Wednesday, 3 August 2016

Apa Pilihan Najib Atasi Krisis Menteri Besar, Politik Terengganu?


"Beranikah Najib ‘mencampakkan Ahmad Razif’ sedangkan ada perkara yang sebelum ini disebut ‘rahsia besar’ di kongsikan antara mereka berdua. Beranikah Najib berbuat demikian dan tidakkah nanti ‘rahsia besar; itu akan diletupkan oleh Ahmad Razif?"

Khabarnya sudah dua kali Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menghantar pesanan kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman supaya ‘berhenti dengan sukarela’.

Pesanan itu disampaikan melalui seorang Ketua Bahagian di Terengganu. Namun apa jawapan Ahmad Razif? “Kamulah yang berhenti daripada menjadi....” (sengaja dibiarkan menjadi tanda tanya).

Beberapa Ketua Bahagian UMNO Terengganu memang tahu hal ini, atau mungkin sudah kesemuanya.  Dia dah jadi ‘known secret’.

Mendengar khabar ini, teringat kepada apa yang pernah berlaku pada pertengahan 1990-an apabila Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu menghantar pesanan melalui Setiausaha Agung UMNO ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Menteri Besar Terengganu itu diminta berundur untuk membuka laluan kepada Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor yang bertanding di Dewan Undangan Negeri Kampung Raja (kini Kota Putera) yang dihantar ke negeri untuk menjadi Menteri Besar.

Wan Mokhtar buat-buat tidak faham dan Yusof terpaksa menunggu selama lima tahun. tetapi apa yang terjadi? Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu kalah pada pilihan raya umum tahun itu kepada PAS yang membolehkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentuk kerajaan.

Pertanyaan ialah, selepas kira-kira 20 tahun menjelang, iaitu pada pilihan raya umum 2018 (jika tidak tahun hadapan), apakah sejarah akan berulang?

Tan Sri Wan Mokhtar pada majlis Hari Raya. Paling kiri Datuk Mohad Awang Tera.
Keadaannya lebih kurang sama, jika pada 1995, BN Terengganu sepatutnya mendapat Menteri Besar baharu tetapi pada 205-2016, Menteri Besar baharu yang menggantikan Datuk Seri Ahmad Said ‘tidak menjadi seperti diharapkan’ dan kini diminta berhenti oleh ‘sebilangan pemimpin UMNO’ sendiri.

Jika faktor lama dan Terengganu memerlukan ‘pendekatan baru kepimpinan dan pembangunan’ apabila Dr Yusof diminta menggantikan Wan Mokhtar,  kali ini kerajaan negeri melalui ‘Transformasi Terengganu Baharu’ dilihat gagal memenuhi ikrar dan slogannya sendiri.

Slogan berdegar-degar namun isinya tiada dan apa yang dinikmati dan akan dinikmati oleh rakyat Terengganu adalah hasil ‘buah tangan’ Wan Mokhtar, Datuk Seri Idris Jusoh dan aduan semula oleh Datuk Seri Ahmad Said.

Apa pembangunan yang ditunjukkan oleh Ahmad Razif Abdul Rahman yang boleh dibanggakan oleh rakyat Terengganu sejauh ini?

Rakyat rata-rata masih bercakap mengenai pembangunan yang diperkenalkan oleh Ahmad Said melalui pentadbirannya 'Merakyatkan Pembangunan' khususnya pembangunan di luar bandar.

Rakyat juga masih tidak melupakan 'kemesraan' Ahmad Said yang sering melawat rakyat di kampung tidak kira pada musim buah-buah, Ramadan, Hari Raya atau juga ketika banjir.

Razif? Menteri Besar protokol dan perlukan khalayak ramai untuk sesuatu majlis.

Ahmad Razif kononnya mahu memperbetulkan kelemahan pembangunan yang diperkenalkan oleh Ahmad Said.

