Spekulasi terbaharu menyebut Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak dijangka akan membuat 'perubahan' Menteri Besar di Terengganu untuk
memastikan Brasian Nasional (BN) kekal berkuasa.
Selain Terengganu, Menteri Besar baharu juga bakal
dilantik di Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah.
Akhbar berbahasa Inggeris The Star menyebut,
pertukaran akan dibuat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang.
Memetik sumber, The Star berkata, perubahan yang akan
dilakukan sebagai menampilkan kepimpinan baharu untuk menerajui negeri
tersebut.
Ini bermakna, pertukaran dibuat sebelum PRU-14 dan
jentera pilihan raya Bn di empat negeri berkenaan mungkin akan dipimpin oleh
orang baharu.
Namun The Star yang dipetik Malaysiakini tidak pula
menyebut apakah BN akan mampu bertahan di empat negeri berkenaan, khususnya
Terengganu dan Kedah.
Kedudukan Menteri Besar Terengganu menjadi kontroversi
sejak dua tahun lepas apabila ada gerakan daripada dalam UMNO sendiri yang mahu
beliau ditukar.
Ahmad Razif Abdul Rahman ‘diserang’ depan dan belakang
iaitu oleh pemimpin kerajaan dan pembangkang yang dianggap lemah dalam soal
pentadbiran parti dan kerajaan.
Akibatnya, sebagai mencari penyelesaian terakhir, Najib
mengadakan pertemuan dua mata dengan setiap Ahli Dewan Undangan (ADUN) BN
baru-baru ini.
Sejauh ini belum diumumkan hasil pertemuan itu, walaupun
Najib meminta pemimpin dan rakyat Terengganu menyerahkan kepada beliau
menyelesaikan kemelut politik Terengganu.
Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan UMNO semakin
hangat selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini
berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang telah
disandangnya sejak 1986.
Adnan...tidak pertahanan kerusi. |
Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia
mengejutkan Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi
menolak khabar angin kononnya beliau tidak sihat.
Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan
Najib untuk menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk
Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.
Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya
Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau
dikatakan sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.
"Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui
jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik oleh The Star sebagai
berkata.
No comments:
Post a Comment