Thursday 17 September 2015

YPU Sasar 10 Peratus Usahawan Zon Timur Tembusi Peringkat Global

Kerajaan negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menyasarkan 10 peratus daripada 170 usahawan Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur tahun ini mampu menembusi pasaran antarabangsa pada masa akan datang.

Ketika ini hanya lima usahawan dari tiga negeri pantai timur berjaya memasarkan produk mereka ke peringkat Asia Tenggara sejak penganjuran pameran SDSI Zon Timur bermula pada 2011.

Daripada lima usahawan tersebut, tiga adalah dari Terengganu iaitu Syarikat MGV Industries Sdn Bhd, Sate Ikan Kak Ning dan Adeq Sue Resources Sdn Bhd.

Sasaran 10 peratus itu mampu dicapai kerana kerajaan komited memberi sokongan dan memperkasakan usahawan peringkat daerah dalam usaha membangunkan perusahaan kecil dan sederhana.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud berkata demikian selepas merasmikan Pameran SDSI Peringkat Zon Timur selama tiga hari mulai semalam di Kuala Terengganu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Razak Sulaiman Seramai 170 usahawan IKS di negeri ini , sebilangan kecil dari Kelantan dan Pahang menyertai Ekspo yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir 19 September ini.


Program SDSI bukan sahaja bertindak mengkormersialjan produk sektor indistri makanan dan minuman malah turut merangkumi barangan kraftangan, perkhidmatan, pelancongan dan juga produk asas tani serta herba.

Beliau menjelaskan, penyertaan usahawan pameran itu semakin meningkat daripada 81 usahawan pada 2011 kepada 170 tahun ini.

Mengenai tiga usahawan Terengganu yang berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara itu, MGV Industries Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut merupakan pengeluar air minuman bikarbonat; Sate Ikan Kak Ning di Chendering pula pengeluar sate ikan manakala Adeq Sue Resources Sdn Bhd mengeluarkan produk makanan seperti sos ikan bakar petai pedas, sos tiga rasa, sambal bilis dan sambal belacan.

Sementara itu, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM235 juta bagi membantu 19,132 peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Terengganu sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Daripada jumlah itu, lebih RM121 juta diperuntukkan kepada 17,435 usahawan mikro melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Manakala selebihnya iaitu RM113 juta untuk 1,697 usahawan yang mendapat bimbangan di bawah Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu.

Dalam tempoh sama, seramai 8,704 peserta telah menyertai kursus yang disediakan melalui 190 modul dan latihan keusahawan anjuran pelbagai pihak termasuk Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

No comments:

Post a Comment