Betulkah? Bukankah ‘bagai tikus membaiki labuselain memberhentikan banyak program yang diperkenalkan tetapi tiuada alternatif diperkenalkan.

“Transformasi Terengganu Baharu’ tidak dijiwai oleh pentadbir negeri, malah masalah-masalah yang dihadapi umpamanya pembangunan Jerteh Souq, Taman Ilmu, Tasik Kenyir serta pembanguan umpamanya Bandar Baru Kijal di Kemaman banyak menjadi gajah putih.

Apakah ia memang tidak berpotensi atau sengaja dilakukan demi ‘memperlekehkan’ Ahmad Said?

Dalam isu kebersihan pun, selepas beberapa kali kerajaan tempatan diingatkan meletakkan keutamaan soal kebersihan, ia masih menjadi tanda tanya.

Rakyat dapat melihat dan merasai apa yang diusahakan oleh Ahmad Said, umpamanya pelebaran jalan empat lorong dari Kemaman ke Jerteh, rumah mampu milik serta pembangunan semula Kuala Terengganu, termasuk pembinaan kondo dalam bandar.

Pemberhentian e-Book kononnya akan memperkenalkan kelas maya juga tidak menjadi. Sampai sekarang, walaupun Menteri Besar ini bekas EXCO pendidikan, tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap pendekatan pendidikan yang kononnya akan lebih baik daripada era Idris atau Ahmad Said.

Isu pembinaan Pasar Payang yang kononnya diperhalusi belum menampakkan sebarang hasil, sebaliknya pembangunan di muara Sungai Terengganu yang diilhamkan Ahmad Said  yang dikatakan Menteri Besar sekarang turut ‘merasai habuannya’ sedang berjalan dan dapat dilihat dengan jelas.

Eloklah jika Najib cepat-cepat atasi masalah kepimpinan di Terengganu kerana pentadbiran parti juga tidak bergerak.

Ahmad Razif menjalankan pentadbiran kerajaan dan parti melalui ‘pecah dan perintah’.

Beliau dikatakan sering ‘membohongi’ ADUN dengan pelbagai janji – menabur berbagai janji dengan ADUN tetapi apabila bertemu ‘Wan Ahamadnya” (istilah yang diberikan kepada lima atau enam penasihat Ahmad Razif terdiri daripada penjawat awam, abangnya serta orang parti yang mendapat habuan) betukar menjadi lain.

Akhir-akhir ini beliau cuba dapatkan sokongan dan nasihat bekas ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid dengan melantik beliau mengetuai sebuah agensi di bawah Pejabat Menteri Besar, sedangkan Rosol ini memang mempunyai rekos tidak baik dengan istana.

Selain itu pelantikan itu dilihat menganggu-gugat DUN Ajil yang kini diwakili Ghazali Taib iaitu EXCO Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas .

Di Kijal, kerana marahkan Ahmad Said, beliau melantik seorang Pegawai Penyeleras DUN, sedangkan bekas Menteri Besar itu yang menjadi ADUN adalah Ketua UMNO Bahagian Kemaman. Wajarkah begini?

Lebih pelik, peruntukan untuk DUN Kijal disekat melalui wakil rakyatnya sebaliknya ditadbir oleh Pejabat Menteri Besar melalui Pegawai Penyelaras DUN yang dilantik.

Di DUN Cukai, Ahmad Razif sengaja meletakkan Datuk Mohd Awang Tera sebagai Penyelaras DUN tanpa berunding dengan Ketua Bahagian. Sedangkan bekas ADUN itu dikatakan mensabotaj calon Barisan Nasional dalam pilihan raya umum  lalu dengan meminta rakyat di kawasan itu menyokong PAS.

Segala-galanya kerana beliau tidak dicalonkan semula kerana Ahmad Said meletakkan Setiausaha Politiknya bertanding di kerusi berkenaan. Sepatutnya yang mensabotaj parti dipecat daripada parti tetapi Ahmad Razif meletakkan beliau di tempat yang lebih baik.

