Monday, 11 April 2011

Idris Jusoh Takut ‘Hilang Nyawa’?


JOM IKUT IDRIS JUSOH KE LONDON (Bahagian Kedua)

Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengetahui kenapa Idris Jusoh begitu beria-ia membawa ‘orang-orangnya’ ke London.
Seperti dikatakan dalam bahagian pertama, Idris bersama-sama 46 penyokongnya ke London pada 31 Mac lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal Tambang Murah (LCT).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh, mempunyai misi khusus yang bermatlamatkan meletakkan semula dirinya dalam arus perdana politik Terengganu.

Dengan terpelantingnya beliau daripada jawatan Menteri Besar pada Mac 2008, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO hilang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri ini sangat penting dan sangat perlu bagi Idris. Namun apakah daya, kegagalan mengekalkan kerusi Menteri Besar menyebabkan beliau terpaksa gundah gulana dan berulang alik Kuala Lumpur- Terengganu untuk survival politiknya.’

Nasibnya baik kerana Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said belum berminat bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi. Lagipun, bua apa nak bertanding kerana sebagai Menteri Besar, Ahmad Said secara automatic duduk dalam setiap mesyuarat berkenaan.

Kalau diberikan pilihan, Idris mahu menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berbanding Ahli Majlis Tertinggi.
Kenapa tidak? Idris dan orangnya tentunya kini bimbang mereka akan digugurkan!
Tetapi siapa kata Ahmad Said akan gugurkan mereka?

Apakah Ahmad Said sekejam Idris? Apakah Ahmad Said jenis makan kawan?

Apakah Ahmad Said jenis zalim seperti Idris?

Idris ternyata makan kawan dan zalim apabila menggugurkan Datuk Rahman Bakar (Ahli Parlimen Marang), Datuk Rosli Mat Hassan (Ahli Parlimen Dungun), Datuk Tegku Putera Tengku Awang (Ahkli Parlimen Hulu Terengganu) Ahmad Said (ADUN Kijal), menukarkan Datuk Jidin Shafie dari ADUN ke Parlimen dan begitu juga dengan Datuk Nasir Ibraim Fikri dari DUN ke Parlimen.

Ahmad Said dapat menjadi wakil rakyat kerana ada bantahan. Kalau tidak bantah, Ahmad Said tidak jadi wakil rakyat dan tidaklah berada di tempatnya sekarang – Menteri Besar.

Amat jelas.Idris semakin takut dengan bayang-bayang dan ‘dosanya’ sendiri apabila semakin hampir dengan pilihan raya. Kenapa?

Kerana perangai buruknya,- derhana kepada Sultan, menggugurkan rakan-rakn politik daipada bertanding dalam pilihan raya, melaksanakan ‘projek runtuh’ serta juga melakukan kerja-kerja untuk ‘menggulingkan Ahmad Said’ seperti bersubahat dengan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Dr Ramzi Abdul Rahman menghantar sms Ugut Bunuh dan banyak lagi – Idris jadi takut.

Dia bukan sahaja takut dirinya digugurkan sebagai wakil rakyat tetapi terpaksa melindungi sahabat dan anak didiknya yang kini menjadi ADUN dan Exco.

Persoalannya kenapa sampai begitu sekali? JIka mereka semua menjalankan tugas dengan berkesan dan diterima rakyat, tidak ada sebab untuk Ahmad Said menggugurkan mereka.

Malah, Ahmad Said bukan tidak tahu dan tidak dapat membaca signal daripada Perdana Menteri bahawa yang bagus dan kerap turun padang akan dikekalkan bertanding untuk Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Cuma persoalannya, kenapa sampai pujuk dan bawa orangnya ke London? Strategi apa yang sedang Idris rancangkan?

Amat jelas, Idris kini perlukan ‘nyawa politik’ dan hanya dua orang sahaja yang tentukan kedudukannya. Pertama, Ahmad Said di peringkat negeri dan Kedua, Datuk Seri Mohd Najib Razak di peringkat Pusat.

Persoalannya, jika Idris dan anak buahnya bimbangkan akan digugurkan, apakah pertemuan di London itu membuat apa-apa pakatan?

Pakatan apa pula yang dirancang? Mendesak Ahmad Said mengekalkan semua mereka?

Atau mendesak melalui bahagian atau ADUN supaya jangan melantik Ahmad Said bagi penggal kedua, kalaupun UMNO/Barisan Nasional kembali memerintah Terengganu?

Esok – Idris Belanja Duit Poket?

3 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Datuk Seri Ahmad Said bukanlah jenis yang suka menyimpam dendam, apatah lagi disaat menghadapi PRU 13 nanti. Jika beliau mempunyai dendam, maka akan hancurlah sekali lagi UMNO Terengganu.

    Minggu lalu ada saorang rakan memaklumkan bahawa senarai nama calun PRU 13 telah diserahkan kepada PM, hampir 50% wakil rakyat yang ada akan digugurkan dan diganti dengan muka baru.

    Dimaklumkan juga Datuk Seri Idris Jusuh akan bertanding kerusi Parlimen. Juga harus diingat Datuk Idris adalah ahli majlis tertinggi umno yang diplih olih ahli umno seluruh negara. Datuk Seri Ahmad Said hanya Pengerusi BPUNT tetapi bukan ahli majlis tertinggi.

    Diharap kemelut politik umno Terengganu tidak merebak hingga berlakunya perpecahan dalam parti yang tiada membawa apa apa keuntungan pada rakyat dan negeri.

    Sekian dan jumpa lagi.

    Mukhatar

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,
    Dato' Idris Jusuh masih muda . UMNO harus memberi peluang kpd beliau untuk terus berbakti kepada bangsa melayu, negara dan Islam.Idea, commitment dan kebolihan pelaksanaan harus imanfaat sapenohnya.
    Sebagai Pengerusi MARA banyak perubahan yang telah dilakukan dlm masa yg singkat. Kebolinya adalah sesuai diangkat sbg Menteri di peringak Fedaral.
    Wasslam

    ReplyDelete
  3. Tiada isu berkenaan Idris Jusoh buang rakan or sebagainya..Ia sebagai untuk parti juga sebab yang decide Pak Lah.

    2.Isu bertanding MT UMNO kenapa mat said x bertanding sebab maybe takut kalah macam MB-MB lain yang kalah pemilihan MT dahulu.bayangkan idris jusoh yg hanya pegang pengerusi MARA boleh menang,beliau diterima orang UMNO 1 malaysia.bukan negeri sahaja.

    3.Tidak dapat dinafikan Education Idris Jusoh jauh kehadapan berbanding wakil2 rakyat yang lain.Allah mengangkat darjat orang berilmu dan bertakwa.sbb tu kita kene pilih org yang berilmu.

    4.Isu runtuh-runtuh,macam-macam andaian orang boleh bagi.COntohnya Stadium,Bumbung runtuh maybe sbb bumi terengganu pun x redha dengan cara Ahmad Said jadi MB dan berlaku waktu ahmad said jadi MB.kan contoh namanya.

    5.Apa maksud derhaka pada sultan?derhaka istilah kepada ibu bapa dan Allah sahaja.Sultan pun manusia.akan dihisab semula.Idris di pilih rakyat,sultan sepatutnya ikut.jangan sampai jadi macam negara Nepal tahun 2008 apabila Raja diusir oleh rakyatnya sendiri.kita nak sultan jaga kehendak rakyat,rakyat akan hormat orang-orang Istana.Mungkin disebabkan Idris jusoh terlalu jaga rakyat,lupa akan sultan..tapi itulah fungsi WAKIL RAKYAT...menjaga rakyat

    ReplyDelete