Saturday 24 June 2017

Campur Tangan Asing Dalam 1MDB - Hadi Mahu Kelirukan Rakyat?


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu hari ini mempersoalkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai  campur tangan asing dalam isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB).

Kenyataan itu disifatkan cuba  kelirukan minda rakyat yang mahukan kebenaran dengan putar belit kononya wujud ancaman daripada negara asing yang mahu mencampuri urusan dalam negara melalui 1MDB.

PPBM Terengganu melihat kenyataan pemimpin Barisan Nasional (BN)/UMNO bahawa wujudnya campur tangan asing dalam kes 1MDB dan akhir-akhir ini disokong pula oleh Presiden PAS sebagai satu strategi politik ugut dan menakut nakutkan rakyat untuk berdepan pilihan raya umum yang ke 14.

Pengerusi Badan Pimpinan PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berkata dengan kedudukan di mana rakyat semakin berang dengan tekanan sara hidup dan kerajaan gagal menanganinya dengan baik, faktor ancaman luar adalah strategi dipilih untuk tambat penggundi agar menang dalam pilihanraya.


“Harapan mereka ialah apabila ancaman luar dilihat akan menggugat keselamatan negara, rakyat akan bersatu kembali dan mempertahankan kerajaan. Sekarang ini Presiden PAS nampaknya turut terpengaruh dan terperangkap dengan taktik jahat BN/UMNO ini,” katanya dalam kenyataan media di Facebooknya.

Razali menegur Hadi dan meminta beliau jangan menakut-nakutkan rakyat kononnya wujud ancaman luar pada ketika kerajaan Barisan Nasional (BN)N/UMNO gagal menangani isu 1MDB, termasuk mendedahkan kepada umum laporan Jawatan Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sehingga kini diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menyifatkan  kenyataan Hadi sebagai tersasar dan ‘preemptive’, Razali menepis pendapat pemimpin PAS yang menyifatkan mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik sebagai “tidak beriman dan budiman”.

Beliau mempersoalkan apakah Hadi mendapat  maklumat yang tepat mengenai isu 1MDB atau pun hanya bersumberkan pimpinan atasan UMNOo/BN khususnya Perdana Menteri.


“Rakyat boleh menilai dan membandingkan tuduhan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat dengan hasil siasatan PAC untuk mengetahui kedudukan dan apa yang sebenarnya belaku dalam 1MDB. Itu pun jika kerajaan benar-benar telus tetapi jelas tiada ketelusan dengan sebahagian besar AJK PAC di lantik ke Kabinet di penghujung siasatan. 

Sepatutnya Hadi lebih tegas meminta kerajaan mendedahkan laporan itu kepada umum selain melihat kekekangan maklumat dalaman terlebih dahulu seperti laporan PAC ini, sebelum menuduh pihak luar campur tangan dalam isu 1MDB ini,” katanya.

Pemimpin PPBM itu meminta Pejabat Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia perlu lebih agresif dan proaktif dalam menyiasat kes 1MDB ini.

Dengan membiarkan kes ini berlanjutan dan dengan pendedahan semakin banyak di luar negara, kerajaan akan semakin terhimpit dan terpaksa meminta pihak lain seperti PAS untuk membantu menyokong mereka, kata beliau.

Yang pasti bantuan seperti ini tidak akan ke mana-mana kerana akhirnya rakyat akan menilai kepada banyak fakta mengenai 1MDB yang masih dirashiakan, Selain itu pelaku-pelaku penting dalam kes ‘kecurian dan pengubahan wang haram’ seperti Jho Lho masih bebas tanpa sebarang tindakan, tegas Razali.


Beliau tidak melihat sebarang campur tangan asing dalam isu 1MDB kerana sehingga kini tiada bukti konkrit wujudnya campur tangan asing, sama ada oleh Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Luxembourg atau juga negara-negara lain seantero dunia.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh negara berkenaan ialah untuk melindungi pasaran dan sistem kewangan mereka daripada penipu wang. 

“Dengan mengatakan usaha Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat itu sebagai cubaan AS untuk mencampuri urusan dalam negara Malaysia, apakah kita juga tidak mencampuri urusan dalam negara mereka?