Contoh terbaru dalam konteks perubahan EXCO dan cadangan melantik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebagai Timbalan EXCO. INi keputusan peribadi beliau.

la juga dalam konteks perubahan pelantikan Pegawai Penyelaras DUN dan Parlimen. ya hanya mendapatkan pandangan ‘Wan Ahamadnya’.

Malah, dalam konteks untuk mendapatkan sokongan bagi memecat Ahmad Said daripada UMNO, Ahmad Razif yang sedar beliau tidak mendapat sokongan penuh kepimpinan UMNO Terengganu dan kalangan ADUNnya sendiri, sanggup meminta ADUN pembangkang.

Diberitakan beliau meminta ADUN tersebut menulis surat sokongan untuknya bagi ditunjukkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang terbaru untuk meyakinkan anggota majlis itu bahawa beliau juga mendapat sokongan pembangkang bagi tujuan itu.

Bagaimanapun ADUN berkenaan enggan berbuat demikian kerana tidak mahu mencampuri ‘urusan rumah tangga orang lain’, selain tidak sampai hati berbuat demikian kepada Ahmad Said yang dikenalinya begitu lama.

Hakikatnya Ahmad Razif kini berada dalam ‘ketakutan’ amat sangat akan kehilangan kerusi Menteri Besar.

Selepas pingat kebesarannya di tarik balik, beliau bagaikan ‘orang meracau’ kerana menyedari kini sokongan istana sudah tidak ada untuknya, kecuali hanya Perdana Menteri.

Dan lebih ‘meracau’ apabila permintaannya untuk memecat Ahmad Said tidak dilayan sementara di Terengganu, lebih ramai ADUN tidak lagi menyokongnya kerana perbuatannya sendiri, iaitu ‘sering berbohong’.

Kini ‘bola di kaki Najib’ sama ada dia mahu menyelamatkan Ahmad Razif atau UMNO Terengganu.

Cumanya, sanggupkan Najib ‘mencampakkan Ahmad Razif’ sedangkan ada perkara yang sebelum ini disebut ‘rahsia besar’ di kongsikan antara mereka berdua. Beranikah Najib berbuat demikian dan tidakkah nanti ‘rahsia besar; itu akan diletupkan oleh Ahmad Razif?

Mengadakan pilihan raya negeri yang baharu banyak kemungkinan. Ia memerlukan persetujuan istana dan membuka ruang kepada perdebatan banyak isu semasa ketika kempen. Najib dan Barisan Nasional pastinya mahu mengelakkanya kerana banyak persediaan perlu disediakan untuk menjawabnya.

Selain menghabiskan tenaga dan wang, pilihan raya negeri juga dengan sendirinya menyebabkan pembangkang akan dapat mengatur strateginya lebih lebih cepat untuk tujuan merampas Terengganu pada ketika UMNO negeri terumbang ambing.

Caranya mungkin menukar kepimpinan UMNO negeri dengan dipegang oleh pemimpin Posit atau oleh pemimpin UMNO negeri lain yang mempunyai rekod pentadbiran bahagian dan pilihan raya yang cemerlang.

Najib tahu siapa dan orang itu perlulah dihormati kerana Bahagian UMNOnya teguh.

Yang dilantik jangan seperti Ahmad Razif, walaupun Ketua Bahagian Kuala Nerus , hanya DUN Sebarang Takir sahaja dimiliki UMNO tetapi tiga yang lain berada di tangan PAS.

Malah percaturan politik oleh pemimpin UMNO Terengganu perlu bijak.

Falsafah yang perlu ialah ‘jangan membuat musuh tetapi dapatkan kawan dan rakan politik seramai mungkin’ jika mahu memenangi hati pemimpin semua peringkat UMNO di Terengganu.

Siapakah di kalangan Ketua Bahagian yang memiliki ciri-ciri ini? 

