Wednesday 16 September 2015

ADUN Rhu Rendang Prihatin, Lawat Mangsa Ribut


Lebih 40 buah rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut malam semalam mendapat perhatian Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengadakan lawatan serta merta menziarahi magsa terbabit.

Beliau diiringi oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil dan Ketua Pemuda PAS Marang Sulaiman Sulong serta Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat Marang.

Menurut Sulaiman, kawasan yang terjejas dilawati Hadi adalah sekitar Kampung Bukit Gasing dalam DUN Rhu Rendang dan Kampung Jambu Bongkok dalam DUN Pengkalan Berangan.

“Kebanyakan rumah mengalami kerosakan bumbung yang teruk dan banyak harta benda yang rosak seperti barangan elektrik kerana hujan lebat.

“Setelah mendapat maklumat penduduk kampung, wakil rakyat beserta rombongan bergegas untuk melihat bencana yang menimpa mereka,”ujarnya ketika ditemui.


Katanya, sedikit sumbangan ‘kecemasan’ disampaikan oleh ADUN Rhu Rendang yang juga Ahli Parlimen Marang itu kepada setiap rumah yang dilawati, sebagai tanda simpati serta bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi mangsa.

Sehubungan itu, Sulaiman meminta mangsa agar bersabar dengan ujian ini serta berjanji akan memberi bantuan kepada mangsa ribut ini.

“Saya berdoa kepada Allah agar semua mangsa dijauhi dari musibah sebegini pada masa akan datang dan kita berharap semua yang diuji oleh Allah itu, agar bersabar menerima segala dugaan tersebut,”tambahnya.Seorang mangsa, Puan Fatimah Abdullah yang tinggal di Kampung Jambu Bongkok berkata, angin kuat yang melanda rumahnya sangat menakutkan.

“Kuat sangat angin……….saya takut sungguh…….tapi saya teap bersyuku sebab tak ada ahli keluarga yang cedera atau berlaku sebarang kejadian yang diingini.

“Saya ucap terima kasih kepada Tok Guru dan rombongan yang datang melawat kami,”katanya yang ditemui dirumahnya.

Hasil tinjauan juga mendapati, ribut yang melanda kawasan tersebut telah menerbangkan bumbung rumah dan sebuah rumah yang agak teruk ditimpa sebatang pohon kelapa, mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian rumah.

Daripada BuletinOnline

No comments:

Post a Comment