Saturday 6 August 2016

Apabila TTB Menjadi ‘Tranung Terus Bolok’, Di Mana UMNO dan BN (II)


Dalam Bahagian Pertama diperkatakan beberapa pilihan yang ada untuk atasi kemelut politik Terengganu, termasuk Menteri Besar letak jawatan secara sukarela dan pembubaran DUN.

Bahagian Kedua: 
  
ADUN Bandar, Azan Ismail  tidak menyentuh satu lagi cara iaitu Perdana Menteri meminta Ahmad Razif melepaskan jawatan.

Apakah Ahmad Razif Abdul Rahman akan melakukan seperti diminta sedangkan dia bertegas mampu memimpin UMNO dan kerajaan.

Kalau benar dia akur, sudah tentu Ahmad Razif akan 'mematuhi' permintaan Perdana Menteri sebanyak dua kali seperti dilaporkan sebelum ini.

Tetapi kenapa dia tidak melakukannya?

Malah orang yang membawa 'pesanan usul Najib' itu pula kena herdik.

Kemungkinannya ialah jika terpaksa, mungkin Ahmad Razif akan membuat sesuatu tindakan drastik umpamanya keluar parti. Maka akan berlaku 16-16 dan keadaan ini menyukarkan kerana walaupun dikatakan sebelum ini Speaker  masih ada untuk membolehkan BN membentuk kerajaan, sebenarnya TIDAK.

Isunya apakah yang enam orang (6) yang setia kepada Ahmad Razif ketika ini sanggup meninggalkan UMNO dan melepaskan semua kemudahan yang mereka kecapi ketika ini?

Apakah mereka yang kini dilihat berada bersama Ahmad Razif bersedia untuk melepaskan atau berkorban demi Ahmad Razif? Apa untungnya berbuat demikian?

Ada satu lagi keadaan yang mungkin akan berlaku sekiranya ada seorang dua ADUN mengikut Ahmad Razif keluar UMNO.

Kedudukan mungkin menjadi 14-14 + 1 dengan dua ADUN Bebas (Ahmad Razif) dan seorang DUN yang mengikut jejaknya.


Jika ini berlaku, Azan akan menjadi ‘King Maker’. Sekiranya kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional dan PAS enggan berdamai dan bagi mengelakkan diadakan PRN, tidakkah boleh menjadikan ‘King Maker’ itu sebagai ‘King’ dan EXCO boleh dilantik daripada kedua-dua pihak.

Jangan percaya dengan formula ini kerana ia hanya andaian semata-mata.

Di pihak PAS pula, ia turut tumpeng sekaki mmengulas kemelut politik Terengganu ini dengan mengatakan hanya ada satu jalan iaitu dengan ‘Razif Letak Jawatan MB, Boleh Selesai Masalah Utama’.

Cara ini ialah bagi memastikan pentadbiran kerajaan Terengganu berjalan lancar dan tidak mengheret rakyat ke kancah yang lebih parah.

Kerana itu, LETAK JAWATAN sebagai Menteri Besar Terengganu adalah satu langkah yang boleh menyelamat kepada semua keadaan keserabutan hari ini.

Rencana dalam portal rami PAS Terengganu bertajuk 'Razif Letak Jawatan MB, Boleh Selesai Masalah Utama' bertanya: “Kenapa Ahmad Razif tidak memilih langkah ini? Jika dia ambil pendekatan korbankan diri untuk kestabilan politik Terengganu, bukankah nanti beliau akan dilihat seorang pemimpin yang hebat, bermaruah! dan mampu bangkit semula?”

Menurut portal berkenaan, jika Ahmad Razif melangkah keluar atau mengundur diri dari kerusi Menteri Besar lebih awal, tindakan beliau akan dapat memulihkan daripada  apa yang sedang melanda sekarang, tidak perlu sampai ditarik gelaran dan terjatuh dengan pelbagai cara.

Namun kerana merasakan dirinya hebat, diberi nyawa kedua, mampu melepaskan diri daripada  cadangan usul undi tidak percaya pada Sidang Dewan Undangan yang lalu, beliau bangga terus menjadi Menteri Besar walaupun Istana mengarahkan dikembalikan gelaran kebesaran.
.
“Tetapi Ahmad Razif lupa, mungkin dia sengaja melupakannya sejarah-sejarah politik tanahair. Atau dia seorang yang ego, ‘keras keng’ dan tidak kisah orang kata, janji aku terus jadi MB. Ini mengundang masalah dia kepada kehancuran seluruh UMNO Terengganu.

Pertembungan beliau bukan dengan PAS, tetapi beliau sedang berhadapan dengan krisis dalaman UMNO yang lawanya juga kini masih ahli UMNO dan digelar NELANG oleh rakyat Terenganu. Sekarang beliau cuba melibatkan kedudukan seluruh kepentingan dalam UMNO Terengganu untuk menyelamatkan dirinya seorang, walaupun nanti beliau akan mengungkapkan tindakan beliau ini untuk menyelamatkan UMNO, ini ungkapan biasa pemimpin UMNO yang sedang bergelut dengan krisis.” kata portal berkenaan.


Pada PAS, jika Ahmad Razif letak jawatan sebagai Menteri Besar, maka salah seorang daripada ADUN UMNO yang lain akan dilantik mengantikan beliau. 14 ADUN selain beliau dan Ahmad Said layak diangkat nama untuk kerusi MB, kenapa jalan ini tidak dipilih jika benar sayangkan kestabilan kerajaan?

Ahmad Razif berpegang kepada dia masih mendapat sokongan daripada  Perdana Menteri sementara Ahmad Said meneruskan ‘onar’ ini kerana mengatakan tindakan Najib mengekalkan dan menolak cadangan menukar Razif adalah tidak cerdik, dalam ertikata lain ‘bodo’.

Bagi PAS, tidak perlulah tunggu kekecohan Sidang DUN  terpendek esok (8hb Ogos) ini.

Pesan PAS kepada Ahmad Razif:  “Buang ego, jangan ‘nelang dok kena tempat’. Tidak perlu memahat sejarah dengan krisis negeri Terengganu menjadi krisis politik terpanjang dalam sejarah. Jangan sampai TTB menjadi ‘Tranung Terus Bolok’.”

bersambung

No comments:

Post a Comment