Tuesday, 2 August 2016

Presiden UMNO, MT Sayangkan UMNO, BN Atau Sayangkan Ahmad Razif?


Exco Terengganu, Ghazali Taib membuka mulut mengenai isu pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal semalam. Ini membayangkan keresahan kepimpinan UMNO negeri.

Beliau mengatakan keputusan Majlis Tertinggi UMNO tidak memecat Datuk Seri Ahmad Said daripada parti itu adalah tepat.

Pendapat Ghazali sudah tentu bertentangan dengan pendirian bosnya, Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu yang ‘meratap merayu’ agar Ketua Bahagian UMNO Kemaman itu ‘diterajang keluar’ UMNO dengan segera.

Pendapat Ghazali itu juga jelas bertentangan dengan pendapat Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Razif sendiri.

Hakikatnya, bukan semua EXCO atau ADUN yang mahu Ahmad Said dipecat.

Ada sebab mereka sendiri kenapa bekas Menteri Besar itu tidak wajar dipecat. Ini akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional Terengganu terumbang-ambing.

Selain mempunyai sebab tertentu, seperti kata Ghazali, Perdana Menteri, timbalannya dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein merupakan ahli politik berpengalaman yang tahu apa yang baik untuk Terengganu.

Ghazali, yang juga ADUN Ajil dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas berkata, sejak kebelakangan ini, rakyat Terengganu dan majoriti ADUN tidak berpuas hati dengan kebimbangan yang mereka hadapi.
 
Ghazali...bimbang
Beliau berkata, kebimbangan tersebut disebabkan oleh kekeliruan dan suasana politik yang tidak stabil di negeri itu.

"Saya tidak boleh bercakap banyak mengapa ini berlaku. Ini hanya dapat dijawab dengan tepat oleh MB. Tetapi sekarang, saya bimbang dan sedih dengan apa yang dilalui rakyat Terengganu, tegasnya.

Walaupun Ghazali tidak mahu bercakap banyak dan melabelkan ia ‘Rahsia’ (bukan seperti Laporan Ketua Audit Negara yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi) tetapi ia ‘rahsia yang sudah diketahui umum’.

Di Terengganu, rakyat, ahli politik dan kalanga media tidak akan ditahan jika bercakap pasal politik dan kedudukan Menteri Besar kini.

Perkara yang dibangkitkan Ghazali itu boleh dinilai daripada perspektif berikut.

Pertama, ‘peperangan Mad Said dan Razif’ adalah pertentangan ‘peribadi’ bukan melibatkan parti.


Ahmad Said tidak mengkritik UMNO Terengganu atau BN sejauh ini. Beliau tidak menyerang UMNO tetapi mengkritik Ahmad Razif dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di atas kapasitinya sebagai Menteri Besar dan Perdana Menteri.

Ahmad Said tidak ‘menyerang’ Razif dan Najib atas kapasiti mereka sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden UMNO.

Ini jelas. Kenapa kaitkan UMNO dengan jawatan pentadbiran?

Jika dilihat kepada isu kritikan Ahmad Said kepada Ahmad Razif, khususnya pada soalan dan perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini, ia hanya membabitkan dasar dan pelaksanaan kerajaan. Tidak lebih daripada itu.

Ahmad Said tidak mencabar Ahmad Razif kerana sebab lain. Ini bermakna Ahmad Said  memisahkan dirinya daripada mengkritik Menteri Besar itu sebagai ketua UMNO negeri.

Kedua, apabila ADUN Kijal itu mengkritik Menteri Besar mengenai peruntukan di DUN Kijal yang ditarik balik dan diletakkan di bawah Pejabat Menteri Besar, ini juga berkaitan pentadbiran, bukan UMNO.

Pelantikan Penyelaras DUN di kawasan berkenaan tidak wajar kerana Ahmad Said bukan ADUN pembangkang tetapi ADUN UMNO dan Barisan Nasional. Wajarkah cara demikian?

