Sunday 13 March 2011

Saiful Bahri Tuduh Orang Hulu Terengganu Bunuh Diri

Saiful Bahri, tokoh PAS dari Dungun mendakwa berlaku kejadian bunuh diri di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu.

Pada postingnya pada 9 Mac 2011, Saiful Bahri mengatakan: “Tak jauh dari situ adalah bagunan wisma persekutuan yang menjadi lokasi bunuh diri kelmaren. Orang melayu dari Hulu Terengganu telah terjun dan membunuh diri. Kini orang melayu taknak ketinggalan dengan bangsa-bangsa lain dengan membunuh diri. Perkara yang tak layak dan sewajarnya berlaku khususnya sebagai orang Islam. Habis kenapa ini berlaku?”

Dalam konteks dakwaan oleh pemimpin PAS ini ia ternyata amat berat, kerana:

1. Bagaimana Saiful Bahri boleh mendakwa ia perbuatan bunuh diri?


2. Apakah keluarga lelaki berkenaan ‘rela’ dan ‘terima’ kenyataan Saiful Bahri bahawa lelaki berkenaan bunuh diri?


3. Apakah keluarga lelaki berkenaan menerima kenyataan beliau bahawa ’orang Melayu dari Hulu Terengganu ini tidak mahu ketinggalan dengan bangsa lain dengan membunuh diri’?


4. Punca kematian pemuda ini jauh bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Saiful Bahri jika diasaskan kepada kenyataan polis. Apakah polis tidak pandai menyiasat dan Saiful Bahri pula ada bukti lelaki berkenaan ‘memang’ bunuh diri?


Adalah amat wajar Polis Terengganu mendapatkan bukti daripada Saiful Bahri kerana laporan polis mengatakan pemuda berkenaan terjatuh dari tingkat 11 bangunan berkenaan.

Ini kerana polis dilaporkan sebagai menyatakan berikut:

Utusan Malaysia Online:


Lelaki maut terjatuh dari bangunan Wisma Persekutuan


KUALA TERENGGANU 8 Mac - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari bangunan Wisma Persekutuan dekat sini hari ini.


Mayat Padrul Mohamad, 28, dari Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 2.15 petang.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, sejurus selepas menerima panggilan daripada orang awam, sepasukan polis pergi ke tempat kejadian dan menemui mangsa di bahagian belakang bangunan sembilan tingkat itu.


"Polis turut menemui serpihan tulang dan sepasang selipar berwarna merah milik mangsa di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dekat sini untuk bedah siasat.

Amat jelas Saifulk Bahri sudah ‘bekerjasama dengan polis apabila membuat komen lelaki berkenaan mat membunuh diri” dan sewajarnya beliau disoalsiasat dari mana beliau mempunyai atau mendapat bukti berkenaan.

Pemimpin PAS juga turut mengatakan bahawa sebelum ini sudah ada banyak kes di Terengganu sendiri yang membunuh diri.

1. Contohnya kes Khairudin Wazir yang mati di Flet Sri Kolam di Kuala Terengganu. Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan ditemui terbaring berlumuran darah di tilam. (Beliau yang kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah ini. Sedih dengan kehidupannya dan beliau menanggung hutang sebanyak RM160 dan masih terhutang wang sewa rumah mengakibatkan beliau mengambil jalan pintas dengan membunuh diri). Persoalannya, apakah polis mengesahkan ia perbuatan bunuh diri kerana sebab berkenaan?


2. Hakikat sebenarnya adalah kegagalan kerajaan dalam mendidik rakyatnya dengan pegangan agama yang mantap. Ia dikukuhkan dengan system aqidah Islam yang menkategorikan bunuh diri adalah dosa besar dan akan berada dalam neraka buat selama-lamanya akibat daripada mengengkari qada’ dan qadar tuhan. Sistem pendidikan yang sedia ada tidak menerapkan pendidikan agama yang mantap. Dengan dasar nasionalisme dan sekularisme pihak kerajaan… apalah yang kita dapat harapkan rakyat dapat pengukuhan akidah darinya.


3. Walaupun perjuangan UMNO-BN sebagai kerajaan yang bermatlamatkan pembangunan, kebendaan dan kekayaan tetapi kerajaan juga masih gagal menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat Terengganu. Kehidupan yang semakin hari semakin mahal. Harga barang yang semakin melambung, bahan api yang tak terkawal harganya, menyebabkan desakan hidup makin tinggi. Ini mengakibatkan jenayah juga makin meningkat dengan meningkatnya kecurian hatta kes bunuh. Penyakit mental akan turut sama bertambah. Penyelesaian sementara secara haram seperti dadah, arak dan sebagainya akan menjadi factor penyumbang lagi masalah mental dan sosial.

Menurut Saifulk Bahri, penyelesaan yang dilakukan kerajaan atau Umno mudah aje… Jom buat Sure Heboh! Selesai masalah??? Inilah bahananya apabila melantik pemimpin yang tidak amanah. Apa yang dia tahu dosa pahala? Apa yang dia tahu akhlak atau moral? Yang penting duit masyuuuuukkk!!! Anda semualah bertanggung jawab kerana memilih kalangan mereka ini! Akirnya ikut ke UMNO ni ... dunia korup, akhirat bangkrap!

Spin apa ini Saiful Bahri? Bolehkah Saiful Bahri berikan contoh atau kes orang membunuh diri di Terengganu kerana masalah pekerjaan, kenaikan harga barang atau sebab-sebab lain yang ada kena mengena dengan kerajaan.

Jika tidak dapat memberikan bukti yang nyata, jelas Saiful Bahri hanya pandai membuat tuduhan jahat, dusta fitnah dan berbohong!


Apakah pemimpin PAS jenis pembohong dan pendusta?


Apakah rakyat Terengganu mahu mengikuti pemimpin yang mendakwa mereka Islam tetapi kuat berbohong dan memfitnah orang lain walaupun jahil atau tidak tahu mengenai punca sesuatu kejadian, umpamanya bunuh diri ini!

1 comment:

  1. Saya difahamkan arwah sebum itu membaiki motor pendingin udara atau aircond dibahgian luar veranda bangunan yang tidak berpagar dan telah tergelincir lalu terjatuh dan meninggal dunia. Kita sama hadiahkan Al Fatihah dan doakan rohnya dirahmati Allah. Amin!

    ReplyDelete