Apakah Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie
sengaja ‘mengundang padah’ apabila hari ini seakan-akan membela Datuk Seri Ahmad Said?
Dengan mengatakan bekas Menteri Besar itu sebagai seorang
pejuang UMNO, Mohd Jidin meletakkan dirinya untuk diserang oleh mereka yang
‘tidak gemarkan’ Ahmad Said.
Lebih jauh apakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Permaisuri itu kini ‘menggali kuburnya
sendiri’ apabila menegaskan bahawa Ahmad Said sayangkan Umno?
ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga Pengerusi Jawatankuasa
Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri dalam kenyataannya hari ini
agak seiringan dengan apa yang dikatakan oleh Mohd Jidin.
Beliau amat yakin
bahawa Ahmad Said mempunyai semangat kesetiaan
kepada UMNO yang kuat.
“Datuk Ahmad Said
datang (Sidang DUN) sebagai wakil rakyat BN (ADUN Kijal) dan komitmen kepada
parti tak pernah pudar dari diri dia. Cuma orang yang menyatakan sedemikian
rupa dan ia tidak betul.
“Padahal semangat UMNO dalam diri Ahmad Said masih kuat. Provokasi
yang seolah-olah mahukan UMNO berpecah, padahal kita tidak ada apa-apa
masalah,” katanya kepada media di luar Sidang DUN di Wisma Darul Iman, hari ini.
Sedangkan, ketua-ketua Bahagian UMNO lain, sama ada sunyi
sepi dan tidak berani ‘membela Ahmad Said’ atau terang-terangan menyatakan sokongan kepada
Ahmad Razif Abdul Rahman.
Mohd Sabri...sokong Ahmad Razif |
Secara nyata Ketua UMNO Kuala Terengganu dan UMNO Besut
menyatakan sokongan kepada Ahmad Razif. Sementara Ketua UMNO Bahagian Dungun
memang diketahui ‘tidak gemar’ dengan Ahmad Said.
UMNO Bahagian Kuala Terengganu mempertahankan
kepemimpinan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman menolak kritikan oleh Ghazali baru ini.
Ketuanya Datuk Mohd Sabri Alwi, berkata persoalan
ditimbulkan Ghazali tidak relevan kerana Ahmad Razif membawa pelbagai pembaharuan
dalam pentadbiran kerajaan negeri selain menyelesaikan banyak isu rakyat dalam
tempoh dua tahun pentadbirannya.
"Mengikut sejarah, siapa sebenarnya gagal? Dahulu
negeri ini ditadbir oleh Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut
dengan memegang 24 kerusi di DUN. Selepas diambil alih oleh Datuk Seri Ahmad
Said, Barisan Nasional (BN) hilang tujuh kerusi sebelum kepemimpinan negeri
diterajui Ahmad Razif.
"Sehubungan itu, kita tidak boleh menyalahkan Ahmad
Razif kerana beliau mengambil alih kerajaan negeri ketika BN cuma ada 17
kerusi," katanya kelmarin.
Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad berkata beliau tetap
menyokong kepemimpinan Menteri Besar Terengganu dan berharap beliau dapat
meneruskan tugas mentadbir negeri ini dengan lancar dan berkesan.
Nawi...berdiri teguh |
Malah, UMNO Besut berdiri teguh sambil berikhrar untuk
mempertahankan Ahmad Razif daripada digugat dalam meneruskan pentadbiran
sebagai ketua kerajaan negeri.
Sementara Ketua UMNO Hulu Terengganu, Datuk Jailani
Johari tidak terbabit sangat dengan politik negeri kerana menjadi Timbalan
Menteri di peringkat Pusat.
Ketua UMNO Marang, A Latiff Awang pula dilihat lebih menjaga kedudukannya
dan tidak bersuara banyak, waalaupun nampak dejat dengan Ahmad Razif.
Menurut Mohd Jidin hari ini, walaupun terdapat pihak
menganggap Ahmad Said sebagai 'punca' kepada kemelut politik di negeri itu
segala andaian yang timbul - kononnya ada usul undi tidak percaya - juga tidak
berhasil apabila Ahmad Said datang ke sidang DUN hari ini tanpa membuat
sebarang 'kejutan'.
Kerana itu bekas Ahli Parlimen Setiu itu amat yakin bekas
menteri besar Terengganu itu memang pejuang yang sayangkan Umno.
Katanya, sidang DUN hari ini juga dihadiri oleh kesemua
17 orang ADUN Umno, sekaligus menafikan dakwaan akan ada ADUN yang memboikot
sidang DUN tersebut.