Arahan Menteri Besar kepada pejawat awam yang agar bersekongkol dan mewujudkan kospirasi ini supaya bertindak sedemikian,  dilihat tidak kena kerana Ahmad Said dijadikan ‘anak tiri’ dalam pentadbiran Ahmad Razif.

Peruntukan yang disalurkan melalui Pejabat Menteri Besar ke DUN Kijal dan menyekat Ahmad Said mendapatkan peruntukan adalah tindakan pelik dan hanya berlaku di Terengganu.

Sekali lagi Ahmad Said tidak marahkan UMNO tetapi Pejabat Menteri Besar.

Ketiga, Ahmad Said mengkritik Ahmad Razif kerana menawarkan jawatan Timbalan Exco kepada beliau yang diibaratkan sebagai ‘hujan naik kelangit’ oleh seorang pemimpin UMNO negeri, tiada kaitan dengan UMNO negeri.

Ini membabitkan pentadbiran. Malah, menjadi pertanyaan di seluruh negeri, apakah Ahmad Razif memaklumkan kepada istana terlebih dahulu mengenai perubahan EXCO sebelum membuat pengumuman?

Ada pendapat mengatakan Ahmad Razif bertindak bersendirian dalam perubahan EXCO tanpa berbincang dan memaklumkan lebih dahulu kepada EXCO mengenai perubahan itu.

Beliau hanya mengumumkan perlantikan  kerana beliau ‘Menteri Besar’ tanpa meminta pandangan walau sepatah perkataan kepada Exco.

Begitu juga dalam pengumuman untuk lantik Ahmad Said. Ini urusan kerajaan, kenapa EXCO tidak diminta pandangan? Pandangan siapa Amhamd Razif ambil kira? Pandangan ‘tong sampah UMNO di Seberang Takir dan Kuala Terengganu’?

Keempat, Ahmad Said menunjukkan beliau sayang UMNO apabila tidak menyerang Pengerusi UMNO Negeri, walaupun tahu UMNO sedang bergolak membuktikan beliau sayangkan UMNO.

Kerana itu Ahmad Said mengatakan beliau kekal dengan partinya dan terpaksa keluar hanya jika dipecat. Namun amaran beliau, tidak akan sekali-kali merayu untuk diterima kembali. Itu pendirian Ahmad Said.

Jadi apabila Ahmad Razif merengek-rengek dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang enggan memecat Ahmad Said, jelas Ahmad Razif tidak faham kenapa keputusan itu ditangguhkan.

Ada sebab lain yang juga besar tetapi ia lebih kepada kepentingan survival UMNO di Terengganu yang mungkin difikirkan oleh Presiden UMNO dan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang lain, termasuk Datuk Seri Ahmad Shabery Chik dan Datuk Seri Idris Jusoh yang lebih mahir politik dari Ahmad Razif.

Yang tidak faham dan bangang pasal politik UMNO Terengganu hanya Ahli Majlis Tertinggi yang juga Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi keran itu dia beria-sia menyokong Ahmad Razif.

Jadi apabila semalam Ghazali menimbulkan isu pemecatan Ahmad Said daripada UMNO, ia menggambarkan kematangan beliau dalam menilai apa akan jadi kepada UMNO Terengganu jika Ahmad Said dipecat.

UMNO dan BN tidak boleh ada wakil hanya 16 kerusi di DUN. Ada perkara mustahak yang akan dilakukan tidak lama lagi yang memerlukan ‘simple majoriti’.

Ahmad Razif tahu ini dan kenapa tetap mahu buang Ahmad Said daripada UMNO?

Kenapa dia meroyan di mesyuarat Majlis Tertinggi begitu sekali? Apakah dia merasakan kedudukannya sebagai Menteri Besar kini sudah tidak ada harapan dan ‘as good as finished’?