Juga apakah kita mahu melihat ‘kecurian, rompakan dan pengubahan wang haram’ dengan jumlah keseluruhan AS$7 bilion itu hilang begitu sahaja?

Bukankah ini wang rakyat yang sewajarnya dipulangkan kepada rakyat?” tanya beliau.

Razali turut menyatakan kebimbangannya jika ada campur tangan asing dalam skandal 1MDB.

Malah katanya, PPBM Terengganu menentang sekeras kerasnya sebarang campur tangan asing dalam politik negara. “Kami istikhomah dengan demokrasi berparliment dan bersiap siaga menunggu tarikh pilihanraya ke14 di umumkan,” tegasnya.

Friday 16 June 2017

Tidak Peduli Hadi - Pemimpin Bawahan PAS Terus Srang UMNO...


Pada ketika pemimpin atasan PAS sedang ‘mesra dengan UMNO’, pemimpin peringkat negeri tetap menyerang UMNO.

Pada ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang sedang mengunci mulut untuk tidak menyerang UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, pemimpin bawahan tidak henti-henti menyerang UMNO.

Mereka tidak peduli apa berlaku di atas, sarangan tetap dilakukan demi sokongan akar umbi.

Jadi, apa dan bagaimana sebenarnya ‘persefahaman’ antara PAS-UMNO ini?

Baca apa yang diperkatakan oleh pemimpin PAS negeri Terengganu ini. Bukankah ini serangan?

Dr Azman Ibrahim
Penyakit bawaan UMNO/BN terlalu banyak malah sebahagiannya sudah membarah sehingga tak mampu lagi diubati.

Rasuah, penyelewengan, kelemahan tadbir urus, kronisme dan nepotisme, pemborosan, hutang luar negara yang terus meningkat, kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, pelbagai beban cukai mengelilingi rakyat, pemimpin hidup dengan kemewahan melampau dan pelbagai lagi wabak penyakit-penyakit yang pelik.

Mangsa utama kepada wabak yang merebak ini adalah rakyat bawahan. Merekalah yang paling terkesan dengan pelbagai ‘sign and symptom’ penyakit. Tubuh rakyat yang lemah diserang wabak penyakit hampir tak berdaya lagi untuk melangkah. Tapi mereka terus berusaha untuk melangkah walau dalam kepayahan.”

Baca selanjutnya:

Penyakit ‘Bawaan UMNO’ Sudah Tak Boleh Diubati


UMNO/BN pandai mencipta pelbagai penyakit untuk rakyat. Bila rakyat mengeluh dan mengadu kesakitan, lantas mereka sediakan ubat penahan sakit (pain killer) untuk meredakan kesakitan seketika. Rakyat yang sedang kesakitan berterima kasih atas ubat yang diberi.

Bagusnya kerajaan yang prihatin dengan aduan rakyat. Selepas itu UMNO datangkan pula penyakit baru. Sekali lagi rakyat mengeluh dan sekali lagi pain killer dihulur lalu sekali lagi kerajaan menerima ucapan terima kasih. Bukan setakat tangan pemimpin yang memberi ubat dicium, malah dicium sampai ke siku.

Penyakit bawaan UMNO/BN terlalu banyak malah sebahagiannya sudah membarah sehingga tak mampu lagi diubati.

Rasuah, penyelewengan, kelemahan tadbir urus, kronisme dan nepotisme, pemborosan, hutang luar negara yang terus meningkat, kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, pelbagai beban cukai mengelilingi rakyat, pemimpin hidup dengan kemewahan melampau dan pelbagai lagi wabak penyakit-penyakit yang pelik.

Mangsa utama kepada wabak yang merebak ini adalah rakyat bawahan. Merekalah yang paling terkesan dengan pelbagai ‘sign and symptom’ penyakit. Tubuh rakyat yang lemah diserang wabak penyakit hampir tak berdaya lagi untuk melangkah. Tapi mereka terus berusaha untuk melangkah walau dalam kepayahan.

Orang sakit majoritinya akan merintih dan mengeluh. Kalau tak mampu sembuh, sekurang-kurangnya ada ubat yang mampu meredakan sedikit kesakitan.

