Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Sunday, 16 April 2017

BN Rasuah Rakyat Gunakan Duit Rakyat…Najib, Razif Memalukan!!!

Oleh YB Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu

Bismillah


Saya ingin menarik perhatian seluruh rakyat Terengganu berkaitan dengan satu laporan yang disiarkan semalam berhubung dengan janji Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kepada rakyat yang bakal dipilih bagi menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Nanas dan yang sudah menduduki di Padang Hiliran iaitu dengan menjanjikan kaedah sewa beli kepada penyewa jika sekiranya BN menang di Parlimen Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Sejumlah 1,700 buah PPR kesemuanya iaitu 500 buah yang baharu diadakan upacara pecah tanah di Bukit Nanas semalam, dan baki 1,200 lagi, telah didiami di Padang Hiliran dengan peruntukan sebanyak RM217 juta oleh kerajaan pusat itu.

Dilaporkan juga, pelbagai lagi janji kemajuan yang akan dibawa oleh kerajaan pusat ke negeri Terengganu jika sekiranya BN memenangi kedua-dua kerusi itu serta Dun Tepoh milik PAS di Parlimen Kuala Nerus.

Begitu memualkan, menjijikkan dan sangat terkeji perbuatan merasuah rakyat oleh Perdana Menteri dan Menteri Besar ini. Apatah lagi rasuah itu dengan menggunakan duit rakyat pula. Sedang mereka menjawat jawatan ketua kepada seluruh rakyat Malaysia dan Terengganu.

Dengan janji rasuah itu jelas bahawa, PPR yang ada sekarang di Padang Hiliran yang sentiasa rosak lifnya dan PPR Bukit Nanas yang bakal didiami nanti, hanyalah bagi orang Umno-BN sahaja.

Sedangkan demokrasi menjanjikan hak untuk memilih dan juga hak bagi mendapat kemudahan secara sama rata oleh semua rakyat, tanpa mengira ideologi. Lebih hina perbuatan ini adalah kerana sangat jauh melencong daripada petunjuk al-Quran dan Sunnah dengan mengenepikan keadilan sosial yang dijamin.

Sememangnya Umno-BN sinonim dengan kezaliman.

Sebelum tampuk pemerintahan Terengganu yang diterajui PAS, dirampas dengan cara jahat oleh Umno-BN pada tahun 2004, rakyat Terengganu juga dihidangkan dengan janji pelbagai menu kemajuan dan kekayaan. Tetapi malang bagi rakyat Terengganu, Umno-BN kemudiannya menjadikan rakyat Terengganu seperti Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai.

Berapa jumlah wang yang dileburkan oleh Umno-BN setelah memerintah kembali Terengganu? Ya, jumlahnya ialah ribu juta ringgit. Lebih RM1 billion dibenamkan ke dasar Sungai Terengganu bagi persiapan dan acara Monsoon Cup. Mana Monsoon Cup sekarang?

Apa yang rakyat Terengganu dapat?

Kemiskinan rakyat ketika itu tetap tinggi.

Hampir RM2 billion pula diberikan kepada kerajaan pusat bagi membina Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang pada mulanya kerajaan bersetuju tidak dikenakan tol, tetapi akhirnya rakyat Terengganu terpaksa membayar tol.

Bajet LPT2 meningkat hampir sekali ganda daripada bajet asal kerana kontraktor yang dipilih oleh kerajaan Terengganu dibawah Umno-BN gagal menyiapkan pakej-pakej yang diberikan. Dan paling menggembirakan kontraktor-kontraktor kroni-kroni Umno-BN ini ialah, mereka tidak dikenakan hukuman, malah diberi semula tender. Kontraktor makan sedap, rakyat dapat tol.

Dan semua ini adalah menggunakan wang anda wahai rakyat Terengganu!


Ini belum lagi dibincangkan tentang Projek Bebas Cukai Tasik Kenyir yang sehingga kini masih gagal disiapkan, tetapi sudah ratusan juta wang rakyat Terengganu telah dimamah oleh orang-orang tertentu.

Sekarang kerana sudah kehabisan wang, pembesar-pembesar Umno-BN melakonkan watak sopan, suci dan murni dengan mengumumkan kepada rakyat, mereka mula memotong gaji mereka bagi mengisi Tabung Darul Iman dan mengajak rakyat sama-sama turut menyertai mereka.

Ketika membaham wang rakyat, rakyat tidak diajak sama, ketika mahu mengisi kembali kantung, tiba-tiba rakyat dipelawa. Kemana perginya wang royalti yang dirompak mereka dahulu? Mana isi Tabung Amanah Warisan Terengganu? Inikah cara pembangunan yang dibangga-banggakan yang mahu ditawarkan kepada rakyat Terengganu?

Saya yakin rakyat Terengganu tidak sebodoh itu.

Kini mereka datang lagi dengan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Terengganu. Apakah mereka tidak memberikan kemajuan kepada rakyat setelah puluhan tahun mereka menang dahulu?

Kemajuan dan pembangunan yang mereka maksudkan ialah mereka hanya mahukan kuasa bagi mengisi perut mereka dan kroni-kroni sahaja dan bukan untuk rakyat.

Diberikan hampas kepada rakyat, dibodohkan dan dimiskinkan rakyat bagi memudahkan rakyat merasa terhina, merempat di negeri sendiri dan akhirnya melutut menyembah mereka bagi mendapatkan apa yang dikatakan sebagai kemajuan. Inilah politik Umno-BN. Sanggup mengugut, memeras, membohongi dan menghina rakyat mereka sendiri demi kepentingan mereka.

Jangan Umno-BN sangka dengan situasi ‘tidak belaga angin’ antara PAS dan PKR ketika ini, ia akan menjejaskan perhatian PAS kepada rakyat.


Rakyat adalah keutamaan kami. Mata kami sentiasa tajam memerhati bagi menyelamatkan rakyat dari penindasan Umno-BN yang tidak pernah berhenti.

Kerana PAS menyedari bahawa tiada parti lain lagi yang boleh menolong rakyat menentang Umno-BN.

Oleh itu saya menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu agar bangkit melawan pembodohan oleh Umno-BN ini. InsyaAllah PAS akan menghapuskan segala kezaliman ini dengan bantuan rakyat dan memberikan pemerintahan yang adil mengikut al-Quran dan Sunnah.

Wallahua’lam.

Sunday, 18 September 2016

Najib Mungkin Tukar Empat Menteri Besar, Termasuk Terengganu..


Spekulasi terbaharu menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat 'perubahan' Menteri Besar di Terengganu untuk memastikan Brasian Nasional (BN) kekal berkuasa.

Selain Terengganu, Menteri Besar baharu juga bakal dilantik di Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star  menyebut, pertukaran akan dibuat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang.

Memetik sumber, The Star berkata, perubahan yang akan dilakukan sebagai menampilkan kepimpinan baharu untuk menerajui negeri tersebut.

