Sunday 17 January 2010

K’JAAN UMNO PERAK DAN TERENGGANU ATAS EHSAN SULTAN ?

Rakyat Perak yang telah menyerahkan kuasanya pada suatu masa dulu kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah dimana pada Pada 13 Februari 2008, Mohammad Nizar, 52 dilantik oleh DYMM Sultan Perak sebagai Menteri Besar.

Barisan Nasional mengambilalih semula pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan Adun Bota, Nasaruddin Hashim melompat spring ke Umno semula menjadikan bilangan Kerusi BN kembali kepada 28. Di Pihak Pakatan pula kini hanya tinggal 28 Kerusi setelah 2 Adun PKR dan seorang Adun DAP mengistiharkan keluar parti sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

Mohamad Nizar membawa perkara ini ke Mahkamah dimana Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb 2009, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Sulaiman Abdullah, mewakili anakguamnya Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

Perlembagaan Perak sangat sangat jelas katanya bahawa Sultan tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar .

Disamping alasan Nizar telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan.

Alasan lain yang digunakan ialah tidak ada pembubaran DUN dan tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap Nizar di DUN.

Namun, Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menggunakan “Kedaulatan” baginda dengan titah untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.

Apakah isu “Ketuanan Melayu’ dimainkan oleh Pak Lah selaku PM dan Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak telah menambat perhatian Sultan ?

Situasi di Perak adalah ulangan peristiwa yang telah berlaku kepada PAS semasa memerintah Terengganu pada 1959, Kerajaan PAS Terengganu ketika itu hanya bertahan dua tahun empat bulan 10 hari sahaja, Menteri Besar kerajaan PAS Terengganu ketika itu ialah Mohd Daud Abdul Samad.

Pada 1959 kerajaan negeri Terengganu Darul Iman telah dibentuk oleh PAS yang memenangi pilihan raya negeri pertama . Bagaimanapun pada tahun 1962 UMNO berjaya mendapat sokongan dua Adun PAS iaitu Abdul Kadir Mohamed (Kuala Terengganu Tengah) dan Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut) telah keluar PAS dan memberi sokongan kepada UMNO telah menyebabkan kerajaan yang dibentuk oleh PAS tidak stabil.

DYMM Sultan Terengganu telah menolak permintaan Menteri Besar ( PAS) untuk membubarkan dewan keranapihak Umno boleh membentuk kerajaan dengan adanya Adun yang cukup setelah Adun PAS menyeberang ke pihak mereka. Akhirnya, pada 30 Oktober 1961, kerajaan PAS pimpinan Mohd Daud tumbang dalam satu undi tidak percaya.


Situasi di Perak dan Terengganu menzahirkan Sutan mempunyai “kedaulatan” untuk mengampuni perkenan atau sebaliknya nasihat Nizar dan Mohd Daud untuk membubar Dewan.

Tindakan Raja diatas menyangkal teori Demokrasi yang menggariskan Raja berindak atas nasihat (advice) sebagaimana dalam praktis ‘comman law’ di England. Apabila diberi nasihat oleh Menteri Besar,atau Perdana Menteri, Raja mesti memberi perkenan. Raja juga dikatakan sebagai simbul sahaja sebelum ini.

Jika DUN dibubarkan, Nizar dan Mohd Daud akan menjadi Menteri Besar sementara untuk tempoh maksimum 90 hari ,( atau 60 hari bagi Terengganu sekiranya Undang-Undang Tubuh Negeri masih belum dipinda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan) sebelum pilihan raya dan ahli Dewan Undangan Neger baru dilantik.

Keputusan pilihan raya tidak dapat diramalkan tetapi yang pasti Perak dan Terengganu belum pasti menjadi milik UMNO. pada masa itu.

YB. Dato’ Seri Utama Rais Yatim telah diajukan soalan oleh wartawan Berita Minggu dalam akhbar berkenaan 8 Mac 2009 bagi mengesahkan perkara di atas dengan soalan ;

“Apa yang membezakan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dengan negeri lain?”

Jawapannya “Perbezaannya ada pada beberapa aspek. Salah satu daripadanya adalah kuasa diraja. Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan
Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional. Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.

Tambahnya lagi “Kuasa untuk memberi pengampunan semuanya ada. Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, tetapi tidak ada di dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.”

Kedaulatan Raja Melayu mula terserlah semasa negara di terajui Pak Lah dan Najib?

5 comments:

  1. Cukup-cukup la derhaka ke Raja. Raja itu payung. Payung kepada semua rakyat dan semua kaum. Dan sepatutnya wakil rakyat itu menjaga payung ini. Ini tidak, digoncangnya pagar istana. DERHAKA ke Raja.

