Saturday 31 May 2014

ADUN Mana Yang Akan Menyebabkan PRK Diadakan Di Terengganu?


"Jika pilihan raya kecil diadakan, apakah rakyat akan menerima BN atau menolaknya gara-gara ‘dosa yang dilakukan ADUN berkenaan’...Selain itu pembangkang akan menggunakan isu ini untuk menentang BN habis-habisan dan apakah ia akan menjadi suatu keruntuhan kepada kerajaan BN hasil daripada kesan ‘teori domino’ gara-gara ADUN berkenaan?

Daripada http://hambali1.blogspot.com

Bolehkah kita percaya dengan berita bahawa pilihan raya kecil akan berlaku di Terengganu?

Laporan Free Malaysia Today pada 29 Mei 2014 menyebut seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi.

Laporan ini menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya di Terengganu apabila dua persoalan diperkatakan.
Pertama - apakah benar akan berlaku pilihan raya kecil?

Kedua - benarkah ia diakibatkan oleh wujudnya perempuan simpanan seperti yang didakwa oleh portal berita berkenaan?

Kesan laporan itu besar kerana ia akan menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN) dengan kerajaan negeri.

BN kini mempunyai 17 kerusi manakala PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi.

Jika PAS menang dalam PRK itu , ia menyebabkan BN dan PAS akan mempunyai bilangan kerusi yang sama (16 kerusi).

Persoalannya  ialah jika pilihan raya kecil diadakan, apakah rakyat akan menerima BN atau menolaknya gara-gara ‘dosa yang dilakukan ADUN berkenaan’?

Selain itu pembangkang akan menggunakan isu ini untuk menentang BN habis-habisan dan apakah ia akan menjadi suatu keruntuhan kepada kerajaan BN hasil daripada kesan ‘teori domino’ gara-gara ADUN berkenaan?

Memang diakui  laporan FMT itu menyebabkan heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan.

Perkara ini sudah diperkatakan di Facebook apabila banyak komen-komen menggambarkan kedudukan negatif kepada BN dan UMNO Terengganu.

Sejak dua hari lepas memang pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut.

Pejabat FMTsendiri dikatakan dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut.

Menurut laporan FMT ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang.

FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji.

Pihak yang rapat dengan istana ketika dihubungi menjelaskan setakat ini ahli perniagaan tersebut belum lagi membuat temujanji dengan istana.


Persoalan kini ialah apakah kes ini ada kaitan dengan laporan awal FMT sebelum ini bahawa ada Menteri Besar (MB) yang mempunyai perempuan simpanan?

Jika demikian, tidak sukar untuk meneka siapa dimaksudkan oleh FMT ini.

Bagaimanapun, identiti ADUN berkenaan masih dirahsiakan sejauh ini.

Kita ingin bertanya, sejauh manakah dakwaan perempuan berkenaan yang mendakwa dia menjadi simpanan?

Apakah perempuan berkenaan sengaja mengambil peluang apabila mengetahui bahawa pemimpin berkenaan dalam kekusutan

Bukti apa yang perempuan itu ada menyebabkan FMT begitu berani mendedahkan isu ini?

Hanya perempuan dan FMT boleh menjawab isu ini.

Mungkin ketika ini yang dituduh mendiamkan diri mungkin untuk seketika bagi melihat cara-cara atau taktik perempuan berkenaan membuat tohmahan terhadapnya.

Apakah akan ada penafian dan ADUN berkenaan berusaha membersihkan dirinya demi maruahnya, BN dan juga UMNO Negeri?

Lebih memburukkan jika ADUN berkenaan memegang jawatan penting di bahagian atau UMNO Negeri.

Kita berharap laporan FMT ini tidak benar dan perempuan yang mendakwa dia simpanan ADUN demi sesuatu kepentingan peribadinya.

Tuesday 27 May 2014

Wan Nawawi, Samiun Ke Jawatan Timbalan SUK, Othman Muda Pegawai Kewangan

Pejabat Setiausaha Kerjaaan Negeri akan mempunyai dua Timbalan Setiausaha Kerajaan yang baharu berikutan pertukaran Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri yang akan berkuatkuasa 2 Jun ini.

Mereka ialah Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail (kiri) yang akan menjawat Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) sementara Samiun Salleh sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) (gambar kanan).

Samiun sebelum ini ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.

Pertukarn besar-besaran ini membabitkan 50 orang Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri akan bertukar ke jawatan baru yang akan berkuatkuasa pada 2 Jun ini.

Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah pada sidang media di pejabatnya semalam berkata, pertukaran ini dibuat berdasarkan dua pegawai tertinggi negeri iaitu Pegawai Kewangan Datuk Mat Razali Kassim dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Datuk Tuan Mamat Tuan Ngah akan bersara.


Selain itu, turut terbabit dengan pertukaran ialah Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Datuk Osman Muda akan mengisi kekosongan Pegawai Kewangan Negeri menggantikan Mat Razali dan tempat beliau diisi oleh Pengarah Bekalan Air Negeri, Datuk Wan Zahari Wan Ngah.

Manakala Pegawai Daerah Setiu, Mohamad Nor Ibrahim ke jawatan Pengarah PTG yang baru dan tempat beliau diisi oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Talaha Ali.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Datuk Zulkifli Mohamad dipinjamkan ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC Sdn. Bhd. Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman ke jawatan Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya (JKR), Wan Mohd Rubi Wan Jusoh ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustafa Khalid ke jawatan Pegawai Daerah Kemaman manakala Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Harun Mohamad ke jawatan Pengarah Bekalan Air Terengganu.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Mohd Yasim Awang ke jawatan Pengarah Yayasan Islam dan Timbalan Rektor (Jaringan Industri dan Korporat ) TATi Universiti Kolej, Mohd Zulkifli Abu Bakar menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman. Pengarah Majlis Sukan Negeri, Zainal Abidin Hussin ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) dan Pegawai Daerah Marang, A Rahman Che Ali pula ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Pengarah Yayasan Terengganu, Azmi Razik ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Ibrahim Mohamad ke jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) JKR negeri. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan,Perumahan dan Tugas-tugas Khas) Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman dan Pengarah Urusan Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Zainal Abidin Mohamed ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Shahidan Embok bertukar ke Pendaftar TATi Universiti Kolej dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia), Mohd Zahari Md Azahar ke jawatan Timbalan Pengarah UPEN/Pengurusan Kanan Projek Pembangunan Kuala Nerus.

Ketua Pegawai Eksekutif T-ISSI Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia) dan Ketua Pegawai YPU, Che Razali Adis ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut.

Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Zulkifli Ali ke jawatan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jahani Ismail menjadi Setiausaha MBKT.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan) Johan Ibrahim bertukar ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Pendaftar TATi Universiti Kolej, Che Suhaimin Mohamad ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun. Pengurus Besar TESDEC Berhad, Rozali Salleh pula ke jawatan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBKT dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Azhar Jusoh ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan).

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Program Khas Sukan - T-Team), Ab Rasid Jusoh ke jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Alias Mamat ke jawatan Setiausaha Majlis Daerah Kemaman. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Harta) Jabatan Baitulmal MAIDAM, Ahmad Azizi Zulkifli ke jawatan Pengarah Jabatan Teknikal MAIDAM dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Idham Mustafa ke jawatan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Terengganu.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Zahanapi Sagaf ke jawatan Setiausaha Majlis Daerah Besut manakala Setiausaha Majlis Daerah Besut, Saidi Salleh ke jawatan Ketua Pegawai Operasi T-ISSI Terengganu.

