Wednesday, 13 April 2011

Idris Jusoh Belanja Duit Poket Sendiri?

JOM IKUT IDRIS JUSOH KE LONDON (Bahagian Ketiga)


Program ‘makan angin’ dan retreat di London yang diatur oleh Ketua UMNO Bahagian Besut membabitkan 46 orang. Kalau belanja RM10,000 seorang bermakna RM450,000.

Bagaimana kalau lebih?

Persoalannya, duit dari mana Idris gunakan untuk membawa ‘hamba rakyatnya’ itu?

Apakah semua yang ikut Idris itu belanja sendiri? Banyak pulak tu!

Tidak mungkin sama sekali.

Ini kerana bukan semua yang ke London itu berupaya atau ada duit. Dan kalau yang ada duit pun apakah mereka merelakan untuk berbelanja hanya kerana untuk retreat bersama Idris?

Ada beberapa teori mengenai perbelanjaan mengikut Idris ke London ini:

Pertama, semua perbelanjaan ditanggung – tambang pergi balik, hotel dan kediaman, makan minum serta duit poket dibiayai oleh Idris.

Satu dunia tahu Idris memang kaya. Dia bukan ‘cap ayam’ dari segi kedudukan ekonominya. Dia bukan anak petani atau ‘Tok Penyadat’ macam bapa Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Bapa Idris bukan orang susah. Dia dikenali di Terengganu sejak zaman Ibrahim Fikri lagi. Bapa Idris tauke sawmill, Ketika belajar di Universiti Sains Malaysia pada awal 1980-an dia sudah pakai kereta. Kereta Toyota Hardtop walaupun bukan baru ketika itu jarang boleh dipakai oleh mahasiswa.

Idris tidak hairan pasal duit. 10 tahun dia jadi ‘ketua’ di Terengganu bermula dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri selama lima tahun, dia dah kenyang.

Ketua Perhubungan UMNO Negeri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serah bulat-bulat kepada Idris. Pembangunan fizikal berjalan rancak dan pastinya ‘banyak masyuk’ ke poket Idris.

Ini belum peruntukan UMNO dan sebagainya.

Dunia juga saksikan bagaimana Idris membuat duit ketika jadi Menteri Besar selama lima tahun. Memanglah dia tidak didakwa atau di hadapkan ke mahkamah tetapi projeknya semua mega.

1. Lapangan Terbang Sultan Mahmud;
2. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
3. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2;
4. Kolam Renang;
5. Taman Tamadun Islam;
6. Taman Ilmu di Besut;
7. Monsoon Cup;
8. Masjid Hadhari; dan banyaklah lagi.

Tak tersebut, banyak sangat. Dan tahulah sendiri, Ini belum lagi Jusoh Enterprise yang mendapat projek merata tempat. Adik beradik dan ipar Idris bermaharajalela ketika Idris menjadi Menteri Besar. Punya banyak!

Projek di Besut seperti Jerteh Souk dan beberapa yang lain di bawah kawalan keluarga Idris.

Jadi kalau Idris belanja RM1 juta untuk trip macam ini pun kita tak heran dan bukan di luar kemampuannya.

Kedua, menggunakan peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sepatutnya dibelanjakan untuk projek rakyat untuk ke London. Ini kemungkinan saja!
Parlimen Besut mempunyai empat Dewan Undangan Negeri iaitu Hulu Besut, , Jerteh, Kuala Besut dan Kota Putera.

Jika digunakan duit peruntukan untuk ADUN berkenaan ke London sebanyak RM20,000 pun seorang pun dah lepas. Ada mengatakan empat ADUN berkenaan terpaksa menggunakan RM50,000 seorang selain untuk turut membiayai beberapa orang lain.

Ini cakap-cakap atau ramalan saja. Mungkinnnnn….

Namun kalau dicampur semuanya, jumlahnya dikatakan mencecah RM200,000 sahaja bagi empat DUN berkenaan. Tidak cukup. Tetapi sekurang-kurangnya menampung duit yang dikeluarkan daripada poket Idris sendiri.

Jadi banyak sangat kemungkinan-kemungkinannya.

Ada kalangan yang mengikut Idris ke London itu apabila ditanya apakah mereka mengeluarkan duit, jawapan mereka ialah ‘Tidak, semuanya ditanggung beres oleh bos….”

Jadi di sini timbul pertanyaan: Kalau Idris yang keluar belanja semuanya, tidakkah ini sesuatu yang boleh dianggap ‘merasuah AJK Bahagian UMNO, orang persaorangan dan individu terpilih’?

Tak kanlah Idris senang-senang keluar belanja tanpa ada tujuan?

Kedua, kalau gunakan duit peruntukan wakil rakyat untuk menampung sebahagian belanja, ini sudah guna wang rakyat untuk peribadi.

Apakah wakil rakyat di Besut berani berbuat demikian?

Tidak mungkin kerana Pejabat Daerah yang mengawal peruntukan DUN boleh melepaskan duit begitu sahaja.

Namun yang pasti, ada yang tidak kena dalam konteks peruntukan ‘Ikut Idris ke London Ini’.

Persoalannya di mana dan bagaimana?

Ikuti Bahagian Keempat –Ada Agenda Khusus di London?

No comments:

Post a Comment