Situasi rakyat yang menagih ubat penahan sakit inilah yang amat digemari oleh UMNO/BN. Lantas mereka datang dengan pelbagai bentuk dan aneka warna pain killer.

Ada pain killer yang namanya BR1M, bantuan hari raya, bantuan awal persekolahan, bantuan sara hidup nelayan, bantuan sara hidup penoreh getah, bonus setengah bulan gaji menjelang hari raya, dana bakti remaja, sedepa dua projek menurap jalan kampung, turunkan harga minyak 7 sen walaupun ketika naiknya 20 sen dan pelbagai lagi jenis pain killer.

Maka selepas diambil pain killer, kesakitan yang ditanggung akan rasa lega untuk satu dua jam. Hilang kesan ubat, rasa sakit akan kembali menyerang. Lalu ubat tahan sakit ditagih lagi dan pemberi ubat datang lagi. Begitulah seterusnya. Jangan bagi orang sakit ini sembuh. Bila sembuh maka situasi ini bahaya bagi UMNO/BN kerana rakyat tidak lagi bergantung kepada pain killer.

Tapi kita perlu tahu, pengambilan ubat penahan sakit untuk secara berterusan untuk jangka waktu yang lama akan mendatangkan kesan sampingan kepada tubuh badan lalu menjejaskan kesihatan untuk tempoh jangka panjang. Paling bahaya bila jadi ketagih ubat penahan sakit.

PAS datang dengan membawa ubat alternatif untuk menyembuhkan dan mengajak rakyat untuk membina kesejahteraan hidup dengan ‘ubat Islam’. Memang diakui, bila seseorang dah terlalu biasa dengan pain killer, agak sukar juga pesakit nak percaya bahawa penyakit mereka itu ada penyembuhnya. Sangkaan mereka derita ini akan ditanggung sampai mati berbekalkan ubat penahan sakit sahaja.


Kita perlu yakinkan mereka akan keberkesanan ‘ubat Islam’ ini dalam merawat wabak bahaya bawaan UMNO. Kalu lok jadi koho paroh!

Nota: Beliau ialah Ahli Jawatakuasa badan Perhubungan PAS Terengganu

Tuesday 13 June 2017

PAS Tuduh UMNO Terengganu 'Perkudakan' SPR Negeri

Ganbar kiri ialah premis tempat pengundi dipindahkan dan kanan ialah  rumah Datuk Mohd Sobri Alwi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) didakwa cuba 'memperkudakan' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Terengganu bagi menjamin kemenangan mereka dan terus memerintah negeri itu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, terdapat beberapa bukti kes pihak SPR sendiri melanggar syarat dan undang-undang daftar pemilihnya.

Katanya dalam keadaan terdesak seolah-olah UMNO-BN cuba campur tangan dalam urusan daftar pemilih SPR yang tidak sewajarnya berlaku kerana SPR merupakan pemegang amanah rakyat bagi menentukan kepimpinan negara dan negeri ini.

“SPR ini agensi kerajaan dan kita (PAS) percaya apa yang dilakukan oleh pihak SPR hari ini campur tangan UMNO-Barisan Nasional (BN). UMNO Terengganu sekarang ini sangat terdesak untuk hendak menang di DUN Ladang.


“Sebab itu, proses perpindahan yang sangat besar dan luar biasa itu berlaku di Dun Ladang sekarang ini. Apabila pihak SPR sendiri kita (PAS) lihat tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak mereka sendiri.

“Bagaimana kita boleh mempercayai SPR untuk menguruskan satu urusan pemilihan yang akan menentukan siapa yang akan mentadbir, mengurus negeri dan negara serta rakyat jelata di negeri mahu pun di negara ini.

“Apa yang saya lihat, UMNO sekarang ini benar-benar menggunakan talian hayat terakhirnya iaitu SPR.

“Saya harap SPR tidak sama sekali merelakan diri mereka diperalatkan oleh UMNO-BN. Bahkan, mereka kena ingat bahawa mereka (SPR) memegang amanah daripada rakyat negara ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu pada Ahad, 11 Jun. 

Sehubungan itu, katanya isu daftar pemilih SPR Suku Keempat 2016 bagi kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang amat meragukan serta berlaku perkara luar biasa.

