Wednesday, 15 February 2012

SaiTIPU Kantoi, Isu Budak Tadika Dijawab Penduduk Kampung


Pada majlis Majlis Malam Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pimpinan PAS Terengganu yang diadakan pada 9 Februari 2012 Saiful Bahri Mamat (dikenali di Paka dengan nama SaiTIPU) iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu telah mengungkit kembali pada zaman kezaliman pemerintahan PAS bahawa budak tadika yang dihalau adalah satu penipuan.

Namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya, SaiTIPU menyatakan perkara tersebut kepada media Terengganu kerana mahu meraih simpati media.

Pada era pemerintahan PAS di Terengganu pada 1999 hingga 2004 pelbagai peristiwa hitam yang menyusahkan rakyat terjadi. Pemimpin PAS ingat memimpin sebuah kerajaan mudah tetapi kegagalan PAS mengurus tadbir negeri melihat pelbagai kerugian ditanggung.

Parti PAS pada Malam PAS bersama Media Terengganu baru-baru ini menerusi SaiTIPU menjelaskan bahawa kanak-kanak tadika yang dihalau ketika zaman pemerintahan PAS hanyalah mainan politik UMNO.

Tetapi wartawan Buletinonlines (BOS) merungkai isu tersebut apabila pergi ke Hulu Terengganu bagi mencari jawapan yang telah 12 tahun tersimpan serta membuka kembali luka dihati penduduk yang terlibat, apabila pemimpin PAS menidakkan isu tersebut penduduk terlibat merasa terkilan dengan membangkitkan kembali sejarah hitam kezaliman pemerintahan PAS.

Pihak BOS telah menemui kakitangan KEMAS serta beberapa orang ibu bapa yang berada pada masa dan tempat ketika penyokong PAS menyuruh tadika KEMAS di kawasan berkenaan dikosongkan.

Menurut penduduk kampung berkenaan bangunan tersebut yang menempatkan kanak-kanak tadika merupakan hasil gotong royong dan sumbangan orang kampung dan bukannya milik kerajaan negeri.

Pada ketika itu, Pegawai Daerah Hulu Terengganu yang merupakan penyokong PAS menyuruh Pegawai Penyelia Kemas mengosongkan bangunan berkenaan seterusnya menghalau kanak-kanak tadika yang belajar disitu.

Atas nasihat daripada salah seorang pemimpin tempatan yang mencadangkan penduduk kampung membuat petisyen bantahan terhadap isu berkenaan telah berjaya menyelamatkan tadika berkenaan. Seramai 40 orang penduduk kampung menandatangani petisyen berkenaan.

PAS kini tidak mampu lagi berselindung daripada perbuatan lampau yang menghalau budak-budak yang tidak bersalah dek kerana fahaman politik. Padahal Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah tidak pernah memilih bulu dalam member bantuan tidak kira daripada sudut pendidikan mahupun kebajikan rakyat.

Pesan BOS kepada PAS berhentilah menuduh Kerajaan BN kerana lambat laun akan kena kepada diri sendiri seperti meludah ke langit……

Monday, 13 February 2012

Hanya MB Terengganu Berani Lawan PAS

Oleh Hassan Md Hussein (Sandakan)


KAGUM! Bukan sedikit yang kagum dengan ketegasan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang tidak akan menarik balik kata-katanya bahawa PAS adalah parti ajaran sesat. Walaupun diminta menarik balik kata-katanya itu oleh seorang AJK Pusat PAS, Abu Bakar Chik, namun Datuk Seri Ahmad berkata, beliau tidak akan berbuat demikian (menarik balik kata-katanya itu).

Dalam Umno, memang perlu seorang pemimpin yang berani dan brutal seperti Menteri Besar Terengganu ini.

Layaklah beliau menjadi Menteri Besar Terengganu kerana sebelum ini, apabila beliau menyerang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai “dolak-dalik tarikh penerimaan pemain import”, terpaksa FAM memperbetulkan kesilapannya sendiri. Selama ini FAM ini dilihat terlalu berkuasa di Malaysia kalau hal bolasepak tetapi kena sekali dengan Datuk Seri Ahmad Said, berubah segala-galanya.

Perjuangan Datuk Seri Ahmad Said itu bukan menguntungkan Persatuan Bolasepak Terengganu (PBT) sahaja tetapi banyak persatuan lain juga menumpang tuah di atas keberanian Datuk Seri Ahmad Said ini. Terima kasih Datuk Seri Ahmad Said tidak pula kita dengar dari persatuan-persatuan bolasepak negeri-negeri dan kelab yang turut menerima “faedah” akibat keberanian tersebut.

Kali ini, Datuk Seri Ahmad berkata, beliau sedia menerima tindakan PAS yang akan menyamannya ke mahkamah. Beliau tetap berkeyakinan parti itu memang menimbulkan kekeliruan kepada orang Melayu yang beragama Islam dengan fatwa-fatwa Tok Gurunya.

Keberanian Datuk Seri Ahmad ini akan menyebabkan banyak pihak dalam Umno, khususnya mereka di Kelantan dan Kedah akan “menerima” keuntungan dari keberanian seorang pemimpin Umno bernama Datuk Seri Ahmad Said.