Ketua Pegawai Operasi T-ISSI Terengganu, Lukema Meri Salleh ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Harta) Jabatan Baitulmal MAIDAM dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Projek-projek Khas), Zuwislam Awang ke jawatan Pengurus Unit Transformasi Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Terengganu. Ketua Penolong Pengarah (Bajet) UPEN, Muhd Aimin Mohd Tahir ke jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Institut Al-Quran Terengganu dan Pengurus Unit Transformasi, Pengurusan Prestasi dan Pelaksana, Mohd Nasir Kasim ke jawatan Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus.

Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Maldiana Abd. Fatah ke jawatan Ketua Penolong Pengarah (Bajet) UPEN dan Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Projek-projek Khas) Safura Mad Juhari ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Tadbir Urus dan Pematuhan).

Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Program Khas Khas Sukan) Terengganu/Pengurus Kanan Operasi TPCT, Rosini Sulong ke jawatan Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Hulu Terengganu dan Penolong Pengarah (Pertanian dan Asas Tani) UPEN, Wan Ahmad Firdaus Wan Abdullah ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan).

Penolong Pesuruhjaya (Pentadbiran dan Kewangan) MAIDAM, Wan Mohd Firdaus Wan Sembok ke Penolong Pengurus (Pembangunan) Tourism dan Penolong Pengarah (UKOM) Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Muhamad Ridzuan Hashim ke jawatan Penolong Pengarah (Pertanian dan Asas Tani) UPEN Terengganu.

Penolong Pengarah (Media baru) Agensi Pembangunan Masyarakat, Raja Faisal Raja Harun ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu Encik Mohd Fadli Jusoh ke Penolong Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus manakala Pegawai Tadbir Terengganu Incorporated Sdn Bhd., Faten Ummaimah Saidi ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Marang.

Friday 16 May 2014

Ahmad Said Berbohong, Pemimpin Liabiliti & Banyak Masalah?

"Prinsip PAS bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti itu, namun langsung tidak berminat untuk memujuk rayu kepada Ahmad supaya menyertai PAS....kita berpendapat Ahmad Said ini liabiliti, pemimpin yang banyak masalah, banyak isu, 'kluk-klek' pun ada."
 - Pesuruhjaya PAS, Satiful Bahri Mamat

Benarkah Ahmad Said pembohong dan pemimpin yang banyak masalah?

Apakah PAS sudah menjangka Datuk Seri Ahmad Said akan buat U-Turn dan kerana itu tidak menawarkan atau berunding apa-apa dengan beliau?

Dakwaan bekas Menteri besar itu kononnya beliau dipujuk menyertai parti itu dan dijanjikan jawatan menteri besar hanya sekadar mahu menunjukkan beliau 'ada harga' walaupun keluar Umno.

“PAS tidak ada apa nak tawar kepada dia. Kita tak ada duit RM14 juta nak tawar kepada dia. Kita tidak ada fail untuk angkat ke SPRM ke apa. Kita tak ada samseng nak pukul ugut dia.

"Beza di Perak dahulu, dia beli (wakil rakyat)," demikian tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat ketika menafikan perkara itu berkata bekas menteri besar itu sebenarnya hanyalah berbohong.

"(Dakwaan dipujuk) ini nak tunjuk dia ada harga sahaja," katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri semalam.

Prinsip PAS katanya, bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti itu, namun langsung tidak berminat untuk memujuk rayu kepada Ahmad supaya menyertai PAS.

“Dalam isu ini, kita berpendapat Ahmad Said ini liabiliti, pemimpin yang banyak masalah, banyak isu, 'kluk-klek' pun ada.


"Kita memang sudah jangka dia akan buat U-Turn, ” katanya

Satiful Bahri turut menuduh ADUN Kijal itu berbohong apabila mengatakan bahawa PAS menawarkan jawatan Menteri Besar kepada beliau semasa beliau mengisytiharkan dirinya keluar Umno.

“Kita tak pernah menawarkan (apa-apa kepada) dia, sepatut yang menawarkan saya. Saya Pesuruhjaya PAS Terengganu, sayalah yang sepatutnya menawarkan.

“(sedangka) saya tak pernah bercakap dengan dia. Pimpinan tidak ada (berjumpa dengan dia), ahli yang gi jumpa di mana-mana, saya tak tahu.

“(sepatutnya) pemimpin yang akan bawa mandat, (kerana ini) bukan perkara kecil. Hatta, menawarkan kepada (dia untuk menjadi) ahli pun tak ada,”tegasnya.

Katanya, PAS adalah satu parti yang terbuka dan boleh menerima mana-mana individu yang memohon mejadi ahli.

Dalam sidang media semalam, Satiful berkata, sekiranya mereka yang memohon sebagi ahli cukup syarat, permohonannya akan diluluskan.

Namun begitu, dalam isu bekas Menteri Besar Terengganu yang meletakkan jawatan, dan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas, Ahmad Said adalah satu ‘liabiliti’.

“(dia) pemimpin yang banyak masalah. Isu (berkaitan dirinya) banyak. Ini yang berlaku di Terengganu, kita tak bawa ke (peringkat PAS) pusat lagi.

“Ini isu dalaman. Bahawa (sesungguhnya tawaran)itu bukan daripada PAS. Kita tak pernah ‘offer’ (tawar beliau) jadi ahli PAS. Dia ahli bebas,”ujarya.

Ahmad Said pada sidang media di kediamannya di Kijal kelmarin berkata, beliau ada didatangi wakil PAS yang mengajaknya bergabung dengan parti itu dan diberikan tawaran kekal sebagai menteri besar sekiranya bersetuju.

"Ya, (wakil PAS) ada datang (nak) kekalkan saya (sebagai menteri besar). Sebab itu saya tak nak dan kekalkan tiga (ADUN) walaupun ada lebih daripada itu (yang hendak keluar parti).

Kalau empat atau lima, PAS boleh isytihar tubuh kerajaan (baru), \" katanya.


Dalam pada itu, Satiful Bahri berkata, PAS akan memberikan kerjasama kepada Ahmad Razif dalam melaksanakan projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

PAS Terengganu sedia bekerjasama dengan pucuk kepimpinan baharu Barisan Nasional (BN) negeri demi kesejahteraan rakyat negeri itu khasnya dalam memberi kritikan yang membina.

Satiful Bahri berkata PAS Terengganu turut berharap Ahmad Razif  dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

"Tahniah kepada Ahmad Razif atas amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau dan PAS Terengganu sedia memberi kerjasama kepada beliau dalam memastikan kelancaran pembangunan di negeri ini.

"PAS Terengganu juga mahu beliau membuat penilaian semula terhadap projek pembangunan sedia ada, sama ada menangguh atau menghentikannya agar projek yang dijalankan itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Terengganu, kelmarin.

PAS bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan krisis kepemimpinan UMNO di negeri itu.

Wednesday 14 May 2014

Ahmad Said, Ghazali Mengalah, Kembali Bersama Umno


Selepas dua hari Terengganu berdepan kemelut politik akibat tindakan tiga wakil rakyatnya keluar Umno, jalan penyelesaian dicapai apabila Datuk Seri Ahmad Said dan Ghazali Taib kembali bersama parti itu.

Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata walaupun kedua-duanya tidak hadir pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya  pada tengah hari Rabu (15 Mei 2014), keputusan sudah dibuat untuk mereka menarik balik surat keluar parti itu.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dan Ajil itu akan mengadakan sidang media khas berhubung perkara itu di Kuala Terengganu, petang ini.
 

"Ahmad Said menghubungi Perdana Menteri dan memaklumkan keputusan beliau dan Ghazali untuk menyertai Umno semula dan akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa hari ini (Rabu).

