Tuesday 13 March 2012

Kenyataan Ahmad Said 'PAS Ajaran Sesat' Tepat & Benar - Zubir Embong



Saya merujuk kepada kenyataan Y.A.B. Dato’ Seri Menteri Besar mengenai bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

Kenyataan Y.A.B. ini adalah kenyataan yang mengulas kedudukan PAS sebagai parti politik. Kedua, modal yang digunakan oleh PAS dalam perjuangan politik di negara ini adalah Islam.

Tetapi Islam yang dinyatakan oleh PAS ini adalah satu kenyataan yang bersifat untuk mencari keuntungan dengan memperalatkan Islam.

Oleh kerana kenyataan-kenyataan mereka mengenai Islam itu tidak berketepatan dengan ajaran al-quran dan juga ajaran Rasulullah s.a.w. maka dengan sebab itulah kenyataan Y.A.B. Menteri Besar bahawa PAS sebagai parti ajaran sesat adalah tepat dan benar sekali.

Sebab apabila sesuatu ajaran dalam Islam itu direka yang tidak terdapat di dalam kitab Allah iaitu al-quran dan juga sunnah Nabinya, maka kenyataan mengenai Islam itu dianggap sebagai satu bida’ah dan bida’ah itu merupakan sesuatu kesesatan dan kesesatan itu balasannya adalah neraka.

Rasulullah s.a.w. menyebut mengambil maksud bahawa sebenar-benar "pertuturan itu adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah Rasulullah s.a.w. dan seburuk-buruk perkara adalah rekaan di dalam agama dan setiap rekaan itu merupakan suatu perkara bida’ah dan bida’ah merupakan suatu kesesatan dan kesesatan itu adalah di dalam neraka jahanam".

Maka dengan sebab itu contoh seperti PAS mengatakan halal untuk seseorang memutuskan silaturrahim hanya kerana berdasarkan pandangan politik yang berbeza.

Orang yang menyokong PAS boleh memutuskan silaturrahim dengan orang yang menyokong Barisan Nasional dan ini tiada di dalam Islam.

Dan yang kedua, mengharamkan sembelihan orang-orang Islam yang menjadi penyokong Barisan Nasional dan yang ketiga mengharamkan perkahwinan orang-orang Islam yang Imamnya yang menikahkan itu bukan daripada golongan yang menyokong PAS.

Ini di antara contoh-contoh hukum yang direka oleh pemimpin-pemimpin PAS bagi menarik perhatian dan sokongan umat Islam di negara ini.

Atas hal yang demikian kenyataan yang dikemukan oleh Y.A.B. Menteri Besar Terengganu bahawa PAS adalah parti ajaran sesat amat benar dan tepat sekali.

No comments:

Post a Comment