Menteri Besar di TV1 mengenai pesta makanan dan buah-buahan tahun lalu.
Apa dah jadi dengan Pesta Makanan dan Buah-Buahan Terengganu?
Nampaknya pokok durian, rambutan, manggis dan duku di Terengganu tak berbuah tahun ini. Dan pastinya Stadium Nasional taklah meriah seperti tahun lalu.
Penulis baru-baru ini melalui jalan berhampiran Stadium Nasional Bukit Jalil ketika pulang menghantar kereta sewa di Sri Kembangan. Lantas terlintas balik semua acara dan cakap-cakap pesta 1T3F tahun lalu.
Memang benar 10,000 datang malam 1 Ogos 2009 itu. Bangla, Pakistan, India dan Myanmar pun turut kenyang. Ada orang Kuala Lumpur dan Selangor yang tak ada kena mengena dengan Terengganu pun boleh bawa balik durian.
Program dipenuhi dengan acara makan buah-buahan dan makanan tempatan selain diselang-seli dengan persembahan rakyat dan kebudayaan serta huburan.
Beberapa artis Terengganu seperti Salim, Ameng, Adnan Othman, Faizal AF, Hafsah Jusoh yang berasal dari Terengganu menyerikan majlis.
Program melibatkan semua daerah di negeri ini di mana setiap Pegawai Daerah akan diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan makanan serta produk yang menjadi identiti daerah masing-masing.
Antara makanan yang akan disediakan termasuk nasi dagang, laksa, ketupat sotong, rojak kateh, pulut nyor, bekam, otak-otak dan banyak lagi.
Ia dilangsungkan di pekarangan Tempat Letak Kereta B, Stadium Bukit Jalil 1 Ogos ini sebagai meraikan tetamu kehormat – anak-anak Terenganu di perantauan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap malam itu berjanji akan menjadikan pesta ini acara tahunan.
Ia sebagai merapatkan hubungan rakyat Terengganu di Lembah kelang dan juga dengan mereka yang ada di Terengganu.
Malah kepada penganjur Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PESAT), Ahmad Said ada beri habuan.
Tetapi entah mengapa tahun ini pesta tahunan yang dijanjikan itu tidak berlaku lagi.
Janji Menteri Besar tinggal janji. Penulis tidak menyalahkan MB tetapi penganjurnya di mana?
Penulis ingin ulangi - Mungkin pokok durian, rambutan, duku dan manggis di Terengganu rending tetapi tidak berbuah.
Atau mungkinkah kerana penganjur dah dapat apa yang dicari, pesta tidak berguna lagi!
No comments:
Post a Comment