Wednesday 12 March 2014

Hmmm...Apabila ‘Pakar Dungu’ Memperbodohkan Pemimpin & Pengikut PAS

Bandingkan 2 tulisan ini, antara yang BENAR DENGAN YANG MERAPU sambil ada niat di sebaliknya:

Mon, Mar 10th, 2014 Oleh Wartawan BO
MH 370 HILANG; MENGAPA TIDAK GUNA SCORPENE?

Saya hanya memetik sebahagian tulisan daripada sebuah laman proPAS Terengganu itu:

"Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan, bagaimana lapangan terbang yang lengkap dengan peralatan moden dan canggih tetapi para ‘penyamar’ boleh melepaskan diri dengan menggunakan pasport palsu.

Kritik turut kedengaran, mengapa Malaysia tidak menggunakan khidmat kapal selam Scorpene, sebaliknya menerima kapal selam dai Singapura bagi tujuan mencari dan menyelamat.


Seorang penganalisis Maritim, Ahmad Amzad Hashim berkata, semasa pembelian Scorpene, kerajaan Malaysia mempertahankan dengan dakwaan ia mempunyai bermacam peralatan hebat. “semasa beli bukan main lagi pertahankan harga mahal sebab (ada) macam-macam jenis peralatan canggih, bukan sistem sonar ‘cap ayam’ yang ada dlm scorpene tu.

Tapi ‘Sonar’ antara yang paling ‘advance’ yang boleh kesan macam-macam kat dasar laut, “Kalau (kerajaan) boleh gerakkan 3 OPV, 2 frigate, 1 Minehunter, 1 Kapal Pengangkut, 1 Submarine Rescue Vessel , 1 FAC dari TLDM dan pelbagai kapal APMM yg semuanya bukan tujuan khusus SAR pun, “apa alasan untuk tidak gerakkan sebuah scorpene ke sana?

Nak kata scorpene tengah sibuk, kita bukan dalam perang,’ujarnya. Dalam pada itu, seluruh rakyat Malaysia berdo dan bermunajat, agar pesawat yang telah hilang lebih 48 jam itu ditemui dengan selamat."


Baca pula apa yang diperkatakan oleh Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar, Panglima Tentera Laut:

KENAPA KAPAL SELAM TIDAK DIGUNAKAN (Posing atas KD Tunku Abdul Rahman…)

1. Saya terpanggil untuk menjelaskan sebab-sebab kenapa kapal selam tidak digunakan untuk operasi mencari pesawat MH 370. Kapal selam pada kebiasaannya tidak sesuai digunakan di dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

2. Sonar yang terdapat pada kapal selam tidak direka untuk melaksanakan carian dasar atau untuk mengenalpasti objek di dasar laut. Sonar tersebut selalunya berkesan untuk mencari dan mengenalpasti objek yang bergerak di bawah air yang menghasilkan bunyi, contohnya seperti bunyi enjin, bunyi pergerakan mahupun transmisi sonar atau radio. Sekiranya kita ingin mencari objek yang berada di bawah permukaan laut, terdapat kaedah lain yang lebih baik seperti menggunakan sonar yang terdapat pada Kapal Hidrografi, Kapal Penyelamat Kapal Selam, Kapal Penyelamat Khas dan Kapal Penyapu Ranjau.

3. Tentera laut tidak menggunakan kapal selam untuk operasi mencari dan menyelamat atas dua sebab iaitu had kelajuan optimum dalam pengoperasian sonar dan risiko perlanggaran dengan kapal-kapal lain yang terlibat dalam operasi itu. Dengan kehadiran kapal selam, kapal-kapal permukaan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat terpaksa mengambilkira Preventing Mutual Interference (PMI) dan Waterspace Mangement (WSM). Ini pastinya akan merumitkan keadaan yang sememangnya sudah sukar. Usaha-usaha menyelamat pastinya akan berjalan lebih lancar tanpa kekangan-kekangan tersebut.

4. Penggunaan kapal selam untuk mencari kotak hitam adalah tidak praktikal. Kotak hitam yang memancarkan isyarat frekuensi yang sangat rendah perlu dikesan dahulu sebelum boleh dijumpai. Sebaliknya ia boleh dikesan menggunakan GIBS (GPS Intelligent Bouys System) yang dilengkapkan pada Kapal Penyelamat Kapal Selam atau sebarang Kapal Penyelamat Khas. Kapal Selam tidak dilengkapi dengan GIBS.


Jika sudah faham, fikir dan renungkanlah. Setiap kejadian dan setiap perkara mahu dipolitikkan. 

Tidakkah apabila orang bukan pakar bercakap mengenai sesuatu yang memerlukan kepakaran akan menampakkan KEBEBALAN, termasuk oleh SI DUNGU yang mendakwa ‘dia seorang pakar’ dan dipetik pula oleh laman yang turut menunjukkan sikap dan pendiriannya yang TIDAK CERDIK?

No comments:

Post a Comment