Thursday 14 January 2010

HANYA MUHYIDDIN MAMPU SELAMATKAN TERENGGANU

(Bahagian Pertama)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa
Dato’ Ahmad Said akan kekal memegang jawatan Menteri Besar.


Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, isu pertukaran
Menteri Besar Terengganu tidak pernah berbangkit sebelum ini berkata
semasa dalam lawatan ke Terengganu pada 16 Mei 2009.


Kenyataan keramat ini telah menukarkan senario politik Terengganu. Keyakinan rakyat kepada Ahmad lagi meningkat. Kemarahan rakyat kepada kumpulan penentang makin membuak-puak !

Selepas peristiwa ini hanya tinggal 3 sahaja lagi 'hard core' budak hitam yang meneruskan siri penentangan semata-mata bersifat dendam dan kepentingan peribadi.


Kenyataan Muhyiddin itu talah mematikan keyakinan kumpulan penentang
yang sebelum ini ‘percaya’ pelbagai fitnah yang dicipta akan berjaya menjatuhkan Menteri Besar.

Perkara ini diwar-warkan oleh ADUN penentang yang mendesak supaya Ahmad diganti ekoran Kemelut politik Terengganu yang dicipta kumpulan mereka sendiri apabila 10 ADUN BN tidak menghadiri sidang DUN setelah tiga daripada mereka kononya menerima SMS yang berunsur ugutan yang dicipta oleh kumpulan mereka sendiri.

Pengesahan Timbalan Perdana Menteri ini telah menimbul kemarahan yang amat sangat kepada kumpulan penentang dengan menafikan sekeras-kerasnya berita di atas dan sebagaimana sebelum ini menggunakan blog pembantu kepada ADUN Penentang untuk mensensasikan keadaan. Kini ADUN berkenaan ialah Pegawai Khas Hisham.

Dikatakan oleh kumpulan penentang, kononnya ‘berita’ berkenaan merupakan konspirasi terancang dan pembohongan jahat ‘dalang’ yang berselindung di sebalik kepentingan peribadi dan usaha menyembunyikan rasa ‘nak terkencing terberak’ mereka. Kali ini dibuat dengan menggunakan media @ orang-orang media.

Kata kumpulan penentang lagi bahawa Ini merupakan konspirasi terancang dan pembohongan jahat kali kedua dalam siri mempertahankan Mat Said supaya kekal sebagai MB Terengganu selepas isu sms ugutan.

Konspirasi SMS Ugutan diikuti dengan kejayaan kumpulan penentang dengan Dato' Sri Najib menamatkan khidmat Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu pada 14 Jun 2008……selesailah babak pertama.

Pelik juga tindakan UMNO kepada Ahmad Said , sedangkan di Perlis walaupun kumpulan Dato' Seri Shahidan Kassim bergaduh dengan kumpulan Dr. Mat Isa Sabu tetapi Dr. Isa tetap dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis. Kenapa Presiden UMNO tidak hantar Naib Presiden UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis?

Adakah kerana Perlis tidak memberi keuntungan kepada calon Naib Presiden kerana Perlis ada tiga Bahagian UMNO sahaja sedangkan Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu mempunyai banyak UMNO Bahagian? Atau Perlis kumpulan penentang tak ada rancangan untuk tukar Menteri Besar ? Atau Terengganu ada Petrolium yang boleh menjana kekayaan ?


Puak penentang tidak "tidur malam" , babak kedua ialah proses penyingkiran Ahmad Said dari kerusi Menteri Besar dimulakan dengan penyebaran luas berita kononnya Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said akan ditukar pada 12 Mei 2009.

Berita ini disebarkan di Kuala Lumpur. Orang di Terengganu mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Punca berita dikatakan terpancut keluar daripada mulut Ketua Perhubungan UMNO Terengganu yang dilantik oleh Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa Menteri Besar Terengganu akan diganti.

Kalau bohong saya (kata Hambali dalam blognya), bohonglah beberapa orang penting akhbar arus perdana.

Katanya lagi bahawa Hishamuddin dalam pertemuan dengan sekumpulan kecil wartawan memberi hint berkenaan dan orang penting surat khabar bercakap mengenai perkara ini di mana-mana. Punca sebenar Ahmad Said mahu digantikan dikatakan dikaitkan dengan beberapa siri desakan 10 ADUN yang tidak berpuashati dengan Ahmad Said.