"Beliau juga memaklumkan kesal atas apa yang berlaku," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bersama wakil rakyat Umno negeri berkenaan di Perdana Putra di sini.

Pada pertemuan itu, seramai 14 wakil rakyat hadir kecuali Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad yang tidak sihat, selain Ahmad dan Ghazali.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Ghazali makin hampir mencapai kata putus untuk melakukan pusingan 'u' dengan menarik balik keputusan keluar Umno.

Ghazali mengemukakan surat keluar Umno pada hari sama Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berbuat demikian, iaitu malam Isnin.

Seterusnya, Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengikut jejak mereka pada pagi Selasa.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, Roslee menarik balik keputusannya untuk keluar Umno.

Keputusan Ahmad dan Ghazali itu meletakkan Barisan Nasional (BN) kembali seperti asal iaitu 18 kerusi, termasuk Speaker berbanding Pakatan Rakyat 15, termasuk 14 kerusi PAS dan satu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ditanya mengenai keahlian kedua-dua pemimpin itu, Ahmad Razif berkata, mereka masih ahli parti kerana surat rasmi memaklumkan mereka keluar Umno tidak diterima Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Mohd Zubir Embong.

Selain itu, beliau juga menolak saranan PAS Terengganu supaya diadakan sidang DUN tergempar untuk mengetahui tahap sokongan kepada kerajaan BN di negeri itu.

Tuesday 13 May 2014

Kemarahan Ahmad Said Terhadap Najib Sangat Tidak Masuk Akal?


Benarkah Ahmad Said tidak pernah minta penangguhan perletakan jawatan dan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak faham keadaannya?

Dalam wawancara dengan Astro Awani pagi semalam jelas berlaku salah faham antara Ahmad Said dengan Perdana Menteri.

Ahmad Said menyatakan beliau tidak meminta penangguhan secara rasmi pertukaran ini.

Beliau hanya memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa anaknya akan berkahwin dan berharap Perdana Menteri faham.


[Saya tak beritahu kata saya nak extend. Saya beritahu anak saya nak kahwin minggu depan. Takkan beliau sebagai orang tua tidak faham]

Jelas sekali masalah Ahmad Said ialah beliau tidak meminta kepada Perdana Menteri agar menangguhkan pertukaran Menteri Besar ini sehingga selepas majlis perkahwinan anak beliau.

Beliau hanya berharap Perdana Menteri faham dan menangguhkan pertukaran ini selepas 17 mei 2014.

 Justeru kemarahan Ahmad Said terhadap Perdana Menteri sangat tidak masuk akal kerana beliau berharap PM fahami apa yang ada dalam kepala beliau.

Malah Ahmad Said sewajarnya memohon maaf kepada Perdana Menteri kerana memberi gambaran awal yang salah seolah-olah Perdana Menteri tidak mahu menangguhkan pertukaran ini selama 4 hari untuk memberi laluan kepada majlis perkahwinan anaknya.

Ahmad Said tidak boleh berharap semua orang sama fikiran macam beliau.

Jika beliau sendiri tidak memohon, bagaimana Perdana menteri boleh terfikir?

Jika Perdana Menteri tidak terfikir apakah ia salah Perdana Menteri?

Sebelum ini ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

“Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

“PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya,” katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Monday 12 May 2014

Kes Anak Nak Kawin Boleh Jual UMNO & Negeri?


Kata McTheory (baca sini), "Kes anak nak kawin boleh jual parti dan negeri? Tapi siapa yang salah sebenarnya? hmm.."

Menurut McTheory melalui blognya yang memetik Malaysiakini berkata, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad Said yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.


Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata: "Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian. "Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Saturday 10 May 2014

PAS - Tukar MB Tak Selesai Masalah, Lebih Baik ‘Bubar DUN’

Oleh  Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu

Mohd Noor Hamzah
Saya mengikuti dengan cermat berita hangat ketika ini, iaitu berkaitan dengan desas desus pertukaran Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang dikatakan telah berjanji dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengemudikan Kerajaan Terengganu selama setahun sahaja bermula selepas menang PRU 13.

Saya sebagai rakyat Terengganu, merasakan berhak untuk mengemukakan beberapa persoalan agar jelas, apakah masalah yang sedang melanda Kerajaan Negeri Terengganu ini.

Sebagai wakil rakyat, saya telahpun menjalankan tanggungjawab saya dengan mengemukakan soalan di dalam Sidang DUN baru-baru ini berkenaan pertukaran MB ini.

Malangnya soalan saya ditolak oleh DUN.

Oleh itu saya dengan penuh rasa bertanggungjawab mengemukakan soalan di sini agar kita, rakyat Terengganu, sama-sama dapat memikirkan masalah negeri kita. PAS sudah lama menyatakan kepincangan dalam pentadbiran Ahmad Said, tetapi sayang, ramai yang tidak mahu menerimanya.

Dua ADUN yang dikatakan calob MB Terengganu yang baru.
Apakah kesalahan Ahmad Said sebenarnya, sehinggakan beliau hendak diturunkan dari tahta MB ini?

Jika kerana berlaku penyelewengan dalam pentadbirannya seperti yang PAS nyatakan dahulu, rakyat tidak boleh tidak, mesti dimaklumkan.

Jika ada bukti, dakwa beliau di mahkamah, lakukan pendedahan terbuka.

Undang-undang kita tidak mengenal sesiapa, besar atau kecil, bukan alasan untuk dia tidak didakwa.

Kecuali pimpinan Umno negeri yang tidak sebulu dengan Ahmad, memilih untuk menjadi pengecut dengan mendiamkan semua penyelewengan itu, jika ada.

Oleh itu ahli Umno yang mengaku cintakan keadilan, mesti bangkit bagi membongkar segala kepincangan ini supaya rakyat dapat menilai dan membuat satu kata putus yang betul dalam PRU yang akan datang.

Rakyat Terengganu, saya yakin, mereka telah muak dengan drama bersiri perbalahan dalaman Umno terutama antara “Team Utara” dan “Team Selatan” yang kelihatannya tiada berkesudahan pasca PRU 12, pada tahun 2008 (Kes Tuanku Sultan Terengganu digelar binatang).

Sesiapa sahaja daripada Umno yang dipilih sebagai MB, dia akan melangsungkan agenda pembaziran wang rakyat.

Oleh itu pertukaran MB ini saya percaya tidak ubah seperti menyapu sampah ke bawah karpet, tidak akan menyelesaikan masalah. Suatu masa, sampah itu akan menimbun dan kelihatan juga. Melainkan pembubaran DUN dibuat bagi rakyat diberi mandat untuk memilih semula kerajaan dan sekaligus untuk MB yang baru. 

Sikap membisu Ahmad Said juga, menambahkan lagi persoalan-persoalan ini, dan adakalanya seperti dia mengiyakan kebenaran berita yang dicanang ini.

Ini ditambah dengan sikap pimpinan Umno negeri memperlihatkan seolah-olah mereka sedang menunggu “hari bersejarah” yang dikatakan itu.

Apatah lagi dengan kegagalan Karnival Kenyir yang sangat memalukan Ahmad dan juga dengan kenaikan cukai pintu oleh MBKT sehingga beratus kali ganda, memperkuatkan lagi suara-suara yang mencadangkan ianya seperti sabotaj dari pihak-pihak tertentu bagi memalukan pentadbiran Ahmad untuk melengkapkan jalan cerita ini.