Ini bermakna, pertukaran dibuat sebelum PRU-14 dan jentera pilihan raya Bn di empat negeri berkenaan mungkin akan dipimpin oleh orang baharu.

Namun The Star yang dipetik Malaysiakini tidak pula menyebut apakah BN akan mampu bertahan di empat negeri berkenaan, khususnya Terengganu dan Kedah.

Kedudukan Menteri Besar Terengganu menjadi kontroversi sejak dua tahun lepas apabila ada gerakan daripada dalam UMNO sendiri yang mahu beliau ditukar.

Ahmad Razif Abdul Rahman ‘diserang’ depan dan belakang iaitu oleh pemimpin kerajaan dan pembangkang yang dianggap lemah dalam soal pentadbiran parti dan kerajaan.

Akibatnya, sebagai mencari penyelesaian terakhir, Najib mengadakan pertemuan dua mata dengan setiap Ahli Dewan Undangan (ADUN) BN baru-baru ini.

Sejauh ini belum diumumkan hasil pertemuan itu, walaupun Najib meminta pemimpin dan rakyat Terengganu menyerahkan kepada beliau menyelesaikan kemelut politik Terengganu.

Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan UMNO semakin hangat selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang telah disandangnya sejak 1986.

Adnan...tidak pertahanan kerusi.
Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia mengejutkan Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi menolak khabar angin kononnya beliau tidak sihat.

Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan Najib untuk menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.

Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau dikatakan sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.


"Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik oleh The Star sebagai berkata.

Saturday, 20 August 2016

Najib - Jangan Remehkan ‘Ribut Dalam Cawan’, Ia Boleh Merebak...


Hanya ‘ribut dalam cawan’ dan ‘perselisihan adik beradik?’

Jangan remehkan kemelut yang melanda Terengganu, demikian pesanan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau turut memberi amaran walaupun kemelut di Terengganu ibarat 'ribut dalam cawan', ia boleh merebak sekiranya ahli UMNO negeri itu tidak bersatu.

Alamt berbahaya jika ahli UMNO tidak berpegang pada satu ikatan.

Berikutan itu, Najib meminta seluruh kepemimpinan dan rakyat Terengganu memberi kepercayaan penuh kepadanya selaku Presiden UMNO untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman pula turut berjanji segala permasalahan dalaman yang melanda UMNO Terengganu akan diselesaikan dalam masa terdekat bagi memastikan ia tidak membantutkan perjuangan UMNO.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerus itu menegaskan, konflik dalaman yang berlaku hanyalah perselisihan adik beradik, dan beliau yakin semua ahli UMNO Terengganu tetap sayang dan cintakan kepada parti.


"UMNO Terengganu sudah melalui perjalanan yang cukup lama, sudah merasai pengalaman yang penuh berliku, sudah menghadapi situasi yang sangat memeritkan, ‘ tegasnya.

Ahmad Razif berkata UMNO negeri sudah mempunyai agenda untuk menjayakan dan memastikan pada pilihan raya umum akan datang UMNO Terengganu akan menang dengan cemerlang.

"Ia juga sebagai hadiah terbaik kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang tidak putus-putus memberi semangat kepada kita di saat UMNO negeri berhadapan dengan konflik dalaman," katanya.

Najib yang juga Perdana Menteri mengingatkan supaya jangan ada pihak yang cuba dan sanggup menebuk kapal sehingga boleh menyebabkan ia tenggelam.

Katanya, dalam menangani kemelut yang sentiasa menjadi isu di negeri ini, beliau berharap rakyat Terengganu akan terus memberi kepercayaan kepadanya dalam memikirkan kaedah untuk memperbaiki keadaan.

Najib mengakui  telahpun bersemuka dengan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.

Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut dilakukan secara berperingkat dan beliau sentiasa berlapang dada untuk mendengar setiap keluhan mereka bagi memastikan UMNO Terengganu terus stabil.


"Tak usahlah kita serabut sangat kepala...cukup. Saya tengok orang Terengganu ini banyak sangat serabut...serah perkara ini kepada saya sebagai perdana menteri dan presiden parti.

"Saya akan fikir yang terbaik...saya pun dah jumpa dari hati ke hati dengan setiap ADUN...belum habis lagi, dalam proses. Saya nak tahu apa sebenarnya, saya nak dapatkan gambaran terbaik, mudah-mudahan ada permuafakatan," katanya.

Najib berkata dalam memimpin, beliau sentiasa mengamalkan perbincangan sesama ahli dan tidak akan membuat keputusan secara bersendiri malah tidak pernah memaksa pihak lain mengiayakan sahaja cadangannya.

Namun, beliau berharap sekiranya terdapat ketidakpuasan hati terhadap pemimpin, ia hendaklah dibangkitkan dengan cara yang beradab.

Bagi beliau kaedah muafakat dan syura yang menjadi pegangan kepemimpinannya, ketegangan politik di negeri penyu itu boleh diselesaikan dengan baik.


"Mudah-mudahan kalau ada muafakat akan selesai," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian Kuala Terengganu dan Pertandingan Pusat Daerah Mengundi UMNO Terengganu di Stadium Negeri di Kuala Terengganu semalam.


Najib berkata, menerusi prinsip syura yang diamalkan dalam kepemimpinannya, beliau tidak akan membuat keputusan secara sendiri, sebaliknya dengan cara melakukan rundingan bersama.

Selain itu, katanya, adalah penting dalam mana-mana pertubuhan untuk bergantung dan taat kepada satu nakhoda sahaja yang menjadi antara satu ramuan untuk memperoleh kemenangan dan kejayaan termasuk dalam kepemimpinan politik.

"Dalam mana-mana pertubuhan kena ada satu nakhoda sahaja sama ada kapten peringkat negeri atau Pusat. Nakhoda itu adalah seorang yang kita perlu taat padanya supaya organisasi kita kuat. "Nakhoda pun kena ambil kira dan dengar anak buah.

Kena ada semangat berpasukan dan kerjasama yang baik atas semangat syura, maka bahtera kita akan lancar," katanya.

"Oleh itu, marilah kita serahkan soal kepemimpinan ini kepada saya dan pihak yang berkenaan. Niat saya tiada lain, selain hendak pastikan UMNO dan BN lebih kukuh," katanya.

Najib berkata, Terengganu yang disifatkannya sebagai 'swing state' mempunyai kekuatan untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, namun perlu mengelakkan pergeseran sesama sendiri yang boleh menjejaskan peluang berkenaan.

"Berbeza dengan Kelantan, kita kalah sejak 1990 sampai hari ini...26 tahun, Terengganu ini ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Ada masa kita menang cemerlang, ada masa kita menang sipi-sipi," katanya.

"Angin yang bertiup hari ini ke arah mana? Angin yang bertiup hari ini ke arah BN menang? Kalau nak menang...buatlah cara nak menang.


 Jangan nak 'baloh-baloh' (berbalah) sesama sendiri," tegas Presiden UMNO itu.

