Monday, 10 March 2014

FBI, China Bantu Negara Selidik Latar Belakang 239 Penumpang MH370

Selain bantuan aset dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Amerika Syarikat dan China turut menghulurkan bantuan dalam siasatan kehilangan "misteri" pesawat itu.

Bagi menjawab misteri kehilangannya, kerajaan Malaysia menjalankan siasatan secara fragmentasi dengan menyelidiki latar belakang 239 penumpang MH370.

Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan pihak berkuasa China akan turut membantu pihak berkuasa negara.

Penyelidikan latar belakang itu merangkumi hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rekod identiti dan cap jari dari sistem biometrik para penumpang.

Siasatan itu dijalankan setelah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman semalam mengesahkan dua daripada penumpang MH370 menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria.

Hishammuddin berkata keputusan siasatan itu akan diumumkan dalam beberapa hari dan meminta semua pihak bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kehilangan pesawat itu.

Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi. Sebanyak 36 pesawat dan 40 kapal laut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat itu melibatkan Malaysia dan pelbagai negara.

Hari ini masuk hari ketiga operasi, lebih daripada 60 jam berlalu tanpa sebarang tanda pesawat itu ditemui.

Malah Ketua Penguatkuasa Wilayah Marin Timur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)Datuk Nasir Adam berkata ujian sampel tompokan minyak ditemui di Laut Cina Selatan semalam, menunjukkan ia bukan minyak pesawat tetapi minyak kapal laut.

Bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama Datuk Alias Ali Meninggal

Bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama Datuk Alias Ali, 75, meninggal dunia pagi Isnin kerana penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak 2010.

Alias meninggal dunia di rumah anaknya di Prima Villa, Kemensah Heights, Ampang di Kuala Lumpur,  pada kira-kira 9 pagi ini, menurut menantunya Yantie Ismail, 34, di Kuala Lumpur hari ini.
Yantie, yang merupakan pengurus komunikasi korporat bahagian pemasaran Qualitas Medical Group, berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kemensah selepas Zohor, dan sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al-Iman.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Toh Puan Ramlah Datuk Abdul Rahman, tiga anak perempuan dan dua anak lelaki serta 15 orang cucu, katanya.

Alias yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama selama tiga tahun sejak 1987, sebelum itu menyandang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Negara dan Luar Bandar pada tahun 1986.

Anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu pernah bertugas dalam bidang kewartawanan, bermula sebagai wartawan Berita Harian pada 1957 sebelum berpindah ke Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang Berita pada 1968 hingga 1970.

Berkelulusan diploma dalam penulisan kreatif dari Iowa State University, Amerika Syarikat pada 1966, beliau pada 1970 berpindah ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai Ketua Penyunting sehingga 1978.

Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan dengan Bernama untuk bertanding dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Ulu Terengganu dan menewaskan calon PAS Mohd Ghazali Ahmad dengan majoriti 4,370 undi.

Beliau telah mempertahankan kerusi itu untuk empat penggal sehingga pilihan raya umum 1995, apabila beliau tidak bertanding.

Alias juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Bank Pertanian dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), iaitu dari 1991 hingga 1997.

Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai Naib Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) pada tahun 1960.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Ulu Terengganu (1950), dan Pengerusi Umno Bahagian Ulu Terengganu bagi penggal 1978 hingga 1980.

Wednesday, 5 March 2014

Mat Sabu 'Raja Seks' & Pembekal Pemuas Nafsu Untuk Perwakilan PAS?


Saya tidak mahu percaya berita ini.

Namun ia menarik untuk diketahui.

Betul atau tidak betul biarlah mereka yang membuat dakwaan dan yang dituduh menafikannya.

Terserahlah kepada keadaan.

Walaupun saya tidak pernah bersetuju dengan Mohd Sabu dalam banyak perkara, namun tuduhan bahawa beliau ‘Raja Seks’ adalah tuduhan berat.

Benar beliau pernah ditangkap khalwat dengan pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Bharu tetapi tak kanlah selepas hampir 20 tahun Mat Sabu tidak insaf-insaf.

Berita yang dibawa dari Kajang bahawa Mat Sabu bukan sahaja ‘meratah’ wanita PAS tetapi juga pembekal pemuas nafsu di Muktamar PAS sejak beberapa tahun lalu memerlukan pemikiran yang waras untuk mempercayainya.

Namun, satu ceramah di Taman Melati, Kajang, Selangor pada 2 Februari lalu sangat mengejutkan.

Jika benar, tidak tahulah kita jenis pemimpin apa Mat Sabu ini dan jenis parti apa PAS yang didokonginya.

Satu ceramah (lihat video) mengatakan antaranya, Normah mengaku telah bertaubat nasuha. Ini kerana ketika ditangkap dengan Mat Sabu, dia langsung tidak rasa bersalah kerana yakin beliau berjuang kerana Allah.

Selain itu, Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT" .

Sementara suami yang mengzinkan perbuatan isteri tersebut juga mendapat pahala Fisabilillah. Ceramah berkenaan turut mendedahkan bahawa ‘fahaman bahaya ini telah menular di dalam PAS sebagaimana Normah mendakwa Mat Sabu telah menggunakan wanita-wanita pelayan nafsu untuk melayan nafsu serakah perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS pada tahun 2011.

“Ia sebagai habuan untuk mendapatkan undi menjadi Timbalan Presiden PAS, menewaskan Ust Nasharudin Mat Isa.”


Kelu dengan isi ceramah ini.

Harap akan ada pihak yang mengatakan isi ceramah ini tuduhan semata-mata dan Mat Sabu serta Mahfuz Omar bangkit menyaman penceramah.

Jika berdiam diri maka BENARLAH apa yang didakwa oleh penceramah berkenaan!

hambali1