Thursday 21 January 2010

T' GANU DALAM PERSEKUTUAN 1948

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 juga telah mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. [1] Raja-raja Melayu telah diberikan semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-masing seperti sebelum perang.

Sebelumnya Terengganu adalah Negeri Merdeka dibawah pemerintahan DYMM Sultan Terengganu dengan mempunyai kuasa memerintah termasuk melantik Menteri Besar dan Jemaah Menteri mengikut kuasa perundangan. Terengganu yang mempunyai perlembagaan bertulis sejak 1911.

Semasa menyertai perjanjian persekutuan 1948, Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dipinda, beberapa kuasa mutlak raja dikekalkan termasuk kuasa melantik menteri besar dalam undang-undang diatas serta tambahan 1948.

Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu melantik Menteri Besar.. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional. Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.

Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Termasuk Terengganu.

Sultan mempunyai kuasa melantik seseorang Menteri Besar dari kalangan yang baginda dapati sesuai dan untuk melantik seseorang Menteri Besar di bawah Klausa 4 itu, baginda boleh mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri jika pada pendapat baginda ini sesuai dan berpatutan.

Kenyataan diatas dapat dirujuk kepada Perlembagaan Negeri Terengganu (Undang-Undang Diri Negeri Terengganu 1911 & 1948) sebagaimana dibawah;

PERUNTUKAN DIBAWAH UNDANG-UNDANG DIRI NEGERI TERENGGANU 1911 FASAL 29(kuasa lama YANG DIKEKALKAN))MEMILIH DAN MENJADIKAN MENTERI BESAR DAN NAIBNYA ADALAH SEMATA-MATA HAK BAGI SULTAN

PADA UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU TAMBAHAN 1948 (dibuat kerana menandatangani perjanjian persekutuan 1948) DIBAWAH FASAL 14(4) (Pindaan 1948 ) TAKALA MELANTIK SEORANG MB MAKABOLIHLAH DYMM MENGIKUT TIMBANGAN BAGINDA SENDIRI, MENINGGALKAN MANA-MANA SYARAT DALAM FASAL 10 YANG MENGHADKAN PILIHAN BAGINDA AKAN MB ITU JIKA SEKIRANYA PADA FIKIRAN BAGINDA MUSTAHAK MENINGGALKANYA.

Dalam satu artikel di Utusan Melayu pada Mac 2008, Profesor Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan Jadual 8, Seksyen 1(2)(a) dan Perlembagaan Negeri menjelaskan bahawa pelantikan Menteri Besar ialah kuasa budi bicara.

Bagaimanapun katanya, budi bicara itu bukanlah mutlak. sultan/raja terikat dengan dua pertimbangan iaitu Menteri Besar perlulah Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga seseorang yang mengikut pandangan dan pertimbangannya boleh menguasai keyakinan majoriti ahli-ahli DUN (Terengganu, Artikel 14(2)(a).

Dalam keadaan di mana sesebuah negeri itu mempunyai kemenangan yang jelas kata Shad, kuasa budi bicara ini menjadi luas, subjektif dan bukan mutlak.

Keyataan di atas ternyata bercanggan bercanggah dengan Undang-Undang bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu 1911 dan 1948 sebagaimana diterangkan dan kenyataan Dato’ Seri Utama Rais Yatim dalam akhbar Berita Minggu 8 Mac 2009 sebagaimana berikut :-

Satu daripadanya adalah kuasa diraja. Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional. Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.


[1] Zakiah Hanum Hj. Abdul Hamid, et.al, Hari Ini Dalam Sejarah,Jilid II, Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 1981, hlm 6.Lihat juga Puteh Mohamed & Malik Munip, The Development of National Education System dalam Malaysia In History, Kuala Lumpur: Malayan Historical Society,1985, hlm 87.

No comments:

Post a Comment