Thursday 16 December 2010

Sidang DUN Terengganu - Antara Kehangatan & Sindrom Bisu

Dr Syed Azman cuba mnenegakkan ' benang basah' pada persidangan DUN semalam walaupun ditegur Yang DiPertua DUN.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berakhir tengah hari semalam selepas mula bersidang Rabu (13 Disember 2010).
Kali ini memang hangat dan hebat. Bukan kerana pertembungan antara wakil Barisan Nasional (BN) UMNO dan UMNO seperti pada Disember 2009 tetapi kali ini antara ADUN UMNO dan PAS.

Sidang kali ini barulah boleh disifatkan sebagai sidang sebenar kerana ia hangat pun kerana pertempuran antara kerajaan dan pembangkang.
Malah perkataan-perkatan kesat “financial aparteid’ disebut ADUN Wakaf Mempelam, Wahid Endut, sementara “Bias”, “Menjaga Kroni’, “Menteri Besar Bapak Penipu” pula oleh ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Yang nyata pada sidang kali ini, amat jelas sindrom bisu kembali ‘menyerang’ beberapa ADUN BN yang kebetulan ADUN inilah juga yang tidak hadir pada precouncil di rumah Menteri Besar beberapa hari sebelum sidang DUN yang berlangsung Isnin hingga Khamis (13 – 16 Disember 2010).

Kenapa mereka ini bisu tidak diketahui kerana mereka sepatutnya boleh membahaskan Ucapan Bajet 2011 oleh Menteri Besar atau ketika ADUN PAS mengasak Menteri Besar!

Namun ternyata ADUN seperti Datuk Seri Idris Jusoh (Jerteh), Datuk Rasol Wahid (Ajil), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat) dan Pehimi Yusof (Kota Putera) lebih gemar berdiam diri.

Menariknya, walapun ADUN Paka (Zakaria Abdullah) tidak hadir pada malam precouncil, beliau ada juga mengambil bahagian.

Pada hari akhir sidang DUN semalam, Menteri Besar bersumpah dengan nama Allah bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi” dan begitu juga Syed Azman walaupun sumpah ‘separuh’.

Isunya ialah siapa yang menhubungi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanyakan mengenai parkir berpusing. Ahmad Said berkata Syed Azman berbohong bertanyakan hal itu dengan Guan Eng kerana Ketua Menteri itu mengatakan Syed Azman tidak menghubunginya mengenai perkara itu.

Ahmad Said mengajak Syed Azman bersumpah junjung al-Quran dan selepas didesak bertalu-talu dan merujuk kepada Ketua Pembangkang yang juga ADUN Manir, Datuk Dr Harun Taib, Syed Azman sekadar bersumpah “Wallahi...” yang mengatakan beliau ada menghubungi Guan Eng.

Menurut Ahmad Said, Guan Eng memberitahu beliau Syed Azman yang juga ‘kawan rapat’ beliau ada menghubunginya beberapa hari ini tetapi bercakap mengenai ‘konvensyen PKR’, bukan isu parking.

Menyedihkan, pada keadaan yang sebegini, puak yang dihidapi ‘sindrom bisu’ ini hanya memerhati dan tidak menyumbang apa-apa.

Menyedihkan kerana ada kalangan mereka inilah yang dikatakan ‘pemain utama’ memulaukan sidang DUN April 2009. Kemudian mereka kembali menyertai sidang DUN selepas itu dengan sidrom bisu pada September 2009, namun ADUN seperti Alias dan Din Adam buat hal dengan ‘sepak bola ke gol

Alias membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.

Din Adam yang turut membangkitkan beberapa perkara yang disifatkan ‘menikam belakang Ahmad Said’ disifatkan oleh Menteri Besar sebagai ‘tidak cerdik’ ketika meminta penjelasannya kerana Din Adam pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri.

Din Adam membangkitkan soal pengagihan air zam-zam dan dalam sesi perbahasan Bajet 2010.

Ahmad berkata bahawa bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zam-zam itu.

“Saya rasa Adun Bukit Besi ini dia (Din) pun jadi Exco juga dahulu. Jadi janganlah tunjuk ketidak-cerdikan (bodoh) kita (Adun) pada dewan (Sidang Dun) ini,” katanya pada sidang 21 Disember 2009 itu.

Apapun kumpulan ini sedikit aktif pada dua sidang DUN sebelum ini iaitu pada April dan September 2010.

Tetapi sindrom ‘bisu’ itu datang lagi sepanjang empat hari Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Ketiga DUN ke 12 (Bajet) antara 13 dan 16 Disember 2010.

Apapun tiada siapa yang tahu sebabnya sedangkan Menteri Besar dan Yang DiPertua Dewan, Datuk Tengku Putera Tengku Awang diasak pembangkang sejak hari pertama lagi.

Dan pada petang hari ketiga dan hari keempat ketika Menteri Besar menggulung, sidang hangat dan pelbagai kata-kata ‘kesat’ mula kedengaran.

Ramai masih ingat bagaimana ketika menjadi Exco, Ahmad Said sanggup bertegang leher sehingga mengajak Wahid Endut ‘menyelesaikan perkara yang tidak selesai dalam Dewan’ di luar Dewan.

Dengan kata lain, begitu setia dan kesungguhan mempertahankan pimpinan Idris, Menteri Besar ketika itu.

Tetapi apabila Ahmad Said diasak, Idris dan gengnya nampaknya membiarkan sahaja Menteri Besar kesaorangan.

Hakikatnya tidak pelik kerana kumpulan inilah yang membuat onar sejak April 2009 dan kemudian sekali lagi ‘cuba menendang bola ke gol sendiri’ pada sidang Disember 2009.

Rakyat boleh melihat sumbangan mereka – dari menentang keputusan istana melantik Ahmad Said, pulau sidang DUN Barisan Nasional, menyerang Ahmad Said pada sidang DUN dan akhirnya dijangkiti ‘sindrom bisu’.

Kalau dinilai peranan dan sumbangan mereka ini, rasanya sukar untuk mempercayai mereka akan dipilih semula.

Mungkin kerana bimbang tidak terpilihlah kumpulan ini dipercayai menjadi ‘dalang’ kepada gerakan menjatuhkan Ahmad Said.

Wallahualam!

1 comment:

  1. Syabas.. Ahmad Said.. kagum melihat dia menepis segala tohmahan dan bangkangan..

    ReplyDelete