Sebelum ini belum ada seorang pemimpin Umno yang ada keberanian seperti Datuk Seri Ahmad. Saya cukup mengkaguminya. Itulah sebabnya, ketika beliau teruk diserang oleh kawan-kawannya dalam Umno Terengganu, saya berkeyakinan kemenangan akan berpihak kepada Datuk Seri Ahmad Said.

Akhirnya, semua mereka yang berani-berani kucing itu, sudah menjadi tikus. Senyap dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana mereka baru sedar sekarang bahawa mereka tersilap memilih Datuk Seri Ahmad Said sebagai musuhnya.

Satu keistimewaan Datuk Seri Ahmad ialah beliau masih boleh tenang dan meneruskan kerja yang terbeban di bahunya walaupun difitnah, diserang dan diganggu. Kali ini, Datuk Seri Ahmad akan berdepan dengan PAS, musuh politik Umno yang nyata sejak sekian lama.

Saya melihat perkara ini akan menyebabkan PAS runtuh akhirnya. Penyokong-penyokong PAS akan menjauhkan diri dari PAS apabila mahkamah dapat mengesahkan PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat.

Kalau betullah orag PAS yang pernah berguling-guling di atas jalan raya di Perak suatu ketika dahulu, itu juga satu contoh bagaimana sebuah parti tidak kisah dengan tindak tanduk penyokongnya walaupun terpaksa berguling-guling atas jalan raya.

Kenapa pemimpin PAS tidak keluarkan fatwa sama ada betul atau tidak tindakan pengikut-pengikut mereka itu? Atau, kalau bukan pengikut AS yang berguling-guling itu, sepatutnya PAS beritahu kepada pengikut-pengikutnya yang lain supaya jangan buat kerja-kerja bodoh dan sesat seperti itu.

Dalam Utusan Malaysia hari ini (Isnin, 13hb Feb 2012) Datuk Seri Ahmad Said dipetik sebagai berkata, beliau enggan tunduk kepada desakan PAS yang memberi tempoh tiga hari agar beliau menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ‘parti ajaran sesat’.

Malah, Datuk Seri Ahmad sedia disaman oleh PAS berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Beliau tidak sesekali gentar dengan desakan parti tersebut kerana yakin dakwaan terhadap PAS itu mempunyai kebenaran berdasarkan banyak bukti kukuh.
“Ikut pandai dia lah (terserah kepada PAS), saya tunggu (bila PAS akan saman). Saya tak akan tarik balik.

“Terserah kepada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah. Tapi dia kata kita (BN dan Umno) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke daerah Hulu Terengganu.

Datuk Seri Ahmad diminta mengulas mengenai pendiriannya berhubung dengan PAS agar beliau menarik balik kenyataannya selepas melabelkan PAS “parti ajaran sesat”.

Minggu lalu, PAS memberi tempoh tiga hari kepada Datuk Seri Ahmad agar menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan ‘parti ajaran sesat’.

Amaran itu dinyatakan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik bahawa sekiranya dalam tempoh berkenaan Datuk Seri Ahmad tidak menarik balik kenyataannya, parti itu akan mengambil tindakan terhadapnya.

Datuk Seri Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu berkata, penyelewengan dan kesesatan yang dibawa PAS terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.

Bukti jelas dan nyata, kata beliau, adalah ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah PAS berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub,” tegasnya.

citra-bangsa

Friday, 3 February 2012

Bila UMNO Besut Nak Desak Idris Bertanding?

PAS Pusat hari ini tolak hasrat Hadi untuk tidak bertanding.

Bila pula UMNO Besut nak cakap ia menolak hasrat Deris Jusoh tak nak bertanding pilihan raya umum ke 13 nanti.

Kalau Deris bawa usul ke UMNO Besut, pasti usul tidak mahu bertanding itu kena tolak.

Idris amat diperlukan di Jerteh. Kalau tidak mahu dia boleh minta kerusi Parlimen dengan Datuk Seri Abdullah Mad Zin.

Deris bukan calang-calang. Dia memang calon bertaraf winnable. Tak kan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Razak nak tolak.


Bangang lah Najib kalau tolak calon boleh menang macam Deris.

1 Disember lalu, tiga naib presiden UMNO meminta wakil rakyat parti itu mencontohi Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh yang menawarkan diri untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagi memberi laluan kepada calon boleh menang.

"Kami terima SMS daripada Datuk Seri Idris Jusoh yang menyatakan bahawa beliau bersedia untuk tidak menawarkan diri dalam PRU ke-13 nanti dan ini satu contoh yang baik,” kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media bersama rakan sejawatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, di Kuala Lumpur, hari berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, jika tindakan itu dicontohi wakil rakyat lain, maka mudahlah untuk Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan dan mengelak lebih ramai yang berkecil hati.

PAS Pusat hari ini sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dengan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU-13.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik yang diadakan pada Khamis dan Abdul Hadi turut akur dengan keputusan tersebut.

“Maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) menghadapi PRU-13,” katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, PAS bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.

“Walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan presiden (Abdul Hadi) terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta presiden terus menerajui PR.

"PAS yakin dengan karisma kepimpinan, kewibawaan dan kedudukan Abdul Hadi untuk memimpin parti,” katanya.