Showing posts with label Iktiraf. Show all posts
Showing posts with label Iktiraf. Show all posts

Thursday, 5 August 2010

Anugerah Tertinggi Untuk Ahmad Said


Anugerah ini bukan sebarang anugerah.

Bukan nak menyombong atau mendabik dada apabila mengatakan begini. Ia anugerah sebagai pengiktirafan pentadbiran Ahmad Said selama dua tahun menjadi Menteri Besar.

Ternyata Tuanku Mizan Zainal Abidin – DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang juga Sultan DYMM Sultan Terengganu turut mengiktiraf kepimpinan dua serangkai – Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kita kena baca di sebalik penganugerahan itu.

Bukan sekadar melopong tenguk Ahmad Said kini menjadi Dato’Seri. Bukan sekadar melopong tengok pingat disematkan di dada anak Kijal Kemaman itu.Bukan itu dan pastinya bukan sekadar itu.

Orang putih kata kalau baca buku atau makalah kena read between the lines ( apa makna tersirat). Kena faham apa disebalik penganugerahan atau pengurniaan darjah kebesaran sempena Ulang Tahun ke 48 Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu pada 20 Julai lalu.

Lagi satu, majlis ini jelas menujukkan bahawa anugerah juga ada darjatnya.

Bandingkan apa makna dua Dato’Seri Darjah Seri Setia Sultan Mahmud (S.S.M.T) dan Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu atau S.S.M.Z.

Memang kedua-duanya membawa gelaran Dato’Seri dan isteri penerima bergelar To’Puan Seri.
Namun, berdasarkan anugerah ini daripada Tuanku Mizan, sudah pasti pingat S.S.M.Z. lebih bermakna dan lebih tinggi.

Tidakkah ini menunjukkan Tuanku Mizan meletakkan pengurniaan kepada Dato’Seri Ahmad Said lebih tinggi daripada adiknya sendiri – YAM Tengku Sri Temenggong Raja?

Berbalik kepada isu dua serangkai yang diiktiraf kepimpinan mereka oleh Tuanku Mizan, iaitu Dato’Setia Mazlan Ngah.

Beliau adalah penerima solo darjah Dato’Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu atau D.S.S.M. yang bermakna lebih tinggi daripada gelaran yang sudah diterima beliau sebelum ini iaitu DPMT.

Hakikatnya, bagi yang mengerti-mengertilah tetapi bagi yang buta hati dan terus menerus melihat Ahmad Said sebagai manusia kerdil, apa nak buat?

Kalau dah kepala macam tu macam tulah...kepala kereta api tidak akan boleh berjalan di jalan raya. Ia mesti pakai rel.

Kalau yang pakai gas taka pa. Ini kereta api pakai arang batu...berasap hitam.

Begitulah keadaannya dengan mereka kepala asap hitam tak reti nak menilai d mana kedudukan Ahmad Said di hati Tuanku Mizan.

Sedangkan pengiktirafan kepimpinan yang menekankan pentadbiran berslogankan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan sangat penting bagi memaju ekonomi Terengganu yang kini tidak lagi bergantung kepada minyak dan gas.

Maknanya, duit mudah dan duit anugerah Allah dari perut bumi dan perut laut tidak semewah ketika bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh memerintah.

Kerana itu Ahmad dan Mazlan sedaya upaya berusaha merangka pentadbiran yang cekap dan amanah untuk menjamin rakyat Terengganu terus dibela.

Sebagai ketua negeri, Tuanku Mizan tidak mengharapkan orang lain. Anugerah adalah sebagai pengiktirafan dan galakan kepada kedua-dua mereka bahawa apa juga cabaran dan ganggu-gugat, mereka berdua perlu teruskan mentadbir negeri.

Terengganu bukan lagi tempat untuk ‘perompak’ dan ‘penyamun’ duit wang ihsan sebaliknya adalah negeri berkebajikan yang meletakkan kepentingan rakyat segala-galanya!

Untuk mereka yang berangan-angan nak kaya cepat atau marah kerana tidak ada lagi projek, breklah sikit.

Jangan marah Ahmad Said, segala-galanya kerana beliau memikul amanah dan titah Tuanku.

DAULAT TUANKU!