Persoalannya apakah Perdana Menteri ikhlas ingin menyelesaikan kemulut politik Terengganu ?

Kunci ada ditangan Perdana Menteri. Daripada peringkat awal majoriti wakil rakyat menentangnya, Ahmad Said mampu bertahan. Kini hanya ada tiga budak hitam,

Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO pasti mampu memanggil tiga mereka dan mengarahkan mereka ‘STOP ! ’ atau berhenti menentang Ahmad Said dan kembali kepangkal jalan sebagaimana enam bekas budak hitam demi memastikan Terengganu tidak jatuh pada PRU 13 nanti. PRU 13 ini amat penting kepada Najib untuk mendapat mandat sebagai Perdana Menteri.

Lagikan semasa pertandingan majlis tertinggi yang lalu, Najib mampu ‘STOP’ atau menghalang Jawatan Timbalan Presiden UMNO yang akan ditandingi secara tiga penjuru diantara Muhyiddin Yassin, Ali Rustam dan Muhammad Muhd Taib. Walaupun begitu bersungguh-sungguh nampaknya ketiga-tiga calon berusaha untuk menempatkan diri mereka bersama-sama dengan para pelobi-pelobi mereka.

Akhirnya salah seorang daripadanya terpaksa digantung keahlian UMNO,

Begitulah “POWER” Presiden UMNO!

Kenapa Dato’ Seri Najib tidak menggunakan kuasanya untuk menghalang penentangan wakil rakyat UMNO terhadap Ahmad Said ?

Tindakan tiga budak hitam yang lebih ganas bau-baru ini mungkin telah mendapat 'consent' daripada ' bos' mereka sebelum meledakkan bom kepada Ahmad Said dalam sidang DUN Terengganu Disember 2009 yang lalu ? Mereka juga dikatakan telah mengadakan pra- mesyuarat DUN sendiri di Hotel Felda sebelum Sidang DUN Disember lalu bermula.

Walau bagaimanapun tindakan 'pengeboman' semasa sidang DUN itu ada rahmatnya, telah membolehkan mereka yang mencari kebenaran mengajukan persoalan " kenapa ADUN Pas diam je ?...tetapi ADUN UMNO (3 budak hitam) bising kepada MB...ini pasti kepentingan peribadi !. "

Pastilah penghormatan kepada Ahmad Said sebagai MB semakin meningkat atas ketidakrasinalan dan kenakalan 3 budak hitam.

Sekiranya Dato’Seri Najib ikhlas, beliau akan mengarahkan saja tiga budak hitam itu “STOP” dari menentang Ahmad Said. Kunci ada pada tangan Najib.

Apakah yang tidak kena Ahmad Said kepada Najib ?

Tidak ada apa yang tidak kena. Sebagai anak melayu, sudah pasti Ahmad Said tidak menderhaka kepada Rajanya. Sebagai ahli UMNO wajib menghormati Presiden Parti sebagaimana mengikut lunas-lunas yang dicatat dalam perlembagaan parti.

Najib pasti bukannya seorang pendendam, walaupun sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu gagal membantu Pak Lah 'convince' Pemangku Raja Terengganu untuk tidak melantik Ahmad sebagai MB. Buktinya jelas apabila mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selepas peristiwa ini, menerima Ahmad sebagai MB.

Lebih-lebih lagi dalam usia 18 tahun, Ahmad Said telah menjadi ahli UMNO dan memegang jawatan penting di cawangannya. Ditambah lagi dalam semua wakil rakyat BN di DUN Terengganu , beliau lah yang paling senior.

Ditambah lagi dengan pengalaman Ahmad sebagai Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Negeri, Exco Pemuda Malaysia dan sebagai nya, Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Tadbir Negeri dan pelbagai lagi.

Nota : Selayaknyalah Tan Sri Muhyiddin menjadi Pemimpin Tinggi UMNO, sanggup berkata yang makruf bagi menyelesai kemungkaran politik Terengganu dan tidak berpihak !

No comments:

Post a Comment