BuletinOnline 

Thursday 8 May 2014

Isu Menteri Besar Baru - Suhu Politik Terengganu Kembali Panas


Nama Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman kembali panas apabila beliau sekali lagi dikaitkan bakal mengambil alih jawatan Menteri Besar Terengganu, seperti mana desas-desus yang bertebaran sebelum ini.

Isu pertukaran pemimpin utama negeri ini dilihat sedikit mencalarkan sambutan genap setahun pentadbiran BN yang mentadbir Terengganu Isnin lalu, yang berjaya mempertahankan kemenangan dalam PRU13 5 Mei tahun lalu, sekali gus menyaksikan politik negeri ini kembali bergelora.


Kemenangan tipis BN dengan kedudukan kerusi 17-15 turut didakwa antara faktor penyebab Datuk Seri Ahmad Said menjadi sasaran, ditambah pula dengan wujud kumpulan tertentu dalam parti berkenaan hingga mengakibatkan berlaku perpecahan dalam kalangan ahli Umno itu sendiri.

Walaupun Ahmad Razif telah beberapa kali menafikan hal berkenaan, namun namanya sekali lagi menjadi perhatian apabila laporan sebuah akhbar Bahasa Inggeris tempatan semalam, mendedahkan mengenai sumber daripada Putrajaya yang mengatakan wakil rakyat itu diminta untuk bersedia bagi menggantikan kepimpinan utama negeri ini.

Kakitangn media yang menunggu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) turut hampa apabila Ahmad razif tidak muncul, semalam.
Isu berkait pertukaran Menteri Besar Terengganu telah beberapa kali hangat diperkatakan sejak tahun lalu, namun kembali ‘tenang’ setelah ia dinafikan sekeras-kerasnya pelbagai pihak termasuk baru-baru ini, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengatakan tiada perancangan ke arah itu (membabitkan pertukaran Menteri Besar).

Bagaimanapun, penjelasan daripada pemimpin utama negara nyata belum mampu meredakan isu tersebut apabila nama Ahmad Razif yang telah dua penggal memimpin Dun Seberang Takir terus hebat dicanang pelbagai pihak sebagai pengganti Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika ini.

Namun, laporan akhbar berbahasa Inggeris itu seakan mengiyakan perkara tersebut (pertukaran Menteri Besar) apabila Ahmad Razif difahamkan membatalkan kehadiran beliau dalam Majlis Penyerahan Jersi Kejohanan Bola Sepak Adun Seberang Takir yang diadakan di Dataran Permata, Kampung Baru Seberang Takir, malam kelmarin, secara tiba-tiba atas sebab tidak diketahui.

Berdasarkan sumber terdekat dengan anak jati Seberang Takir itu, pihak media dimaklumkan beliau terpaksa ke Kuala Lumpur dan dijangka menaiki penerbangan pada jam 4.15 petang semalam, namun sehingga jam 5.30 petang, beliau tidak muncul.

Ahmad Razif bagaimanapun dipercayai menggunakan jalan darat untuk ke Kuala Lumpur bagi mengelak bertemu media yang berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).

Turut difahamkan, tujuan beliau ke ibu negara adalah untuk menemui pucuk pimpinan utama parti berkait pertukaran Menteri Besar yang dikhabarkan bakal dibuat pada 15 Mei ini, seperti mana yang diperkatakan ramai pihak sebelum ini.

Ahmad Razif yang merupakan satu-satunya wakil rakyat BN yang berjaya mempertahankan kerusi dalam PRU13 lalu di Parlimen Kuala Nerus dikatakan antara nama yang disenarai pendek sebagai Menteri Besar yang baharu.

SinarOnline

Wednesday 7 May 2014

Ahmad Said Enggan Ulas Isu Pertukaran Menteri Besar Terengganu

Ahmad Razif disebut sebagai pengganti Ahmad Said.
"Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, menandatangani satu surat yang bersetuju untuk mengetuai kerajaan negeri selama setahun sahaja selepas Barisan Nasional hanya memperoleh majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri."

"No Comment". (Tiada komen).

Demikian jawapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung Terengganu bakal menerima menteri besar baharu dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai dua nama anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang disebut laporan itu calon menteri besar baharu, Ahmad berkata terserah kepada penulis berita tersebut untuk membuat andaian.

"Biarkan dia," katanya yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Tasik Kenyir, di pulau berkenaan.

Akhbar itu antara lain menyebut Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tahun lepas, menandatangani satu surat yang bersetuju untuk mengetuai kerajaan negeri selama setahun sahaja selepas Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Laporan mStar memetik sumber itu berkata Ahmad menandatangani surat tersebut yang turut mensyaratkan beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Terengganu kira-kira dua minggu selepas PRU13 pada 5 Mei.

Laporan itu menyebut Adun Seberang Takir yang juga Exco Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dan Adun Air Putih Wan Hakim Wan Ahmad (kanan) sebagai calon menteri besar baharu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Akhbar itu menyebut, Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi. BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Difahamkan nama Ahmad Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.

Sunday 4 May 2014

Sayang Jawatan Menteri Besar Atau Wang RM3 Juta?


Blog catatanzabidi memetik dari satu blog lain dengan kata-kata: “Wanita simpanan seorang Menteri Besar yang dipercayai dikaitkan dengan satu negeri di Pantai Timur, dikatakan sanggup ke istana untuk mengadu perilaku Menteri Besar berkenaan yang gagal memenuhi janji kepadanya. Wanita berkenaan dikatakan sedang menguruskan pertemuannya dengan pihak istana dengan harapan, janji Menteri Besar tersebut ditunaikan kepadanya.”

Teganukini berdoa agar segalanya tidak benar dan istana tidak melayan pengaduan seperti ini kerana ia membabitkan maruah dan kepimpinan negeri.

Namun lebih mengejutkan, menurut apa yag dipetik oleh catatanzabidi ialah : “Dikatakan, wanita itu sudahpun menghubungi seorang pemberita sebuah akhbar tabloid harian di negeri berkenaan untuk mendedahkan perkara itu.

Bagaimanapun, wanita itu dikatakan dinasihatkan oleh pemberita berkenaan supaya bersabar sementara menunggu reaksi selanjutnya daripada Menteri Besar berkenaan. 

 Pemberita berkenaan dikatakan meminta perempuan berkenaan supaya memujuk Menteri Besar melunaskan janji-janjinya agar perkara ini tidak terdedah dan menjatuhkan reputasi Menteri Besar berkenaan.”

Begitu sekali wanita berkenaan mahu bertindak? Nekad sekali tindakannya!


Kenapa dibiarkan sampai kes ini ‘pecah’ di blog dan facebook? Soal benar atau tidak hanya tuan diri - Menteri Besar dan perempuan simpinan - sahaja yang tahu. Dan pastinya, Allah s.w.t.

Kenapakah ‘mereka yang rapat dengan  MB’ berkenaan tidak menasihati dan mengambil daya usaha agar kes ini ditutup rapat-rapat, lebih-lebih lagi pada ‘musim kononnya Menteri Besar di dua negeri di Pantai Timur akan ditukar’?

Apakah mereka takut mencampuri urusan peribadi Menteri Besar berkenaan? Hal seperti ini jangan dibuat tidak penting atau tidak perlu diambil pusing....

Kenapakah MB berkenaan begitu sayang RM3 juta berbanding jawatan yang diamanahkan kepadanya oleh rakyat? 

Malah jika tidak benar, bertindaklah sewajarnya!

Blog yang dipetik oleh catatanzabidi itu dikatakan medapat cerita dan kemudian ditulis daripada sumber dan tmenjadi sesuatu yang membimbangkan.

Jika benar apa yang diperkatakan oleh perempuan berkenaan MB terbabit akan malu. Bukan sahaja dirinya tetapi juga keluarganya. Ini bukan isu main-main.

