Tuesday 4 April 2017

Misteri - Empat Binaan Hilang Serentak Di Darau, Besut...


Biar betul...empat binaan hilang serentak?

Di telan bumi? Dipukul puting beliung hingga ranap? Mana kesannya?

Sebuah bangunan yang dulu dikenali sebagai pusat pengumpulan ikan ait tawar, sebuah premis perniagaan, sebuah delanggang futsl dan sebuah ‘wakaf’, tiba-tiba 'ghaib' begitu sahaja.

Laporan media rasmi PAS, Buletin Online semalam mengatakan empat buah binaan siap, yang didirikan di atas tapak Projek Agro-Pelancongan Kampung Darau, Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, ‘hilang serentak’.

‘Binaan yang lesap’ itu dikatakan bernilai lebih daripadai RM1 juta, tidak disedari oleh masyarakat setempat kerana dikelirukan dengan penambunan baru tanah tapak tersebut.

Penduduk tidak sedar kehilangan empat bangunan itu apabila projek menambun tanah yang betulis di papan tanda sebagai ‘Cadangan Pembangunan Pelancongan Agro Rekreasi dimulakan pada 13 November lalu.

Kepada siapa mahu diadukan perkara ini?

Naib Yang DiPertua PAS Besut Shalahuddin Jaafar berkata sebelum ini, projek tersebut dikenali sebagai Projek Pembangunan Agro Pelancongan yang diusahakan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak projek tersebut pada Selasa 4 April 2017 (semalam).

Menurutnya, projek agro pelancangan tersebut dinyatakan dalam Buku Laporan Tahunan LKIM tahun 2014.

“Dalam laporan tersebut pada muka surat 84 dan 85 dinyatakan bahawa pada tajuk 5. Program Pasaran Komoditi Akuakultur Dan Pemasaran Persatuan Nelayan,

“Pembinaan Hab Pengedaran dan Pengumpulan Ikan Air Tawar dibangunkan di Kampung Darau, Hulu Besut,” kata beliau.

Namun begitu katanya komponen pusat pengumpulan ikan air tawar terbabit tidak beroperasi sekian lama, sehinggalah ia ‘hilang dari pandangan’ apabila projek Pelancongan Agro Rekreasi yang dibiayai oleh kerajaan negeri Terengganu bermula.

“Sangat menghairankan, bagaimana empat buah binaan yang dibangunkan dengan duit rakyat boleh hilang begitu sahaja.

“Kemudian dibangunkan pula atas tapak yang sama projek nama lain yang hampir serupa tetapi dusahakan pulan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu,”tegasnya.


Berikutan itu Shalahuddin yang juga Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN (MTD) Hulu Besut berkata, tindakan membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysa (PDRM) dan SPRM akan dibuat dalam masa terdekat supaya dapat disiasat, apakah sebenarnya perkara yang berlaku.

No comments:

Post a Comment