Tuesday 19 January 2010

48 PEGAWAI TADBIR T' GANU BERTUKAR

KUALA TERENGGANU: 19 Januari 2010, Seramai 48 Pegawai Tadbir Negeri akan bertukar jawatan di pelbagai pejabat kerajaan seluruh negeri berkuatkuasa 1 Febuari ini akibat persaraan Dato' Haji Mukthar Nong dari jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Setiasaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah telah menandatangani surat Arahan Pertukaran berkenaa.

Sebelum daripada itu kelihatan Dato’ Mazlan dilapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu bersama Dato’ Ahmad Said pulang dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Fire Flyz. Menurut sumber, kedua pemimpin ini pulang daripada mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menyembah senarai pertukaran Pegawai Tadbir bagi mendapat perkenan. Pada lewat petang, senarai pertukaran siap ditangatangani oleh Dato’ Mazlan dan telah diedarkan.

Katanya, gaji pegawai-pegawai terbabit akan dibayar daripada peruntukan pejabat yang menerima pertukaran itu mulai tarikh tersebut. Beliau menyatakan demikian dalam surat Pemberitahuan Pertukaran Pegawai Tadbir Negeri Terengganu yang diedarkan kepada ketua-ketua pejabat berkenaan hari ini. Antara pegawai utama yang terlibat segaimana dibawah.

Dato’ Mat Razali Kasim, Datuk Bandar Bandaraya Kuala Terengganu bertukar jawatan dengan Dato’ Azlan Dagang, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN.

Tuan Haji Osman Muda, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri telah mendapat kepercayaan pentadbiran negeri menduduki jawatan ketiga tertinggi sebagai Pengarah Tanah dan Galian. Osman yang sebelumnya Setiausaha Sulit Kanan Kepada Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh. Tempat beliau di Pejabat Kewangan Negeri diganti oleh Haji Mustaffa Khalid.

Tuan Mamat Tuan Ngah dari jawatan kumpulan sejak pentadbiran yang lalu telah di lantik sebagai Pegawai Daerah Besut, mengambil tempat Haji Wan Muhamad Ibrahim yang ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

Pegawai Daerah Setiu Haji Wan Nawawi Ismail dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Terengganu bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Dato’ Mohd Alim Muda yang dipinjamkan ke TESDEC sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pegawai Daerah Setiu diganti oleh Haji Mat Akil Che Mat.

Haji Aziz Mamat telah dipinjam ke Yayasan Terengganu sebagai Pengarah Yayasan Terengganu mengantikan Haji Md Kamarul Al-Amin Ismail yang dipinjamkan ke Yayasan Islam Terengganu sebagai Pengarah.

Haji Zulkifli Mohamad ditempatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ECER Terengganu yang dikosongkan semenjak Dato’ Wan Mokthar Mat Nor mengosongkan jawatan tersebut dua tahun lalu.

Haji Wan Ahamad Wan Muda Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Menteri Besar ditukarkan ke pentadbiran Negeri sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) mengambil jawatan yang dikosongkan oleh Haji Hussein Embong yang dipinjamkan ke Syarikat Air Terengganu (SATU) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Mustofa Abdul Rahman telah ditukarkan dari SATU ke jawatan Pegawai Daerah Dungun.

1 comment:

  1. Guana ramai orang 'IMAM HADHARI TERENGGANU' pegang post2 tinggi ni? Nape YAB MB baik sangat ni? Ada ape2 ke...?

    ReplyDelete