Lebih ‘menghairahkan berita ini’ ialah wanita itu “…sudah tidak boleh sabar dan jika perlu akan menghebahkannya ke akhbar.”

Akhbar mana berani siarkan cerita seperti ini sekiranya tidak dapat disahkan?

Mungkin akhbar dalam talian atau akhbar pembangkang. Itupun kalau melihat pemimpin Barisan Nasional tetapi bagaimana kalau ia terkena kepada batang hidung pemimpin mereka sendiri?


Menurut sumber, seperti dipetik catatanzabidi, wanita itu dinasihati jangan melakukan sesuatu yang ‘terdesak’ kerana MB berkenaan ada disebut sedang berdepan dengan kemelut pertukaran MB gara-gara digembar-gemburkan oleh Awang Selamat melalui Mingguan Malaysia, Ahad dua minggu lalu.”

Heboh berita seorang wanita dikaitkan dengan seorang MB reda selepas tumpuan diberikan kepada isu pertukaran MB yang ‘dicanangkan’ oleh Awang Selamat.

Tidak dikerahui sama ada MB yang digembar-gemburkan akan ditukarkan itu turut terpalit dengan isu perempuan simpanan yang dikatakan menjanjikan RM3 juta kepada ‘bekas kesasihnya’ itu.

Malah, pendedahan oleh FMT itu lebih awal daripada apa yang disebutkan oleh Awang Selamat melalui Mingguan Malaysia berkenaan.

Menyedihkan, menurut sumber, MB berkenaan turut memarahi perempuan simpanan berkenaan, termasuk mengatakan perempuan itu sebagai seorang yang ‘tamak’. Tidak diketahui erti tamak berkenaan, bagaimanapun dikatakan berkaitan pemberian sebelum ini oleh Menteri Besar berkenaan.

Tamak itu juga mungkin boleh dikaitkan dengan pemberian MB sebelum ini yang dianggap ‘sebahagian jumlah daripada jumlah sebenar’ yang diberikan.

Blog berkenaan turut mendakwa menerima beberapa gambar yang dikirim oleh pihak tertentu mengenai ‘wajah’ perempuan simpanan berkenaan namun cukup untuk menyiarkan sekeping sahaja sebagai permulaan.

Blog itu menyatakan tidak pasti apakah itu wajah sebenar perempuan simpanan MB berkenaan atau gambar orang lain yang sengaja disebarkan untuk ‘memanaskan lagi’ berita ini.


Free Malaysia Today (FMT) yang membongkar berita ini pada 8 April 2014 lalu, menyebut bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata, jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak menerima sebarang wang dijanjikan itu. 

Selain mematuhi syarat Menteri Besar, iaitu menunggu selepas pilihan raya, bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

FMT difahamkan ahli perniagaan itu sudah banyak kali menghubungi MB untuk mendapatkan ‘haknya’ seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi panggilan dan sms tidak dilayan. Dia hanya mahukan 'haknya' bukan dengan niat untuk campur soal politik dan sebagainya

Wednesday 30 April 2014

1 Mei Untuk Raikan Jasa Pekerja Disalahguna Oleh Pembangkang...


1 Mei adalah hari pekerja. Hari di mana pekerja berehat.

Jika ada majlis meraikannya, ia tidak sewajarnya berpanjangan. Biarlah pekerja berehat.

Selain memberikan waktu untuk mereka berehat, cuti umum Khamis 1 Mei 2014 hari ini sempena Hari Pekerja diraikan bagi menghargai jasa seorang pekerja dalam perkembangan ekonomi negara.

Oleh itu, kita mengucapkan selamat hari pekerja kepada seluruh individu yang bergelar pekerja di Malaysia.


Dalam usaha kita mencapai kecemerlangan dan mengetengahkan daya kreatif, kebolehan dan kemahiran pekerja, persekitaran kerja amaat penting untuk diwujudkan.

Sudah pasti, dasar kebangsaan dan majikan di negara ini perlu mewujudkan persekitaran kerja yang tidak saja memupuk bakat pekerja tetapi juga menggalakkan mereka mencapai kecemerlangan.

Dalam masyarakat moden hari ini, modal bagi persaingan dalam kalangan negara ialah bakat dan persekitaran kerja yang menggalak perkembangan dan kejayaan pekerja, yang juga membantu kejayaan majikan.

Jika Hari Pekerja pada masa lepas merupakan kempen bagi perjuangan, Hari Pekerja hari ini bererti menambah baik diri, kemajuan diri dan meningkat daya saing bagi kedua-dua majikan dan pekerja.

Hari ini kerajaan Malaysia yang berpandangan jauh berusaha ke arah mewujudkan persekitaran terbuka, bebas dan bertambah baik demi menarik bakat.

Malah, dalam era kompetitif ketika ini, dasar kerajaan jangan sahaja memfokuskan kepada pemupukan bakat pekerja tetapi juga menyediakan mereka platform untuk mengetengah keupayaan sebenar mereka.

Melaluinya, negara akan dapat bergerak lebih pantas ke arah mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi.

Namun berbeza dengan pembangkang, mereka mahu menggunakan Hari Pekerja hari ini untuk mengadakan perhimpunan yang dijangka membabitkan 10,000 hingga 15,000 orang membantah Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Perhimpunan yang akan diadakan dekat Dataran Merdeka Kuala Lumpur, antara pukul 2 petang dan 5 petang ini akan bermula di Jalan Raja dan melintasi Dataran Merdeka tanpa memasuki kawasan padang berkenaan.

Juara perhimpunan pembangkang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata, mereka akan menggunakan laluan sama seperti sambutan kemerdekaan negara dan bergerak ke Masjid Negara, Sogo, Dataran Maybank dan KLCC.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka hadir, termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Naib Presiden PKR Tian Chua serta aktivis pembangkang lain. Mereka diberikan keyakinan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa perhimpunan itu sesekali tidak akan menimbulkan provokasi sehingga boleh mendatangkan ketegangan.

Kenyataan ini ternyata bertentangan dengan gesaannya sebelum ini bahawa PKR bertegas selagi tidak wujud perubahan ketara yang menjadi jurang antara golongan kaya dan miskin serta akan bersungguh-sungguh menentang GST kerana ia akan menambah beban rakyat.

Wan Azizah sebelum ini mengajak rakyat menyertai perhimpunan itu bersama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat kerana parti itu percaya kewujudan pelbagai penguatkuasaan cukai adalah perkara besar yang membawa kesan mendalam kepada rakyat.

Selain perarakan ini, di KLCC juga akan diadakan sambutan Hari Pekerja yang melibatkan 95 organisasi yang sudah pun menuntut GST dibatalkan. Kumpulan ini akan bergerak ke Dataran Merdeka.

Tian Chua berkata, selepas beberapa kali mengadakan himpunan besar-besaran, akhirnya ia dilihat sebagai sesuatu yang demokratik dan hak asasi untuk rakyat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh sudah memaklumkan bahawa Himpunan Aman Membantah Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) itu dibenarkan diadakan namun menasihatkan penganjur supaya mematuhi syarat-syarat tertentu untuk memastikan keselamatan peserta.

Antara syarat ialah peserta tidak dibenarkan membawa senjata atau kanak-kanak ke perhimpunan ini selain perlu mengikuti dan menghormati arahan daripada anggota polis yang bertugas, yang berada di sana untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dan memastikan kelancaran penganjuran itu.

Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan alat pembesar suara, membuat ucapan dan menjerit slogan parti ketika berarak ke Dataran Merdeka dari pelbagai lokasi.

Jaminan diberikan oleh ketua kumpulan penunjuk perasaan selepas pertemuan sebanyak empat kali dengan polis selain bersetuju dengan syarat-syarat untuk memastikan keselamatan orang awam dan semua yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Kita akan saksikan sejauh mana janji itu ditepati.

Juga berapa banyakkah bukan Melayu akan menyertai tunjuk perasaan itu.

Apakah ia masih ditakuk lama apabila ‘orang Melayu terus membenarkan diri mereka dipergunakan untuk menentang kerajaan yang dilihat milik Melayu melalui tunjuk perasaan itu’?

Thursday 24 April 2014

Beranikah Najib Tukar Ahmad Said?


Oleh Zabidi Saidi

PETALING JAYA: Dahulu heboh kononnya Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu ditukar apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ bagi membolehkan beliau dilantik sebagai MB yang baharu.

Tetapi perancangan manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah. Anwar beriya benar mahu menjadi MB Selangor tetapi akhirnya beliau tidak dapat bertanding apabila pada 7 Mac lalu beliau dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Maka berita pertukaran Khalid dari jawatan MB menjadi senyap selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi DUN Kajang menggantikan suaminya.

Ahad lalu Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia membangkitkan isu pertukaran dua MB di kalangan MB Barisan Nasional (BN). BN berkuasa di Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah (Ketua Menteri).

Siapa yang akan digugurkan?

Tidak mungkin Perlis, Kedah, Melaka dan Johor kerana mereka masih baru menjadi MB pada Mei 2013 selepas pilihanraya umum (PRU). Adakah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Musa Aman?

Mohamad Hassan paling ‘gentleman’ antara mereka berlima. Beliau berkata kuasa melantik MB adalah kuasa Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau PM suruh bersara, kita kena terima dengan lapang dada,” kata beliau. Setakat ini Zambry, Adnan dan Musa tidak bersuara. Sebaliknya yang banyak menjadi tumpuan ialah Ahmad Said.

Ahmad Said kata beliau enggan mengulas spekulasi dalam blog dan Facebook.

Sebenarnya bukan blog dan Facebook yang memulakannya tetapi Mingguan Malaysia akhbar milik Umno.

Apabila akhbar milik Umno yang mainkan isu ini, maka orang lebih percaya Ahmad Said akan ditukar walaupun Awang Selamat tidak menyebut nama dua MB yang terbabit.

Benarkah ada perjanjian di antara Najib dengan Ahmad Said bahawa beliau jadi MB Terengganu untuk satu tahun sahaja selepas PRU ke 13? Itu yang diperkatakan orang.

Malah beliau dikatakan mengugut PM akan menarik dua ADUN BN keluar dari BN yang menyebabkan BN akan tumbang di Terengganu pada tahun lepas sekiranya PM tidak lantiknya semula sebagai MB.

Jika benar Najib mahu gugurkan Ahmad Said, adakah ugutan Ahmad Said akan terlaksana? Tergamakkah Ahmad Said melihat BN jatuh di Terengganu? Ini yang sedang difikirkan oleh Najib buruk dan baik menggantikan Ahmad Said dengan orang lain.

Blogger Sayuti Omar menyifatkan Ahmad Said akan jadi macam David Moyes, Pengurus Manchester United. Katanya, semalam Ahmad Said enggan ulas. Manakala orang yang diheret akan mengganti beliau menafikan.

Orang yang dijaja ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia bernama Rozi Mamat. Sebelum ini orang tidak kenal siapa dia Rozi Mamat. Dia bukan tokoh yang disebut-sebut sebelum ini. Tetapi tiba-tiba namanya tersembur ke atas hari ini.

Sayuti menulis, Rozi Mamat pun sudah menggeletar bila mana namanya disebut malahan marah kepada orang yang mengheret namanya.

Tambahnya lagi, tidak mengapa, Rozi tidak perlu menggeletar dan marah-marah, orang yang bakal mengganti Ahmad Said kalau MB itu terpaksa disenjah turun, bukan Rozi Mamat, tetapi ada nama lain.

“Nama itu sudah pun dimaklumkan kepada Sultan Terengganu. Sebelum itu saya nak tanya beranikah Najib Razak tukar MB Terengganu itu? Macam mana dengan Sultan, perkenankah tidak?” soal Sayuti dalam blognya.

MstarOnline menulis keputusan pihak istana yang bakal menentukan sama ada akan berlaku pertukaran MB di beberapa buah negeri menjadi kenyataan sebagaimana yang disebut-sebut sekarang.

Walaupun PM berhak membuat perubahan ke atas kerusi tersebut tetapi kata putus istana tetap memainkan peranan dan tidak dapat diketepikan begitu sahaja.

Beberapa sumber yang dihubungi mStar Online memaklumkan, suka atau tidak, kata putus istana dalam soal kerusi MB harus diterima sebagai salah satu pra-syarat pelantikan mana-mana MB yang baharu.

“Lambat atau cepat proses pertukaran (MB) itu bergantung kepada kata putus pihak istana,” katanya lagi.

 Sumber mStar Online turut mendedahkan bahawa isu mengenai pertukaran MB di beberapa buah negeri ini timbul kerana wujudnya perjanjian bersama antara MB terbabit, Barisan Nasional (BN) dan istana negeri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang lalu.

“Menerusi gentleman agrement itu, beberapa orang MB telah diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab mereka seperti biasa selepas memenangi PRU lalu, dengan syarat mereka perlu berundur selepas tempoh tertentu dan inilah yang akan berlaku sekarang,” kata sumber berkenaan.

Bilakah perubahan ini akan berlaku hanya PM sahaja yang ada jawapannya.Dua buah negeri yang disebut-sebut terikat dengan persefahaman ini ialah Terengganu dan Pahang kata mStar Online lagi.

Hanya seorang anggota Exco Terengganu, Nawi Mohamad tampil mempertahankan Ahmad Said.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Besut menyokong kewibawaan Ahmad Said untuk terus mengetuai pentadbiran Terengganu.

Nawi adalah orang Ahmad Said yang menentang penyandang jawatan Ketua Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh dalam pertandingan Ketua Bahagian pada tahun lepas.

Sebalik-baik sahaja Idris dapat tahu Nawi mahu tanding jawatan Ketua Bahagian, beliau yang juga bekas MB bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian sahaja.

Beliau buat alasan sibuk di pusat sebagai Menteri Pendidikan II dan ahli majlis tertinggi Umno yang menyebabkan beliau beri laluan kepada orang muda menjadi Ketua Bahagian. “Pertukaran berkenaan tidak perlu dilakukan buat masa ini,” kata Nawi dalam sms kepada sebuah portal berita.

Minggu lepas sebelum Mingguan Malaysia menyiarkan pojok Awang Selamat, Ketua Umno Bahagian Marang, Latif Awang membuat pengumuman berdiri teguh di belakang Ahmad Said.

Justru itu sama ada benar atau tidak Ahmad Said akan berhenti pada 11 Mei ini, sama-samalah kita tunggu.

Wednesday 23 April 2014

Pemuda Umno Terengganu Berdiri Teguh Di Belakang MB

 
Pergerakan Pemuda Umno Terengganu hari ini berikrar berdiri teguh di belakang Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ahmad Said.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri Mohd Johari Abu Bakar berkata untuk memperkukuh dan mengembalikan kegemilangan Umno negeri, Pemuda harus memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan parti.

"Sekarang kami mahu bekerja keras dan mengikut apa saja yang diarahkan oleh ketua kami.

