Saturday 16 January 2010

'PECAH & PERINTAH' HANCURKAN UMNO T'GANU

Tangan yang tidak kelihatan berjaya memecahbelah politik UMNO Terengganu dengan cara “ Pecah & Perintah” dengan memberi harapan kepada kumpulan penentang yang mereka berpeluang menjawat jawatan Menteri Besar sekiranya Ahmad berundur.


“Pecah & Perintah” ini juga telah berjaya memotivasi ADUN-ADUN UMNO berkenaan bekerja keras menentang kepimpinan Ahmad Said dalam memburu kerjaya politik mereka.


Mereka telah berjaya mengapi-apikan ketiga-tiga penentang kononnya mereka adalah bakal Menteri Besar baru mengantikan Ahmad, yang akan sentiasa saja diletakkan tarikh bakal dipecat dalam masa terdekat !

Malek Saiful Muda dipetih dalam citra-bangasa sebagai berkata mereka bersatu dalam Geng 10 di belakang DSIJ tetapi jika DSIJ kekal tidak dapat menjadi MB Terengganu semula. Dari kalangan 10 ADUN pula, ada tiga yang sedang memasang badan, mahu menjadi MB Datuk Din Adam (ADUN Bukit Besi) ,Datuk Rosol Wahid (ADUN Ajil) dan Alias Abdullah (ADUN Alur Limbat).

Din Adam didakwa cukup yakin dia boleh menjadi MB Terengganu kerana hubungan rapatnya dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Rosol pula merupakan ‘proksi’ DSIJ di Terengganu yang mampu memulihkan imej DSIJ dalam politik Terengganu, jika dia berjaya menjadi Menteri Besar.

Sementara itu, ADUN Alur Limbat, Alias Abdullah didakwa cukup berkeyakinan mampu menjadi MB Terengganu kerana dialah satu-satunya ADUN yang bukan ‘cap ayam’ . Khabarnya, Alias didakwa yakin Istana Terengganu tidak akan menolak namanya jika dicadangkan menjadi MB.


Ada pihak menyampai khabar sudah ada dikalangan isteri “MB in waiting” sudah menempah berpasang-pasang pakaian sutera.


Malaysiakini juga pernah melaporkan bahawa pihak istana dikhabarkan memohon tiga nama, termasuk Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said dan Ajil, Datuk Rosol Wahid. Wakil rakyat Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera, disebut-sebut turut dinamakan untuk dipertimbangkan.


ADUN Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said pula pernah dikatakan bakal ditabalkan sebagai Menteri Besar Terengganu mengikut cerita yang pernah di tulis Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar dalam blognya "Dari satu sumber Umno Terengganu.

Walaubagaimanapun semasa isu pertukaran Menteri besar hangat dikatakan kumpulan penentang seorang exco kerajaan negeri Terengganu menjelaskan beliau tidak tahu ada exco yang tidak menyokong Ahmad. Exco berkenaan, Yahaya Khatib Mohamad dilaporkan berkata, tugas exco ialah menyokong menteri besar melaksanakan tugas mereka.


Semuanya ada tujuh calon Menteri Besar termasuk yang sedang memegang jawatan, yang terlepas jawatan dan sedang menunggu untuk menggantikan Ahmad. Secara rasionalnya hanya seorang sahaja ADUN yang yang akan dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kejawatan Menteri Besar.


Putra Merdeka dalam komenya di blog citra-bangsa menyatakan tak kan tak de kesudahannya UMNO Terengganu ni? Apa kah Najib dan Hishammuddin akan terus mendiamkan diri? Hishammuddin tidak boleh menyebarkan sindrom lembiknya merosakkan UMNO Terengganu. Perpaduan dan kesejahteraan parti serta ahli di akar umbi perlu dipastikan walau terpaksa mengenepikan 'kawang2' sendiri...berani ker hisham?


Najib semacam tak peduli jer kenapa? Apakah najib merasakan masaalah di Terengganu tidak penting kerana Ahmad Said bukan nya MB yang lahir dari keluarga dan keturunan bangsawan sepertinya yang mesti mendapat pembelaan sewajarnya? Kalau pun UMNO Terengganu dah retak jangan pulak pemimpin tertinggi membiarkan nya hingga jadi tokak... Rakyat dan ahli marhaien UMNO dah muak!


UMNO perlu kembali kepada asas pemerintahan negara “ Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan” serta menghormati Rukun Negara , jika bercita-cita mahu memerintah Malaysia lagi

Ambillah pengajaran betapa rapuhnya UMNO kini dengan peristiwa yang berlaku di Parlimen baru-baru ini, Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit hanyadiluluskan dengan suara lebih 3 undi , iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian yang telah dijalankan.

Renunglah kata Zabidi dalam Memobelakang “ Oleh itu Najib Razak selaku Presiden UMNO perlu melihat kes ini secara serius. Inilah ujian pertama bagi Hishamuddin (Hussein) sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Semoga beliau dapat mempertahankan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS? Janganlah dalam sejarah nanti, nama anda disebut sebagai pengerusi perhubungan UMNO Terengganu ketika BN Terengganu tumbang pada pilihanraya umum 2012,”


Ingat lah, UMNO lahir di istana. Raja Payung Negara. Layaklah kedua pihak (UMNO & Istana) bersama ambil tindakan kepada yang terlibat, tindakan disiplin disatu pihak, tarik balik kebesaran di satu pihak lagi ! Jangan menentang istana secara berterusan.

1 comment:

  1. Dato' Seri Utama Rais dan confirm Sultan Terengganu ada kuasa 'MUTLAK' lantik Ahmad Said sebagai MB. Apalagi 3 budak hitam nak bangkit ? Derhaka kepada Sultan makne nye ! Tak akan sempurna hidup jadinya kerana Sultan Ketua Agama.

    Najib tak perlu lagi ikut kerenah 3 budak hitam tu, buang masa saje !Kena kenang jasa Tuanku Mizan yang beriman tu lantik kita sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun ada juga suara yang tak suka !

    Hishamuddin, ingatlah, kenanglah jasa DYMM Sultan Terengganu yang telah anugerah darjah kebesaran, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) kepada Tun Hussein Onn, yang biasanya dianygerah kepada Sultan sahaja.

    Najib smbil lah segera tindakan disiplin kepada 3 budak hitam kerana meletup bom dalam dewan undangan negeri Disember lalu !

    Istana Terengganu, kaji baliklah bintang dan kebesaran yang telah dianugerahkan !

    ReplyDelete