Thursday 16 February 2017

UMNO Teregganu Semakin Goyah Bukan Propaganda ‘Bunga Raya’…


“Satu ahli parlimen tidak diberi apa2 jawatan dlm agensi kerajaan pusat. 1 exco di anak tirikan.. 2 adun di janjikan exco.. 1 dijanjikan sebagai speaker. 1 Adun di janjikan pengerusi badan berkanun negeri. Itu kluenya.”

Itu kata-kata aktivis Zaharin Mohd Yasin dalam Facebooknya semalam. Ia bekaitan dengan viral sebelum ini bahawa empat (4) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dan seorang ahli Parlimen akan meletakkan jawatan.

Sudah pasti apa yang disebut oleh Zaharin seperti di atas mempunyai sebab-sebab boleh dipercayai, malah mungkin akan dibuat ketika hampir pilihan raya.

Maknanya mereka akan melakukannya ketika Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) hampir dibubarkan.

Malah seorang ADUN dikatakan kini sangat ‘terasa hati dengan Menteri Besar’ apabila namanya langsung langsung tidak disebut pada Majlis Ucap Negeri 2017 di Wisma Darul Iman, kelmarin.

Beliau merasakan sudah disisihkan walaupun sebelum pilihan raya, malah dia juga berjawatan Timbalan EXCO.

Kenapa berlaku begitu? Apakah sengaja Menteri Besar memberi isyarat bahawa  beliau sudah TIDAK TERPILIH untuk bertanding sekali lagi?

Difahamkan jawatan Pengerusi sebuah agensi kerajaan yan dipegang oleh beliau juga sudah ditarik balik.

Sejauh mana benar hanya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, kalangan EXCO dan ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu dan ADUN sahaja yang boleh mengesahkannya.


Di DUNnya sendiri, ada beberapa orang, termasuk orang kuat Menteri Besar dan orang kuat Perdana Menteri dikatakan sedaang mengintai kerusi berkenaan.

Orang politik, kecuali ‘yang bodoh atau buat-buat bodoh politik’ sahaja akaan mengatakan tiada apa-apa berlaku DUN berkenaan.

Maka melalui komen-komen hasil status  FB Zaharin itu banyaklah pertukaran pendapat dan ada mengatakan tidak akan berlaku apa-apa kerana ‘saya orang Terengganu….saya lebih tahu’.

Malah ada menyamakan kenyataan Zaharin itu ‘…sama dengan propaganda puak bunga raya’.

Jika bersandarkan kenyataan Zaharin, apa yang berlaku di Terengganu menimbulkan beberapa persoalan:

1.       Apakah semuanya dari UMNO?

2.       Seorang dijanjikan ‘speaker’, apakah dibuat sebelum pilihan raya 2013?

3.       Dua ADUN dijanjikan Exco, dan

4.       Seorang dijanjikan Pengerusi badan berkanun.

Apa erti semua ini? Siapa menabur janji-janji ini. Sudah pasti calang-calang orang.

Di Terengganu, ada kalangan pemimpin UMNO utama negeri yang digelar 'pembohong besar’, malah siap bersiri pula kerana menjanjikan dengan banyak orang tetapi tidak pernah ditunaikan.

Cara mnjanjikan ‘bulan dan bintang’ ini dilakukan dengan beberapa sebab. Mungkin mulanya ia benar tetapi terpaksa diubah atau dibatalkan apaabila ada ‘orang kuat di belakang’ beliau tidak bersetuju dan membantah cadangan beliau itu.

Ia bukan lagi rahsia di mana pemimpin ini sudah tidak dipercayai walaupun beliau bersumpah dengan nama Allah.

Aneh jika orang itu menjanjikan jawatan speaker kerana ia pasti dibuat sebelum pilihan raya. Ini menggambarkan perancangan terperinci ketika Datuk Seri Ahmad Said masih menjadi Menteri Besar.

Juga, ia menggambarkan bahawa ada perancangan sebelum ini untuk 'membuang' speaker hingga sekarang, iaitu Datuk Mohd Zubir Embong.

Berasaskan kenyataan Zaharin juga, ia seolah-oleh menggambarkan semuanya yang akan meletakkan jaawatan itu adalah dari UMNO.

Jika ada mengatakan pendapat ini sengaja direka-reka, jelas sekali ada juga kemungkinan kebenaran kepada viral asal.

Di ketahui umum bahawa ada dua ADUN PAS yang semakin tidak selesa apabila dikaitkan dengan AMANAH.

Juga, dua DUN lagi ialah kemungkinan ADUN UMNO seperti yang disebut di atas yang merasakan dirinya tersisih dan seorang lagi berkemungkinan dari UMNO dan PAS, juga kerana factor ‘tersisih’ dan ‘tidak mendapat kepercayaan ketua mereka lagi’.

Mengenai MP, ia mungkin dari UMNO. Angin perubahan semakin jelas, termasuk di kubu kuat UMNO Terengganu – Besut dan Setiu.

Pengumuman PPBM mengenai Penaja Bahagian di Terengganu kini ‘mencerahkan matlamat perjuangan parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad’.

Jangan terkejut jika ada pengumuman terbaru mengenai siapa pemimpin UMNO di belakang gerakan PPBM dalaam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment