Sunday 16 March 2014

Anak Isteri Kapten Azaharie 'Hilang'..Polis Bercakap Dengan Siapa?

Putrajaya semalam berkata tindakan menggeledah rumah dua juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyiasat simulator penerbangan yang dibina di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah prosedur "normal".

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan semalam, Putrajaya mengesahkan polis ke rumah kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang semalam untuk melakukan siasatan.

"Pegawai sudah bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar kini sedang mengkaji simulator penerbangan. Semalam, polis juga menggeledah rumah juruterbang," kata kenyataan tersebut.

Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah bergambar di depan simulator penerbangan di rumahnya.
Persoalannya, dengan siapa polis bercakap? Apakah mereka menemui isteri kapten Zaharie?

Ini kerana ada laporan menyebut bahawa anak isteri dan kapten Zahari meninggalkan rumah sehari sebelum kejadian pesawat itu hilang.

Dengan kata lain, mereka melarikan diri beberapa jam sebelum Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembantu di rumah Zaharie berusia 38 tahun itu dalam keterangannya, memberitahu dia tidak tahu ke mana anak isteri Zaharie ‘hilang’.

Dilaporkan sehari sebelum mereka menghilangkan diri, isteri dan tiga orang anak Kapten Zaharie bermalam di rumah kedua mereka di Subang.

Persoalannya, mengapa ‘persediaan’ untuk menyorokkan anak isterinya telah dibuat lebih awal sebelum MH370 dihilangkan?

Di mana isteri dan ketiga-tiga orang anak Zaharie sekarang?


Putrajaya sejauh ini meminta rakyat tidak terus melakukan andaian berhubung siasatan polis itu.

Awal kelmarin, akhbar Britain, Daily Mail melaporkan spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370, dikaitkan dengan teori kemungkinan pesawat tersebut dirampas juruterbang sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Semalam, polis mengeledah rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan.


Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.

Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan mengeledah rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.

 Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Polis mengeledah selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya yang antara lain berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.

Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu

No comments:

Post a Comment