Wednesday, 3 August 2016

Apa Pilihan Najib Atasi Krisis Menteri Besar, Politik Terengganu?


"Beranikah Najib ‘mencampakkan Ahmad Razif’ sedangkan ada perkara yang sebelum ini disebut ‘rahsia besar’ di kongsikan antara mereka berdua. Beranikah Najib berbuat demikian dan tidakkah nanti ‘rahsia besar; itu akan diletupkan oleh Ahmad Razif?"

Khabarnya sudah dua kali Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menghantar pesanan kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman supaya ‘berhenti dengan sukarela’.

Pesanan itu disampaikan melalui seorang Ketua Bahagian di Terengganu. Namun apa jawapan Ahmad Razif? “Kamulah yang berhenti daripada menjadi....” (sengaja dibiarkan menjadi tanda tanya).

Beberapa Ketua Bahagian UMNO Terengganu memang tahu hal ini, atau mungkin sudah kesemuanya.  Dia dah jadi ‘known secret’.

Mendengar khabar ini, teringat kepada apa yang pernah berlaku pada pertengahan 1990-an apabila Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu menghantar pesanan melalui Setiausaha Agung UMNO ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

Menteri Besar Terengganu itu diminta berundur untuk membuka laluan kepada Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor yang bertanding di Dewan Undangan Negeri Kampung Raja (kini Kota Putera) yang dihantar ke negeri untuk menjadi Menteri Besar.

Wan Mokhtar buat-buat tidak faham dan Yusof terpaksa menunggu selama lima tahun. tetapi apa yang terjadi? Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu kalah pada pilihan raya umum tahun itu kepada PAS yang membolehkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentuk kerajaan.

Pertanyaan ialah, selepas kira-kira 20 tahun menjelang, iaitu pada pilihan raya umum 2018 (jika tidak tahun hadapan), apakah sejarah akan berulang?

Tan Sri Wan Mokhtar pada majlis Hari Raya. Paling kiri Datuk Mohad Awang Tera.
Keadaannya lebih kurang sama, jika pada 1995, BN Terengganu sepatutnya mendapat Menteri Besar baharu tetapi pada 205-2016, Menteri Besar baharu yang menggantikan Datuk Seri Ahmad Said ‘tidak menjadi seperti diharapkan’ dan kini diminta berhenti oleh ‘sebilangan pemimpin UMNO’ sendiri.

Jika faktor lama dan Terengganu memerlukan ‘pendekatan baru kepimpinan dan pembangunan’ apabila Dr Yusof diminta menggantikan Wan Mokhtar,  kali ini kerajaan negeri melalui ‘Transformasi Terengganu Baharu’ dilihat gagal memenuhi ikrar dan slogannya sendiri.

Slogan berdegar-degar namun isinya tiada dan apa yang dinikmati dan akan dinikmati oleh rakyat Terengganu adalah hasil ‘buah tangan’ Wan Mokhtar, Datuk Seri Idris Jusoh dan aduan semula oleh Datuk Seri Ahmad Said.

Apa pembangunan yang ditunjukkan oleh Ahmad Razif Abdul Rahman yang boleh dibanggakan oleh rakyat Terengganu sejauh ini?

Rakyat rata-rata masih bercakap mengenai pembangunan yang diperkenalkan oleh Ahmad Said melalui pentadbirannya 'Merakyatkan Pembangunan' khususnya pembangunan di luar bandar.

Rakyat juga masih tidak melupakan 'kemesraan' Ahmad Said yang sering melawat rakyat di kampung tidak kira pada musim buah-buah, Ramadan, Hari Raya atau juga ketika banjir.

Razif? Menteri Besar protokol dan perlukan khalayak ramai untuk sesuatu majlis.

Ahmad Razif kononnya mahu memperbetulkan kelemahan pembangunan yang diperkenalkan oleh Ahmad Said.

Betulkah? Bukankah ‘bagai tikus membaiki labuselain memberhentikan banyak program yang diperkenalkan tetapi tiuada alternatif diperkenalkan.

“Transformasi Terengganu Baharu’ tidak dijiwai oleh pentadbir negeri, malah masalah-masalah yang dihadapi umpamanya pembangunan Jerteh Souq, Taman Ilmu, Tasik Kenyir serta pembanguan umpamanya Bandar Baru Kijal di Kemaman banyak menjadi gajah putih.

Apakah ia memang tidak berpotensi atau sengaja dilakukan demi ‘memperlekehkan’ Ahmad Said?

Dalam isu kebersihan pun, selepas beberapa kali kerajaan tempatan diingatkan meletakkan keutamaan soal kebersihan, ia masih menjadi tanda tanya.

Rakyat dapat melihat dan merasai apa yang diusahakan oleh Ahmad Said, umpamanya pelebaran jalan empat lorong dari Kemaman ke Jerteh, rumah mampu milik serta pembangunan semula Kuala Terengganu, termasuk pembinaan kondo dalam bandar.

Pemberhentian e-Book kononnya akan memperkenalkan kelas maya juga tidak menjadi. Sampai sekarang, walaupun Menteri Besar ini bekas EXCO pendidikan, tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap pendekatan pendidikan yang kononnya akan lebih baik daripada era Idris atau Ahmad Said.

Isu pembinaan Pasar Payang yang kononnya diperhalusi belum menampakkan sebarang hasil, sebaliknya pembangunan di muara Sungai Terengganu yang diilhamkan Ahmad Said  yang dikatakan Menteri Besar sekarang turut ‘merasai habuannya’ sedang berjalan dan dapat dilihat dengan jelas.

Eloklah jika Najib cepat-cepat atasi masalah kepimpinan di Terengganu kerana pentadbiran parti juga tidak bergerak.

Ahmad Razif menjalankan pentadbiran kerajaan dan parti melalui ‘pecah dan perintah’.

Beliau dikatakan sering ‘membohongi’ ADUN dengan pelbagai janji – menabur berbagai janji dengan ADUN tetapi apabila bertemu ‘Wan Ahamadnya” (istilah yang diberikan kepada lima atau enam penasihat Ahmad Razif terdiri daripada penjawat awam, abangnya serta orang parti yang mendapat habuan) betukar menjadi lain.

Akhir-akhir ini beliau cuba dapatkan sokongan dan nasihat bekas ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid dengan melantik beliau mengetuai sebuah agensi di bawah Pejabat Menteri Besar, sedangkan Rosol ini memang mempunyai rekos tidak baik dengan istana.

Selain itu pelantikan itu dilihat menganggu-gugat DUN Ajil yang kini diwakili Ghazali Taib iaitu EXCO Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas .

Di Kijal, kerana marahkan Ahmad Said, beliau melantik seorang Pegawai Penyeleras DUN, sedangkan bekas Menteri Besar itu yang menjadi ADUN adalah Ketua UMNO Bahagian Kemaman. Wajarkah begini?

Lebih pelik, peruntukan untuk DUN Kijal disekat melalui wakil rakyatnya sebaliknya ditadbir oleh Pejabat Menteri Besar melalui Pegawai Penyelaras DUN yang dilantik.