"Kita melihat ahli-ahli dalam UMNO berpecah kerana keputusan dan kenyataan yang dibuat, dengan kerajaan negeri yang goyah dengan hanya majoriti dua kerusi, BN 17, PAS 14 dan PKR 1," kata Ghazali semalam.

Bagi Ghazali UMNO tidak boleh berpecah dengan pemecatan seorang wakil rakyat.

"Kita perlu mengetepikan perbezaan kita, sama ada kita suka atau tidak, dan menyatukan semua ahli dan wakil rakyat.

"Kita perlu membuat parti tempat di mana semua ahli bersatu dan bukan tempat untuk menakut-nakutkan rakyat dengan memecat mereka," kata Ghazali pada sidang media semalam.

Kini terpulanglah kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk menilainya.

Buatlah pilihan untuk ;gembirakan Ahmad Razif’ atau ‘kekalkan UMNO dan Barisan Nasional di Terengganu’.

Masa masih ada untuk memperbaiki UMNO Terengganu tetapi dengan syarat – mereka yang bertelagah mesti diketepikan.

Mungkin dengan nakhoda baru UMNO negeri boleh mengatasi krisis ini. Ini kerana ramai pemimpin di bahagian mahu melihat isu ini diselesaikan segera.

Ini yang perlu difikirkan oleh Presiden UMNO dan askarnya dalam Majlis Tertinggi, bukan membela seseorang yang kepimpinannya di negeri semakin 'hancus' dan semakin dipersoalkan!!!

Monday, 1 August 2016

GANTI Dakwa LPT2 Lengang Selepas Tol Berkuatkuasa

Oleh : Wan Mohd Faizul Wan Abas


Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) sebelum ini telah buat kenyataan media tentang ketidakwajaran tol dikenakan di LPT2.

Selepas itu, isu ini hangat diperkatakan dan dipaparkan dalam media arus perdana. 

Kenyataan orang politik sama ada di pihak pembangkang mahupun kerajaan, NGO-NGO serta orang perseorangan diketengahkan.

Tetapi sebaik sahaja Menteri Besar Terengganu membuat kenyataan rayuan supaya kerajaan pusat mengkaji kadar tol LPT2, isu ini seolah-olah disejukbekukan.

Ahmad Razif...wajar diganti
Barangkali penyejukbekuan isu ini sesuai dengan keadaan LPT2 sekarang yang terlalu lengang kerana pengguna lebuhraya beralih ke laluan Jerangau-Jabor dan laluan pantai.

Kerajaan negeri dan pusat harus prihatin keadaan ini.

Rakyat seolah-olah memberi signal yang jelas bahawa tol yang dikenakan sangat membebankan.

Perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan keadaan ini ialah RAKYAT MEMBOIKOT PENGUATKUASAAN TOL DI LPT2.

Tinjauan rambang *GANTI* terhadap pandangan pengguna lebuhraya LPT2 mendapati memang mereka memboikot LPT2 setelah diumumkan tol berkuatkuasa.

Tidak kurang yang mengaku bahawa mereka tidak pernah sekalipun menggunakan LPT2 semenjak tol dikenakan.

Saya juga mendapat maklumat bahawa sehingga kenyataan ini ditulis, Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu belum membincangkan lagi rayuan Encik Ahmad Razif selaku Menteri Besar Terengganu kepada kerajaan pusat berkenaan kadar tol.

Saya kira ini gambaran jelas bahawa Razif hanya bermain kata dan cuba menjadi hero dalam isu ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau prihatin terhadap nasib rakyat, padahal tidak ada satu pun tindakan konkrit pun dibuat.

Saya kira tindakan Razif itu tidak menggambarkan rakyat Terengganu berhak ke atas kemudahan awam yang lebih baik dan percuma hasil dari pendapatan royalti minyak selama berpuluh tahun dari bumi Darul Iman ini.


Kesimpulannnya, Razif dan Umno Barisan Nasional harus diganti ke arah mewujudkan Terengganu sejahtera dan lebih bermaruah.