majlis bantuan penyampaian barangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Kemaman," katanya.

Beliau berkata beliau kesal kerana susulan kenyataan tidak berasas itu, ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak wajar kepada beliau.

Ahmad Said menegaskan, beliau akan menilai dan mengkaji perkara itu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya.

No comments:

Post a Comment