Di DUN Cukai, Ahmad Razif sengaja meletakkan Datuk Mohd Awang Tera sebagai Penyelaras DUN tanpa berunding dengan Ketua Bahagian. Sedangkan bekas ADUN itu dikatakan mensabotaj calon Barisan Nasional dalam pilihan raya umum  lalu dengan meminta rakyat di kawasan itu menyokong PAS.

Segala-galanya kerana beliau tidak dicalonkan semula kerana Ahmad Said meletakkan Setiausaha Politiknya bertanding di kerusi berkenaan. Sepatutnya yang mensabotaj parti dipecat daripada parti tetapi Ahmad Razif meletakkan beliau di tempat yang lebih baik.

Contoh terbaru dalam konteks perubahan EXCO dan cadangan melantik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sebagai Timbalan EXCO. INi keputusan peribadi beliau.

la juga dalam konteks perubahan pelantikan Pegawai Penyelaras DUN dan Parlimen. ya hanya mendapatkan pandangan ‘Wan Ahamadnya’.

Malah, dalam konteks untuk mendapatkan sokongan bagi memecat Ahmad Said daripada UMNO, Ahmad Razif yang sedar beliau tidak mendapat sokongan penuh kepimpinan UMNO Terengganu dan kalangan ADUNnya sendiri, sanggup meminta ADUN pembangkang.

Diberitakan beliau meminta ADUN tersebut menulis surat sokongan untuknya bagi ditunjukkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang terbaru untuk meyakinkan anggota majlis itu bahawa beliau juga mendapat sokongan pembangkang bagi tujuan itu.

Bagaimanapun ADUN berkenaan enggan berbuat demikian kerana tidak mahu mencampuri ‘urusan rumah tangga orang lain’, selain tidak sampai hati berbuat demikian kepada Ahmad Said yang dikenalinya begitu lama.

Hakikatnya Ahmad Razif kini berada dalam ‘ketakutan’ amat sangat akan kehilangan kerusi Menteri Besar.

Selepas pingat kebesarannya di tarik balik, beliau bagaikan ‘orang meracau’ kerana menyedari kini sokongan istana sudah tidak ada untuknya, kecuali hanya Perdana Menteri.

Dan lebih ‘meracau’ apabila permintaannya untuk memecat Ahmad Said tidak dilayan sementara di Terengganu, lebih ramai ADUN tidak lagi menyokongnya kerana perbuatannya sendiri, iaitu ‘sering berbohong’.

Kini ‘bola di kaki Najib’ sama ada dia mahu menyelamatkan Ahmad Razif atau UMNO Terengganu.

Cumanya, sanggupkan Najib ‘mencampakkan Ahmad Razif’ sedangkan ada perkara yang sebelum ini disebut ‘rahsia besar’ di kongsikan antara mereka berdua. Beranikah Najib berbuat demikian dan tidakkah nanti ‘rahsia besar; itu akan diletupkan oleh Ahmad Razif?

Mengadakan pilihan raya negeri yang baharu banyak kemungkinan. Ia memerlukan persetujuan istana dan membuka ruang kepada perdebatan banyak isu semasa ketika kempen. Najib dan Barisan Nasional pastinya mahu mengelakkanya kerana banyak persediaan perlu disediakan untuk menjawabnya.

Selain menghabiskan tenaga dan wang, pilihan raya negeri juga dengan sendirinya menyebabkan pembangkang akan dapat mengatur strateginya lebih lebih cepat untuk tujuan merampas Terengganu pada ketika UMNO negeri terumbang ambing.

Caranya mungkin menukar kepimpinan UMNO negeri dengan dipegang oleh pemimpin Posit atau oleh pemimpin UMNO negeri lain yang mempunyai rekod pentadbiran bahagian dan pilihan raya yang cemerlang.

Najib tahu siapa dan orang itu perlulah dihormati kerana Bahagian UMNOnya teguh.

Yang dilantik jangan seperti Ahmad Razif, walaupun Ketua Bahagian Kuala Nerus , hanya DUN Sebarang Takir sahaja dimiliki UMNO tetapi tiga yang lain berada di tangan PAS.

Malah percaturan politik oleh pemimpin UMNO Terengganu perlu bijak.

Falsafah yang perlu ialah ‘jangan membuat musuh tetapi dapatkan kawan dan rakan politik seramai mungkin’ jika mahu memenangi hati pemimpin semua peringkat UMNO di Terengganu.

Siapakah di kalangan Ketua Bahagian yang memiliki ciri-ciri ini? 

Sunday, 15 May 2016

Peruntukan RM72 Juta Bina Bahru, Naik Taraf Pasar Payang - MB


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada 23 Mei ini, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata Najib dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 8.45 pagi dan memulakan lawatan kerjanya dengan tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang.

"Alhamdulillah, kita dapat peruntukan RM72 juta untuk bina baharu (dan menaik taraf) Pasar Payang. Jadi, Perdana Menteri akan melawat dan melihat model kompleks bangunan itu nanti dan beramah mesra bersama peniaga yang ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas itu, Perdana Menteri akan merasmikan Ijtimak Pondok di Universiti Malaysia Terengganu sebelum mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan Barisan Nasional negeri di Duyong Marina & Resort.

Pada 3 petang, beliau dijadual merasmikan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di Seberang Takir sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri akan menyampaikan sijil penyertaan kepada tujuh wakil murid sekolah yang menyertai Program Empower Akademik ECER dan peserta program Empower ECER Seberang Takir.

Terdahulu, Ahmad Razif merasmikan program gotong-royong Puspanita, Kementerian Pengangkutan dan IM4U Bersama Penduduk Kampung Batin di Seberang Takir, Kuala Nerus.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Sarippudin Kassim, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad dan Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie.

Wednesday, 7 October 2015

1MDB – Putrajaya, Najib Perlu Bertindak Segera, Jangan Membisu Seribu Bahasa….


Selepas Raja-Raja Melayu ‘bersuara’ mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Putrajaya, semua mata kini tertumpu kepada Putrajaya, khususnya Perdana Menteri yng juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dengan kata lain, semua pihak menyokong Raja-Raja Melayu agar isu ini ditangani segera dan mengambil serius titah berkenaan.

Apakah 1MDB akan mengeluarkan kenyataan untuk membidas pendapat raja-raja Melayu dan Kementerian Kewangan pula akan terus membisu terhadap saranan baik daripada raja-raja Melayu?

Pada ketika pemimpin UMNO membisu, Menteri Besar Selangor Mohamed AzminAli yang menyokong titah Majlis Raja-raja Melayu semalam.

Azmin berkata kerajaan Selangor mengambil serius dan mengalu-alukan kenyataan raja-raja Melayu itu, yang menurutnya penting kerana melibatkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.


"Kami berpandangan bukan sahaja pemimpin tapi seluruh negara patut mengalu-alukan dan mengambil serius pandangan yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut," kata Azmin merujuk kenyataan Majlis Raja-raja Melayu semalam.