    Ini semua patut dihentikan. YAB PM perlu memberikan arahan kepada budak hitam yang dikepalai oleh 'ore demo' ini STOP. There must be a STOP to this.

    Mari la kita sama-sama bangunkan negeri daripada menentang YAB MB. Anda sebagai wakil rakyat perlu tahu bahawasanya jika anda menentang MB anda juga menentang Istana. Macam mana nak jadi wakil rakyat jika Raja tak berkenan? Bukan sahaja wakil rakyat.. agaknya jika menyebabkan Raja murka nak jadi rakyat pun payah!

    Cukup-cukup la tu derhaka ke raja

    ReplyDelete
  2. Masa marah lantik MB Mat Said kerajaan nak jaji cara lantik MB. Menteri anggap undang-undang sedia ada sudah lapuk, timbulkan masalah Undang-undang yang ketinggalan zaman, khususnya berkaitan pelantikan pemimpin kerajaan negeri, kata wajar dikaji semula supaya tidak timbul masalah pada masa depan, kata Menteri BN.

    Menteri berkata, kajian semula itu perlu kerana ada antara undang-undang negeri itu digubal pada awal 1900-an dan sudah tidak lagi sesuai pada zaman ini.

    Nasib baik tak pinda, dengan "KEDAULATAN" UMNO dapat ambil balik semula Perak dan Terengganu !

    ReplyDelete
  3. Dengar sumber dari Kementerian Kewangan PM nak tukar MB. Perkara ni hangat dikata masa PM datang ke Trg utk Monsun Cup dan beri bantuan banjir.

    Jika betul la perkara ini memang UMNO tak bersyukur la ada Agong yang baik dan beriman. Pasal apa kata camtu? sebab MB ni adalah MB pilihan Raja. Kalau nak tukar maknanya tak setuju dengan perintah Raja. Dengan kata lain .. DERHAKA la. Come on la .. wakil rakyat goncang pagar Istana keraja nak bela 'oghe Besut'?

    Patutnya PM kena respect Agong dengan memberikan sokongan sepenuhnya ke MB. Kalau sokong MB maknanya dia sokong Agong. Kalau dia sokong MB maknanya dia kena suruh budak2 hitam ni STOP menentang MB.

    Patutnya dia syukur sebab Agong lantik jadi PM sebab masa dekat2 dilantik dulu ada suara dari bekas Menteri di JPM yang background law kata jangan lantik sebab ada kes2 yang ragu2.

    Bayangkan jika dia sokong MB. Confirm Terengganu akan maju berbanding dengan ZAMAN HADHARI yang penuh dengan hipokrit dan projek mega yang membazir yang mana hasilnya sekarang adalah ... ? RUNTUH satu per satu.

    ReplyDelete
  4. Dato' Seri Utama dah confirm kuasa mutlak Sultan Terengganu lantik Ahmad Said sebagai MB. Derhaka namanya jika 3 budak hitam ungkit lagi. Tak sempurna hidup jika dimurkai !

    Najib tak payah layan 3 budak hitam ni. Hormatilah Tuanku Mizan yang beriman dan telah lantik kita jadi PM walaupun ada suara yang tak suka.

    Hishamuddin kena kenanglah jasa Sultan Terengganu yang telah anugerah Darjah Kerabat (DK) kepada Tun Hussein Onn, jadi setaraf dengan Raja.

    UMNO dan Istana sama-samalah ambil tindakan kepada 3 budak hitam, tindakan disiplin dan tarik balik gelaran, bagi jadi pengajaran !

    ReplyDelete
  5. Daulat Tuanku ! isu di Terengganu dan Perak ada rahmatnya. Pemimpin UMNO mula sedar yang
    Tuanku Berdaulat. Mempunyai kuasa dan kebesaran dan pemilik pemerintahan negeri. Rakyat biasa dah sedia maklum Tuanku berdaulat dan akan 'tulah' sekirainya dimurkai.

    Sekarang dapat disangkal yang kata Raja sebagai simbul sahaja. Tuanku ada kata pemutus samada menerima atau menolak pembubaran dewan, melantik Perdana Menteri dan Menteri Besar, melantik exco dan jemaah negeri.

    Kat Johor katanya dah dua penggal nak tukar MB pergi bertanding ke kerusi parlimen, tapi Tuanku tak bagi, kerana nak suruh jadi MB lagi. Daulat Tuanku !

    ReplyDelete