"Kami Pemuda Umno Terenganu berdiri teguh di belakang Datuk Seri walau apapun terjadi kerana kami ingin memastikan Umno/Barisan Nasional (BN) Terengganu cemerlang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Santai Pemuda Umno Terengganu bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu malam tadi.

Mohd Johari berkata pada PRU ke-14 nanti terdapat kira-kira lima juta pengundi baharu di seluruh negara yang akan keluar mengundi.

"Sehubungan itu kami sekarang akan menumpukan kepada pengundi baharu dan melancarkan kempen keahlian dan daftar pemilih Pemuda Umno di seluruh negeri," katanya.

Sementara itu Ahmad Said berkata Badan Perhubungan Umno Terengganu akan membantu Pemuda bagi menjalankan pelbagai aktiviti terutama dalam usaha memperkuat parti, bersama Pergerakan Wanita dan Puter Umno juga.

Beliau  berharap ketiga-tiga sayap parti itu bersatu tenaga dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangi kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang dan mempertahankan kerusi yang ada.

Pada PRU ke-13, Umno/BN negeri hampir kecundang apabila hanya memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menang empat kerusi Parlimen, sama banyak dengan pembangkang.

Sunday 6 April 2014

FAM Jangan Buta Fakta, Kerajaan Negeri Sediakan Dana Besar Untuk Liga M


Siapa kata Menteri Besar tidak berhak bersuara terhadap keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika sesuatu keputusan diragui?


Apakah FAM sedar bahawa kerajaan negeri mengeluarkan dana yang besar untuk menyokong Liga Malaysia?

Jangan anggap sesuatu keputusan mengenai bolasepak membabitkan sesuatu pasukan negeri tidak melibatkan kerajaan negeri atau Menteri Besar.

Kenyataan seperti ini seperti ‘buta fakta’ dan inilah yang menyebabkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berang.

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abdul Razak yang menyatakan Menteri Besar tidak kena mengena dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dalam isu 'insiden terowong'.


Berikutan itu Ahmad Said membidas jawatankuasa itu berhubung keputusan mengenakan denda RM30,000 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) atas 'insiden terowong' di Stadium Larkin Johor, pada 1 Februari lepas.

Bagi Ahmad Said, jawatankuasa itu membuat keputusan terpilih atau 'pilih bulu' kerana hanya menjatuhkan hukuman denda terhadap JDT kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan di stadium sehingga mencetuskan insiden itu.

Beliau meluahkan rasa tidak puas hati dengan jawatankuasa tersebut kerana gagal mengenal pasti atau menghukum individu yang mengasari pemain import T-Team, Evaldo Goncalves dan jurulatih kecergasan Stefano Impagilazo.

Pada 2 April lalu, Ahmad Said menempelak keputusan FAM yang hanya mengenakan denda RM30,000 kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) atas 'insiden terowong'itu.

 Beliau berkata keputusan itu mengundang kemarahan Terengganu berikutan tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap individu yang terlibat dalam kes berkenaan yang masih meninggalkan banyak persoalan.

Justeru, beliau mempertikai keputusan  Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana gagal dalam melaksanakan tugas mereka.

"Itulah kadang-kadang kita buat keputusan secara terpilih. Kalau kita jadi hakim (atau) jadi (jawatankuasa) disiplin, kalau kita tidak berani buat keputusan dan berlaku adil, maka lebih baik letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu, Rabu lalu.

Ahmaad Said berkata penangguhan kes pemain import T-Team, Evaldo Goncalves dan jurulatih kecergasannya Stefano Impagliazo telah dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT seolah-olah terdapat satu elemen yang tidak boleh diterima banyak pihak.

"Ini yang kadang-kadang pelik, atas faktor keselamatan dia jatuhkan hukuman, maka siapa yang menyebabkan perkara itu tidak selamat? Mesti ada individu yang telah dikenal pasti," katanya.

Ahmad Said turut membidas bagaimana kes yang sepatutnya menjadi keutamaan iaitu 'insiden terowong' telah bertukar menjadi kes kedua.

Ini berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak pada mesyuarat semalam bahawa kes berkenaan sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM.

Katanya, jawatankuasa itu berpendapat adalah wajar untuk menangguhkan terlebih dahulu siasatan terhadap individu yang terbabit kerana tidak mahu ada dua keputusan berlainan.

"Ini bukan soal hukuman, soalnya sekarang saya tak berpuas hati bagaimana cara pengendaliannya (oleh FAM). Malah dulu cakap nak panggil semua dan saya dimaklumkan oleh pasukan T-Team (bahawa) sampai semalam pun mereka tidak dipanggil untuk beri keterangan semula," kata Ahmad.

'Insiden terowong' berlaku pada 1 Februari lepas ketika waktu rehat perlawanan pusingan kedua Piala FA antara JDT dan T-Team.

Pihak pengurusan T-Team mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan babak kedua kerana berasa keselamatan mereka terancam selepas mendakwa Goncalves dan Impagliazzo telah dikasari oleh pemimpin tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan.

Bagi Ahmad Said, beliau berhak mencampuri urusan bola sepak kerana kerajaan negeri mengeluarkan dana besar untuk menanggung perbelanjaan pasukan Terengganu dan T-Team dalam pertandingan Liga Super.

"Semua Menteri Besar berhak ke atas pasukan negeri masing-masing kerana dana terbesar untuk perbelanjaan setiap pasukan adalah daripada kerajaan negeri dan bukan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.

Selain itu, FAM adalah hak milik rakyat Malaysia. Bola sepak ini hak milik orang ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan WiFi Terbuka Terengganu di lapangan terbang Sultan Mahmud semalam.

Justeru , katanya beliau tidak akan berganjak dengan kenyataannya tempoh hari yang meminta Jawatankuasa Tataterbib FAM letak jawatan jika tidak berani atau malu untuk bertindak.

'Insiden terowong' itu berlaku pada perlawanan pusingan kedua Piala FA antara T-Team dengan JDT di Stadium Larkin. T-Team enggan meneruskan babak kedua perlawanan itu dan FAM kemudian memberi kemenangan 3-0 kepada JDT.

Tuesday 1 April 2014

Insiden Terowong Larkin - Pegawai Tinggi Terlibat Kini Kes Polis

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abd Razak mengumumkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) didenda RM30,000 kerana kelemahan keselamatan dalam terowong di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos.

Selepas dua bulan menunggu perbicaraan kes insiden 'Terowong Larkin' ini, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya membuat keputusan berdasarkan isu keselamatan.

Taufek mengumumkan keputusan tersebut selepas hampir sepuluh jam bermesyuarat. "Setelah panjang lebat hujah yang diberi oleh pihak JDT, pengadil, pegawai serta pegawai perlawanan, jawatankuasa berpuas hati bahawa perkara yang berlaku itu adalah berpunca daripada kelemahan keselamatan.



"Perkara ini memang diakui oleh Setiausaha Agung JDT, Mohd Fahmy Yahya semasa memberi hujahnya. 

"Akibat daripada masalah kelemahan keselamatan , kekurangan selia yang baik jawatankuasa telah mendapati JDT terbabit dengan keadaan itu dan didenda RM30,000 dan diberi amaran agar peristiwa itu tidak berlaku lagi.

"Dan dengan hukuman itu mereka berhak membuat hukuman kerana maksimum hukuman adalah RM100,000," jelasnya pada sidang media.

Manakala mengenai isu yang dikatakan ada pegawai tertinggi terlibat dalam kes ini, Taufek menjelaskan ia adalah kes polis kerana terdapat laporan dibuat.

"Dalam kes ini dua pihak terlibat, FAM dan satu lagi pihak polis. "Saya difahamkan bahawa ini hasil siasatan pihak polis dan telah pun diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diambil susulan.