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengeluarkan kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.

Sekiranya tidak ditangani segera isu 1MBD, Azmin berkata ia dibimbangi akan menjejaskan ekonomi negara dan masa depan rakyat keseluruhannya.

PAS pula menggesa Putrajaya menghidupkan semula pasukan petugas khas untuk menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menyokong penuh saranan raja-raja Melayu yang mendesak agar siasatan 1MDB diselesaikan dengan cepat.

“Dengan saranan raja-raja Melayu, diharap kerajaan jangan berlengah lagi untuk menghidupkan pasukan siasatan khas 1MDB yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tuan Ibrahim turut mempersoal bidasan 1MDB terhadap Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, sejurus beliau menyatakan nilai ringgit akan pulih jika masalah syarikat sarat hutang itu diselesaikan secepat mungkin.

Timbalan presiden PAS itu berkata, Kementerian Kewangan langsung tidak menyambut cadangan gabenor mahupun menegur 1MDB.

Disebabkan itu, PAS mahu pasukan petugas khas 1MDB yang dihidupkan semula melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail, meskipun beliau sudah bersara sebagai peguam negara, dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

"Tan Sri Dr Zeti pula diberi kuasa penuh mendedahkan hasil siasatan dari semasa ke semasa seperti ketika pasukan siasatan aktif sebelum dibenamkan," kata Tuan Ibrahim.

Parti Amanah Negara (Amanah) turut membat kenyataan dengan mendakwa teguran Majlis Raja-Raja Melayu supaya kerajaan segera menyelesaikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai isyarat pihak istana supaya Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menganggap, tindakan Raja-Raja Melayu itu kerana perdana menteri masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak berkaitan isu 1MDB.

"Boleh diterjemahkan, lenggok bahasa, keluhuran budi, adat dan budaya bangsa Melayu dari kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu tersebut bertujuan menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai Perdana Menteri kerana gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera dan turut menjejaskan ekonomi negara," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata, teguran itu juga memastikan pentadbiran Putrajaya menumpukan pembangunan negara, dalam masa yang sama memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang.

Katanya, banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan berhubung isu 1MDB ini termasuk masyarakat kampung, ahli Umno dan terkini, pegawai-pegawai tinggi kerajaan seperti Dr Zeti Akhtar Aziz dan Abdul Gani Patail.

Tuesday, 13 May 2014

Kemarahan Ahmad Said Terhadap Najib Sangat Tidak Masuk Akal?


Benarkah Ahmad Said tidak pernah minta penangguhan perletakan jawatan dan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak faham keadaannya?

Dalam wawancara dengan Astro Awani pagi semalam jelas berlaku salah faham antara Ahmad Said dengan Perdana Menteri.

Ahmad Said menyatakan beliau tidak meminta penangguhan secara rasmi pertukaran ini.

Beliau hanya memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa anaknya akan berkahwin dan berharap Perdana Menteri faham.


[Saya tak beritahu kata saya nak extend. Saya beritahu anak saya nak kahwin minggu depan. Takkan beliau sebagai orang tua tidak faham]

Jelas sekali masalah Ahmad Said ialah beliau tidak meminta kepada Perdana Menteri agar menangguhkan pertukaran Menteri Besar ini sehingga selepas majlis perkahwinan anak beliau.

Beliau hanya berharap Perdana Menteri faham dan menangguhkan pertukaran ini selepas 17 mei 2014.

 Justeru kemarahan Ahmad Said terhadap Perdana Menteri sangat tidak masuk akal kerana beliau berharap PM fahami apa yang ada dalam kepala beliau.

Malah Ahmad Said sewajarnya memohon maaf kepada Perdana Menteri kerana memberi gambaran awal yang salah seolah-olah Perdana Menteri tidak mahu menangguhkan pertukaran ini selama 4 hari untuk memberi laluan kepada majlis perkahwinan anaknya.

Ahmad Said tidak boleh berharap semua orang sama fikiran macam beliau.

Jika beliau sendiri tidak memohon, bagaimana Perdana menteri boleh terfikir?

Jika Perdana Menteri tidak terfikir apakah ia salah Perdana Menteri?

Sebelum ini ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

“Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

“PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya,” katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Friday, 24 January 2014

BR1M 3.0 Kepada 7.9 Juta Rakyat Diagihkan Pertengahan Februari


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pemberian BR1M ini ia akan dapat meringankan beban rakyat yang sedang menghadapi kenaikan harga barangan pada masa ini.

"Majlis Tertinggi (MT) Umno mengambil maklum bahawa BR1M akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi iaitu pada pertengahan bulan Februari, ia akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Kuala Lumpur, semalam.

Ketika mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion bagi melaksanakan BR1M 3.0.

Pada tahun ini, pemberian bantuan itu akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya juga, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Najib berkata tidak dinafikan bahawa rakyat mengalami masalah berhubung kenaikan harga barang dan kerajaan komited untuk menangani perkara itu menerusi pelbagai program serta langkah yang sedang dan akan diambil.

Presiden Umno itu berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat juga sedang menunggu hasil kajian daripada makmal khas yang ditubuhkan bagi mengurangkan beban rakyat.

"Di samping itu, kita turut melihat masalah rantaian bekalan yang wujud di mana pihak pemborong yang menaikkan harga pada peruncit bukan pada dasar (harga) yang berpatutan.

"Kita juga mengambil maklum kesan dari musim tengkujuh yang melanda menyebabkan barang naik harga, namun dengan langkah yang diambil kerajaan kita akan bendung perkara ini," katanya.

Najib berkata MT Umno juga memberikan sokongan padu dan sepenuhnya kepada semua dasar kerajaan dan langkah-langkah yang sedang diambil bagi meringankan beban rakyat memandangkan asas ekonomi negara masih teguh

"Dari segi pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, bursa saham ia berada dalam keadaan baik dan meyakinkan, asas ekonomi kita mendapat pengiktirafan bukan sahaja dalam negara malah di luar negara," katanya.

Monday, 13 January 2014

Bantuan Banjir - Siapa Di Sisi Rakyat Kalau Bukan UMNO, BN…


"Kita fikirkan bagaimana untuk tambah bantuan. Falsafah kita, rakyat didahulukan, siapa tolong rakyat semasa susah dan senang? Kita nak buktikan sama ada masa senang atau susah, siapa yang berada di sisi rakyat, bukankah UMNO?"
 - Datuk Seri Mohd Najib Razak

Daripada hambali1

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengotakan janjinya apabila menyerahkan bantuan banjir kepada mangsa banjir di Kemaman semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di samping meraikan anggota sukarelawan peringkat negeri Terengganu.

Perdana Menteri disambut kira-kira 15,000 hadirin pada majlis penyampaian bantuan kepada 600 keluarga yang terjejas akibat banjir itu.