Menurutnya, hasil semakan yang dilakukan oleh pihak jentera PAS peringkat kawasan Kuala Terengganu dan di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang menemui beberapa perkara yang pelik.

“Pertama berlaku pertambahan pengundi agak pelik di Dun Ladang pada Suku Pertama 2017 iaitu seramai 860 orang dan ini adalah angka tertinggi dalam negeri Terengganu dan pada Suku Keempat 2016 lalu seramai 513 orang.


“Pihak MTD (Majlis Tindakan Dun) Ladang telah membuat bantahan daripada 513 orang nama-nama yang telah didaftarkan itu seramai 58 orang dibantah oleh 12 orang pembantah pada 20 Februari 2017.

 “Kita (PAS) buat itu mengikut prosedur dan syarat-syarat yang dikemukakan oleh SPR,” ujarnya.

Selepas dua minggu, kata beliau pihak SPR meminta tambahan bukti dan PAS telah mengemukakan maklumat tambahan itu.

Menurutnya, pada hari siasatan atau pendengaran awam bertarikh 17 April 2017, semua pembantah hadir ke pejabat SPR.

Namun, kata Ustaz Wan Sukairi, Orang Kena Bantah (OKB) semuanya tidak hadir yang jumlahnya seramai 22 orang.

“Amalan biasa SPR, kebiasaannya apabila OKB tidak hadir perbicaraan pihak SPR akan membuat keputusan pada hari tersebut.

“Hasil daripada perbicaraan yang tidak dihadiri oleh  oleh OKB itu SPR kemudiannya mengeluarkan satu surat keputusan perbicaraan bahawa bantahan diterima daripada 22 orang yang dibantah, 18 orang OKB itu diterima SPR,” ujarnya.

Manakala, katanya empat orang lagi daripada 22 orang itu pihak SPR tidak mampu membuat keputusan selepas selesainya sesi perbicaraan, tidak seperti 18 orang yang lain itu.

Menurutnya, selepas dua bulan kemudian pada 8 Jun 2017 lalu, pembantah menerima keputusan SPR yang menyatakan bahawa daripada empat orang yang pending itu dua orang berjaya dibantah dan dua lagi gagal dibantah.

“Salah seorang yang SPR terima bantahan kita (pembantah) ialah Datuk’ Mohd Sobri Alwi iaitu Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

“Perkara yang pelik berlaku dalam kes ini terdapat tiga adik-beradik yang dipindahkan ke alamat yang sama dan pembantah juga memberikan alasan yang sama kepada SPR. Dua orang berjaya dibantah dan seorang lagi gagal.

“Kes keduanya, terdapat alamat rumah yang dipindahkan itu mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah. Rumah kayu kampung yang beralamat 677 Kampung Bukit Besar dengan pengundi sedia ada 13 orang dan ditambah seorang lagi Dato’ Mohd Sobri Alwi.

“SPR telah melakukan kesalahan iaitu syarat mendaftar yang ditetapkan SPR ialah bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya (mengikut alamat dalam kad pengenalan). Sedangkan, alamat rumah yang digunakan oleh Dato’ Mohd Sobri Alwi itu, dia tidak bermastautin di rumah tersebut.

“Dua alasan jawapan SPR iaitu pertama, siasatan dilapangan SPR mendapati bahawa pemilik rumah telah memberikan kebenaran untuk OKB (Orang Kena Bantah) termasuk kepada Dato’ Mohd Sobri untuk bermastautin di alamat tersebut dan premis sesuai dihuni dengan satu surat kebenaran mendiami turut diberikan oleh pemilik (tuan rumah).

“Kedua, pembantah dan saksi hanya memberikan keterangan berasaskan faktor logik tanpa mengemukakan apa-apa bukti lain yang menunjukkan kemunasabahan nama OKB patut dikeluarkan dari daftar pemilih SPR. Ini juga pihak SPR telah langgar peraturan yang dia buat sendiri,” jelasnya.

Justeru, beliau mengingatkan pihak SPR agar tidak menjadi alat kepada pemimpin UMNO-BN yang kerakusan kuasa.

“Kita (PAS) tidak mahu SPR ‘merelakan’ diri mereka menjadi alat kepada kerakusan kuasa oleh pimpinan-pimpinan UMNO-BN.

