Sunday 19 February 2012

Stadium Runtuh, Kecurian - Lawak 3 Stooges Kepada SPRM


Lucu. Memalukan, pembohongan dan FITNAH!

Begitulah kalau terlalu taksub mahu memutarbelit dan spin bodoh untuk mendapatkan simpati dan sokongan rakyat.

Tiga wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Khamis lalu memperbaharui laporan berkaitan keruntuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu.

Tujuan laporan tersebut ialah meminta pihak SPRM menyiasat kejadian yang menimpa SSMZA sehingga ke akar umbi dan membawa pihak yang bertanggungjawab melakukan kesalahan dan penyelwengan tersebut ke muka pengadilan.

Watak tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Dr Syed Azman Nawai, Dr Alias Razak serta Moh d Nor Hamzah tidak ubah bagaikan tiga karekter dalam siri kartun The Three Stooges ketika mengadakan sidang media selepas laporan itu.

Ada sebab kenapa dikatakan demikian?

1. Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatnkuasa Kerja PAS Pusat yang menyifatkan ‘tragedi’ SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada ‘skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang melibatkan pinjaman RM250 juta hairan bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.

Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia. “Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kita tidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat?

“Ke hantu yang curi? “Peralatan latihan pun dicuri…….kerusi pun dicuri! Ini satu (kejadian) yang cukup malang,”katanya.

2. Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu mahu rakyat perlu diberi penjelasan terhadap lapan persoalan yang timbul ekoran ‘tragedi’ SSMZA.

“Persoalan besarnya bilakah baikpulih stadium itu akan dijalankan? Pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih tersebut? Berapakah kos sebenar baikpulih stadium itu? Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri untuk baikpulih itu? “Adakah seluruh struktur SSMZA selamat digunakan?

Dan siapakah yang ‘dalang’ yang bertanggungjawab terhadap kecuarian eralatan stadium itu?,”ujarnya. Beliau menegaskan, kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu perlu memberi jawapan segera untuk pengetahuan seluruh rakyat Terengganu.

3. Dr Alias Razak selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). “Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, walaupun ada jaga satu dua orang, stadium itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan.

“Ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,”jelasnya.

Teganukini tidak mahu ulas panjang tetapi penjenguk boleh teliti mengenai kedudukan sebenar dan apa yang masih ada dan tiada di SSMZA.

Bahan ini didapati daripada laporan oleh buletinonlines (bukan buletinonline milik PAS yang melaporkan mengenai laporan The 3 Stooges di atas):


1. Jawapan kepada kenyataan Dr Syed Azman - Mengenai kenyataan ‘hantu yang curi’ janakuasa, ia tidak dan masih berada dalam stadium berkenaan. Kenyataan bahawa kren mungkin digunakan untuk membawa keluar janukuasa ini adalah tidak benar sama sekali kerana pintu bilik janakuasa yang kecil tidak mengizinkan kren masuk kedalam untuk digunakan.

Peralatan “training” atau alat latihan telah dipindahkan ke Trek Olahraga Majlis Sukan Negeri bagi kegunaan latihan athelik SUKMA serta masih digunakan hingga kini.



Kerusi dari stadium – sebahagian telah rosak ditimpa struktur bumbung semasa kejadian runtuhan dan yagng dipakai dan dibaiki telah dipindahkan ke Padang C Komplek Sukan dan Trek Latihan Majlis Sukan Negeri untuk diguna semula. (Kerusi-kerusi di Bahagian Barat Stadium yang tidak terlibat dengan runtuhan bumbung stadium masih lagi kekal di situ.)


2. Jawapan kepada Mohd Nor Hamzah - Pihak pengurusan SSMZA serta jurucakap Jabatan Kerja Raya mengatakan perkara mengenai kelemahan kerajaan tidak berbangkit kerana stadium ini diurus oleh pihak pengurusan yang dibantu oleh pengawal keselamatan yang mencukupi.

JKR pula berkata pihaknya sering mendapat tekanan daripada kerajaan negeri serta parti memerintah iaitu UMNO dan BN yang meminta stadium ini dibaiki segera. Namun pihak JKR berkata perkara ini melibatkan kepentingan awam serta risiko kemalangan nyawa, oleh itu pihaknya telah melantik juruperunding intergriti bagi memeriksa tahap keselamatan untuk pembaikan stadium ini.

JKR memerlukan masa untuk tujuan ini dan tidak boleh tunduk kepada tekanan parti memerintah atau pembangkang untuk cepatkan kerja pembaikan walaupun peruntukan yang mencukupi telah disediakan oleh kerajaan. Isu ini adalah berkaitan KESELAMATAN.



3. Jawapan kepada Dr Alias Razak -  Apabila SSMZA berkait soal keselamatan nyawa manusia, JKR tidak boleh tunduk kepada tekan kerajaan negeri dan UMNO mahupun PAS. Apabila kajian perunding selesai, JKR akan mulakan kerja-kerja pembaikan stadium ini.

Kerajaan sudah menyediakan peruntukan yang mencukupi dan TIDAK BENAR kerajaan negeri tidak cekap. Selain itu JKR menafikan kecurian berjumlah RM50 juta dan menganggap laporan akhbar mengenainya dibuat secara tidak berasas.

Jadi, ternyata dakwaan The Three Stooges kepada SPRM ini dakwaan tidak berasas dan palsu. Baik ketiga-tiganya bertaubat dan menghentikan segera fitnah terhadap banyak pihak, selain kerajaan negeri dan UMNO juga ialah penjawat awam, termasuk dari JKR.

SPRM seharusnya meneliti fakta yang dikemukakan oleh The Three Stooges ini dan menyiasat pula ketiga-tiga mereka kerana BERBOHONG (membuat laporan palsu).

Pihak pengurusan stadium dan pihak yang dilantik untuk memulih dan membaiki stadium ini juga turu terpalit.

Tidak rasa berdosakah ketiga ADUN ini terhadap mereka yang difitnah?

Inikah cirri-ciri dan sifat pemimpin PAS Terengganu yang kononnya memperjuangkan Islam?

Atau mereka kini boleh lakukan apa sahaja asalkan dapat memutarbelitkan rakyat demi kuasa selepas bergadung dengan parti antiIslam DAP dan parti PKR yang pemimpinnya menyokong negara Israel?

No comments:

Post a Comment