Mereka merupakan sebahagian daripada hampir 20,000 keluarga di Terengganu yang menerima sumbangan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).


Walaupun cuaca mendung dan hujan renyai sekejap-sekejap namun majlis tetap meriah di Padang Astaka itu kerana turut meraikan sukarelawan banjir yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Kemaman.

Tidak seperti lazimnya, suasana kawasan padang itu penuh dengan keceriaan dan kemeriahan dengan orang ramai yang berpusu-pusu datang meskipun dalam keadaan basah dan becak untuk menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara.

Helikopter yang membawa Perdana Menteri mendarat di Stadium Mak Chili di Chukai kira-kira pukul 9.45 pagi. Turut berada di padang itu untuk menyambut ketibaan Datuk Seri Najib ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

Kesudian Datuk Seri Najib menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di daerah Kemaman itu memberi semangat baharu kepada penduduk yang kehilangan harta benda dalam bencana itu bulan lalu.


Datuk Seri Ahmad Shabery berkata majlis semalam adalah bukti kerajaan sentiasa membantu rakyat ketika diperlukan. Sebanyak 19,205 keluarga mangsa banjir di Terengganu termasuk 14,000 keluarga di Kemaman diberi bantuan merangkumi produk televisyen, peti sejuk, tilam, bantal dan dapur selain wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Kesemua mangsa banjir di negeri ini dan di negeri lain akan menerima bantuan banjir secara berperingkat selepas majlis pelancaran oleh Perdana Menteri semalam.

Lebih menarik, bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di negeri ini.

Antara produk yang diterima mangsa ialah peti sejuk yang disumbangkan Umno, televisyen sumbangan SKMM serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.

Selain itu, seramai 19,205 keluarga terbabit banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Berucap pada majlis itu Perdana Menteri berkata kerajaan BN sentiasa bersama rakyat dengan membantu mereka ketika susah dan senang.

Tidak pernah dalam sejarah sebelum ini, dalam satu majlis, pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat. Jika mengikut pemberian biasa, sumbangan adalah RM500 kepada setiap keluarga.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, ketika beliau membuat semasa banjir, jika dikekalkan jumlah bantuan sebanyak RM500 itu, ia tidak berbaloi berbanding kerugian yang ditanggung.

Berikutan itu, kerajaan menerusi kerjasama dengan agensi bantuan banjir, parti politik dan badan bukan kerajaan, telah mengambil inisiatif memberikan bantuan tambahan.

Ia bagi meringankan bebanan mereka yang ditimpa musibah yang tidak dapat dielakkan itu. Amat nyata kerajaan melaksanakan dasar dan falsafah rakyat didahulukan.

Ketika berucap pada majlis itu, Najib berkata kerajaan BN sentiasa bersama rakyat dengan membantu mereka ketika susah dan senang

 "Tidak pernah dalam sejarah sebelum ini, dalam satu majlis, pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat. Kalau ikut dasar kita, kita beri sumbangan RM500 kepada setiap keluarga. Tapi tinjauan saya semasa banjir, kalau kekal (jumlah bantuan itu), tidak berbaloi berbanding kerugian yang dipikul," katanya.

Sehubungan itu, katanya kerajaan menerusi kerjasama dengan agensi berkaitan, parti politik dan badan bukan kerajaan mengambil inisiatif memberikan bantuan tambahan bagi meringankan bebanan mereka yang ditimpa musibah itu.

"Kita fikirkan bagaimana untuk tambah bantuan. Falsafah kita, rakyat didahulukan, siapa tolong rakyat semasa susah dan senang?.

Kita nak buktikan sama ada masa senang atau susah, siapa yang berada di sisi rakyat, bukankah UMNO?," katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan menerusi kerjasama dengan agensi berkaitan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan mengambil inisiatif memberikan bantuan tambahan bagi meringankan bebanan mereka.

Najib berkata, pemimpin UMNO dan BN sentiasa berlaku adil kepada rakyat tanpa mengira parti dengan memastikan nilai bantuan yang dihulurkan lebih tinggi daripada kepentingan politik.

Pemimpin UMNO sanggup tinggalkan Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu seperti Ahmad Said dan Shabery yang sama-sama turun padang bantu mangsa banjir di Kemaman.

Sebagai pemimpin kita sentiasa bersama-sama rakyat yang dalam kesusahan. “Janganlah sekali-sekala muncul (pemimpin pembangkang) sambil kibar bendera besar tapi tak sampai tahap bantuan seperti UMNO dan BN buat," katanya.

Perdana Menteri berkata dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir, kerajaan BN tidak pernah membezakan fahaman politik sebaliknya membantu mereka yang tidak pernah menyokong kerajaan kerana asas kemanusiaan melebihi daripada fahaman politik.

Sebaliknya, kerajaan turut membantu mereka yang tidak pernah menyokong kerajaan kerana asas kemanusiaan melebihi daripada fahaman politik.

Kerana itu, kita berharap selepas ini janganlah ada lagi mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu pemberian bantuan ini.

Tidak usahlah mempertikaikan keikhlasan kerajaan dalam membantu dan membela nasib rakyat sedangkan ada antara mereka langsung tidak berbuat apa-apa bagi meringankan beban mangsa banjir.

Apa yang diharapkan ialah bantuan yang diberikan pelbagai pihak kepada mangsa banjir di Terengganu semalam akan membantu memulihkan semula semangat mereka untuk meneruskan kehidupan selepas ditimpa musibah itu.

Selain itu, kerajaan akan melakukan pelbagai projek bagi menangani masalah banjir di masa depan.

Ini termasuk projek tebatan banjir Perdana Menteri berkata kerajaan akan melaksanakan lebih banyak projek projek tebatan banjir di seluruh negara termasuk di Terengganu dan Pahang demi memastikan keselamatan rakyat.

Najib berkata untuk melaksanakan semua prasarana itu, kerajaan memerlukan lebih banyak peruntukan yang diharap dapat diperoleh daripada tranformasi ekonomi negara.

"Untuk melaksana projek tebatan banjir yang keperluannya amat mendesak, kos amat tinggi. Di Chukai RM480 juta, di Kuantan RM700 juta...(ia) memakan belanja berbilion tidak termasuk jalan, jambatan, sekolah dan lain-lain kemudahan yang rosak," katanya.

Menurutnya kerajaan sentiasa mahu melihat rakyat hidup dalam keadaan selamat dan sejahtera, namun katanya adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan di atas setiap bencana yang berlaku.

Tidak ada negara di dunia ini yang terlepas daripada bencana akibat perubahan iklim dunia sehingga mengakibatkan banjir besar, katanya.


Dalam pada itu, Menteri Besar berkata laporan lengkap untuk membina sistem tebatan banjir di Chukai telah siap dan projek itu akan dilaksanakan selepas pihaknya menerima peruntukan.

Jabatan Pengairan dan Saliran menganggarkan RM480 juta diperlukan untuk membina sistem tebatan banjir itu, katanya.

