Hanya ‘ribut dalam cawan’ dan ‘perselisihan adik beradik?’
Jangan remehkan kemelut yang melanda Terengganu, demikian
pesanan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Beliau turut memberi amaran walaupun kemelut di
Terengganu ibarat 'ribut dalam cawan', ia boleh merebak sekiranya ahli UMNO negeri itu tidak
bersatu.
Alamt berbahaya jika ahli UMNO tidak berpegang pada satu
ikatan.
Berikutan itu, Najib meminta seluruh kepemimpinan dan
rakyat Terengganu memberi kepercayaan penuh kepadanya selaku Presiden UMNO
untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman
pula turut berjanji segala permasalahan dalaman yang melanda UMNO Terengganu
akan diselesaikan dalam masa terdekat bagi memastikan ia tidak membantutkan
perjuangan UMNO.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerus itu menegaskan, konflik dalaman yang berlaku hanyalah perselisihan adik beradik, dan beliau yakin semua ahli UMNO Terengganu tetap sayang dan cintakan kepada parti.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerus itu menegaskan, konflik dalaman yang berlaku hanyalah perselisihan adik beradik, dan beliau yakin semua ahli UMNO Terengganu tetap sayang dan cintakan kepada parti.
Ahmad Razif berkata UMNO negeri sudah mempunyai agenda untuk
menjayakan dan memastikan pada pilihan raya umum akan datang UMNO Terengganu akan
menang dengan cemerlang.
"Ia juga sebagai hadiah terbaik kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang tidak putus-putus memberi semangat kepada kita di saat UMNO negeri berhadapan dengan konflik dalaman," katanya.
"Ia juga sebagai hadiah terbaik kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang tidak putus-putus memberi semangat kepada kita di saat UMNO negeri berhadapan dengan konflik dalaman," katanya.
Najib yang juga Perdana Menteri mengingatkan supaya
jangan ada pihak yang cuba dan sanggup menebuk kapal sehingga boleh menyebabkan
ia tenggelam.
Katanya, dalam menangani kemelut yang sentiasa menjadi
isu di negeri ini, beliau berharap rakyat Terengganu akan terus memberi
kepercayaan kepadanya dalam memikirkan kaedah untuk memperbaiki keadaan.
Najib mengakui telahpun
bersemuka dengan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.
Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut dilakukan secara berperingkat dan beliau sentiasa berlapang dada untuk mendengar setiap keluhan mereka bagi memastikan UMNO Terengganu terus stabil.
Perdana Menteri berkata pertemuan tersebut dilakukan secara berperingkat dan beliau sentiasa berlapang dada untuk mendengar setiap keluhan mereka bagi memastikan UMNO Terengganu terus stabil.
"Saya akan fikir yang terbaik...saya pun dah jumpa dari hati ke hati dengan setiap ADUN...belum habis lagi, dalam proses. Saya nak tahu apa sebenarnya, saya nak dapatkan gambaran terbaik, mudah-mudahan ada permuafakatan," katanya.
Najib berkata dalam memimpin, beliau sentiasa mengamalkan perbincangan sesama ahli dan tidak akan membuat keputusan secara bersendiri malah tidak pernah memaksa pihak lain mengiayakan sahaja cadangannya.
Namun, beliau berharap sekiranya terdapat ketidakpuasan hati terhadap pemimpin, ia hendaklah dibangkitkan dengan cara yang beradab.
Bagi beliau kaedah muafakat dan syura yang menjadi pegangan kepemimpinannya, ketegangan politik di negeri penyu itu boleh diselesaikan dengan baik.
"Mudah-mudahan kalau ada muafakat akan selesai,"
katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian Kuala Terengganu dan
Pertandingan Pusat Daerah Mengundi UMNO Terengganu di Stadium Negeri di Kuala
Terengganu semalam.
Najib berkata, menerusi prinsip syura yang diamalkan
dalam kepemimpinannya, beliau tidak akan membuat keputusan secara sendiri,
sebaliknya dengan cara melakukan rundingan bersama.
Selain itu, katanya, adalah penting dalam mana-mana
pertubuhan untuk bergantung dan taat kepada satu nakhoda sahaja yang menjadi
antara satu ramuan untuk memperoleh kemenangan dan kejayaan termasuk dalam
kepemimpinan politik.
"Dalam mana-mana pertubuhan kena ada satu nakhoda
sahaja sama ada kapten peringkat negeri atau Pusat. Nakhoda itu adalah seorang
yang kita perlu taat padanya supaya organisasi kita kuat. "Nakhoda pun
kena ambil kira dan dengar anak buah.
Kena ada semangat berpasukan dan kerjasama yang baik atas
semangat syura, maka bahtera kita akan lancar," katanya.
"Oleh itu, marilah kita serahkan soal kepemimpinan
ini kepada saya dan pihak yang berkenaan. Niat saya tiada lain, selain hendak
pastikan UMNO dan BN lebih kukuh," katanya.
Najib berkata, Terengganu yang disifatkannya sebagai
'swing state' mempunyai kekuatan untuk menang dalam pilihan raya umum akan
datang, namun perlu mengelakkan pergeseran sesama sendiri yang boleh
menjejaskan peluang berkenaan.
"Berbeza dengan Kelantan, kita kalah sejak 1990
sampai hari ini...26 tahun, Terengganu ini ada masa kita menang, ada masa kita
kalah. Ada masa kita menang cemerlang, ada masa kita menang sipi-sipi,"
katanya.
"Angin yang bertiup hari ini ke arah mana? Angin yang bertiup hari ini ke arah BN menang? Kalau nak menang...buatlah cara nak menang.
Jangan nak
'baloh-baloh' (berbalah) sesama sendiri," tegas Presiden UMNO itu.
No comments:
Post a Comment