“Kita mahu SPR berdiri teguh berdasarkan kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada mereka, bukannya menjadi alat kepada UMNO-BN,” tegasnya.

Hadir sama pada sidang media itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham), Zabidi Yusuf dan Pengarah MTD Ladang, Ustaz Ahmad Kamal Ali.

Sumber - BuletinOnline


Thursday 1 June 2017

Masih Adakah Team ‘Ahmad Said’ dan Team “Ahmad Razif’ Di Terengganu???

 

Biar betul, jangan kata sudah selesai tetapi belum selesai!!!

Masihkah wujud Team Ahmad Said dan Team Ahmad Razif dalam UMNO Terengganu?

Pelik kerana perkara ini masih diperkatakan,  sedangkan kata pemimpin UMNO Terengganu, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  sendiri, perkara ini sudah berlalu.

Malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pun mengatakan perkara yang sama.

Tiba-tiba hari ini ada komentar daripada pemimpin PAS Terengganu bahawa pertikaian antara Exco Terengganu dan Menteri Besarnya berkenaan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah di negeri itu menujukkan perpecahanan di kalangan pemimpin Umno masih terus berlaku.

Dari mana asas kewujudkan dua team dalam UMNO ini?

Jangan buat fitnah pada Ramadan ini tetapi kalau tiada angin manakah pokok boleh bergoyang, melain jik ada gempa bumi.

Bagaimana orang PAS boleh tahu dalam kain UMNO? Ada yang mendedahkannya?


Ketua Penerangan PAS YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata hari ini, sudah diketahui umum bahawa Pengerisi Jawatankuasa Telekomunikasi, Multimedia, dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu, Ghazali Taib, tidak bersama ‘team’ Datuk Seri Ahmad Razif.

“kita mesti mengetahui bahawa Exco yang ada itu dia berada dalam ‘team’ Datuk Seri Ahmad Said yang pernah meletakkan dirinya untuk keluar daripada saf kepimpinan Razif dan mempertikaikan pelantikan Razif.

“Jadi, dia anggap bahawa dia boleh melaksanakan hudud dalam keadaan dia keseorangan tetapi dia sebenarnya tak mendapat sokongan daripada kepimpinan UMNO,” tegasnya.

Selain itu, beliau yakin, Ahmad Razif bimbang dengan suasana yang ada ini, dan menjawab jadi tidak mampu melaksanakan hukum hudud.

ADUN Bukit Payong itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ghazali bahawa Terengganu akan tetap memperjuangkan perlaksanaan Undang-Undang Syariah 2001 di negeri itu, ketika Kembara Dakwah Media Terengganu ke Acheh, minggu lalu.

Sebaliknya, Razif ketika sitemui media berkata, Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam dibuat.

“Saya harap seluruh orang ‘ganu kite’ boleh lihatlah bagaimana UMNO ni sebenarnya tidak sepakat sekarang,


“Bila tidak sepakat dan tidak bersatu, mereka tidak boleh membina kestabilan dalam pentadbiran dan pemerintahan,” jelas Ustaz Mohd Nor.

Justeru, beliau mengajak rakyat Terengganu mendapat maklumat yang jelas dan menterjemahkan kebenaran serta membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, dalam persoalan yang begitu besar, berkenaan perlaksnaan undang-undang Syariah, sepatutnya kerajaan sudah memiliki pendirian yang sama antara Exco dan Menteri Besar.

“Macam mana dia nak mengajak rakyat untuk memberikan sokongan terhadap pelaksanaan hudud yang begitu besar sedangkan Exco dengan Menteri Besar sendiri pun tidak sepakat,
“Seolah olah mereka tidak menentukan pendirian yang jelas tentang isu perkara yang ada,” tanya lagi.

Beliau melihat, Ahmad Razif ‘kluk klek’ kerana bimbang terhadap ‘bos’ yang melantiknya, di Putrajaya.

“Itu kerana saya rasa dia teragak agak dan bimbang dengan orang Kuala Lumpur, Takut dia terlajak lebih daripada bos yang ada di Kuala Lumpur,” ujarnya lagi.