Selain projek ini, kos membaiki kemudahan asas yang rosak akibat banjir seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan keperluan asas lain dijangkan menelan berbilion ringgit.

Sementara semua agensi berkaitan dan pasukan keselamatan perlu melakukan kesiapsiagaan lebih rapi dalam menghadapi gelombang banjir berdasarkan pengalaman banjir sebelum ini.

Kita berdoa agar penerima bantuan banjir tersebut akan bersyukur dan memahami siapa sebenarnya pembela nasib mereka dan siapa pula hanya sekadar menagih undi mereka.

Nota - Sebahagian bahan sudah disiarkan melalui BICARA TERENGGANUKITA, Trg FM, 12 Januari 2014, jam 1.30 tengah hari.

Friday, 10 January 2014

Bantu Mangsa Banjir – Najib Datang Ke Kemaman Esok Kotakan Janji...


Daripada teganuku

CHUKAI (10 Januari 2014) - Adalah sesuatu yang dikesalkan apabila ada pihak terus menerus mempolitikkan bantuan banjir kepada mangsa, khususnya di Kemaman.

Walaupun pihak berkenaan membuat pelbagai tuduhan kononnya kerajaan lambat membantu mangsa banjir di negeri ini, namun kerajaan tetap berusaha untuk memberikan khidmat dan bantuan sebaik mungkin.

Ini terbukti apabila sebanyak 43 kontena membawa barangan untuk mangsa banjir di daerah Kemaman dijadual tiba dalam tempoh empat hari sehingga esok, sebelum program dirasmikan pada Ahad ini (12Januari 2014).

Setakat 8 pagi semalam, 22 kontena membawa barangan keperluan rumah iaitu tilam, bantal dan set dapur tiba, kata Penyelaras dan Pegawai Khas Menteri Besar, Ahmad Fikri Ibrahim.

Kesemua barangan itu disimpan di Dewan Datuk Seri Amar di Chukai, sebelum pelancaran program yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Hari ini sebanyak 15 kontena membawa barangan elektrik iaitu televisyen dan peti sejuk dijadual tiba.

Ahmad Fikri, kesemua barangan terbabit akan diagih secara berperingkat kepada kira-kira 14,000 keluarga yang terjejas banjir di daerah ini

Agihan barangan ini dijangka selesai pada Mac.


Menyedihkan ialah apabila bukan sekadar membuat tuduhan, sebaliknya ada pihak menabur fitnah terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kononnya beliau mengsonglap wang bantuan banjir.

Bantuan berkenaan dikatakan diserahkan oleh Sultan Terengganu kepada beliau untuk diagih-agihkan kepada rakyat.

Berikutan itu kelmarin, Menteri Besar menafikannya dan menyatakan kekecewaan beliau dengan fitnah yang disebarkan melalui laman Facebook sejak Isnin lalu.

Bercakap kepada pemberita di selepas Mesyuarat Exco pada Rabu (8 Januari 2014), Menteri Besar menyifatkan kenyataan melalui Facebook oleh pihak tertentu itu sangat tidak munasabah.

Beliau mempersoalkan motif mereka yang melemparkan fitnah terhadapnya sedangkan ketika Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membuat lawatan ke dua pusat penempatan banjir di Kemaman baru-baru ini, beliau turut mengiringi Baginda.

Lebih dikesali ialah susulan kenyataan tidak berasas itu, ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak wajar kepada beliau.


Hakikat sebenar ialah, selain bantuan yang diserahkan sendiri oleh Sultan Mizan kepada rakyat yang dilanda musibah berkenaan baru-baru ini, kerajaan negeri dan kerajaan Pusat turut memperuntukkan bantuan berkenaan.

Penyerahan terpaksa mengambil masa sedikit kerana perlu membuat siasatan dan bancian terperinci bagi menjamin penerima adalah benar-benar mereka yang tejejas atau menjadi mangsa kepada banjir baru-baru ini.

Berikutan itu, program penyampaian bantuan banjir berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal di Kemaman akan diagih secara berperingkat mulai Ahad ini.

Dijangka 14,000 keluarga di sekitar Kemaman akan menerima bantuan selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan turut mengagih kira-kira 30,000 unit televisyen kepada setiap keluarga termasuk di beberapa negeri lain.

Mangsa banjir di Kemaman akan turut menerima wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan bantuan antara RM500 dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Pada 18 Disember lalu, Ahmad Said mengumumkan, Kerajaan Terengganu bersetuju mengagihkan bantuan RM1,500 bagi setiap rumah mangsa yang tenggelam dan rosak teruk akibat bencana banjir baru-baru ini. 

Menteri Besar itu berkata kerajaan negerimenganggarkan sebanyak 10,000 buah rumah di seluruh Terengganu telahditenggelami air, bermakna bantuan melibatkan peruntukan RM15 juta.

"Di daerah Kemaman sahaja misalnya dianggarkan 8,000 buah yang terlibat dengan banjir. Jadi kami anggarkan ia melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM15 juta…sebanyak RM500 pula akan diagihkan kepada setiap keluarga yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan berdaftar semasa banjir melanda negeri itu bermula 2 Dis lepas,” katanya.

Menurutnya mangsa banjir juga turut menerima bantuan daripada kerajaan pusatmasing-masing RM500 bagi setiap keluarga. Bantuan akan diberi berdasarkan kepada senarai mangsa banjir yang diperoleh dari pusat-pusat pemindahan.

Senarai itu akan disemak semula dengan pengesahan pegawai daerah. Selain itu kerajaan juga bersetuju untuk mengagihkan bantuan pakaian sekolah sebanyak RM100 bagi seorang murid atau maksimum RM300 bagi keluarga yang mempunyai anak yang bersekolah melebihi seorang.

"Kami bagi bantuan ini bagi meringankan sedikit beban mangsa kerana banjir yang berlaku baru-baru ini menjejaskan pendapatan mereka apabila harta benda musnah sama sekali," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri program penyampaian bantuan lusa (Ahad) dengan Kelab Putera 1Malaysia dijangka akan menyampaikan bantuan kepada mangsa yang rumah mereka tenggelam dan mengalami kerosakan harta benda.

Menteri Besar menjelaskan, setiap keluarga akan turut menerima sebuah televisyen LED bersaiz 32 inci sumbangan SKMM yang akan disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sementara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semalam turut mengumumkan, ia menyediakan RM10 juta sebagai bantuan ihsan kepada petani, penternak dan pengusaha industri asas tani yang terjejas dalam bencana banjir.

Bantuan ihsan tersebut hanya akan diberikan kepada petani, penternak atau pengusaha yang telah melapor dan disahkan melalui bancian oleh pihak kementerian di mana permohonan baharu tidak akan diterima. 

Mangsa akan menerima bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebagai contoh, penternak kerbau akan menerima RM700 untuk setiap ekor ternakan tetapi bantuan maksimum adalah untuk 10 ekor kerbau.

