Sebelum melangkah lebih
jauh, ada dua isu yang sewajarnya dilihat dengan teliti oleh Kerajaan Negeri
pimpinan PAS Terengganu sekarang.
Ini
bukan main-main. Ia melibatkan wang rakyat dan ‘khianat terhadap rakyat
Terengganu’.
Pertama
isu kehilangan wang RM432 juta daripada bayaran royalti minyak oleh Petronas
dan Kerajaan Pusat pada tahun 2000 kepada kerajaan negeri.
Kesan
daripada ini Putrajaya memutuskan royalti dihentikan dan digantikan dengan Wang
Ihsan.
Kedua
ialah kes saman berkaitan kontrak membalak sekitar RM1 bilion (RM1,000 juta) oleh Syarikat Riyapadu Sdn
Bhd (Riyapadu).terhadap kerajaan negeri yang belum selesai.
Sebagai rekod, penerbangan balak
berkenaan bagi tujuan membina empangan kedua mengambil hasil hutan di kawasan
seluas 16,587 hektar di Mukin Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu yang mana
telah dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum 1999 duhulu.
Kedua-duanya
melibatkan jumlah yang besar dalam
konteks wang rakyat Terengganu.
Menteri
Besar, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dan
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk A. Rahman
Yahya jangan
cuba ‘menyorok dua isu besar ini di bawah permaidani’.
Dengan
kedudukan di mana kantong Kerajaan Negeri dikatakan hampir kosong (tiada peninggalan banyak oleh
Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini), kerajaan PAS mungkin hanya boleh membayar gaji kakitangan awam
negeri itu setakat Julai, dua isu ini juga akan menjadi ‘ancaman getir’ kepada
kerajaan PAS Terengganu.
Dengan
dua isu ini semakin menghambat kerajaan PAS pimpinan Dr Ahmad Shamsuri, adalah
elok jika dua isu di atas yang dianggap ‘tunggakan lapuk’ kerajaan PAS
terdahulu diambil kira dan perlu diselesaikan.
Jangan
lupa kerajaan PAS terdahulu adalah pimpinan Presiden PAS sekarang, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang. Sebagai bekas Setiausaha Politik Hadi sebelum ini, Dr Ahmad
Shamsuri perlu membersih imej bekas bosnya!
Amat
nyata dua kes ini menjadi pertanyaan rakyat Terengganu terhadap sejuah mana bersih
dan integriti kerajaan pimpinan PAS dahulu dan sekarang..

Apakah duit rakyat akan digunakan
untuk membayar saman RM1 bilion?
Jika tidak apakah cukup untuk PAS
atau Hadi membayarnya jika benar ia ada
kira-kira RM200 juta yang diberikan oleh UMNO!
Saman yang dibuat oleh syarikat konsesi balak iaitu
Riyapadu terhadap kerajaan negeri kerana menamatkan perjanjian penerbangan
balak di Tasik Kenyir yang ditarik balik ketika PAS memerintah Terengganu.
Jangan lupa, Kerajaan Negeri kalah
dalam saman itu dan telah diputuskan oleh mahkamah agar membayar sebanyak RM
1.0 bilion kepada Riyapadu walaupun ada usaha untuk berunding untuk
mengurangkan kadar bayaran itu’.
Yang nyata akibat daripada
pengurusan yang tidak cekap (kerajaan PAS) dengan menamatkan kontrak atau
perjanjian konsesi tersebut dan rakyat Terengganu – termasuk yang tidak
menyokong PAS - menanggungnya hari ini.
Dalam
konteks wang royalti, seperti disebut oleh bekas wartawan, Hambali Abdul Latiff
melalui Facebooknya, dalam kesibukan SPRM menyiasat
kes-kes penyelewengan wang rakyat, tidak bolehkah siasatan dibuka semula
terhadap kehilangan wang RM432 juta - Wang Royalti - ketika kepimpinan PAS
Terengganu 2000-2004?
Katanya,
wang yang tidak diketahui hilangnya berlaku ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menjadi menteri besar Terengganu.
Hambali
mengemukakan pertanyaan, “Bagaimana wang rakyat Terengganu sebanyak itu boleh
dipejamkan mata begitu sahaja?”
Kata
Hambali, memang kes ini tidak besar berbanding penyelewengan dalam isu 1MDB,
Felda atau sebagainya yang berbilion ringgit. Namun RM432 juta pada awal tahun
2000 jika dinilai dengan kedudukan mata wang sekarang, ia lebih RM1bilion,
Malah,
katanya kehilangan wang ini jauh lebih besar daripada tuduhan kononnya
pemimpin PAS sekarang menerima wang 1MDB sebanyak RM90 juta dan ada mengatakan
sampai RM200 juta.
Masa
belum lama bagi kes RM432 juta itu. Ia berlaku 18 tahun lalu dan Perdana Menteri sekarang - Tun Dr Mahathir
Mohamad - juga adalah Perdana Menteri ketkia itu dan semestinya kes ini masih
diingati dengan jelas oleh ‘orang tua 92 tahun itu’.
Apakah
Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri akan terus menyepikan diri?
Apakah
mereka tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap wang yang hilang kira-kira
RM2 bilion itu?
Rakyat Terengganu perlu melihat kes ini dengan teliti kerana ia membabitkan wang mereka!