Wednesday 21 March 2012

Wahid Endut Tukang Tilik, Harapkan Rakyat Marah Kepada UMNO, Kerajaan

SAMA CANTIK, SAMA PADAN...Tukang Tilik Tengah Cari Ilham!!!!
Kalau jadi wakil rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen, jangan minta atau ada tanah.

Kalau dapat nanti ia berstatus ‘HABUAN’ dan habuan ini bunyinya negatif sekali.

Ia seolah-olah berdosa, cara tidak halal dan mungkin juga ikut cara tidak betul dan boleh lapor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kita kena tanya ADUN PAS di Terengganu, mereka ada tanah ke tidak. Atau jika berpeluang, mereka mahu tanah ke tidak?

Juga pertanyaan, di kalangan yang memohon tanah dan diluluskan kerajaan negeri itu semuanya penyokong dan orang kuat UMNO kah?
 Kecoh dengan PAS, khususnya Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Abdul Wahid Endut membuat kenyataan akhbar bahawa wakil rakyat BN menggunakan kedudukan sebagai pemimpin untuk mendapatkan tanah yang lebih luas daripada apa yang diberikan kepada rakyat umum.

Malah Wahid tidak menolak kemungkinan pemberian tanah itu dibuat sebagai 'habuan' kepada mereka yang akan digugurkan atau tidak disenaraikan sebagai calon nanti.
Apa punya spin macam tu. Wahid tahu ke siapa calon yang akan dipilih dan siapa akan digugurkan? Wahid sah seorang TUKANG TILIK…wauuuuuuuuu

Hakikat hari ini Wahid mengata kerajaan negeri dan menyindir Menteri Besar tetapi beliau sendiri tidak mampu menyelesaikan isu calon antara PAS, PKR dan DAP sehingga perlu menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menentukannya.

Lagak Wahid yang serba tahu kadangkala menunjukkan sikap PAS lebih lebih berminat menyelak kain orang tetapi kain sendiri yang terlondeh dan tersangkut di kepala lulut dibiarkan.

Ahad (18 Mac) lalu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menjawab apa yang dikatakan sebagai kelulusan tanah kepada sebilangan wakil rakyat yang dibangkitkan oleh PASs hanya bertujuan mengapi-apikan rakyat.

"Dia (Pas) nak dedah apa, dedahlah. Mereka (wakil rakyat) pun rakyat biasa, rakyat Terengganu. Yang penting dia ikut peraturan (untuk memiliki tanah).

"Kita tak ada masalah pun. Dia (wakil rakyat) memohon (untuk dapatkan tanah). Bukan dia dapat secara haram atau apa. Hak rakyat, rakyat dapat. Dia (wakil rakyat) pun berjasa juga.

"Benda (perkara) ini kita (buat secara) mesyuarat kan? Dah lulus dan dapat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian. Apa susahnya?
" Soal Ahmad Said.

Menteri Besar berkata, pemimpin Pas itu sebenarnya tidak memahami prosedur pemberian dan kelulusan tanah di negeri ini.

 "Rakyat Terengganu berhak dapat tanah. Umur 18 tahun ke atas dia dah boleh mohon (untuk dapatkan tanah). Kita bagi. Berapa ribu rakyat yang kita dah bagi?

Wakil rakyat ada 32 orang sahaja. Mereka pun nak tanah, nak rumah, nak buat kebun dan sebagainya.

"Jadi, kita bagilah (bila dah mohon). Bukan kita bagi 20 ekar seorang untuk setiap wakil rakyat. Di Johor pun pegawai tadbir boleh dapat 10 ekar tanah termasuk satu tapak rumah dan tapak pertanian
.” jelas Ahmad Said.

Di Terenggan, kerajaan bagi dua hektar saja tanah untuk tapak pertanian.

“Pegawai tadbir pun dapat, rakyat pun dapat. Ada salah? Tak salah. Kalau penuhi syarat buat apa kita nak tolak" soal Ahmad Said lagi.

Yang nyata, wakil rakyat juga berhak memiliki tanah berkenaan sebagaimana rakyat lain menerusi mesyuarat dan prosedur yang perlu termasuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian.

Dalam tempoh tiga tahun sejak mengambil alih pentadbiran negeri, Ahamad Said berusaha menyelesaikan masalah permohonan dan tanah haram.

Sejauh ini kerajaan negeri sudah selesaikan lebih 9,000 kes tanah.

Malah beribu lot tapak rumah turut diluluskan untuk rakyat.

Jadi, apa tujuan Wahid sebenarnya?

Tidak lain dan tidak bukan hanya ‘mencerca’ kerajaan negeri dengan harapan rakyat marah.

Jelas PAS cuba mendapatkan sokongan melalui cara MENAIKKAN KEMARAHAN RAKYAT walau apa cara sekali pun dan melaluinya diharapkan rakyat akan BERSIMPATI KEPADA PAS melalui cara putar belit yang banyak kali melencong daripada cara yang dibenarkan Islam.

Mungkin inilah antara modus operandi PAS yang disifatkan Ahmad Said sebagai ‘cara sesat PAS’ menagih sokongan untuk menang pilihan raya.

Teganuku

No comments:

Post a Comment