"Ada tanggapan yang mengatakan Ahmad Said mungkin
tak datang hari ini dan mungkin akan bawa usul, tapi semua itu tak ada. Ahmad
Said datang dan tak bawa usul. Jadi habislah (isu kemelut di Terengganu).
"Tuduhan orang tak betul. Hari ini semua 17 (ADUN
Umno) datang, jadi nak kata apa? Ahmad Said seorang ahli Umno, seorang pejuang
Umno, bekas menteri besar, bekas pengerusi perhubungan Umno, bekas majlis
tertinggi.
"Mat (Ahmad) Said ni mudah, hati dia lembut. Dia
sayang Umno," katanya yang mengakui telah lama mengenali ADUN Kijal itu.
Mohd Jidin berkata demikian ketika ditemui Malaysiakini selepas
sidang DUN di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Beliau yang adalah
EXCO kerajaan negeri di mana sebelum ini
disebut antara bakal menjadi menteri besar Terengganu sekiranya Menteri Besar
Ahmad Razif Abdul Rahman disingkirkan.
Selain itu, EXCO perumahan dan kerajaan tempatan itu
turut memberitahu bahawa beberapa wakil rakyat Terengganu telah berjumpa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan 'kemelut' negeri itu pada
Sabtu lalu.
Namun beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai
pertemuan tersebut.
Susulan pertemuan bersama Najib, Mohd Jidin menganggap presiden
Umno itu sebagai seorang yang terbuka kerana sanggup meluangkan masa untuk
berjumpa dengan beberapa ADUN dari Terengganu walaupun dalam keadaan sibuk.
"Sebahagian besar pada 6 Ogos lalu bertemu dengan
Perdana Menteri. Kita (ADUN) jumpa dulu. Kita pergi berbincang dan minta
pandangan daripada dia (Najib) dan mungkin akan dipanggil sekali lagi.
"Perdana menteri sangat terbuka. Walaupun sibuk atau
dah lewat dia akan jumpa juga," katanya lagi.
Malaysiakini difahamkan, Ahmad Said didakwa tidak dipanggil
untuk bertemu Najib pada sesi tersebut.
Selain itu, ditanya sama ada beliau mengetahui sekiranya
Ahmad Said akan 'meninggalkan' parti, Mohd Jidin berkata perkara itu tidak akan
berlaku kecuali dipecat oleh Umno.
Bekas ahli parlimen Setiu itu juga memberitahu, hubungan
antara Ahmad Razif dan Ahmad Said juga 'baik' memandangkan kedua-duanya
mengamalkan sikap terbuka.
"Tak ada (Ahmad Said cakap nak keluar parti). Akan
terus berada dalam parti kecuali dia kena buang," katanya lagi.
Sebelum ini, Ahmad Said yang merupakan bekas menteri
besar Terengganu dilaporkan sekali lagi mengancam keluar Umno dan akan
bekerjasama dengan PAS.
Beliau hanya perlu sokongan seorang lagi wakil rakyat BN
untuk membolehkan perkara itu berlaku.
Umno mempunyai 17 kerusi manakala pembangkang pula 15
kerusi dalam DUN.
Sebelum ini, Speaker Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul
undi tidak percaya Ahmad Said kerana tidak mengikuti tempoh notis 14 hari ini.
Namun pada hari ini, sidang DUN berjalan seperti biasa
tanpa ada usul undi tidak percaya dibawa oleh Ahmad Said.
comey penulisan blog nie....nak jadi minyak petrol jangan jadi bodoh sangat. .boar lah api di padamkan dengan air bukan disimbah...
ReplyDeletetindakan adun senior yg berfikir mestilah setanding dgn akal yg ada..jangan jadi pengapit berbati api...pengapit setiap masa ada tp jiwa yg panas dan nak kemarahan pada sesuatu yg mahu disejukkan...
ReplyDeletezaman dato wan mokhtar dulu...terengganu kalah banyok pun..xdok satu pun tunding jari sesama diri..semua badi muhasabah diri...
ReplyDeleteselagi nok komen...doh bakpe baru nie PM panggil wakil rakyat teganu...ada jugok hok dok mari... ker ada cekelat getoh tepek tangan
ReplyDeleteselagi nok komen...doh bakpe baru nie PM panggil wakil rakyat teganu...ada jugok hok dok mari... ker ada cekelat getoh tepek tangan
ReplyDelete