Friday 3 February 2012

Bila UMNO Besut Nak Desak Idris Bertanding?

PAS Pusat hari ini tolak hasrat Hadi untuk tidak bertanding.

Bila pula UMNO Besut nak cakap ia menolak hasrat Deris Jusoh tak nak bertanding pilihan raya umum ke 13 nanti.

Kalau Deris bawa usul ke UMNO Besut, pasti usul tidak mahu bertanding itu kena tolak.

Idris amat diperlukan di Jerteh. Kalau tidak mahu dia boleh minta kerusi Parlimen dengan Datuk Seri Abdullah Mad Zin.

Deris bukan calang-calang. Dia memang calon bertaraf winnable. Tak kan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Razak nak tolak.


Bangang lah Najib kalau tolak calon boleh menang macam Deris.

1 Disember lalu, tiga naib presiden UMNO meminta wakil rakyat parti itu mencontohi Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh yang menawarkan diri untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagi memberi laluan kepada calon boleh menang.

"Kami terima SMS daripada Datuk Seri Idris Jusoh yang menyatakan bahawa beliau bersedia untuk tidak menawarkan diri dalam PRU ke-13 nanti dan ini satu contoh yang baik,” kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media bersama rakan sejawatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, di Kuala Lumpur, hari berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, jika tindakan itu dicontohi wakil rakyat lain, maka mudahlah untuk Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan dan mengelak lebih ramai yang berkecil hati.

PAS Pusat hari ini sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dengan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU-13.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik yang diadakan pada Khamis dan Abdul Hadi turut akur dengan keputusan tersebut.

“Maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) menghadapi PRU-13,” katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, PAS bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.

“Walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan presiden (Abdul Hadi) terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta presiden terus menerajui PR.

"PAS yakin dengan karisma kepimpinan, kewibawaan dan kedudukan Abdul Hadi untuk memimpin parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment