Wednesday 20 April 2011

Anak Sulung PAS Mati Dalam Kandungan...

Daripada teganuku

PENDAPAT

Oleh Pok Teh Bakap
Anak Sulong Yang Tidak Mampu Dilahirkan PAS di Sarawak

Ketika ini PAS mungkin sedang bermurung sakan.

Kenapa? Anak sulongnya tidak dapat dilahirkan di Sarawak.

Ia meninggal dalam perut dan PAS tidak sempat mengangungnya sampai cukup umur untuk lahir.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian baru-baru ini, Pengarah Penerangan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya melihat perkembangan positif rakyat terhadap PAS pada pilihan raya DUN Sarawak Sabtu lalu.

Ini kerana menurutnya, bila kebanyakan penduduk Bumiputera dikatakan berpakat menolak Barisan Nasional (BN).

“Kita sangat yakin dengan Muara Tuang dan berharap sekurang-kurangnya dapat anak sulung di Sarawak. Kita juga menaruh harapan di kawasan lain yang dipertaruhkan PAS pada pilihan raya ini. Dari segi perkembangan, kita melihat kaum Iban dan Bumiputera lain cukup marah dengan BN apabila salah satu kampung di Muara Tuang sudah tiga tahun tiada bekalan air dan mereka menganggap kerajaan menipu mereka bulat-bulat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi Sinar Harian baru-baru ini.

Berikutan itu beliau mengatakan PAS menantikan ‘anak sulung’ pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang.

Namun, apa yang diharapkan PAS tidak menjadi kenyataan.

Mereka terlopong menunggu kehadiran anak sulung berkenaan, kerana keputusan di Sarawak menunjukkan PAS lingkup di semua kawasan.

Tiada apa boleh dikatakan lagi seperti disebut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Ahad lalu bahawa beliau akur pembangkang telah gagal menawan Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 semalam.

Namun, ealaupun kalah dan gagal menumbangkan BN, Nik Aziz gembira dengan peratusan undi yang meningkat terhadap pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata ia membuktikan rakyat Sarawak semakin menerima kehadiran pembangkang di negeri itu terutama undi yang diterima DAP.

Lihatlah betapa PAS taksub dengan DAP, Nik Aziz gembira kerana undi DAP bertambah. Sokong mereka yang terang-terang menentang pembentukan negara Islam dan meningkatnya undi mereka dianggap ‘gembira’.

Jelas PAS turut terbabit yang membolehkan DAP mendapat pertambahan undi?

Apa untungnya kepada rakyat Islam di Sarawak PAS mendokong DAP?

Apapun, seperti kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, undi kaum Cina yang meningkat terhadap DAP itu berkemungkinan kerana mereka telah terpengaruh bahawa pembangkang akan membentuk kerajaan baru di negeri itu.

"Mungkin mereka telah tersilap percaturan kerana percaya dakyah DAP dan apa pun kemenangan BN di Sarawak membuktikan rakyat Sarawak tetap mahukan kemajuan dan perpaduan yang dibawa BN," katanya.

Pada pilihan raya negeri itu Sabtu 16 April 2011 itu, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.

No comments:

Post a Comment