Sementara pengusaha buah-buahan yang terjejas akibat banjir pula menerima bantuan RM1,000 untuk satu hektar kawasan, had minimum bantuan ialah RM500 dan maksimumnya ialah RM1,000.

Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mangsa dari empat negeri iaitu Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu akan menerima bantuan berjumlah RM8.5 juta di mana bayaran akan diterima dalam tempoh dua minggu.

Anggaran kerugian di empat negeri di Semenanjung adalah RM46 juta dengan Pahang mencatatkan jumlah kerugian terbesar iaitu RM25 juta diikuti Johor sebanyak RM10.7 juta, Terengganu RM8.5 juta dan Kelantan sebanyak RM1.6 juta.

Menurut Menteri berkenaan, bancian terperinci bagaimanapun masih dijalankan di Johor dan Terengganu.

Jumlah mangsa yang dikenal pasti di empat negeri ini ialah 4,632 orang dengan Pahang mencatatkan 2,499 orang diikuti Terengganu sebanyak 1,589 mangsa, Johor (306) dan Kelantan (238).

Secara keseluruhannya di empat negeri Semenanjung, subsektor perikanan atau akuakultur mengalami kerugian paling besar iaitu sebanyak RM21.57 juta.

Ini diikuti subsektor tanaman sebanyak RM17.27 juta, subsektor ternakan sebanyak RM5.86 juta dan subsektor industri asas tani berjumlah RM1.36 juta.

Peruntukan turut disediakan untuk membantu mangsa dari Sarawak yang mana kementerian itu belum menerima maklumat lengkap mengenai jumlah petani yang terjejas.

Kita berharap mengsa banjir khususnya yang terjejas teruk di Terengganu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan bukan mendengar khabar angin atau laman sosial yang sengaja mahu mengeruhkan keadaan.

Kerajaan tidak pernah mengabaikan rakyat yang dilanda musibah sebaliknya mereka perlulah bersabar kerana kajian dan perincian bantuan perlu dibuat dengan teliti.

Ia bagi menjamin penerima yang benar-benar terjejas sahaja disalurkan bantuan disamping mengelakkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan daripada bantuan banjir yang disediakan kerajaan.

Nota - Sebahagian bahan ini sudah disiarkan pada BICARA TERENGGANUKITA, Trg FM, 9 Ja

Friday, 13 September 2013

PM Puji Program Walk4Malaysia, Bukti Semangat Juang Rakyat Mempromosi Keamanan


Kerajaan negeri sedia memberi pelbagai bantuan kepada anak Terengganu yang mahu mencipta nama dalam pelbagai bidang mencapai impian mereka, bagi mengharumkan nama negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata kesediaan kerajaan negeri berbuat demikian dan memberi peluang yang luas kepada mereka untuk bergiat cergas di bidang sukan membolehkan Terengganu muncul sebagai kuasa sukan di negara ini.

“Saya harap lebih ramai lagi selepas ini rakyat Terengganu yang mejejak langkah Mohd Noor Mat yang mahu mencipta nama berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya bagi mencipta nama dan menaikkan nama Terengganu,” katanya kepada sidang media selepas pelancaran misi “Walk For Malaysia” (Walk4Malaysia) di Putrajaya semalam.


Mohd. Nor seorang pekerja rendah am di Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut, akan menunaikan impiannya berjalan kaki sejauh lebih 600 kilometer dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur atau Putrajaya. 

Semangat kental dan kecintaan terhadap BN yang menebal menyebabkan Mohd Noor, sanggup berjalan kaki dan akan meneruskan niatnya itu hingga tercapai bagi membuktikan beliau bukan bercakap kosong.

 Menteri Besar selaku Pengerusi BN Negeri telah memberi komitmen menyokong dan akan membantu menjayakan misi tersebut. Pada masa ini Mohd.Nor telah memulakan latihan dengan tumpuan di kawasan pantai bagi menjayakan misi berkenaan.

Menteri Besar turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang memberi komintmen yang tinggi bagi menjayakan misi tersebut. Walk 4 Malaysia.

Sementara itu, Najib  menyifatkan program Walk 4 Malaysia iaitu cabaran berjalan kaki sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya, sebagai cerminan semangat juang rakyat negara ini dalam mempromosi keamanan dan kedamaian.

Perdana Menteri juga melahirkan rasa kagum terhadap peserta, Mohd Noor Mat, yang mahu membuktikan kepada semua bahawa tiada cabaran yang dapat menghalangnya merealisasikan impian itu.

"Kita berasa kagum dengan hasrat dan dedikasi yang ditunjukkan beliau yang mahu membuktikan kepada semua bahawa tiada halangan mahupun cabaran, namun yang wujud hanyalah peluang," katanya ketika melancarkan Walk 4 Malaysia, di Putrajaya, semalam.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Najib juga berharap program itu dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. "Aktiviti berjalan kaki ini seharusnya dijadikan rutin harian kita kerana ia dapat meningkatkan tahap kecergasan individu dan produktiviti di tempat kerja," katanya.

Najib juga meluahkan penghargaan kepada kerajaan negeri Terengganu yang menganjurkan program itu serta agensi lain termasuk syarikat korporat yang menaja.

Jiwa kental dan hati waja yang mahu diterjemahkan Mohd Noor dalam Walk 4 Malaysia ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan jitu pihak berkenaan, katanya.

Walk 4 Malaysia merupakan cetusan idea Mohd Noor, 47, yang mahu menunaikan nazarnya susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai lepas.


Selain beliau, program 13 hari yang bermula 22 Sept ini di Dataran Kuala Besut akan disertai 40 yang lain dari Majlis Sukan Negeri Terengganu. Sepanjang perjalanan mereka akan singgah di 13 destinasi sebelum tiba di Putrajaya.

Pada majlis itu, Khairy menyerahkan Jalur Gemilang kepada Mohd Noor, bagi pihak Perdana Menteri. Dalam sidang media kemudian, Khairy berkata generasi muda perlu mengambil iktibar dan inspirasi daripada kesungguhan bekas tentera itu yang sanggup mengharung cabaran untuk membuktikan rasa cinta kepada negara.

Sementara itu, Mohd Noor berkata beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan cabaran berkenaan. "Saya bagi pihak orang kampung, wakil kepada rakyat Malaysia, saya berjanji bukan kepada Perdana Menteri, bukan kepada Menteri Besar Terengganu, saya berjanji dengan Allah S.W.T bahawa saya akan berjalan kaki dengan tabah dan ikhlas.

"Ini kerana negara ini amat memerlukan rakyat sendiri yang bangkit pada hari ini. Jatuhnya BN, hancurnya Malaysia," katanya dengan nada sebak

Sebelum ini, Mohd Noor yang bertugas sebagai pembantu am rendah di Yayasan Islam Terengganu pernah berjalan kaki sejauh lebih 200 km dari Kuala Besut ke Kemaman. Bapa kepada tujuh anak itu sering melakukan aktiviti berjalan kaki sebagai latihan kecergasan.