"Dan sekiranya tiada tindakan, kami akan mengambil tindakan kerana FAM ada tempoh dua tahun untuk berbuat demikian.

"Kita di pihak FAM telah berbincang bahawa setakat ini kes tersebut ditangguh," katanya.

Insiden 'Terowong Larkin' menjadi isu panas bola sepak negara selepas pasukan T-Team menarik diri daripada meneruskan permainan kerana alasan keselamatan ketika aksi bertemu JDT pada pusingan kedua Piala FA 1 Februari lalu.

Sunday 16 March 2014

Anak Isteri Kapten Azaharie 'Hilang'..Polis Bercakap Dengan Siapa?

Putrajaya semalam berkata tindakan menggeledah rumah dua juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyiasat simulator penerbangan yang dibina di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah prosedur "normal".

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan semalam, Putrajaya mengesahkan polis ke rumah kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang semalam untuk melakukan siasatan.

"Pegawai sudah bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar kini sedang mengkaji simulator penerbangan. Semalam, polis juga menggeledah rumah juruterbang," kata kenyataan tersebut.

Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah bergambar di depan simulator penerbangan di rumahnya.
Persoalannya, dengan siapa polis bercakap? Apakah mereka menemui isteri kapten Zaharie?

Ini kerana ada laporan menyebut bahawa anak isteri dan kapten Zahari meninggalkan rumah sehari sebelum kejadian pesawat itu hilang.

Dengan kata lain, mereka melarikan diri beberapa jam sebelum Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembantu di rumah Zaharie berusia 38 tahun itu dalam keterangannya, memberitahu dia tidak tahu ke mana anak isteri Zaharie ‘hilang’.

Dilaporkan sehari sebelum mereka menghilangkan diri, isteri dan tiga orang anak Kapten Zaharie bermalam di rumah kedua mereka di Subang.

Persoalannya, mengapa ‘persediaan’ untuk menyorokkan anak isterinya telah dibuat lebih awal sebelum MH370 dihilangkan?

Di mana isteri dan ketiga-tiga orang anak Zaharie sekarang?


Putrajaya sejauh ini meminta rakyat tidak terus melakukan andaian berhubung siasatan polis itu.

Awal kelmarin, akhbar Britain, Daily Mail melaporkan spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370, dikaitkan dengan teori kemungkinan pesawat tersebut dirampas juruterbang sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Semalam, polis mengeledah rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan.


Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.

Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan mengeledah rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.

 Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Polis mengeledah selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya yang antara lain berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.

Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu

Friday 14 March 2014

Pesawat MH370 Dirampas, Pengumuman Tengah Hari Ini?


Pesawat Malaysia Airlines MH370 dikatakan dirampas, demikian menurut satu aporan berita.

Menurut AP, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah 'konklusif'.

Menurut Malaysiakini, pegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.

Bagaimanapun, motifnya belum diketahui dan juga tidak jelas ke mana pesawat itu berada. Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang dijadual pada 1 tengah hari ini.


Semalam, pada hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan pesawat itu dirampas. "Saya tidak boleh menolak kemungkinan itu," kata beliau yang juga merupakan menteri pertahanan dan menambah kesemua maklumat daripada sumber tidak dinamakan dari Amerika Syarikat (AS) sedang dikaji.

"Terdapat banyak komen daripada sumber tidak dinamakan dari AS. Kita tidak akan keluarkan maklumat yang belum disahkan atau disokong pihak berkuasa yang relevan. Kita juga tidak mahu memberikan komen yang dilaporkan media memetik sumber tidak dinamakan."

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 Sabtu lepas bertambah mendebarkan apabila Operasi SAR pesawat yang membawa 239 penumpang itu kini diperluaskan ke sebelah timur Laut China Selatan dan kawasan barat Lautan Hindi, meskipun kemungkinan untuk menyelamat semakin tipis.

Apapun, Hishammuddin menegaskan, kerajaan tidak menoleh ke belakang dalam usaha itu supaya perkembangan baharu dapat disampaikan kepada anggota keluarga yang terlibat.

 "Saya sendiri susah nak berdepan dengan keluarga terlibat, lebih-lebih lagi tiada maklumat dan perkembangan yang boleh dimaklumkan kepada mereka," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 di Sepang semalam.

Ditanya mengapa kawasan pencarian diperluas, Hishammuddin berkata: "Kami tidak menemui pesawat itu dalam kawasan yang diliputi."

Sebelum ini, operasi SAR memberi tumpuan kepada dua kawasan iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan. Hishammuddin berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), yang membantu menganalisis data kasar daripada pihak ketenteraan, memberitahu bahawa Malaysia telah membuat keputusan yang betul untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua kawasan itu.

Menjawab soalan mengenai kebanjiran maklumat yang bercanggah mengenai insiden itu sejak hari pertama kejadian, Hishammuddin menegaskan pihak berkuasa Malaysia akan hanya mengeluarkan maklumat yang boleh dipercayai.

"Maklumat (bercanggah) itu bukannya datang daripada kami tetapi daripada spekulasi. Sebab itulah kami mengadakan sidang akhbar setiap hari untuk menyangkalnya," kata beliau.

Sambil memberi contoh mengenai laporan berita berhubung satelit China yang didakwa merakam kemungkinan imej serpihan di Laut China Selatan, beliau berkata perkara itu bukan sahaja disangkal oleh Malaysia malah kerajaan China juga. "(Ia adalah satu) perkembangan normal (untuk memperluaskan kawasan pencarian).

Untuk kawasan berkenaan (yang diliputi kini), kami belum menemui apa-apa, kami meningkatkannya dari semasa ke semasa...buat masa ini, secara harian," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pasukan SAR bersama-sama dengan rakan antarabangsa kini menggiatkan pencarian itu di bahagian timur Laut China Selatan serta di Lautan Hindi.

Dalam pada itu, Hishammuddin menyatakan rasa terharunya dengan sokongan padu rakyat Malaysia, selain bantuan daripada pelbagai negara dengan peralatan yang canggih.

"Bagi saya, itu memberi semangat untuk teruskan usaha mencari sehingga dapat maklumkan kepada keluarga perkembangan yang lebih positif," katanya.

Hishammuddin berkata 57 kapal dan 48 pesawat dari 13 negara kini terlibat dalam operasi SAR pesawat itu, yang hilang setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac lepas, semasa menuju ke Beijing.

"Keutamaan kami adalah untuk mencari pesawat ini. Kami menggerakkan usaha mencari berdasarkan semua petunjuk dan terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa.

"Kami bersyukur dengan bantuan diberikan rakan-rakan dan jiran-jiran, yang terus membantu kami dengan berkongsi data dan sumber mereka dalam usaha kami mencari MH370," katanya pada satu sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang petang semalam.

Turut memberi jaminan untuk tidak berputus asa dalam usaha pencarian itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Azharuddin berkata pihaknya akan terus mencari pesawat itu dengan menggunakan apa sahaja kaedah, apatah lagi usaha itu turut menerima bantuan daripada pakar antarabangsa termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ahmad Jauhari pula berkata: "Warga MAS masih tabah untuk menolong waris para penumpang dan anak kapal.

Tak pernah berputus asa dan akan lebihkan pertolongan kepada waris penumpang dan anak kapal." Hishammuddin juga memberi jaminan untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang termasuk yang berada di China, di mana beliau berhubung setiap hari dengan para pemimpin China manakala MAS pula menghantar kira-kira 100 pekerjanya ke China untuk tujuan itu.